Shazroul AF4 mennggl dunia, Ini Puncanya

PENYANYI dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Shazroul Fazlie, mennggl dunia jam 6.30 petang tadi selepas dua minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Shazroul sebelum ini menjalani pembedahan kali kedua di bahagian ususnya yang dijngkiti kuman 21 September lalu.

Menurut ibu Allahyarham, Noraini Elias, jenazah Allahyarham akan dimandikan di hospital sebelum dibawa pulang ke rumah dan disembahyangkan di Masjid Bukit Antarabangsa.

“Disebabkan Allahyarham menjalani pembedahan jadi urusan mandi jenzah hanya boleh dilakukan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, urusan pengebumian pula akan dilakukan esok di tanah perkuburan yang bakal ditentukan ahli jawatankuasa masjid di kawasan berdekatan dengan mukim kediaman.

Bercerita mengenai situasi Shazroul selepas pembedahan kali kedua di mana doktor melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter, katanya arwh sedar namun dia kurang bercakap.

“Cuma sepanjang berada dalam rawatan di ICU, arwh banyak diam dan hanya sesekali senyum apabila dipinta.

“Dia juga tidak ada cakap apa-apa dan petang tadi doktor sahkan dia mennggl dunia,” katanya.

Sepanjang kerjaya seninya Shazroul pernah menghasilkan album berjudul Cuma, selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati.

Dia juga pernah menyanyi di Hotel Concorde, Shah Alam sepenuh masa sebelum ini. Sumber harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *