Viral

Kunci Sebenarnya Kaabah Tidak Dipegang oleh Kerajaan Saudi

Golongan yang menjadi penjaga atau memegang kunci Kaabah amat disegani dan dihormati. Oleh itu, sejarah telah mencatatkan pernah berlaku perselisihan dan rebutan bagi memegang kunci Kaabah.

Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim as dengan dibantu anaknya Nabi Ismail as. Penjaga pertama adalah Nabi Ismail kerana Nabi Ibrahim tidak tinggal di Makkah. Ia kemudian dijaga oleh anak Nabi Ismail, Thabit, diikuti Mudad bin Amrul Jurhumi dan datuk Thabit sebelah ibunya.

Kaabah kemudian dijaga oleh puak Jurhum, puak Khuzanah, Qusai bin Kilab dan seterusnya dipegang oleh keturunan Bani Syaibah turun temurun hingga hari ini.

PUAK KHUZAAH DAN QURAISY BERTEL4GAH

Mengikut catatan sejarah, Qusai bin Kilab iaitu moyang Rasulullah SAW yang hidup ketika zaman Khuzaah. Beliau menguasai Makkah dan hak sebagai penjaga Makkah adalah di tangan mereka.

Qusai amat dihormati pengikutnya daripada orang Quraisy iaitu keturunan Nabi Ismail. Qusai berkahwin dengan seorang gadis daripada puak Khuzaah, iaitu anak kepada pemegang kunci Kaabah ketika itu.

Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan supaya kunci itu diserahkan kepada anaknya, iaitu isteri Qusai. Namun permintaan itu ditolak kerana beliau seorang perempuan.

Kunci itu sebaliknya diserahkan kepada seorang lelaki daripada puak Khuzaah bernama Abu Ghubshan, seorang kaki arak.

Ketika dalam keadaan mabuk, Abu Ghubshan menjual anak kunci itu kepada kaum Quraisy sebagai pertukaran bagi mendapatkan arak.

Apabila menyedari anak kunci Kaabah terlepas daripada tangan mereka, puak Khuzaah memerangi Qusai dari puak Quraisy. Namun puak Khuzaah ditewaskan dan dihalau keluar dari Makkah oleh Qusai dibantu dan disokong oleh orang Quraisy.

Sejak itulah, penghormatan sebagai pemegang anak kunci dan penjaga Kaabah berada di tangan Qusai dan diwarisi turun temurun.

CUBAAN MEMBUKA PINTU KAABAH GAGAL

Ketika Makkah ditawan tentera Islam pada tahun ke-8 Hijrah atau dikenali tahun Pembukaan Makkah, pemegang kunci Kaabah ketika itu ialah Usman Abi Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam.

Bagi membolehkan Rasulullah SAW memasuki Kaabah, Ali bin Abi Talib mengambil kunci itu secara paksa daripada tangan Usman. Tindakan itu dibantah oleh Usman dengan katanya,
“Kalau aku mengakui kerasulan Muhammad, sudah tentu aku sendiri yang akan menyerahkannya ke tangan beliau.”

Namun bantahan itu tidak diendahkan. Kunci itu diambil secara paksa. Apabila dicuba membuka pintu Kaabah menggunakan kunci itu, dia tidak berjaya, sedangkan itulah kunci yang biasa digunakan ketika itu untuk membukanya.

Ketika para sahabat terus berusaha untuk membukanya, lalu Jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan wahyu yang bermaksud,

‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah an-Nisa, ayat 58)
Lalu Rasulullah SAW segera mengembalikan kunci itu ke tangan Usman yang menyambutnya dengan penuh kehairanan lantas bertanya,

“Kenapa pulangkan kunci ini, walhal engkau telah berkuasa dan kota ini sepenuhnya berada di bawah kekuasaan engkau.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW dengan membaca firman Allah SWT yang baru diterima dari Jibril itu.

Tertarik dengan keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan mengakui bahawa apa yang didengar itu benar dari Allah SWT, Usman segera memeluk Islam dan menerima kembali kunci itu daripada tangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudian bersabda,

“Peganglah kunci itu untuk selama-lamanya.”

Turut menyertai Usman memeluk Islam ialah seluruh ahli keluarganya. Maka itu, kunci pintu Kaabah terus dipegang oleh keturunan Bani Syaibah sehingga sekarang.

Sewaktu belum masuk Islam, Usman bin Talhah pernah menemani Ummu Salamah yang mahu mencari suami, Abu Salamah dan anaknya. Dilaporkan, mereka berdua bermusafir selama 10 hari 10 malam dan mereka berdua terbukti memelihara maruah masing-masing dengan baik.

Ummu Salamah akhirnya dapat bertemu keluarga. Selepas kematian suami, Ummu Salamah tidak menyangka sama sekali dilamar oleh Nabi Muhammad lalu bergelar ibu bagi semua orang beriman.

Selepas kewafatan Usman pada tahun 42 H, beliau tidak mempunyai anak, lalu kunci kaabah telah diberikan kepada sepupunya Syaibah bin Usman bin Abi Thalhah. Kemudian anak-anak Syaibah mewarisnya secara turun temurun sehingga sekarang. Mereka ini dikenali dengan nama Al-Syaibiyyin.

Sebagaimana yang tersebut dalam hadis : “Kekal selama-lamanya di tangan kamu menunjukkan bahawa keturunan Abu Thalhah akan kekal shingga hari kiamat dan penjagaan Kaabah berada dalam tangan mereka. Ini merupakan mukjizat Rasulullah S.A.W”.

Lantaran itu, Nabi Muhammad telah memulangkan kembali kunci Kaabah itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Atas pemberian kunci itu kembali kepada mereka, Bani Syaibah menganggap Muhammad tentu seorang Nabi. Mereka beranggapan jika Muhammad bukan Nabi pasti dia seorang yang gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

Namun hanya seorang yang berfikiran rasional dan jujur serta ikhlas sahaja yang akan memulangkan kunci Kaabah itu kepada empunya hak menjaganya. Atas dasar kejujuran dan keikhlasan ini membuatkan ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

FAKTA MENARIK TENTANG KAABAH

– Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan (8,000 kg)!

– Di dalam Kaabah, masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Pada zaman Kerajaan Umaiyyah, ditukarkan lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abbasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama disimpan di dalam Kaabah. Jadi, banyak lampu lama disimpan di dalam Kaabah.

– Kaabah di’mandi’kan dua kali setahun, yakni pada 15 Muharam dan permulaan bulan Syaaban. Acara ini biasanya dihadiri oleh raja Arab Saudi dan pembesar lain.

– Lantai Kaabah dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas dan perhiasan.

– Kain penutup Kaabah (Kiswah) awalnya dibuat di Mesir. Namun setelah terbentuknya kerajaan Arab Saudi, Raja Abdul Aziz memerintahkan agar pembuatan Kiswah dibuat di negara itu sendiri.

sumber: cari

Rakaman Detlk Detlk PM Muhyiddin Diberi Kebnaran Masvk Kaabah. Menjadi Tetmu Pertama Selepas Setahvn

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majid Abdulaziz Al Saud, Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah.

Lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahagian daripada r.angka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Beliau dan isteri akan menunaikan umrah dan melakukan z.iarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi pengh.ormatan untuk memasuki Kaabah ketika men.unaikan ibadah umrah.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Detik pembukaan pintu Kaabah, pada Sabtu malam waktu tempatan, dirakam beberapa jemaah yang berkongsi m.omen itu di media sosial.

 

Ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu.

Terdahulu Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Muhyiddin merupakan ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemlk C0VID 19.

Mohon bakal jemaah haji diberi keutamaan v4ksin C0vid-19

Kuala Lumpur: Mengambil kira pengumuman kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pengambilan v4ksin C0vid-19 terhadap seluruh bakal jemaah haji, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) berpendapat golongan berkenaan perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham turut menyeru pembabitan hospital swasta dalam Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan bagi membantu bakal jemaah haji menerima suntikan vaksin tersebut lebih cepat.

“Bagi mendapatkan vaksin, kita kena daftar dan ikut giliran, jadi ini sudah pasti mengambil masa yang lama. Tak boleh potong barisan tapi sekiranya pemberian vaksin boleh dilakukan di hospital swasta, maka golongan ini boleh diberi keutamaan untuk dapatkan suntikan vaksin.

“Hospital swasta boleh membeli vaksin daripada kerajaan dan menjalankan proses vaksinasi sendiri dan secara tidak langsung dapat mempercepatkan imuniti kelompok selain menjimatkan masa dan kos kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengumuman kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 bagi bakal jemaah haji tahun ini bertujuan memastikan kesihatan jemaah berada dalam keadaan yang terbaik serta kelancaran ibadah haji tahun ini.

Fasa 1 program imunisasi itu yang sedang berlangsung hanya membabitkan petugas barisan hadapan. Kerajaan menyatakan individu yang ‘memotong barisan’ untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, Razali turut merayu kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah sekali gus membantu agensi umrah yang kehilangan pendapatan sejak penularan Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon kerajaan membenarkan pemain industri membuat kunjungan teknikal ke Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat termasuk berkenaan garis panduan prosedur operasi standard sebelum jemaah dari negara ini dibenarkan ke Tanah Suci.

Pada November tahun lalu, kerajaan Arab Saudi memberikan kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan umrah selama 10 hari, bagaimanapun kerajaan Malaysia masih tidak membenarkannya selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah berpendapat pengumuman berkenaan adalah langkah yang amat wajar bagi mengekang penularan Covid-19.

Beliau berpandangan bahawa jemaah haji perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin, selewat-lewatnya menjelang Aidilfitri ini bagi memudahkan urusan perjalanan.

“Kita berharap sangat keutamaan diberikan kepada jemaah haji. Sebab kalau dilewatkan pemberian vaksin ini, sampai masa nak berlepas ke Tanah Suci, vaksin tak dapat lagi. Sudahlah kuota kita mungkin kecil saja, jadi ini peluang yang tak boleh disia-siakan,” katanya.

Md Daud bagaimanapun berkata, suntikan vaksin sebolehnya perlu dibuat di hospital kerajaan sekali gus pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk menentukan tahap kesihatan bakal jemaah haji secara lebih terperinci.

Kredit : AstroAwani/trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *