Dulu gagal SPM, sekarang gaji RM19,000 sebulan. Ini perkejaan beliau.

HULU TERENGGANU – Kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bermaksud gelap masa depan, asalkan bijak mengambil peluang, kehidupan boleh berubah jauh lebih baik berbanding mereka yang berpendidikan tinggi.

Itulah yang dilalui tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35 dan Muhamamd Qamarul Auji Amran, 32, apabila berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka kini antara pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang mampu memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Muhammad Badiuzaman berasal dari Kampung Ibok, Kemaman berkata, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM pada tahun 2003 selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang bekerja sebagai jurukimpal mendapat gaji tinggi.

“Saya sekolah fail (gagal), abang tanya kamu tak nak duit banyak ke sambil dia tunjuk wang gaji yang dibayar tunai. Kata-kata abang menyedarkan saya lalu ambil keputusan belajar kemahiran di ABM.

“Masa mula-mula kerja gaji saya hanya RM1,400. Tahun 2010, saya diberi kepercayaan jadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM19,000 sebulan,” katanya ketika ditemui pada Program TVET Pembinaan Edisi Terengganu dan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, di sini semalam.

Dia yang mempunyai tiga anak berusia antara dua hingga enam tahun kini berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu.
Sebelum Arab Saudi, dia pernah merasai pengalaman berkhidmat di negara China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat, Dubai.

Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu pula kini mampu berbangga apabila berjaya menubuhkan syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman dan menggaji lebih 80 pekerja yang majoritinya lepasan bidang kemahiran.

“Keputusan SPM memang saya tidak layak masuk universiti. Biasalah, ada juga rakan yang mengejek saya kerana keputusan SPM teruk tetapi saya tidak marah kerana saya sendiri yang tidak mahu belajar.

“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *