Uncategorized

“Ank h4ram, hg tahu xhg ank”. Mak marah aku bila mula pakai tudung dlm rumah, lps ustazah tanya status aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku Han. Aku memang pembaca setia dekat page ni. Baca untuk ambil pengajaran dan pujuk hati yang sedang bersedih.

Aku sentiasa baca confession yang berkaitan dengan t0xic parents sebab aku mghadapinya. Aku diam je baca komen kat Fb, ada yang mencemuh sebab anak-anak h1na mak bapak, ada yang sangat faham dan beri doa, tak kurang juga yang tetap dengan pendirian, j4hat macam mana pun dia tetap mak bapak kita.

Macam-macam komenlah kan. Aku ni anak angkat. Dari kecik aku ni faham bahawa abah dan mak yang menjaga aku bukan ibu dan bapa kandung. Alhamdulillah, Tuhan jadikan aku cerdik dari kecik. Dalam pelajaran takde masalah.

Masa berlalu dengan pantas, aku tadika, sekolah rendah, menengah, diploma and now degree. Pada umur aku 20 tahun which is tahun lepas, mak angkat aku marahkan aku atas sebab aku terlupa nak seterika baju. Dihamburnya m4kian “an4k h4ram, hang taw dak hang ni anak luaq nikah????

sebab tu perangai hang macam b4bi!! sebijik la perangai mak kandung hang tu” Sejak itulah aku dapat tahu yang aku anak luar nikah. Jadi aku tenang. Aku masuk bilik dan menangis. Rasa sedih la kan sebab tahu diri ni anak luar nikah.

Tapi aku okay. Aku tenangkan diri dan aku cakap Tuhan sayang sangat dekat aku. Sebelum ada yang tertanya-tanya, ibu dan ayah kandung aku memang tak ambil tahu pasal aku.

Sampai harini aku berumur 21 tahun, ibu dan ayah tak pernah sedikitpun tanyakan khabar. Baik, aku cari mereka, di Fb, dan aku ambil nombor telefon. Aku whatsapp dan bertanya khabar sebab nak ambil berat dan rapat dengan ibu ayah kandung. Tapi, sepi.

Whtsapp tak berbalas, Aku call pun tak angkat. Setahun juga aku whtsapp, hantar voice. Tapi tak dibalas. Tak apalah ya Allah, aku terima. Kiranya dalam hidup aku, tak ada langsung memori aku bersama mak ayah kandung. Cerita di bawah ni semua adalah aku dan mak ayah angkat yang menjaga aku sahaja.

Dari kecik, aku selalu kena pukl. Masa umur lima tahun, mak pukl aku dengan hanger. Dia ambil dua hanger dan dia pukl aku berb1rat-b1rat di belakang sampai patah. Masa umur lima tahun aku dah boleh membaca sebab selalu kena pukl dengan kayu panjang.

S4kit sangat, kadang-kadang tak pergi sekolah (PASTI) sebab demam kena pukl. Setiap kali kena pukl, tok pasti akan protect aku. Tok tinggal bersama dengan kami sejak tokwan dah tak ada. Aku ingat lagi dia tarik aku dalam pelukan dia sebab tak nak aku kena pukl. Sedih bila ingat balik.

Pernah sekali tu, masa 7 tahun, aku nak pergi buang sampah. Lepastu ada satu jam tangan aku yang sudah lusuh. Aku dengan polos tanya “Mak jam ni nak kena buang ke?” terus ditamparnya muka aku. Berdesing telinga kena t4mpar. Sedih bila ingat balik, aku baru darjah satu, Totally polos dan tak nakal.

Mak dan abah berkahwin lama tak ada anak. Kebetulan masa aku lahir, mak dan ayah kandung aku memang berniat nak buang aku. Tapi diselamatkan oleh tok dan tokwan aku dan aku diserahkan kepada mak dan ayah angkat aku. Fast forward selepas tujuh tahun aku dibela, mak aku mengandung anak sendiri.

Aku ingat lagi, masa tu aku umur tujuh tahun. Orang yang datang melawat baby mak mesti akan cakap, “Alhamdulillah ni semua sebab kakak bawak rezeki” “Bela anak angkat ni betul-betul pembawa rezeki” Aku polos, cuma dengar dan tak faham.

Darjah satu aku dah disuruh mandikan baby. Aku pun tak pasti mcm mana aku boleh buat semua tu. Basuh ber4k, buatkan susu. Semua aku buat. Kalau tersalah, kayu dan hanger macam biasa akan naik ke belakangku. Takdir Allah yang sangat baik, aku ditawarkan asrama ketika darjah empat.

Aku betul-betul happy sebab walaupun orang anggap aku budak yang polos, tapi aku happy sebab dah tak kena pukl. Urusan asrama aku, semua cikgu yang uruskan sebab mak dan ayah angkat tak nak uruskan. Terima kasih cikgu saya, sehingga liang lah4d saya memohon keampunan Allah untuk cikgu.

Masuk ke asrama dan Alhamdulillah happy. Mak dan abah jarang melawat. Kalau datang melawat mesti aku dimarah dan dim4ki. Aku fikir tak apa mak marah sebab dia sayang. Cuma sedih juga asyik dim4ki, anak h4ram-anak b4bi-pelaq-dan sebagainya yang aku tak tertulis di sini.

Darjah empat, aku rasa aku kecil dan polos tapi aku tekadkan diri dan UPSR dapat 5A. Masuk ke MRSM. Ya Allah, lima tahun yang sangat membahagiakan. Aku tak kisah kalau orang cakap aku lebihkan masa dengan kawan-kawan, banyak bercakap pasal kawan-kawan.

Tuhan sahaja yang tahu betapa aku teringin sangat tengok kawan-kawan aku, mak dorang datang melawat, keluar outing. Jadi aku nak hilangkan sedih aku, sabtu dan ahad aku pergi kelas dan study. Aku fikir tak apa ya Allah, Allah baik dan pasti sedih saya akan digantikan kegembiraan.

Masa tingkatan 1, ustazah homeroom aku bertanyakan status aku. Jadi dia menerangkan dari awal sampai akhir tentang aurat aku dan abah. Jadi aku pun balik pakai tudung dalam rumah. Hari pertama aku pakai tudung, aku dihalau keluar, katanya emak “Hang ingat hang belajaq tinggi sangat ka sampai nak

jadi b0do kurang ajar dengan mak pak hang?” Aku terdiam. Aku ingat lagi time tu, aku baru jejak keluar dari bilik dan pakai tudung. Seminggu aku dipalau dalam rumah. Sedih bila ingat kena halau keluar rumah. Tapi aku kuatkan diri aku cakap ya Allah aku terima habuan aku dan ujian aku.

Bukan senang nak berhijrah. Aku terangkan yang hukm dalam agama, aurat dengan ajnabi dan sebagainya. Nasib aku baik, aku tak ditampar ketika itu. Allah letihnya menulis, dari kecik sampai besar asyik kena pukl dan dim4ki. Lepas habis diploma, aku bawak diri.

Jauh dari keluarga sebab tak tahan asyik dim4ki h4mun, dibaling barang. Aku dah besar. Dah 21 tapi dilayan sebegitu rupa. Aku duduk sorang di Selangor, happy, aku ada buat online business jual skincare. Bolehlah sikit-sikit untuk aku makan dan minum. Rasa tenang, terima kasih ya Allah.

Orang kata, dekat bau busuk, jauh bau wangi. Betul? Tapi itu tak apply dekat aku. Walaupun aku duduk jauh, aku call jugak emak. Tanya “emak buat apa” Tapi apa yang aku dapat “Hang tu kurang ajar, Bela hang pun tak guna. Langsung tak tolong mak pak hang”.

Sedih rasa, setiap kali cuti, aku balik tolong mak dan abah meniaga. Dari pagi aku buat kerja, pergi pula ke kedai, malam sambung besiang segala barang niaga. Penatnya hanya Tuhan yang tahu. Lepas dah siap kerja, tidur, esok pagi macam biasa kena m4ki. Terkilan mak aku cakap, “takdak anak macam hang pun bagus, Macam b4bi ada anak macam hang.

Menyusahkan aku” kakak mintak maaf mak, kakak cuba yang terbaik. Semua aku usahakan, belajar betul-betul, yuran masa diploma pun aku ikat perut bayar sendiri. Ada sikit-sikit dibantu oleh partner aku, terima kasih awak, semoga awak dikurniakan Tuhan jodoh yang baik untuk segala pertolongan awak.

Sekarang aku dah sambung ijzah. Nak jadi cikgu dan nak berbakti untuk anak bangsa. Sekarang online class di rumah. Tapi masa class, aku selalu kena m4ki sebab tak buat kerja. Disuruhnya bersiang daging, buat itu ini padahal aku dah siapkan malam sebelumnya.

Aku tak boleh buat sebab kena bukak camera, jadinya kalau aku buat kerja lain time class, nampak tak hormat pada pensyarah. Sedih, tersepit. Aku tak berani nak bukak mic sebab takut orang dengar yang aku asyik kena m4ki.

Baru minggu kedua aku dah dimention dalam group whtsapp kenapa aku tak masuk online class. Tak tahu nak explain macam mana ya Allah. Terpaksa aku tipu aku cakap rumah aku takde line. Tok sekarang dah terlantar sakit. Menunggu masa untuk pulang ke pelukan Tuhan. Jadi sebelum class mula, aku mandikan dia, basuh berak dia.

Semua aku buat sebab mak sentiasa kata “Bila mak ni nak m4ti???? Menyusahkan aku taw tak??”. Kepada Tuhan saya pohon ampun. Dari dulu mak suka m4ki mak mertua dia. Dikatanya menyusahkan. Paling saya terkilan bila mak suruh tok mengesot sendiri ke bilik air. Dihempasnya makanan depan muka tok just because tok makan tertumpah.

Bayangkanlah seorang tua yang uzur dan menunggu hari dilayan sebegitu? Abah pula macam lembu kena cucuk hidung. Tak pernah tegur mak dan lawan mak. Mak selalu cakap “Ada laki pun macam cel4ka. Macam b4bi menyusahkan aku, anak-anak pun macam b4bi”

Entahlah kadang-kadang rumah ini seperti ner4ka dunia. Depan orang mak ni pijak semut pun tak m4ti, adik aku which is anak kandung mak aku membesar macam raja. Tak buat kerja rumah, sekolah selalu ponteng. Dia perempuan pula tu. Bila ada pinggan dia yang tak dibasuh, pinggan tu yang mak baling dekat aku sambil maki hamun aku yang aku ni pemalas.

Kadang-kadang rasa sedih nak je tarik ny4wa sendiri sebab sedih dan tertekan. Bawak diri merantau pun dim4ki h4mun katanya anak tak mengenang budi, tak membalas jasa sedangkan apa yang aku buat hanyalah membawa diri dari luka dan torture yang tak terganggung. Sekarang bulan puasa tak lama lagi aidilfitri.

Tak suka hari raya sebab setiap kali hari raya mesti kena m4ki dan dipalau. Tak kisah pun mak tak belikan aku baju raya cuma sedih sebab pagi raya selalu kena m4ki. Bila tengok rumah orang lain tengah seronok-seronok, aku dalam bilik menangis tekup muka dekat bantal. Tapi tak boleh sedih lama-lama kena keluar cuci pinggan mangkuk.

Ada ibu ayah kandung tak pernah dikisahkan, ada mak dan abah angkat, aku dipukl dan dih4mun. Ya Allah berilah aku ibu mertua yang sayang dan kasih aku. Luka hari ini sangat dalam, aku tak kisah orang nak cakap aku derh4ka sebab membawa diri.

Korang doakan boleh balik kampus cepat taw? Aku tak tahan dalam keadaan begini. Aku tengah kumpul duit kahwin jugak so that aku boleh mulakan hidup baru. Jadikanlah saya ibu yang pengasih dan penyayang. Doakan saya taw. Saya pasti pembaca sekalian adalah ibu yang baik. Salam sayang. – Im Okay, Han (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nurul haida – Big hug for your ..jgn sedih Allah x tidur sayang, ada rancangan yg paling hebat utk awak sempena kesabaran dan ujian yg telah dikurniakan untuk awak ..auntie xde word nak bayangkan apa yg awak hadapi, anak auntie sebaya dgn awak..bila awak mention umur 5 tahun auntie terbayang muka anak auntie masa umurnya 5 tahun..

masa tu anak auntie tu polos je x tahu apa2 apatah lagi awak yg xde siapa nak mengadu. sedihnya..Ya Allah pimpinlah anak ini, ya Allah letakkanlah dia sentiasa di dlm dakapanMu. hilangkanlah rasa sedih dia dan kurniakanlah dia dgn kebahagian di dunia dan akhirat.

Faziana rozi – Akan ada pelangi selepas langit yg mendung dik. I feel you. I’ve been there. My prayers always be with you, just dont ever give up dik. Cari jalan supaya berjauhan. Yes, kene sentiasa kuat semangat. Memang akan jatuh sentiasa, carilah kekuatan.

Cari kawan2 yg baik, tapi berhati-hati dalam mencari kawan, tak semua kawan faham. Percayalah pada Hikmah Allah. My prayers always be with you dik. Akak doakan Allah kurniakan adik suami yg baik untuk adik,

Allah kurniakan keluarga mertua yg mencurahkan kasih sayang yg tiada terbatas buat adik. Dunia ini ujian kita. Kuatlah dik sentiasa kuat ya.

Suhana ariffin – Allahuakbar..kalu saya ada anak mesti dah sebaya anak ini..tp Allah x mengizinkan lg dan yer saya dan suami mempunyai anak angkat perempuan yg kami sgt2 syg marah ttp marah utk membentuk dirinya menjadi manusia yg berguna tp kehidupan tt ni sgt lah sedih..

untie doakan tt kuat semangat dan habiskan belajar yer..bertuah Allah SWT bg kecerdikan akal yg tinggi pd tt..x tau nak ckp apa dah sb sedih sgt terbyg plk anak angkat untie yg baru darjah 5 ni…x prnh terlintas nak buat mcm tu..Allahuakbar..

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *