Uncategorized

“Ya dia anak aku, tp aku xlahirkn dia”. Terpaku aku diberi plihan antara kawen atau dia. Aku nekad jaga amanat sampai la bakal mentua ckp.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku berumur 29 tahun, belum berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 tahun.

Aku tak pernah melahirkan tapi yaaa, dia anak aku. Hampir 6 tahun lalu, bagaikan mimpi ng3ri, aku kehilangan abang dan kakak ipar dalam sebuah kem4langan jalanraya dan dalam sekelip mata, “Dia” menjadi yatim piatu, dalam usia yang masih belum tahu apa-apa tentang kehidupan

dan terima kasih Allah kerana hadirkan hamba-hamba Allah yang bertindak pantas menyelamatkan “dia” ketika itu. “Dia” tak banyak kerenah, tak banyak ragam, bagaikan mengerti apa yang terjadi.

Kedua-kedua belah keluarga bersetuju untuk kami sekeluarga yang akan menjaga “dia”, rumah kami juga tidak jauh, jadi hubungan itu memang tidak akan putus.

Pada awalnya, mungkin aku agak kekok, hanya membantu emak dalam segala perkara mengenai “dia”, Tapi lama-kelamaan aku sudah pandai macam mana cara nak bancuhkan susu, pakaikan pempers, tahu sebab apa “dia” menangis,

perut kembung atau lapar atau mengantuk nak di dodoi.. hahaha aku dah bagaikan ibu sebenar. Bila tengah bekerja, aku akan selalu teringatkan “dia”, seboleh-bolehnya nak balik cepat ke rumah.

Kalau dulu bila shopping, semuanya barang-barang aku tapi sekarang hampir semuanya barang “dia”.. hahaha. Pejam celik pejam celik , dah hampir 7 tahun “dia” menemani setiap hari aku, dah semakin banyak kerenah, dah pandai merajuk dan mahu di pujuk selalu.

Anak manja yang selalu sebelum tidur akan minta aku peluk dan dodoikan dia.. Hampir ke usia 30 tahun ni, tipulah aku kalau tak terasa nak berkahwin dan berkeluarga.

Tambahan pula lagi “dia” pon selalu meminta adik dekat aku, katanya nak adik perempuan, tak mahu lelaki.. ohhh anak, senangnya order adik.. hahaha. Aku ada berkawan dengan seorang lelaki yang bekerja satu banggunan dengan aku, dah hampir 4 tahun kami berkawan dan cukuplah aku gelar dia ‘A’..

“A” tahu akan siapa “dia” di sisi aku, “A” juga sangat sayangkan “dia”, aku tahu perasaan itu jujur bukan hanya berpura-pura dan “dia” juga sangat sukakan “A”, kerana “A” akan selalu melayan karenah “dia” dan belikan macam-macam untuk “dia”.

Kalau kami keluar, selalu “dia” di bawa bersama. Mak dan abah aku juga sangat senang dengan “A”. Tapi… Keluarga “A” tidak dapat menerima kehadiran “dia”. Aku tak nafikan keluarga “A” baik tapi mereka hanya menerima aku tidak anakku, Bagi mereka “dia” bagaikan orang ketiga dan alasannya nanti kalau kami berkahwin,

akan ada anak, aku pasti tetap akan abaikan “dia” kerana sibuk menguruskan anak dari rahimku sendiri. Aku terpaku sendiri kerana permintaan ini hadir dari ibu “A” sendiri kepada aku. “A” meminta aku bersabar dan akan memujuk ibunya. Dan hampir 4 tahun, anakku masih dilayan seperti orang asing kalau kami kerumah “A” untuk menziarahi,

beraya atau sekadar makan-makan sesama keluarga. Aku pernah jelaskan kepada ibu “A” yang “dia” amanah buat aku, “dia” hanyalah seorang puteri kecil yang tak punya apa-apa d0sa, kenapa aku haruslah tinggalkan “dia”, mungkin ketika itu aku agak berkasar,

aku tahu ibu “A” mungkin terasa hati. Aku sayangkan “dia”, aku juga sayangkan “A” dan “A” pernah nyatakan hasrat untuk kami berkahwin sahaja dan aku tak mungkin g1la untuk mengiakan sahaja. “A” satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, syurga “A” tetap ibunya,

takkan aku nak biar “A” membelakangkan ibunya hanya kerana aku. Sesungguhnya, aku juga buntu. Aku minta pendapat emak,abah dan aku juga ada sesekali berbual dengan “dia” tentang “A”. Aku tanya “dia” sekiranya nanti hanya kami berdua saja kemana-kemana, takkan ada “A” lagi, macam mana.

Ujarnya okey sahaja asalkan mama beli kfc selalu.. hahaha, anak oh anak, seronoknya menjadi kamu, tak perlu fikirkan dunia, asalkan dapat makan, cukup gembira. Kepada Allah aku memohon petunjuk dan akhirnya beberapa hari sebelum berpuasa baru-baru ini,

aku nyatakan hasrat kepada “A” untuk putus, Aku mohon secara baik kerana aku tahu kami akan tetap terjumpa di banggunan tempat kerja kami. Aku sayangkan “A” tapi aku lebih sayangkan “dia”. Cukuplah 4 tahun aku bersabar, menanti untuk keluarga “A” menerima “dia”

tapi aku tetap dan tetap menunggu walaupon aku dah lama pasti apa akan jawapannya. Cukuplah setakat ini aku berharap. “Dia” walaupun bukan dari rahimku sendiri tapi “dia” mengajar aku untuk menjadi seorang ibu, mengajar aku erti kasih dan sayang.

Panggilan “mama” itu sudah cukup membahagiakan aku. Aku tahu “dia” juga mungkin mengerti siapa aku sebenarnya, setiap kali kami melawat kbur papa dan mama “dia”, dia akan senyap tanpa banyak soal. “Dia” hanya diam, termenung memandang kearah batu nissan.

Wahai anak, sesungguhnya kamu amanah dan anugerah terindah buatku. Aku hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa jagakan “dia” , ceriakan hari-harinya selalu…. – Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fadzilah musa – Manusia takde hati perut mcmtu tak payah la berangan nak jadikan sbg family awak. Klu benda mcmtu pun tak boleh tolak ansur.. lepas ni klu ada apa2 jadi pada awak tak mustahil dorang akan bertindak kej4m pada awak jugak

Entah2 sebenarnya dia nak tolak awak, tapi takde cara, so jadikan budak kecik takde dosa tu sebagai alasan je. Pelik juga ni budak kecik dijadikan halangan. Habistu kalau kawen dgn ibu tunggal lagilah ada anak, takde plk org nak jadikan sbg penghalang

Alasan semata2 ni dicipta nak melarang hubungan. Tahniah kepada awk sebab memilih “dia”. InshaAllah ada yg lebih baik menanti awak nanti yg lebih jujur dan mulia.

Nor isnida – Dia bukan sekadar dia… Dia adalah anak buah kita… sama mcm anak kita juga kalau ikut agama pun bila kematian ayah and xder adik beradik pakcik bole walikan …. insha Allah semoga dikurniakan jodoh yang baik..

tambah2 menjaga and berbuat baik pada anak yatim piatu sangat besar pahalanya…. Peng0rbanan awak insha Allah pasti mendapat balasan yg baik dari Allah…. and u masih muda 29 tahun insha Allah, insha Allah, Allah temukan jodoh yang baik … syabas buat diri adik yang bijak and membuat pilihan dan pengorbanan yang tepat…..

bayangkan seadainya adik dah kawin dan ada anak kandung sendiri… apa anak kandung adik alami sama mcm Dia… adakah family akan jaga anak kandung adik… terbelakah nasib…. sbb belum apa2 lagi sikap empathy, rasa syg dan belas kasihan sesama insan maaf nak ckp xder.

Ana abdullah – Hebatnya confessor. Alhamdulillah. Bijak dan matang pilihan kamu. Memilih ihsan daripada kemahuan. Semoga kamu terus bahagia dengan “dia” sehingga ke Jannatul Firdaus. InsyaAllah.

Pahala dan kemuliaan di akhirat bagi mereka yang memberi didikan dan kasih sayang tanpa berbelah bagi kepada anak-anak yatim piatu. Ada ganjaran kepada mereka yang mengusap kepala anak yatim dengan penuh kasih. Ini juga pesan Rasulullah untuk lembutkan hati.

Teruskan menjadi insan yang lebih hebat. Terima kasih kongsi kisah positif yang menyayat hati. Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *