Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
‘Jerat P0ligami’
Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession ini tersiar. Aku Nuh, dan selamat membaca. Waktu sekarang menunjukkan jam 12.37 pagi. Aku penat dan mengantuk. Dah solat dah mengaji, sambil baring baring, aku baca IIUM Confession ni.
Banyak cerita cerita menarik dalam ni. Tahniah admin sebab adakan satu platform untuk orang luah tanpa dikenali. Ok sekarang ini cerita aku. Panjang tapi aku ringkaskan.
Baca sahaja tajuk orang dah tahukan apa yang aku nak cerita. Pertama sekali aku tak tolak sunnah nabi yang satu ni. Keduanya aku hairan dalam banyak banyak sunnah nabi kenapa bab p0ligami ni orang lelaki paling nak menang.
Biar aku terangkan, kenapa aku kata ‘Jerat P0ligami’. Babah, adalah mngsa kepada jerat ini. Ibu tidak berp0ligami pun dengan mak tiri aku. Ibu ditalakkan sebelum sempat dimadukan.
Lepas ditalakkan, rezeki ibu mencurah curah. Masa terluang dengan banyak untuk bercuti dan menyertai kelas agama.
Sebaliknya berlaku pada babah. Bangganya babah mencerraikan ibu yang akhirnya menjerat diri sendiri.
Serba sedikit latar belakang babah. Babah dan adik beradiknya datang dari pedalaman, ‘broken family’, tiada pelajaran dan tak mendalami ilmu agama. Merantau ke negeri sini untuk mencari kerja seterusnya bermaustatin di sini.
Aku kurang gemar ziarah rumah keluarga babah. Mereka suka membanding bandingkan kami dengan anak mereka.
Siapa yang paling pandai, siapa yang kerja kerajaan, siapa dapat kahwin dengan penjawat awam, lagi dipandang tinggi.
Satu lagi perangai adik beradik babah ni, mereka selalu ‘nasihat’ babah untuk satu keputusan. Mereka jugalah yang ajar babah buat pinjaman kad kredit sampai berpuluh ribu hutang babah.
Ibu dan babah memang dari dulu selalu bergaduh, tak sebulu. Mungkin sebab babah banyak dengar kata adik beradik dia dari isteri sendiri.
Kemuncaknya bila babah dapat duit pampasan. Adik beradik babah mula masuk campur urusan rumahtangga ibu dan babah.
Adik beradik babah pula, memang tak suka ibu. Mungkin sebab ibu sangat tegas dan berpendirian.
Beberapa bulan sebelum babah nak dapat duit pampasan tu, babah kantoi mesej dengan adik perempuan dia. Adik perempuan dia beria ia nak kenalkan dengan beberapa orang wanita.
Dari wanita bekerjaya, badan kurus, badan gempal semua disuakan dengan babah. Sampailah akhir sekali, menantu dia sendiri dia sanggup ‘offer’ pada babah.
Dia kata anaknya tak sesuai untuk menantunya, si B ni. Sanggup dicerraikan anak sendiri dengan menantunya semata mata untuk beri si B pada babah.
Melambung lambung dia puji si B. Katanya si B tak akan melawan cakap. Patuh saja bila disuruh buat kerja. Macam macam kebaikan ada pada si B. Asalnya semua kerana duit pampasan babah.
Babah ketika itu mempungai krisis rumahtangga dengan ibu, apa lagi.. Melepaskan ibu untuk si B. Habis iddah, si B berkahwin dengan babah.
Si B, muda seusia anak ibu babah, ada 2 orang anak hasil berkahwin dengan anak buah babah sendiri. Masing masing berusia 4 dan 6 tahun.
Ibu pergi membawa haluan sendiri. Alhamdulillah ibu tidak bersendirian. Anak anak ibu setia dengan ibu. Lain jadi nya dengan babah.
Umur babah yang tidak lagi muda terpaksa menanggung persekolahan anak anak tirinya. Si B pula tak reti memandu. Maka babah pula kena hantar anak anak tu pergi sekolah. Kesian babah.
Adik beradik babah yang pandai nasihat tu, hilang senyap dan sepi lepas dapat tahu duit pampasan babah tak banyak. Babah pula kena tanggung hutang yang sedia ada.
Tanggung lagi perbelanjaan sekolah. Kadang kadang, babah ada juga masuk hospital sebab masalah kesihatan. Adik beradik babah takde seorang pun yang bantu.
Bila babah masuk hospital, babah akan mintak pada anak anaknya. Tak kisah pun sebab memang tanggungjawab kami.
Yang hairannya, masa babah nak dapat duit haritu, semua adik beradik ipar duai datang menyokong babah untuk kes pencerraian dengan ibu. Bila babah susah, dah terperangkap dalam masalah bini muda dia, tiada siapa pun yang tampil membantu babah.
Bini muda babah pula tak seindah rupa. Rupa rupanya si B juga takde pelajaran. Tak pandai membaca, tak reti kemas rumah, tak reti masak,tak reti solat, jauh sekali mengaji Al-Quran. Semua babah kena uruskan.
Diusia babah yang sepatutnya berehat bermain dengan cucu, tapi diberatkan pula dengan urusan anak anak sekolah. Membantu si B dan membimbing si B.
Babah juga perlu bekerja untuk kelangsungan hidup mereka. Masa PKP ada kalanya babah takde duit untuk makan.
Kami datang hulurkan duit dan makanan. Babah yang akan masak untuk keluarganya. Babah pula tak mahu duduk dengan kami. Mungkin bininya tak mahu.
Sekarang tak tahu lah apa perasaan babah dengan perkahwinan dia. Masa dia dengan ibu, semua ibu uruskan dari sediakan tempat tidur, makanan, sekolah anak anak, kemas rumah dalam dan luar. Babah cuma pergi balik kerja dan hulur duit.
Sekarang babah yang kena uruskan semua. Aku kesian sangat drkat babah. Minta semua doakan babah terbuka hatinya untuk memilih apa yang terbaik untuk dia.
Umur babah sepatutnya sibuk mencari ilmu agama, fokus pada kesihatan tapi disibukkan dengan hal lain.
Jauh disudut hati, aku berterima kasih kerana babah melepaskan ibu. Jika tidak pasti ibu juga menjadi mngsa cerita p0ligami babah ni. Semoga ada sinar untuk babah keluar dari masalahnya.
Reaksi Warganet
Wawa Zahhari –
Mesti ibu awak happy sekarang dah bebas dri keluarga mentua yang t0xic. Tuk babah awak tu, hmm tanggung laa sendiri akibatnya. Tu mungkin balasan sebab dah khianat pada ibu awak yang baik .
Kot ye pun nak kawen, risik risik laa. Ni percaya buta buta dengan apa yang adik dia cerita. Kalau dah si B tu baik serba serbi, kenapa nak diceraikan dengan anak sendiri.
Dari situ pon dah nampak muslihatnya. Sekarang merasa lah jadi ‘muda’ balek uruskan anak anak kecik dan rumah tangga .
Fatimah Lee Abdullah –
Elok lah tu untuk babah, memang itu tugas suami pun urus semua isteri dan anak anaknya. Setiap yang berlaku tu ada hikmah. Allah lebih mengetahui segala galanya.
Ibu dapat merasa bahagia setelah derita dengan babah, anak anak yang elok peribadi, setia bersama ibu dan “bapa” walaupun ibu dan babah dah bercerrai..
Syurga buat confessor dan ibu. Moga bahagia sampai bila bila. Untuk babah, nak cakap padan muka, keras sangat pula. So no comment lah..
Farid Laila –
Eh boleh ke kahwin dengan janda anak buah sendiri? Dah bukan ke patutnya budak budak tu panggil dia atuk sedara?, kena panggil ayah. Korang ni bior betul weh. Betulkan kalau aku silap, aku jahil sikit.
By the way, lelaki keparat memang macamtu. Berpuluh tahun hidup, bini tu la yang susah senang telungkup tekujut dengan kau. Dapat pampasan yang tak seberapa, terus lupa diri. Hmmm
Bunyi guruh di langit, air ditempayan dicurahkan. Padan dengan muka, tempek sikit muka babah kau kat sini. Ramai yang siap sedia nak ganyang nih
Kalijah Siti –
Toyol punya adik. Dia tak nak menantu tu bebankan anak dia. Serba serbi tak reti dibagi dekat abgnya. Jadi kakak ipar dia. Dia yang pandai main drama.
Cucu cucu dia tak lari jauh. Masih duduk dengan keluarga sendiri. Cuma dia terlepas, tak payah bela. Cerdik sangat.
Babahlah yang tak cerdik sangat. Ambik menantu adik. Adoii, kalau dah baik tak kan lah dia tak nak jadi menantu dia…
Intan Farina –
Sebab p0ligami ni kononnya lambang kemegahan kekuatan, kejantanan, keberanian, kejayaan, mungkin untuk spesis lelaki yang mahukan kononnya kebahagiaan. Menganggap wanita itu satu objek untuk kemegahan kelakian kononnya.
Pada hakikatnya lupa semuanya Allah akan tanya. Samada setiap tanggungjawab adakah ditunaikan dengan adil dan saksama. Ada yang mahu hidup megah dan ‘menang’ dipandangan manusia yang terang terang kejahilan agama tetapi loser dari sisi Allah. Berhati hatilah.
Boleh p0ligami tapi dengan penuh takut pada Allah dan balasannya nanti. Ada yang runtuh rumahtangga porak peranda kerana tak jadi leader dengan baik.
Jika anda belum mampu lead diri sendiri dan keluarga dengan baik anda belum layak untuk p0ligami. TANGGUNGJAWAB SEMUANYA AKAN DITANYA DAN DIPERSOALKAN. Jika ada salah antara manusia silakan muflis dekat akhirat. Sumber – Nuh (Bukan nama sebenar) via IIUMC