Pelajar tidak dapat menahan sebak bila tahu bapanya selalu dilayan hina hanya disebabkan pekerjaannya sebagai cleaner

Tidak kira apa juga kerjaya, kesemua pekerjaan itu adalah mulia asalkan anda sanggup berusaha mencari rezeki yang halal demi menyara kehidupan diri dan keluarga.Namun dalam kehidupan bermasyarakat, masih terdapat golongan berkepercayaan karut zaman datuk nenek yang mengatakan pekerjaan tertentu berada pada kelasnya yang tersendiri seperti apabila anda menjadi peguam dan doktor itu kelasnya lebih tinggi daripada cleaner, walhal semua pekerjaan itu adalah sama kerana ia memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat.

Seorang pelajar tanpa nama sebenar dari sebuah universiti berprestij di Singapura, National University of Singapore (NUS) telah membuat pengakuan sedihnya di laman Fcebook NUSWhispers Singapura baru-baru ini apabila buat pertama kali dia melihat bagaimana ayahnya yang bekerja sebagai cleaner telah dilayan oleh orang lain setiap hari.Dalam pengakuan itu, pelajar ini menjelaskan dirinya begitu sibuk dengan tugasan berat di universiti sehingga dia tidak pulang ke rumah menjenguk keluargannya selama tiga minggu.

Oleh kerana bimbang akan anak-anak seperti ibu ayah lain, ayah pelajar ini yang bekerja sebagai cleaner telah membuat keputusan untuk melawat anaknya dengan memperuntukkan masa lapang daripada dua pekerjaannya.Pelajar ini menjelaskan bagaimana ayahnya seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab kerana walaupun sudah bergelar warga emas dengan usia hampir 70 tahun dan sepatutnya sudah bersara daripada melakukan sebarang pekerjaan, beliau masih sanggup bekerja di sebuah kelab rekreasi desa pada waktu siang dan membersihkan pusat komuniti pada waktu malam.

Pada hari itu ketika waktu tengah hari, ayah pelajar ini telah memberitahunya bahawa beliau akan singgah untuk melawat bilik asramanya dan kemudian mereka membuat keputusan untuk makan malam di sebuah kopitiam.Oleh kerana tahu ayahnya tidak mempunyai wang, maka pelajar ini telah menawarkan diri untuk membelanja ayahnya dengan makan malam pilihannya.

Tulisnya, “Jadi ayah saya pun mencari menu paling murah dan beliau menemuinya, mi bebola ikan untuk makan malam.”Tulis pelajar ini, ketika beratur, seorang wanita berpakaian elok dan bergaya yang berada di hadapannya sedang mengambil pesanan makanan dan dia tertinggal sos cilinya di kaunter.

“Bapa saya mengambil sos itu dan meletakkannya di dalam dulang makanannya dengan memikirkan sos cili itu adalah untuknya sebagai perasa tambahan,” tulisnya.Tidak lama kemudian, wanita itu telah kembali untuk mengambil sos cilinya dan melihat seorang lelaki tua telah meletakkan di dalam dulangnya.

Dengan nada sinis dia seperti mengejek ayah pelajar ini sambil menjeling kepadanya dengan pandangan yang jjik.Sambil mengakui tersilap, ayah pelajar ini telah meminta maaf kepada wanita tersebut dan mahu memulangkan sos cili itu kepadanya, tetapi wanita itu telah menjawab, “Tidak mahulah kerana kamu sudah menyentuhnya, kamu begitu ktor!”

Kata-kata yang telah menyentap hati pelajar ini yang begitu menghina ayah yang dihormatinya. Dia mahu melawan kata-kata wanita ini tetapi telah ditahan oleh ayahnya.Pada ketika itu, baru pelajar ini tersedar, oleh kerana ayahnya datang melawat dengan memakai uniform kerja, wanita ini terus mendapat bahan untuk menghina ayahnya yang difikirkan kotor.

“Bapa menahan saya ketika saya mahu menjerit kepada wanita yang biadap itu. Bapa saya meminta maaf kepada wanita itu sekali lagi, dan kemudian kami beredar dari situ sambil ayah berkata itu perkara biasa,” tulisnya.

Bapa pelajar ini berkata kata-kata hinaan seperti itu hanya perkara biasa buatnya. Beliau sudah biasa dilayan dengan cara paling rendah seperti itu. Perkara yang amat menyedihkan apabila seorang anak mengetahui ayahnya melakukan pekerjaan cleaner dengan menerima kata-kata cacian setiap hari.Ketika berada di meja makan, mereka makan mi bebola ikan itu sambil pelajar ini tidak dapat menahan sebak dengan air matanya terus mengalir.

“Saya terpaksa berbohong kepada ayah dengan mengatakan sos cili itu tersangat pedas sehingga terkeluar air mata. Betapa patahnya hati saya apabila mengetahui ayah saya terpaksa menelan sahaja maruah diri disebabkan pekerjaannya itu” tulisnya.Pelajar ini kemudian mengakhiri pengakuannya dengan berkata, “Apa yang ayah saya lakukan hanyalah menyayangi dan melindungi saya dengan sepenuh hatinya, tetapi semua orang melayannya dengan buruk. Wahai orang kaya, apakah kesalahan dan dosa kami kepada anda?

Dan orang kaya perlu ingat. Jika tiada cleaner dan pembersih tempat selesa mereka, maka siapakah yang akan membersihkannya? Adakah mereka sanggup mengotorkan tangan sendiri untuk mendapatkan keselesaan itu?Maka, apa sahaja pekerjaan itu adalah sama penting kerana ia memberi sumbangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *