Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam admin dan salam semua yg membaca kisah aku.
Mula mula aku nak ucapkan terima kasih kpd admin kerana sudi terima cerita aku untuk dijadikan bahan bacaan umum. Sewaktu aku sedang menulis kisah ini, aku masih dalam keadaan sebak dan masih sedih pabila mengenangkan ramadhan akan berakhir dan raya bakal menyusur.
mende ni berlaku apabila aku makin tertekan dengan mak aku sendiri. kisahnya bermula apabila aku rasakan yang aku makin ditekan sehingga ke pelusuk hati sehingga aku sebagai seorang lelaki tertumpah air mata kerana memikirkan keluarga sendiri.
aku adalah anak ketiga dari 6 adik beradik. aku punyai abg dan kakak diatas aku. dan adik adik aku semua lelaki. hanya seorang shj perempuan dalam keluarga aku. juga adik beradik kami semua masih belum berkahwin.
abg aku dan aku telah bekerja, abg aku seorang peniaga pasar malam. manakala aku bekerja sebagai pegawai tinggi badan uniform di putrajaya. kakak aku masih menganggur setelah mendapat master dalam akauntan.
adik adik aku masih belajar, seorang di Indonesia, seorang di UIA dan lagi seorang di sekolah tahfiz perak. Cerita aku bermula apabila aku mula bekerja di Putrajaya. aku bekerja sebagai seorang pegawai tinggi.
dan Alhamdulillah gaji aku amat memuaskan dan mampu untuk menyara diri di bandar ini. akibat dari gaji aku yang amat memuaskan ini, aku tak lupa untuk kirimkan duit kepada mak ayah aku di kampung.
ini sebab aku hargai jasa mereka membesarkan aku selama aku hidup. sehinggalah aku berjaya ke tahap sekarang. setiap bulan aku akan masukkan 300 kepada akaun mak aku dan juga 300 kepada akaun ayah aku. dan aku sentiasa balik setiap bulan untuk ambil bil api, air, juga astro untuk dibayarkan.
perkara ni memang wajib aku buat setiap bulan sehinggalah mak aku perasan dalam akaun dia ada 4k sewaktu semak duit br1m. dan dia tanya abang aku, adakah abang aku yang masukkan duit kepada dia? sudah tentu abang aku cakap tidak. dan sewaktu tu lah dia tanya pula kepada aku. dan, aku cakap ya.
memang aku lah yg berikan dia duit tu semua. dia jadi seronok. Akibat dari seronok yg dia rasa. aku mula nampak. dengan duit yang aku berikan, dia pergi beli barang kemas, masuk kelas umrah, derma kepada anak anak yatim dan aku juga seronok bila melihat dia buat perkara berfaedah dengan duit aku. tapi dia terlupa,
dia masih ada 3 orang anak yang masih belajar. dan adik2 aku mula terabai selepas dia dapat guna duit aku untuk buat semua perkara baik tu. masalah adik2 aku ni. mereka memang dah biasa hidup sederhana tanpa wang ringgit yang banyak. sampai adik aku di UIA, dgn berbekalkan RM50 boleh survive 1 bulan hidup di sana siap berbaki 5 ringgit sewaktu aku datang jenguk dia.
so, mereka memang jarang nak minta duit kat mak ayah kami. ayah aku pula tak pernah sentuh duit yang aku bagi kat dia. Ayah aku ada masalah eg0 sikit. dia tak nak duit anak anak. walaupun haritu aku isikan minyak kereta dia setelah aku guna, pun kena marah. sebab eg0 dia memang tinggi dan tak nak guna duit anak anak.
sewaktu aku balik untuk jelaskan bil air, elektrik, dan astro. berapa kali aku kena marah. tapi aku tak ambil kisah pon. malah aku gelakkan ayah aku lagi. sebab pelik ya amat. kenapa nak marah sedangkan aku tolong dia. mak aku tak kisah malah makin seronok, dan perkara ni aku sedar selepas dia dah habiskan duit aku 4k tu.
dia ada telefon dan minta aku masukkan 1k. aku terkejutlah dan tanya kenapa, lalu dia cakap dia nak guna untuk daftar melancong. sewaktu tu, aku tak nak beri sebab aku nak bantu belikan motor kat adik aku di UIA. masa tu aku baru perasan yang mak aku da naik mengeluh. dan terus letak telefon tanpa beri salam.
tapi seminggu lepas tu, ayah aku pula yang telefon minta kebenaran aku untuk berikan duit yang dalam akaun dia yang selama ni aku beri untuk ayah kepada mak aku. aku terkejut, kenapa ayah nak minta kebenaran aku. lalu ayah pun beritahu, yang selama ni dia perasan aku masukkan duit dalam akaun dia.
tapi ayah aku simpan untuk belanja kahwin aku nanti bila aku dah sedia nak berkahwin. aku sedih masa tu, dan aku cakap kat ayah aku untuk fikirlah sendiri samada nak beri pada mak aku atau terus simpan je. lastly, aku tahu ayah aku berikan juga kat mak aku. dan mak aku pergi melancong ke indonesia dan sempat juga menjenguk adik aku yang masih belajar di sana.
tapi yang hairannya dia tak beri duit belanja pula pada adik aku disana. malah suruh adik pula yang telefon aku dan bank in duit belanja pada adik. aku dah mula naik pelik. nak tak nak aku tetap beri kat adik. sewaktu dia balik dari melancong, mak ada mesej suruh aku belikan barang dapur.
aku pun setuju, dan aku minta tolong abang aku untuk sama sama belikan barang dapur. sebab aku ni kadang buta kayu nak beli barang dapur, jadi kami pergilah beli dan abang aku pun sama sama nak bayarkan barang dapur. anak lelaki pergi beli barang dapur. habis tunggang langgang. habis penuh satu van abang aku sebab kami ni beli ikut dan je.
kebanyakan kami beli dengan harga bundle. macam nak kenduri. dan kami bawa la bali kampung. sewaktu kami sampai, mak dan ayah kami terkejut sebab barang dapur yang kami beli tu terlalu banyak dan sewaktu tu mak aku terus assume abang aku untung berniaga sampai beli banyak ni. tapi abang aku tetap kata aku yang bayar sedangkan kami bayar bersama.
tapi mak aku tetap berkeras cakap abg aku juga yang belikan barang ni semua dan ucap terima kasih kat abg je. sewaktu tu aku senyap je. aku da mula rasa yang aku ni dah dipandang lain oleh mak sendiri. Selepas kejadian tu, aku mula Nampak yang mak aku mula dah nak minta minta pada kami 2 beradik yang bekerja.
Tapi kami still tak kisah sebab sometimes dia minta tak banyak. Lepas tu kami perasan yang kakak aku yang berada di rumah masih menganggur, mula minta duit pada kami. Selalunya abang aku tak kerap diminta oleh kakak aku ni. Sebab kakak aku tak berani dgn abg. So dia banyak kali minta dgn aku untuk nak bayar duit servis kereta dia,
roadtax dan belanja bulanan dia. Bila aku tak beri, dia cakap ni mak yang suruh minta. Bantu dia bayarkan kereta dia dan beri duit bulanan. Aku pada mulanya aku beri. Tapi dalam bulan yang seterusnya, kakak aku still minta lagi. Aku makin tertekan, aku terus beritahu abg dan abg aku lah yg marah dia
sebab tak bekerja dan asyik meminta pada aku. Sedangkan aku masih lagi bayarkan bil rumah dan tetap berikan duit kat mak ayah aku sebab da jadi habit. Tapi kakak aku tak berhenti, dia terus ceritakan kat mak yang aku tak beri dia duit belanja. Kemudian, mak pula telefon aku dan marahi aku, aku pun dengan berat hati tetap berikan duit kpd kakak aku.
Perkara ni makin memuncak bila, 1 hari tu mak aku ada mesej abang aku untuk berikan dia duit tambahan sebab dia nak pergi melancong lagi. Dan dalam masa yang sama, kakak aku pula nak ikut sekali. Mereka berdua minta pada abang tapi abang tak dapat nak beri lebih sebab perniagaan abang aku tak berapa menjadi bulan tu.
Lalu mereka mula telefon aku dan meminta perkara yang sama. Aku dah mula naik g1la dan memarahi mereka sebab memandang aku sebagai kaki cop duit. Pada petang tu aku nekad aku akan balik dan ceritakan kepada ayah semua ni. Aku minta abg aku temankan balik kampong petang tu.
mulanya abang aku tengah siap nak ke pasar malam, tapi dia ikut juga temankan aku kerumah. Sampai je di rumah aku terus dapatkan ayah aku yang baru abes solat asar dan aku ceritakan kat ayah aku mengenai mak dan kakak dan perkara yang aku da buat selama ni kat rumah ni yang aku bayarkan semua
dan sanggup berkongsi dengan abang untuk beli barang dapur hampir setiap bulan selepas mak balik melancong. Ayah menangkan aku dan marahi mak dan kakak sebab asyik meminta duit kami. Pada masa tu aku Nampak, mak aku amat marahkan aku. Tp aku tak kisahkan pun sebab rasa da puas dapat pertolongan ayah.
Selepas isu tu nampak selesai, aku mengambil keputusan utk lepak rumah bersama abg dan tidur semalaman sebelum pulang ke Putrajaya keesokan hari. 2 minggu lepas kejadian dirumah, aku dengar kakak aku tetap ke luar negara melancong dengan mak aku. Aku tak tahu dari mana datangnya duit mereka hinggalah 1 minggu selepas mak dan kakak aku balik dari bercuti,
aku dapat surat dan mesej dari bank yang aku telah overuse kad kredit aku. aku da gelabah. Bila pula aku guna kad kredit sampai overuse. Sedangkan aku dah lama tak guna kad kredit. Kad kredit aku sentiasa tersorok dalam dompet. Kadang tu berbulan aku tak guna. Bila aku tgk transactions.
Baru aku tahu yang kakak aku curi kad kredit aku sewaktu aku dirumah dan dia gunakan kad kredit aku untuk melancong dan beli apa yang dia nak dgn mak. Aku terus telefon ayah aku ceritakan semuanya. Ayah aku terus meng4muk kat mak direct selepas aku ceritakan pada dia.
Dan mak aku terus rampas telefon dan minta aku buktikan yang kakak dan mak aku guna kad kredit aku. sewaktu dalam telefon dia da mula sumpah seranah aku sampai ayah aku pun naik angin. Lalu ayah aku rampas telefon dia dan minta aku balik segera dengan bukti. Petang lepas abes kerja aku terus balik dgn abg lagi sekali bersama surat bank
untuk tunjukkan kat mak dan kakak depan ayah aku. sampai di rumah, ayah tengah solat magrib di masjid. Aku ngn abg mmg tak dapat masuk rumah sebab mereka tak bukakan pintu. Sesampai je ayah, aku terus tunjukkan surat tu kat dia, dan masa tu baru mak aku keluar dan rampas surat bank dan koyakkan pastu kata kami fitnah dia dan kakak.
Abg aku terus back up aku dari tuduhan mak aku. dan ayah terus lempang kakak dan minta kakak pulangkan kad kredit aku, tapi kakak berm4tian kata dia tak ambil. Sehingga ayah nak lempang lagi sekali, barulah kakak mengaku dia ambil kad kredit aku dan dia pulangkan. Mak aku terus kata dia da tak nak tengok muka aku dgn abg lagi kat rumah,
dia suruh jgn balik lagi. Tapi ayah pula back up kami. Sewaktu tu ayah suruh kami balik Putrajaya dulu tenangkan fikiran dan kami akur. Sebelum kami nak balik mak ada cakap, dia harapkan musibah berlaku keatas kami. Tapi kami tak ambil endah pun. Sewaktu dalam perjalanan ke Putrajaya, berkat cakap dari mulut si ibu, kami kemalangan.
Kereta kami berlanggar dengan 4×4. Dan kereta saya pon total lost. Tapi kami selamat tiada cedera apa apa. Sekarang, saya tak tahu apa nak dibuat. Raya da semakin hampir. Kenapa mak sanggup buat saya dan abg macam ni? Kenapa mak sanggup berubah sangat drastik. Hanya kerana duit.
Saya minta izin kepada ayah untuk tak nak pulang kampong. Tapi ayah tetap suruh pulang. Apa perlu saya buat? Adakah terbaik untuk saya pulang ataupun tidak? – Anak Ibu dan Ayah
Reaksi warganet
Siti hajar – kdg nasib anak dpt mak bapak perangai pelik. ye la mmg la dh bela dr kecik susah payah, tp takde hak pun nk tunggang langgangkan hidup anak. harap yg takde mak bapak pelik mcm ni jangan judge. org yg tak rasa mmg takpaham. untung yang dapat mak memahami tak buta hati sbb duit ke apa ke.
Farahh huda – Cuba balik rumah macam biasa, mintak ampun dekat ibu, tapi stop bayarkan semua. Bagi duit bil2 semua dekat ayah, minta ayah byrkan. Bagi duit lebih dekat ayah, cakap kat ibu kalau nak duit awak dah bagi ayah. Minta dekat ayah. Ibu awak tanggungjawab ayah. Duit bulan2 ibu bagi, tapi selebihnya tak perlu. Kakak tu buat taktahu je.
Hana adzumi – Ya Allah besarnya dugaan kau ni, sedih aku baca. Kau dah berjaya dalam hidup tu dah kira terbaik.. Dah tecapai salah satu impian mak ayah kau tapi lepas kes duit tu mak kau pulak berubah.. Bukan senang nak dapat anak lelaki mcm kau ni nak kasi duit yg tk lupa ibu bapa kenapa tak di hargai kakak kau ada master tp kenapa mcm takde akal
takpelah dah nak habis puasa ni kau banyak bamyak la berdoa agar Allah lembut kan hati mak kau, buka kan hati mak kau biar dia sedar dia salah.. Raya nanti datang la jenguk sekejap salam ayah kau.. Kalau mak kau masih marah tkpe bagi masa.. Lelama dia akan lupa.
Fyna hunny – Sakit plak hati aku dgr..tp tula mak kandung..mak tiri boleh gak aku maki sikit..hohoho takpela kau masukkn je duit blnje mcm bese dlm akaun mak ayah kau mcm bese..buat mcm bese mcm sblum nie..dy mintak kau buat b0doh jgn layan..lantak la dy nak ckp ape pun..n kakak kau tu kau sound je nk lempang boleh..
kalau aku da lempang da..sbb syurga bukn bwh tapak kaki dy…and kau balik,balik je mcm bese..kalau balik at first comfirm mak kau tak layan kau..so abiskan la masa kau dgn ayah kau..jgn ikut kan sgt hati tu taknk balik,nnt teruk life kau takde berkat percaya la…
Mar joebid – Kuatkan semangat yer, anda anak yg bagus sebenarnya, bertggjawab terhadap ahli keluarga, lepas ni lebih berhati2 menjaga barg2 peribadi, jgn ada kad kredit, kad debit limitkn had utk pengeluaran, masukkn duit mengikut kemampuan anda sahaja, selalu bincang dgn ayah anda atau adik2 anda apa barang makanan atau apa yg tak cukup di rumah family anda.
Ada duit lebih mungkin boleh reward diri sendiri dan keluarga. Minta maaf kat ibu anda, dan mmg betul tggjawb menjaga kakak anda adalah kewajipan anda dan adik-beradik selepas ayah anda sbb anda adalah lelaki, bgi tahulah, itu jer kemmpuan yg anda ada,
senaraikn apa yg anda tetap kena byar tiap2 bulan cth rumah n kereta anda, bil2 rumah anda dan family, belanja anda n family, senaraikn ok, nnti mak n kakak anda akan faham. Ada juga anak perempuan yg mengalami nasib seperti anda.