Bayi kritik4l alami pendrahan di paru2, suami Abby Abadi rayu doa semua

SUAMI kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memaklumkan, bayi mereka yang dilahirkan pada 27 September lalu kini berada dalam keadaan kritik4l kerana berlaku pendrahan dalam paru-paru.

Faizal yang menghubungi Harian Metro berkata, dia masih lagi menantikan makluman terbaru daripada doktor untuk hari ini.

“Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritik4l kerana berlaku pendrahan dalam paru-paru.

“Hari ini, belum ada apa-apa maklumat terkini dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Faizal juga berkata, isterinya kini sudah dibenarkan pulang.

“Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu,” katanya.

Di Instagram, Faizal menulis luahan perasaannya yang berdepan situasi sukar buat keluarganya.

“Hari ke 5… Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 datang jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU untuk berbual-bual dengan baby. Abah dan mama tak mahu baby sunyi. Abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan mama dan sentuhan abah juga kan sayang. Baby D… Suka sebenarnya untuk abah kongsikan perkembangan baby pada kawan-kawan abah dan mama. Tapi abah serba salah… Abah tak pasti nak kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua-duanya.

“Dari hari ke hari, rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan baby ya sayang. Zohor tadi doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa… Rupanya… Ada cerita yang mengharukan dari doktor.

“Gementar bila doktor beritahu ada pendrahan pada paru-paru anak abah mama. Bah4ya ke, abah tanya doktor. Doktor kata ya… Luluh jantung abah mendengarnya. Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati abah menangis sebab tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya,” coretnya.

Dalam pada itu, Faizal juga mengakui bahawa doktor sudah memberitahu risiko yang bakal dilalui oleh mereka suami isteri: “Dari awal doktor dah tak beri harapan pada mama abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby abah akan terus kuat dan bertahan kan sayang.

“Maghrib ni pun ada berita sampai kat mama, beritahu yang baby kritik4l, tapi mama abah macam tak nak terima berita tu sebab mama abah yakin ALLAH tetap mendengar doa abah dan mama termasuk doa mereka-mereka yang mendoakan baby di luar sana. Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar. Doakan Baby D kami semoga panjang umurnya hanya doa mampu mengubah takdir,” tulisnya.

“Hanya mengharapkan keajaiban daripada ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar. #DoakanBabykami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir,” tulisnya di Instagram.

Sehingga kini, bayi pasangan Faizal dan Abby masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.

Pasangan Abby dan Faizal berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber:hmeto / IG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *