Hiburan

“Yang ada laki melayu pun tak tahu didik isteri” – Lana Nodin Dipuji Jaga S0lat Ketika Shooting, Siap Minta Izin

 

Datuk, Minta maaf ya. Lana nak wuduk Boleh?”

Itulah yang ditanya oleh pelakon Lana Nodin kepada penerbit Datuk Ayu Puteh dan melalui Instagram, videonya ketika solat telah dimuat naik.

Melalui posting itu, Ayu memuji Lana yang menjaga solatnya meskipun berkahwin dengan lelaki mualaf. Katanya, apa yang sering kita lihat adalah sebaliknya, di mana lelaki Melayu tidak benar-benar mendidik isteri dalam hal sedemikian.

 

Ayu juga sempat memberi sindiran dan teguran ‘pedas’ kepada lelaki-lelaki lain di luar sana berkenaan isu memberi didikan yang sempurna kepada isteri masing-masing. Katanya,

Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri 😬 ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika.. Tapi, subhanAllah.”

 

Melalui ruangan komen juga ramai netizen gembira dan ‘sejuk mata’ melihat Lana menunaikan solat ketika sibuk shooting dan bekerja. Malah, ada yang mengimbau kembali komen daripada penerbit lain sebelum ini yang mendedahkan Lana adalah antara artis yang benar-benar menjaga solatnya sejak dulu lagi.

Selain itu, ada yang turut memuji sikap merendah diri Lana dan suaminya. Seorang netizen berkata,

Saya pernah terbca dulu-dulu sorang penerbit lelaki pernah puji @lananodinmckienzie antara artis yang tak tinggal solat.. tapi saya lupa sape penerbit tu..sebab tu saya memang respect dia..alhamdulillah terbaik la👍

 

Alhamdulillah moga menjadi ikutan…

Kredit: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published.