Guru ini melalui perjalanan 135KM setiap hari utk mengajar murid di kawasan pedalaman pernah terserempak binatang buas

Dari cara pemakaiannya mungkin dia nampak seperti seorang buruh atau pekerja kebun. Dengan memakai baju dibasahi peluh, seluar jeans yang lusuh serta kasut yang dipenuhi lumpur, siapa sangka Ahmad Saidin Mohd Idris sebenarnya merupakan seorang guru.

Ahmad, 40, merupakan salah seorang daripada 25 guru di Sekolah Kebangsaan Lenjang, Kuala Lipis, sebuah sekolah di kawasan pedalaman di mana pelajarnya merupakan orang Asli dari 17 perkampungan.

Setiap hari, Ahmad yang tinggal di Kuala Medang akan menunggang motorsikal meredah jalan berlumpur dan licin sejauh lebih kurang 65 kilometer sejak tiga tahun lalu!

Seawal jam 5 pagi, dia akan bangun dan menyiapkan diri sebelum bertolak dari rumah setengah jam kemudian. Perjalanannya ke sekolah kebiasaannya memakan masa selama dua jam.

Ahmad akan memakai pakaian kasual ketika menunggang motorsikal kerana bimbang baju akan kotor dengan kesan lumpur. Sebaik tiba di sekolah, dia akan mandi dan bersiap-siap sebelum memakai pakaian formal untuk pembelajaran.

Keadaan jalan daripada Pos Betau (perkampungan orang asli) sangat teruk. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika hujan lebat, jalan itu bukan sahaja berlopak tetapi sangat licin.”

Menurutnya, suatu ketika dahulu dia pernah terjatuh dari motor semasa dalam perjalanan kerana jalan yang tidak rata dan terserempak dengan binatang buas.

Meskipun begitu, perkara itu tidak menghalang dan mematahkan semangatnya untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.

Bagi anak kelahiran Kuantan ini, perjalanannya sejauh 135 kilometer setiap hari dianggap satu cabaran baginya yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Sekolah itu masih belum dilengkapi kemudahan moden seperti elektrik. Malah, mereka masih bergantung kepada sungai sebagai sumber air.

Ahmad turut akui gembira apabila dapat memperkenalkan pelbagai aktiviti sukan kepada pelajar orang Asli kerana sukan adalah penyebab bagi mereka untuk dapat keluar dari kawasan pedalaman itu jika ada yang mengambil bahagian dalam peringkat daerah atau negeri.

Setiap guru ada cabaran dan pengorbanan mereka sendiri. Sebagai insan yang pernah menjadi anak didikan, ingatlah setiap jasa guru. Selamat Hari Guru! ? via lobaknmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *