Viral

Engku Emran p3luk erat mak mertua, ramai mula bertanya adakah boleh berbuat begitu. Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Desas-desus tentang percintaan bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila bersama Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan pagi ini.

Perkara ini disahkan menerusi entri Instastory, yang dimuat naik oleh adiknya iaitu Ameera Khan atau lebih mesra disapa LMK .

Menerusi tiga Instastory yang dimuat naik, menujukkan suasana majlis perkahwinan. Jika dilihat, menerusi papan tanda majlis tersebut menunjukkan walimatul urus Noor Nabila dan Engku Emran yang berlangsung hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Noor Nabila dan Engku Emran menjelaskan mereka tidak mengikat tali pertunangan sebelum ini sepertimana hangat diperkatakan netizen.

Kami tak bertunang

Difahamkan, pasangan ini masing-masing mengenali dengan rapat sejak bulan Ogos tahun lalu lagi. Malah, mereka turut berkongsi minat suka berbasikal yang sama membuatkan pasangan ini semakin akrab.

Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan. Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal.

Masing-masing sudah matang

Pernikahan tersebut telah lancar dijalankan dengan berwalikan adik lelaki kepada Noor Nabila iaitu Mohamed Aqief. Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Manakala, jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.

Engku Emran Peluk Erat Mak Mertua, Boleh Ke?

Ada segelintir netizen yang mempertikaikan 1 video dimana Engku Emran memeluk erat ibu mertua, Noorkartini. Ada yang cakap boleh sebab mahram ada yang cakap tak boleh. Jadi untuk hilangkan kekeliruan mari kita dengan Ustaz Azhar Idrus cakap,

Harap video diatas dapat memperjelaskan segala kekeliruan netizen. Tiada masalah untuk Engku Emran untuk pegang ibu mertua dia.

Ini pula info tambahan…

Hukum Bersalam Dengan Adik Ipar Kakak Ipar – Ustaz Azhar Idrus Official

Khabar angin majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik beberapa keping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.

Hasil tinjauan perkongsian foto meja makan dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera turut memberi bayangan majlis sedang berlangsung hari ini.

Malah, sekeping kad senarai yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah. Difahamkan, perunding majlis tersebut ialah Reka Teemor.

Sehingga kini, masih tiada foto pernikahan dikongsi oleh ahli keluarga Nabila. Semalam, spekulasi tentang majlis pernikahan mereka bertiup kencang dalam media sosial.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sekitar dua minggu lalu, nama Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.
Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

Jelas poster walimatulurus tertera nama Noor Nabila dan Engku Emran.

Tempat pernikahan

Tempat duduk tetamu siap bertanda

Teka-teki nampaknya terjawab sudah. Tahniah diucapkan kepada Noor Nabila dan Engku Emran.

 

Kredit: OH BULAN via ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *