Uncategorized

“Bila abg2 gi kerja kau membawang terperap kat bilik” adik bongsu disuruh bt kerja rumah lps jd yatim piatu. Skali adik mengamuk terus.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Terbaca luahan seorang kakak terhadap adik bongsunya baru-baru ini. Terus terimbas peristiwa beberapa tahun yang lalu. Kami punyai 11 orang beradik.10 lelaki dan yang bongsu tu perempuan satu-satunya. Aku dan adik bongsu jarak 2 tahun saje.

Kisahnya,ayah kami mennggal semasa adik berumur 10 tahun,5 tahun selepas tu mak pun menyusul ayah pergi. Maksudnya semasa adik berumur 15 tahun di dah yatim piatu. Maka bermulanya penderitaan adik bongsu kami.

Aku dan adik bongsu tinggal di rumah peninggalan makayah bersama 5 lagi abang yang kesemuanya dah kahwin.Rumah tinggalan makayah memang besar. Ada 8 bilik.kira rumah orang kaya kampunglah.

Bayangkan saja. abang2 ada bini memasing tapi bila nak air suruh adik. Bila nak makan suruh adik masak. Bila nak beli sesuatu suruh adik pergi beli. Bila nampak rumah sepah suruh adik kemas. Nampak dapur tak kemas pinggan mangkuk tak bercuci suruh adik buat semua.

Pernah sekali tu masa tu adik masih sekolah menengah.Balik2 je tak makan lagi terus buat kerja dapur.Dah siap semua baru dia masuk bilik tidur.pastu bangun nak dekat maghrib tapi abang sulung marah dia sebab nak maghrib baru tahu nak bangun.

padahal dia tak tahu adik sebelum tidur tu dia dah buat semua kerja2 kat rumah. Kakak2 ipar?Bila abang2 gi kerja kalau tak membawang terperap kat bilik. Bukannya tahu buat kerja kat dapur.Semua tunggu adik balik yang buat.

Aku pun bodoh masa tu.Aku tahu adik aku kena umpat kena ejek kena fitnah. dijadikan hamba tapi aku tak buat apa2. aku marah tapi aku tak pandai nak tunjuk atau bela adik. Sebab aku pun masa tu sama perangai ngan abang2 lain. bodohnya aku.

Rupanya adik banyak pendam semua. Dia tahu je kakak2 ipar tak suka dia. Dia tahu dia kena fitnah kena umpat.Tapi dia pendam. Dia pernah beberapa kali luah kat aku dan abang2 yg lain tapi aku kata sabarkan je.Abang2 yg lain pulak buat dek je. dan suruh bergaul dengan kakak ipar.

Lepas pada tu dia dah tak pernah mengadu dah. Dia nampak happy je.. gelak2.Buat kehidupan macam biasa. Layan kakak2 ipar macam biasa walaupun dia tahu kakak2 ipar tu selalu mengumpat dia.

Sampailah ada hari tu. Masa tu kitorang tengah ada makan2 satu family. Tapi dia duk dalam bilik sebab demam.Tapi abang2 paksa dia tolong kakak2 ipar kat dapur. Dia tiba2 mengamuk. Marah sangat2.Masa tu smua benda yang dia pendam terkeluar.

Katanya selama ni dia buat kerja sorang2 kat dapur takde siapa tolong. sekali je dia tak tolong sebab demam abang2 marah dia dan cakap jangan jadi pemalas.Kami semua terdiam.Masa tu jugak dgn keadaan dia yang tgh demam tu dia bawak baju2 dia kluar rumah tu.

Abang2 aku temasuk aku msa tu sikit pun tak pujuk atau halang dia keluar. Abang aku yang sulung siap kata baguslah kau keluar.Aku kesian jugak masa tu dgn adik tapi tak tahu nak buat apa.

Selepas beberapa hari.Abang aku yang keempat tu bawak kami bincang.Dan dia kata rasa bersalah dgn adik sebab biarkan dia terseksa selama ni. Tapi abang2 yang lain masih ego. Taknak mengaku salah.

Bagi diorang adiklah yang salah sebab tak hormat abang. Padahal selama ni adik jadi hamba diorang adik tak mengeluh pun. Dia just pendam demi nak jaga hati abang2. Nak hormat.

Aku dengan abang keempat usaha cari adik. Call semua.Nak pujuk adik. nak jumpa adik. Dan selepas 2 minggu baru adik setuju nak jumpa. Bila kami bertiga jumpa duduk semeja. Banyak benda dia luah. Dia bercakap sambil air mata dia menitis.

Aku yang lelaki ni betul2 nampak penderitaan dia kat situ.Betapa selama ni dia seksa dan sedih.. Rindu makayah katanya. dulu dia dimanja sekarang dia diperhamba.Aku dgn abang peluk dia erat masa dia menangis teresak2 tu.

Dia kata dah lama tak rasa kasih sayang abang2. Dia rindu nak bergurau senda tapi selama ni dia asyik kena marah abang2. Abang ngan aku2 sekali menangis masa tu. Dan kami minta maaf dengan dia sebab dah abaikan dia selama ni.

Kami nak bawa dia balik tapi dia taknak. Akhirnya aku dan abang carikan dia rumah sewa dan aku pun akhirnya ambil keputusan untuk tak lagi tinggal di rumah tu dengan abang2 aku.

Even sampai sekarang abang2 aku yang lain masih tak pedulikan adik. Diorang tak pernah kisah pasal adik. Dan dah banyak kali aku dengar ada je pergaduhan sesama kakak ipar yg tinggal kat rumah peninggalan tu. Ntah hidup diorang macam dah bermusuh sebab tinggal serumah kot tu yang ada je tak puas hati.

Aku tak berhenti berdoa supaya famili dapat bersatu macam dulu lagi. Buat adik aku maysara@may aku minta maaf sebab tak mampu jaga kau sbg abang. Kau tak layak pun jadi adik aku. Kau baik aku ni bodoh jahat.

Aku doakn kau jumpa jodoh yang terbaik yg boleh jaga boleh lindungi kau. Aku syg kau dik tapi aku bodoh. Aku biarkan kau sedih sorang2. Makayah, orang nak minta maaf sebab tak jaga anak kesayangan manja makayah ni. Mesti makayah sedih kat sana kan.

Komen warganet

Wawa: kesian adik kau kan…memang kau dgn abg2 kau x gune..tapi alhamdulillah kau n abg no. 4 kau sedar..Aku harap sgt abg2 kau tu dapat balasan sebab buat adik kau mcm tu..Adik perempuan kau tu tanggungjawab korg tau before dia kawin..klu ape2 jadi kat dia..korg yang berdosa tau..Tolongla jaga dia..kesian dia..

Nurul: Berkaca baca..harap lepas ni awak bertanggungjawab lah pd dia, bersama lah dia saat susah n senang..rajin2 lah luangkan masa dgn dia..selalulah ckp maaf pd dia, kesian dia terseksa emosi..semoga awak jadi abg yg baik lepas ni,peganglah amanah mak ayah utk menjaga n mendidik dia sebaiknya…

Nurulhidayah: Buat anak yatim piatu mcm tu…pas tu tk jalankan tanggungjawab sebagai wali…bahagian adik bongsu ke atas harta pusaka mcm mana? Jenuhlah nk jawab nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *