Lahirkan bayi lelaki berat 3.68kg, Elfira Loy akhirnya dedahkan wajah & nama anak

Mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun lalu, pelakon Elfira Loy, 25, bagaikan tidak menyangka bahawa dia kini sudah pun bergelar seorang ibu.

Baru berusia sehari, Elfira Loy akhirnya mendedahkan wajah anak pertamanya itu dan menceritakan serba sedikit detik-detik ketika bersalin, menerusi IG miliknya.

Baby berat 3.68kg …
Berkat doa orang ramai agar dipermudahkan urusan bersalin, Elfira melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.68kg secara normal pada tanggal 1 Oktober 2019.

Diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris, kelahirkan zuriat yang pertama ini nyata menambahkan lagi seri dan kebahagian dalam hidup Elfira dan suaminya, Faris.

Bagaikan satu mimpi…
Seperti satu mimpi buat El, apabila segala detik-detik menahan sakit ketika melahirkan masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatan.

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi, every minutes in the labour room , every pain , ever moments I went through dia recap balik…”

Semangatnya baby El…

Teruja melihat kecomelan wajah anak pelakon itu, yang tembam dan berkulit cerah, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan pengikutnya di Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *