Uncategorized

“Kak ipar 0rg gaji aku”. Pelik lps akad bers0rak pggl pmbantu rumh. Bertahun br aku perasn. Aku nekad nak ambik tindkn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi, aku Aurora. Of coz bukan nama sebenar.

Memang minat dengan nama Aurora. Haha. Aku dah berkahwin lebih 10 tahun. Alhamdulillah hidup bahagia. Kisah yang aku nak share berkisar tentang sikap ahli keluarga suami.

Yes, suami aku tahu semua yang berlaku. Nasib aku lebih baik berbanding luahan-luahan isteri yang aku pernah baca sebelum- sebelum ini.

InsyaAllah aku nak share sedikit petua kepada pasangan yang mengalami masalah dengan keluarga suami atau mungkin boleh diguna pakai jika bermanfaat kepada pasangan yang baru berkahwin.

Alkisah, awalnya hidup aku pun bergelora juga. Maklumlah diawal perkahwinan suami aku diuji tiada sumber pendapatan. Aku seorang yang bekerja mencari nafkah.

Aku ada 6 orang adik ipar dan seorang daripadanya adalah wanita. Kenapa aku sebut wanita? Kau orang boleh bayangkanlahkan umurnya berapa.

Diawal perkahwinan lagi adik iparku ‘bergurau’. Seronoknya ada pembantu rumah. And aku yang mendengar boleh ketawa sahaja masa tu sebab of course aku anggap itu gurauan.

Bila bertahun duduk sebumbung, ya ampun betullah aku ni pembantu rumah kau. Satu kerja langsung tak membantu. Cawan minum sendiri pun boleh biar letak merata.

Kalau duduk depan tv, situ la cawannya. Kalau time makan, atas meja ditinggalkan. Kalau terrajin sikit, sempat la dia bawa ke sinki tapi biar berlonggok la situ. Nak harap masak?

Hurmmm… mengemas jauh sekali. Satu hari adik ipar lelaki kawin. So aku dapat biras. Kali kedua dia bersorak. Bestnya dapat pembantu rumah lagi. And whatttt? Tu belum cerita bila bab buat makan-makan di rumah. Dari pagi sampai malam menantu berdua ni bersilat dekat dapur.

Yang melawa dan wangi of course dia orang anak beranak. Pernah kami tak menang tangan, baju dari pagi sampai malam itula kami pakai. Family aku datang pon, aku sempat jumpa salam je.

Lepas tu sibuk kena tolong dekat dapur. Adik ipar wanita aku tu eh panjang pula nak sebut. Aku gelar dia sebagai S la ye. Ok, S ni pula kalau ada makan-makan dia la paling nak melawa. Galak layan kawan-kawan dan mengarah kakak-kakak ipar dia topupkan makanan yang tak cukup.

Bila habis kenduri, kau rasa dia menolong kemas? Dia la yang paling awal masuk bilik berehat. Penat layan tetamu mak dia kata. Mak mertua suruh kami sahaja kemas. Habis tu, yang kami dari pagi bersilat ni tak penat? Oh mungkin kami robot. Benda ni berlarutan hinggalah aku menerima lagi dua biras perempuan lagi.

Dalam 4 orang menantu ni ada sorang ni cerdik sikit. Dia pandai ambil hati mak mertua aku. Masak? Tak. Kemas? Tak. Beli hadiah? Ada la juga tapi dia beli sekali dekat anak kesayangan mak tu. Ha, tu aku kata dia cerdik. Dia tak buat apa pun tapi disayangi sebab dia layan baik adik ipar tu. Kah3. So hakikatnya aku dapat klon si S tu.

Belum cerita bab balik kampung beraya. Kampung suami aku di Pahang. Bila balik, aku dan menantu-menantu mak ni la yang dikerah mengemas, memasak, layan tetamu datang. Eh kita orang bukan tetamu ke eh bila balik rumah atok opah? Pelik tak. Aku pula kena layan sepupu-ssepapat dia yang memang tinggal berjiran kiri kanan umah atok dia.

Pernah balik kampung saja-saja melawat atok opah. Family aku sampai lambat sikit sebab kami menyinggah rumah sedara aku dulu. Kiranya aku sampai dalam pukul 11.30pagi. Mak pak mertua, adik ipar lelaki dan S dah sampai pukul 5 pagi. Aku baru jejak rumah atok, barang-barang tak sempat keluar kereta lagi mak mertua suruh aku masak tengahari.

Atok dah lapar katanya. Masa tu mak mertua aku sakit kepala pula tetiba. Aku paham sebab ye la orang tua kan. Dia ada drah tinggi pula tu. Mungkin penat duduk lama dalam kereta dari Johor nak ke Kuantan. Yang aku tak faham, kenapa bukan disuruh S yang berlingkar dekat tilam tu? Kau paham tak? Pukul 11.30pagi okay. Bukan 8pagi.

Oklah. Cukupla aku share bab kisah-kisah dia orang. kau orang mesti bosan sebab macam lebih kurang saja dengan confession sebelum-sebelum ni. Memang hampir sama je. Macam-macam ada. Belum sebut bab duit, barang makan dan sebagainya. Aku malas cerita sebab lebih kurang je.

Punyala panjang aku tulis. Pointnya aku nak share macammana nak suami kau orang berada di side kau orang tanpa dia derhaka kepada mak ayah dia. First, ni paling penting. kau orang kena betulkan diri sendiri dulu. Akui kelemahan diri dan cuba perbaiki. Maksud aku dekat sini, macammana hubungan kau orang dengan Allah tu kena betulkan dulu.

Kalau dulu kejap solat kejap tinggal, kau jangan harap Allah nak tolong bagi laki kau orang nampak dengan mata hati dia. Sebab yang pegang hati dia siapa? Yang boleh ubah dan lembutkan tu siapa kalau bukan Allah. Sebab tu aku kata kau orang kena betulkan diri sendiri dulu.

Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku ok. Aku dulu pun bukanlah baik mana. Pandai mengaji tapi liat bukak quran. Tau solat tapi banyak tinggal. Kedua, kau kena buat dulu. Buat apa? Buat sahaja segala kerja-kerja rumah tu bersunguh-sungguh. Kau tunjuk macammana kau kemas, masak, layan mentua kau dulu. Buat bersungguh-sungguh dengan ikhlas.

Buat tanpa mengeluh mengadu orang ni tak buat keje, orang ni tak bantu. Tak payah. Jangan kau mengadu keburukan family mentua kau dekat suami. Hold dulu ok. Kau boleh mengandu manja-manja je. Eh apa tu? Maksudnya kalau kau tengah basuh pinggan, kau minta tolong picit2 bahu sikit. Sambil senyum kau buat kerja.

Suami kau bangga tau isteri dia rajin menolong mak dia. Depan sedara mara dia orang, kau jangan goyang kaki. Jangan jadi bahan dia orang nak cari salah silap kau. Kena bagi dia orang memuji, ‘bertuah kau dapat isteri macam aurora ni’. Ah gitu… haha.. Kenapa aku kata pentingnya pujian-pujian ni?

Kiranya ni macam testimoni la bagi orang marketing. haha. Bandingkan kau iklan produk sendiri dengan orang bagi testimoni? Mana yang selalu lebih buat orang tertarik? Itula jawapannya. Kenapa penting testimonial ni? Benda ni akan jadi bekup baik kau orang bila tiba masanya kau meluahkan isi hati. Segala curahan rasa hati kau tu, suami tak akan terus tolak tepi.

Of course, diawalmya dia akan cuba minta kita positif. Dia minta kita lebih bertimbang rasa. Tapi percayala. sedikit sebanyak dia akan ada rasa berbelah bahagi juga. Antara sayang family dan isteri. Dia tak akan terima bulat-bulat orang mengata isteri sebab dia saksi isteri dia banyak membantu. Testimoni pujian dari saudara mara. Dia akan bekup kau orang, percayala.

Tapi ingat, kau nak buat curahan hati tu kena tengok waktu dan masa sesuai. Dan janganla kau terlebih emosi marah masa tu. Tips ketiga aku nak share, kawal em0si. Yes, kau boleh menangis. Tu bonus juga sebenarnya buat kau lebih dikasihani dan dipercayai. Elakkan marah-marah dan mengutuk berlebihan. Simpan sikit-sikit. Kau jangan bagi dushhh segunung terus keburukan family dia.

Silap haribulan kau yg kena sembur balik. Tapi ingat, 3 tips ni tak akan berkesan kalau dari awal lagi kau memang buat hal. Malas. Bertekak bergaduh saja manjang dengan suami dan family dia.. Kuat mengadu domba.

So memang susah nak dapat la sokongan suami. Tu kau kena ubah diri sendiri balik. Bertahun kau kena sabar balik dan tunjuk kesungguhan berubah. Slow-slow kau boleh ubah family dia dengan bantuan suami. Apa kau nak, kau cerita. Suami dengar dan kau cuba fahamkan dia kenapa.

Dekat sini aku kata tadi pentingnya jaga hubungan dengan Allah. Sebab yang boleh buka mata hati suami tu siapa? Allah. Dalam masa sama kau kena ingat. Syurga suami kau tetap mak dia ok. Kau jangan layan emosi kau sampai sanggup racun suami kau untuk benci atau marah-marah mak dia dan family dia. JANGAN! Allah pun tak akan tolong kau kalau niat kau salah. Niat kau kena betul.

Tipula aku kata si S tu betul-betul dah berubah. Dan mak mertua aku still lagi banyak kerjakan menantu dan rehatkan anak kesayangan..haha.. tapi sekurang-kurangnya aku dah tak str3ss. Sebab bila ada kejadian malas bermalasan berlaku ni, suami aku yang jadi tukang bebel. Dia akan kerah S bangkit tolong apa patut.

Kau sebagai menantu, diam je. Jangan menyampuk. Biar dia orang adik beradik saja tegur menegur. So sedikit sebanyak, kau tak menambahkan sebab untuk mak mentua marahkan kau. Paham tak? Jangan ‘jentik’ anak-anak dia. Menantu tetap menantu. Salah anak tetap dia lindung. Sebab tu aku biar suami saja buat keje tegur menegur ni.

Hidup aku lebih senang hati. Sebab aku punya pendirian mudah. Cukup Allah tahu apa aku buat dan suami aku sentiasa disisi bagi sokongan. So, point utama juga adalah, kau kena sentiasa berusaha dapatkan sokongan suami. Bukan dengan mengadu domba keburukan family dia. Tapi kita ni kena jadi baik dulu.

Layan dia elok-elok. Jangan dengan suami pun kau nak berperng. Memang bagi 100 tips pun tak akan membantu. Okla. Aku minta maaf kalau ada tips aku ni tak sesuai untuk sesetengan situasi dan pada sesetengah orang. Kalau bermanfaat pada kau orang, gunala. Tak salah mencuba.

Kalau yang sedang alami dan rasa dah terlambat tips aku bagi ni, kau orang mula balik dari awal. Kalau sayang dan nak selamatkan rumahtangga, tiada istilah terlambat. Unless memang kau dah tak de hati dekat laki kau orang. Kalau jenis suami parasit, kau dah sebaik mana pun dia still tak menyebelahi kau, aku pun sokong kau orang bercerai. Buat apa nak hadap orang tak hargai kita. Tu tandanya cinta dia tak la sekuat mana.

Ingat kita tak ada nilai ke? Silap haribulan kau dapat suami lain yang lebih menghargai. Yang rugi bekas suami dan family dia yang tak nak reti ‘bela’ orang yang banyak berk0rban. Padankan mereka. Akhir kalam, sekali lagi aku minta ampun dengan gaya penulisan aku yang caca marba. Aku baca balik pun macam g4ngster pula penulisan aku ni.

Haha.. tapi percayala aku ni sopan saja depan-depan.. entah kenapa bila menulis terasa gangsters pula disitu. Nampak sangat aku tak pandai mengarang sebenanrnya.. hahaha.. Oh ya, kalau rasa tak bermanfaat pun tips aku bagi tu, aku minta maaf juga la ye. Tu berdasarkan pengalaman aku je… – Aurora (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Shiyin alias – Sorrylah sis…tips supaya ‘suami menyebelahi isteri daripada family sendiri’ ni terpakai utk sis je kot.. dari mertua, adik ipar S tu ke suami ke adik beradik lelaki suami.. semua jenis takde common sense..

Yang mak tu, sibuk kulikan anak orang, anak sendiri jadi tuan.. yg adik ipar lagi kurang ajar, depan2 panggil akak ipar org gaji.. suami n adik beradik pun nampak jenis tak menolong kerja2 rumah..kalau dorang jenis menolong, tak payah isteri kena try hard bersungguh2 sgt buat semua kerja nak suami nampak yg buat kerja rumah ni penat.

dorang sendiri patut tahu n take part, bukan hanya harap perempuan2 dlm rmh tu je. Baiki hubungan dgn Allah tu semua betul.. tp drpd berharap supaya suami bebelkan adik ipar supaya tolong kerja rumah, baik sis berdoa supaya family belah suami tu ada common sense sikit.

Aminah siti – tak payah tunjuk rajin, jadi diri sendiri. saya kat rumah mertua, suami yg buat kerja, tolong basuh baju dalam mesin, sidai baju.. saya jaga anak yg tak pandai jaga diri.. tu pon orang sana dah balik mata, buntang mata… tak kisah la… diorang tak tau kat rumah mak saya, saya buat banyak benda, plus jaga anak, suami tak buat apa2 kecuali disuruh…

saya takkan masak kat rumah mertua, saya tolong apa patut je.. dapur is queen’s territory so saya taknak byk masalah… biar lah kakak dan adik ipar belah suami buat… kalau kat rumah mak dia sendiri pun jadi pemalas, xtau nak cakap apa la…

ipar2 awal2 nak buli saya gak…saya buat dek je…tak dapat buli saya, nak buli anak2 perempuan saya…sy sound direct je, kerja2 rumah ni orang laki kena buat gak, kudrat lelaki kan kuat… sebut nama2 anak sedara lelaki tu, biarlah kecik lagi pun, lepas makan letak dlm sink, leaps makn, kemas… jgn duk buuli budak perempuan jek… biar pupus golongan raja ni.

Nur mustikarahman – Entah lah.. Aku tak pernah hadap benda benda macam ni.. Masak untuk mak mertua pun Kadang2 je, mak mertua and adik ipar bukan jenis pemakan.. Bukan jenis shopping.. Kitorang dah kawin pun dia masih ada aktiviti dengan kawan.. Dengan adik beradik dia.. Tak pernah lah nak kena arah sana sini..

Walaupun aku kalau belah family aku rajin buat makan makan n rajin je tlg hidang semua tu.. Kitorang bila naik umur 20 lebih masing2 dah tak bersilat kat dapur.. Masak sikit2.. Kalau ramai nak datang… Order je… Hurm.. Tak penat ke eh asyik masak masak masak.. Kesian nya orang yang kena hadap macam ni..

Alhamdulillah dapat family baik2.. Dan normal.. Mak aku yang umur 50 tu pun dah penat nak masak.. Takde masa dah berkumpul Ramai2 nak be rewang.. Order je.. Sikit2 boleh lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *