Dunia

Niat Baik Laki Ni Nak Kawan Dgn Seorang Gadis, Sekali Kena Sound Suruh Sedar Diri

Jika dulu kita tidak lekang dengan Facebook selepas itu Instagram tapi untuk zaman sekarang Tiktok menjadi pilihan semua orang.

Dengan video video menarik dimuat naik, ada yang berguna ada juga yang tidak kurang merepek.

Seorang lelaki bernama Hamizan Ismail telah memuat naik 1 video ke dalam akaun Tiktok beliau untuk menyuarakan hasrat untuk berkenalan dengan seorang gadis yang juga ada dalam Tiktok.

Di dalam video tersebut Hamizan memberitahu dia tahu dia tidak berapa kacak (good looking) tetapi dia hanya nak berkawan.

Video:

Tapi ada perkara yang menyedihkan apabila ada seorang individu ini telah meninggalkan 1 komen negatif terhadap Hamizan.

Dia disuruh untuk sedari diri atau kena tahu bahawa dia tidak layak untuk berkawan dengan gadis yang dia minat.

Diminta sedar diri tiada harta, pemuda syukur mampu beli kereta lusuh RM2,000 – Malay News- Malaysian newspapers from Kuala Lumpur

Disebabkan teguran itu. Hamizan telah membuat 1 lagi Tiktok dan kali ini untuk menjawab kenyataan dari individu yang suruh dia sedar diri.

Balas kepada @syasyanadia71 terima kasih atas nasihat kak, saya mintak maaf sbb taksama mcm org lain

Di dalam video tersebut, Hamizan tahu bahawa dia tidak kaya seperti orang lain tetapi dia bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.

Dia siap tunjuk kereta yang dibeli dengan harga RM2000 yang dia dapat dari dalam Facebook.

Walaupun kereta dia tidak sehebat orang lain tetapi dia bersyukur dengan rezeki yang dia ada sekarang.

Video:

Rata rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap komen yang ditinggal kan oleh gadis tersebut. Apabila diperiksa akaun tiktok individu tersebut telah ditutup.

Rezeki Bukan Hanya Pada Duit

Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.

Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.

Tapi sebenarnya, tanggapan ini salah dan amat jauh menyimpang, dan persepsi ini perlu segera diubah

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah.

Namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Fahami 10 jenis rezeki dari Allah di bawah:

1. Rezeki Yang Telah Dijamin
Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing di dunia ini.

2. Rezeki Kerana Usaha atau Kerja
Lebih banyak usaha, insyaAllah lebih banyak rezeki seseorang.

3. Rezeki Kerana Bersyukur
Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan semuanya.

4. Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka
Pernah dapat rezeki yang tak terduga? Contohnya seperti kawan belanja makan, dapat panggilan kerja yang kita tak harapkan, dan macam-macam lagi. Mesti pernah, kan?

5. Rezeki Kerana Istighfar

Ucapan ‘Astaghfirullahal’azim’ itu sangat powerful untuk kita amalkan.

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *