Uncategorized

Silap ikut petua warganet, Turunkan Kuning Baby. Isteri Tajul Hampir Kena Bentan “Masa Minum Air Tin Sengkuang Cina Okey Ja” Tapi lepas tu..

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie berkongsi detik cemas apabila dirinya mengalami demam panas pada malam Isnin. Menurut Shamieza, dia tiba tiba jatuh sakit disebabkan mengikut petua daripada netizen bagi mengurangkan penyakit kuning anak keduanya yang dilahirkan pada 6 Mei lalu.

“Nak tahu tak semalam Icaa (panggilan untuk Shamieza) demam panas, sejuk sampai ke tulang dan hampir bentan sebab ikut salah satu tips orang ni.

“Sejak semalam memang ramai gila bagi tips turunkan kuning baby tetapi saya pilih untuk cuba dia punya petua.

“Ya ini dia hahahaha air tin sengkuang cina, Ica suruh suami beli kat 7E, masa minum tu okey ja.

“Lepas balik dah rasa lain macam, macam nak pitam ja kepala. Pukul 9 atau 10 malam mula sejuk gila badan bukan macam demam biasa ya. “Lagi extreme pakai la berlapis-lapis selimut ka apa, sejuk tu tetap tembus,” kongsinya di Instagram Stories.

Tambah isteri kepada pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul mengikut petua dengan kepalkan nasi putih bersama bawang putih yang telah dibakar.

“Cuak ya laki (suami) aku hahaha lepastu dia dapat petua untuk redakan demam tu, bakar bawang putih dan kepalkan dengan nasi putih.

“Rasa dia memang tak sedap tapi lepas makan terus badan rasa panas dan lebih baik sikit. Kemudian, suami suruh mandi basah kepala baru okey, tapi seksa ya kena mandi masa demam, sejuk,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Shamieza akui berasa insaf dan tidak akan lagi mencuba petua yang tidak pasti keberkesanannya.

“Terima kasih suami jaga saya semalam, bila demam auto jadi baby. Ica jarang gila demam, setahun sekali pun payah, tapi apakan daya haha itulah cuba lagi petua pelik-pelik.

“Tak nak dah cuba apa-apa lagi. Setiap antibodi orang lain-lain, mungkin dia sesuai minum air tin sengkuang cina tu untuk turunkan kuning anak dia dan Ica tak sesuai,” tulis Shamieza.

Tajul berkahwin dengan Shamieza pada tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Artikel berkaitan: Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin, Tajul Seronok Dapat Anak Lelaki

Penyanyi Tajul, 23, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka, pada petang Khamis di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal.

“Berat anak 3 kg, baby boy.. sepasang dah dapat,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu mendedahkan momen tidak dapat dilupakan apabila kepalanya terkehel disebabkan tarikan isterinya ketika contraction.

“Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik masacontraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat.. Nama baby nanti Tajul akan umumkan,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Komen warganet

Fisa: Cara untuk menurunkan jaundice bayi adalah dgn beri susu ibu sekerap yg mungkin( on demand). Bila anak kerap menyusu.bilirubin akan keluar melalui najis dan urin
Ibu kene check kuning baby di klinik untuk tau tahap kuning. Jika melepasi tahap bacaan normal,bayi akan dimasukkan ke wad dan diletakkan dibwh phototheraphy. Bayi x blh diberikan minuman selain dari susu ibu atau susu formula

Wawa: Anak sulong dulu sy beli buah sengkuang cina ,cuci bersih kupas kulit..kulit dan isi direbus 1 periuk sederhana..rebus sampai tinggai segelas..isi dalam botoi bg baby ..alhamdulillah menjadi..dan rasa ayaq tu macam aayaq tebu.

Siti; Bagi susu ibu je.. ibu plak kne pantang makan bende2 panas buat sementare.. contoh bawang putih, lada hitam, halia, dll.. bnde ni mmg elok untuk berpantang, tapi demi anak yg kene kuning, elakkan dulu.. seminggu selepas anak da elok dari kuning, baru ibu boleh teruskan mkn makanan panaskan badan tu..

Kalau susu badan sikit plak, tak salah ibu nak topup susu fm.. yg penting anak tu kne kerap bagi susu utk bagi die kerap berak kencing.. setiap sejam, bagi susu.. insyaAllah kuning baby cepat turun..

Wati: Klu mk mertua dulu buat..dlm pkul 10 pg p jemur anak..bawah matahari..sbb waktu tuu matahari masih soft2 lg xyah lama dlm 5 minit ja.. alhamdulillah baby kuning tuu sekejap jaa..pastu hilang dah..

tp jgn dok letak baby sorang2 jemur mcm jemur baju kenanada org dukung duduk sekali sambil pegang bby jemur sat bawah matahari.. insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *