Uncategorized

Noor Kartini mohon maaf, dedah msg wasap perkerja. Tengku Idris bersuara kongsi bab adab.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

KELUARGA Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun perkongsian di Instastory Noor Kartini dengan imej Sultan Ibrahim berhubung titah berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penularan Covid-19 segera dipadam dalam masa beberapa minit.

Namun menerusi tangkap layar (screenshot) yang disebarkan semula di media sosial, dapat dilihat kata-kata yang mempertikaikan saranan Sultan Ibrahim.

Muat naik berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang turut berkongsi tangkap layar daripada Instagram Noor Kartini itu.

Susulan itu Noor Kartini tampil dengan kenyataan penafian berhubung kontroversi berkenaan.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial di Instastory saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada Instagram saya.

“Individu tersebut merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya pada Ahad.

Malah Noor Kartini turut memohon maaf kepada Sultan Johor di atas kecuaian yang dilakukan pekerjanya itu.

“Kepada Istana Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya.

“Individu tersebut merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini). DATIN NOORKARTINI NOOR MOHAMED USAHAWAN

Dalam pada itu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim ada berkongsi sepotong ayat daripada Saidina Ali Abi Talib yang menyentuh mengenai adab.

“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.

“Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya,” demikian berdasarkan perkongsian berkenaan.

Artikel berkaitan: PU Riz Ded4h Kesuk4ran Menj4ga Neelofa

Sudah hampir dua bulan melayari bahtera rumah tangga, pasti ia merupakan pengalaman baru buat pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz.

Baru-baru ini, akaun Instagram Neelofa ada memuat naik sedutan video pasangan tersebut ditemubual oleh seorang peminat secara siaran langsung.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah soalan yang diajukan oleh peminat yang bertanyakan,”Susah tak nak jaga Lofa ni Ustaz?”

Haris mendedahkan ada waktu susah dan senang dalam menjaga isterinya lebih-lebih lagi Neelofa seorang wanita bekerjaya dan bergelar ‘ketua’.

Katanya lagi, personaliti Neelofa menyebabkan dirinya sebagai suami tidak mudah untuk memberi arahan kepada isterinya. Namun, mereka mengakui masih menyesuaikan diri dengan suasana baharu alam perkahwinan.

“Ada susah, ada senang.. Tapi pengalaman yang adventurous. Ye lah dia orang perempuan yang dah lama jadi ‘boss’ dalam hidup dia. Jadi, bila kita datang sebagai seorang suami.. Jihad dia lah untuk taat suami,” jawabnya.

Sementara itu, Neelofa turut menambah:

“Menyesuaikan diri daripada hidup bujang ke sudah berkahwin adalah tidak mudah tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk taat kepada suami,” jelas Neelofa.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *