Uncategorized

Isteri aku gmuk selekeh dn kuat mbebel, aku nekad nk khwin ex gf aku janda anak 4 tp masih tiptop

Foto sekadar hiasan.. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam KRT. Mohon hidekan profile ni sebab saya guna fb isteri. Macam ni, saya mempunyai masalah keluarga yang aku rasa buntu nak buat apa. Aku berumur 27 tahun dan saya kawin dengan seorang gadis 2 tahun muda dari saya.

Perkahwinan aku dan dia tiada masalah sebelum ni cuma isteri aku suka memaksa saya solat. Ye, saya tahu solat tu wajib tapi aku tak suka orang paksa aku. Dalam keluarga pun dia yang banyak handle dari segi kewangan dan pilihan.

Aku rasa isteri aku ni suka mengarah macam aku ni anak dia sebab kan rasa r1mas tu, aku berhubung dengan ex-girlfriend aku dulu yang berusia 32 tahun. Dia sangat memahami aku. Tak pernah buat aku r1mas. Aku perasan, isteri aku perasan perubahan aku selepas aku mula bercinta dengan ex-girlfriend aku.

Tapi dia tak pernah nak tanya aku. Tak pernah nak mar4h aku dah. Buat pengetahuan semua. Ex-girlfriend saya tu janda anak 4 tapi masih tip top. Aku berniat nak kahwin dengan dia. Lagipun ex-girlfriend aku ni ada kerjaya. Bini aku ni pula suri rumah. Aku nampak dia selekeh je tak macam ex-girlfriend aku.

At least kalau aku kahwin dengan ex-girlfriend aku dia boleh bantu aku dari segi kewangan kan. Bukan pandai mintak duit je. Suatu hari, aku bagitau isteri aku tentang niat nak kahwin lagi satu. Aku pelik dengan isteri aku, sikit pun tak mar4h. Cuma dia diam sekejap.

Lepas tu dia cakap, kahwin la tapi izinkan saya cari kebahagiaan saya sendiri. Lepas tu dia pergi camtu je dengan senyuman melirik. Lepas tu aku tak pernah dengar dia bebel aku apa2. Serius aku rasa kehilangan semangat.

Satu malam tu aku terbangun jam 2 pagi. Terkej0t sebenarnya sebab dengar bunyi tangisan. Aku tengok atas katil ada anak2 je. Isteri aku takde. Aku cari bunyi tangisan tu. Rupanya isteri aku tengah menangis dalam telekung sambil bersujud lama tapi makin lama, makin kuat dan teresak2 dia menangis.

Aku jadi sayu sangat tengok isteri aku sebab dari apa yang aku kenal dia selama 5 tahun ni. Isteri aku seorang yang kuat, jarang nampak dia nangis. Kena gig1t lipan pun dia tak nangis. Kalau ada pun time anak2 s4kit. Dia nangis tapi tak macam ni.

Aku intai lagi isteri aku. Dia mula duduk, dia tarik nafas panjang. Aku dengar dia cakap Sabar, kuat…. Kemudian dia menangis lagi, dia angkat tangan berdoa . Aku tak ingat ayat doa dia tapi yang menamp4r aku tu, isteri aku doakan supaya aku dan ex-girlfriend aku bahagia.

Time ni aku tak pikir dah ex-girlfriend aku. Aku rasa nak pluk isteri aku cakap aku nak mintak maaf. Aku pergi kat dia, muka dia terkej0t gila tengok aku. Terus aku pergi kat riba dia aku ciium tangan dia. Aku mintak maaf pada dia. Dia senyum je, dia tak kata apa pun. Aku pelik . Aku rasa nak batalkan niat aku.

Tiba2 ex-girlfriend aku call. Terus aku tinggalkan isteri aku. Lama juga la aku bergayut dalam 1 jam lebih camtu. Bila aku nak pegi kat bini aku tengok dia dah tidur. Aku tengok mata dia dah bengk4k.

Dia ni sedih sebab aku nak madukan dia atau apa aku tak faham la sebab bini aku tak pernah kata apa2 yang dia rasa. Tiba2 aku terdetik nak bukak dairi bini aku sebab aku tahu bini aku suka tulis dairi tapi dah lama juga la aku tak curi2 baca . Ada la dalam 2 tahun camtu.

Cari punya cari tak jumpa. Hebat juga bini aku sorok dairi dia, pastu aku teringat la yang bini aku suka letak barang dalam kotak besar yang aku bagi teddy bear kat dia dulu.

Aku try pegi cari kat stor bawah rumah dan aku jumpa kotak tu. Yang aku terkejut bila aku bukak kotak tu. Banyak gila dia simpan barang2 yang aku bagi kat dia dulu. Pastu aku jumpa dairi dia. Aku bukak baca, menangis aku weh.

Tak sangka dia sengsara ter0k hidup dengan aku. Selama ni dia pendam. Tak sangka dia banyak makan hati dengan aku. Paling aku terkjut, dia tahu aku contact ex-girlfriend aku dulu. Sebab aku tak pernah bagitau pun.

Cek hp aku pun dia tak pernah pastu dalam dairi dia, dia rasa sedih dengan dia makin tak cantik, makin gem0k. Dia sedih sebab aku suruh dia berhenti kerja dulu sebab aku suruh jaga anak tapi sebab aku suami. Dia kena taat, dia sedih sebab aku banyak abaikan dia. Tak nak solat dengan dia dan banyak lagi la.

Kalau aku tulis satu2 ni berjela. Memang 5 tahun kahwin aku tak bagi dia kerja. Start anak aku kena der4 dengan pengasuh, aku suruh dia berhenti kerja. Aku tau aku salah banyak kat dia.

Lepas baca dairi dia, aku put0skan hubungan dengan ex-girlfriend aku. Aku ingat ini yang aku nak. Tapi bukan ni, aku pergi kat bini aku. Aku pluk dia. Aku ciium dia.

Aku baru sedar aku abaikan dia padahal dia banyak berk0rban untuk aku. Kereta yang aku pakai dia belikan, motor semua duit dia time dia kerja dulu. Satu pun dia tak beli untuk dia. Semua dia k0rban untuk aku.

Ye, memang dia kuat bebel tapi kalau dia tak bebel aku rasa kehilangan g1la sebab aku gagal jadi ketua keluarga. Dia kena kuatkan diri ganti tempat aku.

Masalah sekarang ni, bini aku macam tawar hati kat aku. Jenuh aku pujuk. Aku tahu aku buat salah tapi kan aku dah tinggal ex-girlfriend aku. Aku tak tau cara nak bagi isteri aku jatuh cinta balik kat aku camna.

Boleh tak bagi idea weh. Aku ada 2 orang anak dengan isteri aku dan aku sayang sangat isteri aku ni. Aku dah sedar. Aku menyesal.

KISAH KE 2. Akhirnya aku bergelar janda dan di ceraaikan dengan talak 3. Tapi aku janda paling bahagia…..

Assalam Admin. Terima kasih siarkan cerita ni. Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dicraikan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya. Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik.

Ketika bertunang, saya mula nampak sikit2 sikap keluarga suami yg tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah.

Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yg ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah. Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah.

Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hspital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya mngal dunia. Yup, saya bodoh.

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nk balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya disrang str0k.

Saya tak mahu ulang kebodohan lalu, dan saya bertegas utk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dgn alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga. Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya.

Akhirnya sy mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula mngal dunia dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yg mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bodoh.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya berdrah dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya b0doh.

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya.

Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dgn saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ” Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut2 ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dicraikan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara.

Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “kalau awak nak sgt, yuran byr sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya.

Amar anak yg baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang. Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yg masih sayangkan saya dan hormat saya.

Berulang alik ke shah alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan utk masa depan saya, tp masa depan Amar.

Tahun 2016, terdengar ura ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan.

Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yg pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar.

Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dgn perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun. Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh.

Tapi dia menyambung ayat “Awak jgn risau, saya belum nak kahwin dgn dia. Kami hanya berkawan. Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak.

Tp sy ni lelaki yg berani, jadi saya jujurlah dgn awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abg nk kawin dgn dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya pluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai.

Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yg baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur. Selepas itu saya renung wajah Amar.

Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa2 kerja part time yg boleh sy buat di rumah. Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju.

Memang bayaran sikit, tp dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja, melainkan bil2 rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yg bersekolah, jadi dia yg sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap2 minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nk cepat habis belajar.

Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yg agak gempal beransur krus. Suami masih mbuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abg tanak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah.

Dia mungkin rasa tercabar (sbb saya tak pernah buat keputusan sndri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yg nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan biluk tapi dia pelil, utk siapa sbb saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma utk sementara, boleh? Dia okay.

Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami ditangkap khalwat. Saya Masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya.

Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yg bergaji besar. Ibu mertua siap berkata “kena redha lah dimadukan. org suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

December 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yg akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar.

Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar. Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yg diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dgn baik dan dia kata ” kau pandai2 cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. duit depo pun aku akan dpt bulan depan. barang2 perabot aku nk pindahkan kt umah madu kau esok”.

Saya hanya menjawab, “OK.” Malam itu, saya kemas baju2 dan barang keperluan yg penting utk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru.

Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yg sangat bangga, mengambil barang2, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yg saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu2 whatsapp masuk handphone saya;

“Hoi, mana rak dalam bilik?”
“Perempuan setan, kau ambil iron dan iron board?”
“Betina, knp barang rumah banyak yg tak ada?”

Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yg saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.”

Sebenarnya sepanjang dia mbuk bercinta, saya persiapkan diri utk berdikari. Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kawin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit2 perabot dgn bantuan rakan pejabat.

Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu. Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yg sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too

Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan2 dulu yg saya tinggalkan utk minta maaf atas keb0dohan saya. doakan saya ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.