Uncategorized

“Kesian adik aku ni kena game..” Komen Kawan rapat Intan, ini pula Respond intan selepas berjumpa Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda baru saja diberi kesempatan untuk bertemu dengan bekas isteri kepada suaminya iaitu Intan Liana Saleh dalam sesi rakaman Melodi Raya, baru-baru ini. Susulan dari rakaman program tersebut, Izreen berkata dia telah meminta maaf kepada Intan sebanyak tiga kali sepanjang program itu.

Sementara itu, meninjau di posting Instagram kelihatan kedua-dua mereka memuat naik status berkaitan ‘meminta maaf dan memaafkan’. Adakah posting berkenaan menggambarkan kepada situasi yang sedang dihadapi mereka?

PERMOHONAN maaf yang dibuat oleh pelakon Izreen Azminda kepada bekas madunya Intan Liana di program Melodi Raya yang disiarkan pada Ahad nampaknya menerima pelbagai reaksi.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah-olah belum lagi memaafkan aktres berkenaan dan memberitahu dia menerima undangan ke program berkenaan atas dasar profesional.

Malah menerusi Instagam, Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh , 35, menulis luahan hati yang menggambarkan niat seseorang diumpamakan seperti surat dan perlu dikirimkan pada alamat yang betul.

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat.”Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan.

“Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia,” tulisnya yang turut meletakkan hastag #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiapa.

Malah, reaksi berkenaan turut menerima komen pengikutnya yang mengaitkan luahan itu ada kena mengena dengan pertemuannya dengan Izreen, 35, pada rakaman Melodi Raya itu.

Dalam pada itu, seorang pelakon yang juga kawan rapat Intan iaitu Nazia Mustafar berpendapat permohonan maaf yang dilakukan Izreen hanya ‘permainan’ semata-mata.

“Kesian adik aku ni kena game, permainan demi permainan@ritrud727, haaa kan nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak ko yang tak nak maafkan dik, tapi orang tak tahu apa jadi selama ini,tulisnya.

Izreen Azminda kelihatan memuat naik foto dan video boomerang bersama Intan Liana di laman Instagramnya. Malah, turut disertakan dengan kapsyen berkaitan ‘memohon maaf’ dan kedamaian. Pelakon itu juga mengharapkan kemaafan dan memohon pengikutnya mendoakan kebaikan kepada sebuah pendamaian yang dihadapinya.

Yang meminta maaf itu kuat, yang memaafkan itu kekuatan, yang dulu itu masa lalu yang kini itu perjalanan. Keikhlasan tak boleh dipaksa, tak juga boleh dipinta, tapi keikhlasan itu hadir dari hati yang benar benar rindukan kedamaian.

Jika memaafkan itu sebuah kemenangan, maka tenangnya kehidupan menjadi ukuran, dan jika dimaafkan itu sebuah penghormatan, maka kebahagiaan itu menjadi impian. Allah itu pemegang hati pada setiap yang bernyawa, pemilik jiwa pada setiap pelusuk bumiNya, jika dia temukan kedamaian dari sebuah beratnya ujian, maka akan ada kisah indah pada sebuah pengakhiran.

Andai kemaafan ini tidak mampu menembus kesalahan, namun tidak mematikan sujud doaku padaNya untuk sebuah pengakhiran indah yang dinantikan. Tidak ada apa yang saya mahukan, Cuma doa-doa dari kalian supaya kita semua bertemu pengakhiran yang baik saja.

Sekitar tahun 2017, berita perkahwinan Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mendapat perhatian netizn. Izreen menerima kecaman netizn dan dituduh perampas memandangkan ketika itu suaminya sudah mempunyai seorang isteri iaitu Intan Saleh.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk berce rai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini berce rai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2. Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Komen warganet

Wawa: Nak lupakan tu faham peritnya. Memaafkan itu indah. Allah dah susun jalan cerita hidup kita baik baik. Kalau perkara itu tak berlaku, anda pun tak sesenang sekarang. Sebab dengan apa yang berlaku ramai orang yang hulur tangan membantu.

Fiz: Memang la berat utk terima.. Tapi move on je la.. Anggap itu ujian drpd Allah.. Cari la pengganti lain.. Doa kpd Allah moga menemui lelaki yg lebih baik drpd yg sebelumnya.. Dan 4 tahun dah..

Siti: Sy doakan moga intan dipertemukan jodoh yg jauh lebih baik dari ex dia.mmg susah utk melupakan walaupun kemaafan sudah diberikan.moga yang baik2 sahaja utk dia

Wati: Tadi tengok juga Melodi Raya. Serius I fell them. Izreen kuat…sanggup memohon maaf di khalayak. Intan juga kuat…mampu menyuarakan apa yg terbuku dlm hatinya depan2. Ayat yg terkesan…yang membuat memanglah berbeza drp yg kena. Jelas airmata Izreen bercucuran. Salute kata2 Intan…

Allah pun ampunkan hambanya…apalagi saya. Semoga Ramadhan pergi membawa segala kekusutan dan hadirnya Syawal memberi sinar bahagia buat mereka. Mohon Allah tidak uji saya sehebat itu kerana saya tidak sekuat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *