Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku Linda, 29 tahun, seorang doktor perubatan.
Tinggal bersama keluarga oleh kerana tempat kerja hanya berdekatan sahaja dengan rumah.. Kisahnya bermula begini.. mak aku hari-hari bertanya bila aku nak kahwin? Mak aku malu dengan kawan-kawan dia sebab anak-anak perempuan mereka baya-baya aku semuanya dah kahwin.
Aku bila pulak nak kahwin? Pada suatu hari tu, mak aku mengajak aku ke rumah adik angkatnya. Pada asalnya memang aku tidak tahu apa agenda dan niat asal mak aku tu.
Aku diperkenalkan dengan mak mertua adik angkat mak aku. Mak aku meminta pertolongan dengan mak mertua adik angkat mak aku tu carikan seorang calon suami untuk aku.
Aku buat ‘donno’ & ‘relax’ dulu pada permulaannya. Mak mertua adik angkat mak aku tu cuba untuk ambil gambar dengan aku dengan niat untuk tunjukkan kepada anak lelaki kawannya untuk dimatch-making kan.
Lelaki yang nak di’match-making’ kan dengan aku tu kerja engineer oil & gas, umur 34 tahun. Tetapi aku tak pernah tengok lansung macam mana rupa lelaki ni.
Seminggu kemudian, mak aku bagitahu aku mak ayah lelaki ni nak datang rumah sekali dengan mak mertua adik angkat mak aku selaku tukang ‘match-making’. Diorang datang nak kenal-kenal dengan family aku macam tu lah.
Kebetulan time tu aku kerja, so memang aku takde dekat rumah. Selepas aku balik dari kerja tu, mak aku cerita lah dekat aku bahawasanya mak lelaki ni berkenan nk berbesan dengan mak aku. Dia cakap family aku baik sangat-sangat. Mak aku cakap seminggu lagi lelaki ni nak datang rumah aku.
Lelaki ni nak tengok aku in real life. Ye lah sebelum ni tengok aku dalam gambar je. Tapi aku tak pernah tengok pun gambar lelaki ni sebab mak dia tak nak bagi tengok. Aku pun tak pasti kenapa. Mak lelaki ni cakap sebelum ni dah ramai dah dia pergi ke rumah anak-anak dara orang untuk merisik/’tengok’.
Tapi anak lelaki dia reject sebab tak berkenan katanya. Mak lelaki ni cakap anak lelaki dia ni memang susah sikit nak terima perempuan. Agak memilih rasanya. Tibalah masa dimana rombongan lelaki ni datang rumah aku. Kali ni Mak mertua adik angkat mak aku tu pun datang sekali.
Maklumlah selaku orang tengah lah katakan. Mak mertua adik angkat mak aku ni ada cakap dekat aku anak lelaki kawan dia ni bagus, tak pernah couple dengan perempuan. Mak mertua adik angkat mak aku ni macam agak memaksa laa jugak suruh aku terima anak lelaki kawan dia ni.
Kalau aku tak terima malu laa dia kan. Aku pun sedikit teruja lah sebab tak pernah tengok rupa lelaki ni sebelum ni, jadi aku duk terbayang mesti handsome,berketerampilan semua tu, Engineer oil & gas lah katakan, umur pun 34 tahun sure matured enough.
So macam biasalah adat orang datang merisik, belah perempuan keluar last apabila parent aku panggil, baru aku keluar. Jadi tibalah masa nya untuk aku keluar. First aku keluar tu, First impression aku tengok lelaki ni macam aduhh kenapa dia macam ni? Betul ke dia engineer oil & gas ni?
Okay secara jujurnya, first impression aku tengok lelaki ni memang aku tak berkenan. Aku tak boleh tengok muka lelaki ni sebab aku kecewa sangat-sangat. Dengan keadaan gigi dia rosak bahagian hadapannya, rambut bahagian depan dah berubannya, kulit hitam dan kusamnya,
rupa bengis dan tak pandai bercakap & ambik hati orang tua (mak ayah aku) langsung. Memang jenis lelaki yang tak jaga keterampilan diri. Aku kecewa sangat-sangat. Aku seorang doktor dan aku memang mementingkan penjagaan keterampilan diri semua-semua tu.
Mak mertua adik angkat mak aku tu pun sedikit malu laa dengan keluarga aku sebab sebelum ni memang dia tak pernah tengok pun rupa anak lelaki kawan dia ni samada sesuai ke tidak untuk di’match-making’ dengan aku. Aku mengaku aku bukan lah sempurna cantik jelita sangat pun tapi atleast cari laa yang elok sikit.
Aku impikan jugak laa nak dapat life partner yang sedikit sedap mata memandang. Mak lelaki ni cakap first impression lelaki ni tengok aku tu terus dia rasa berkenan sangat dekat aku. Sehari selepas tu aku bagitahu mak aku bahawasanya aku memang tak berkenan dekat lelaki ni. Aku tak nak teruskan ‘match-making’ ni.
Berkenalan dahulu pun aku tak nak. Tapi mak aku memang paksa dan berkeras suruh aku terima lelaki ni, atas sebab kami sekufu dari segi pekerjaan dan keluarga lelaki ni sangat lah baik. Mak aku berkenan sangat-sangat dekat keluarga lelaki ni. Mak aku ada cakap dekat aku dia memang impikan sangat nak dapat besan yang baik
sebab besan mak aku (mak mertua kakak aku) memang tak sekufu dengan keluarga kami. Sebab beria sangat nak suruh jadi antara aku dan lelaki ni, Mak aku mesej lelaki ni suruh dia call/mesej ambil hati aku dan pujuk hati aku supaya suka/terima dekat dia. Tapi lelaki ni tak call/mesej pun aku.
Tak tahu lah disebabkan oleh malu ke atau terlampau busy bekerja. Aku dah bertegas dekat mak aku memang aku tak nak teruskan ‘match-making’ ni. Tapi mak aku cakap kalau aku tak terima lelaki ni sila berambus dari rumah dia. Jangan duduk sekali lagi dah.
Jadi aku plan nak curi nombor telefon lelaki ni dalam telefon mak aku. Aku pun mesej laa lelaki ni cakap hal yang sebenar bahawasanya aku tak berkenan pun dekat dia. Aku tak nak bagi pengharapan apa-apa dekat lelaki ni dan pengharapan dekat mak aku tu. Lelaki ni faham & dia boleh terima.
Nak dijadikan cerita, lelaki ni pergi mesej bagitahu mak aku bahawasanya aku tak berkenan dekat dia. Mak aku naik angin terus halau aku keluar dari rumah. Mak aku cakap sampai sini sahaja hubungan diantara kita sebagai emak dan anak perempuan. Mak aku nangis-nangis cakap kenapa malukan dia etc2.
Mak aku ni memang jenis memaksa dan suruh turuti segala kehendak dia. Tapi mak aku tak jaga langsung perasaan aku. Aku dah cakap aku tak berkenan dan match making ni tak semestinya jadi. Tapi mak aku tak boleh terima kenyataan tu.
So hubungan aku dengan mak aku sekarang berpecah belah dek kerana family match-making ni. Aku sedih. Tolong aku kawan-kawan. Aku sangat buntu sekarang! – Linda Yang Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Reaksi warganet
Khairin nawarah – Takpayah terima…kalau mak nak, mak je la kahwin, hahaha okay gurau je.. Nanti teruskan je buat baik kepada mak awak tu sis, lama lama lembut lah hati dia…Kahwin ni bukan boleh paksa, mak cakap sedap la sebab bukan dia yang hidup serumah sebilik nanti.
Kalau awak kahwin kan, nanti tak bahagia, paling kuat pun mak awak cakap dia menyesal, tapi yang terseksa lagi teruk awak lah. Keluar je duduk rumah sewa lain, tapi selalu balik jenguk dia. Lama lama ok la tu. Lagipun first time jumpa, mana kita tahu sangat orang tu dan keluarga dia betul baik ke tak,
boleh jadi pura-pura baik je sebenarnya… dah banyak kan sharing pasal family t0ksik sebelum ni, ambil pengajaran dari kisah orang. Dari kahwin dengan dia tapi hidup ters3ksa, baiklah awak cari calon lain sis…best wishes to you.
Miza norizan – Kenapa seorang mak lagi pentingkan air muka dari kebahagiaan anak sendiri? Allahu jauhkan la aku dari jadi mak jenis camni. Anak tu belum kahwin je pun, kenapa layan macam anak dah conteng arang ke muka? Listen. Kahwin ni urusan masa depan kita. Kita akan hidup 40-50 tahun akan datang dengan suami.
Sanggup ke duduk dengan orang yang tak semenggah. And gerak hati kadang-kadang betul. Ada sebab kenapa kita tak suka kat someone walaupun orang tu takde buat apa masalah pun. Sebab subconsciously kita pick up subtle red flag about somebody yang kita tak perasan, tapi subconscious kita perasan.
Keluar dulu dari rumah and bagi masa bertenang kat mak. Lepas ni, usahakan minta maaf kat mak dan baiki hubungan dan usahakan buat mak paham yang kita taknak berjudi dengan masa depan kita. Harap-harap mak awak akan lebih rasional lepas cool down time.
Zulhilmi hasan – Semalam saya baru terdengar lagu Good Thing by Kehlani & Zedd. Best, catchy, empowerment lyrics. Cuba confessor dengar lagu tu dan tengok lirik tu. Lagu berkenaan hidup single. Selalu lagu cintan cintun, lagu yang berkisar hidup single ni jarang saya dengar. Hahah
Anyways, done promote lagu. Pada saya kita kena dengar nasihat ibu bapa selagi tak bertentangan dengan agama. Tapi dalam kes confessor, sebagai seorang ibu, ibu confessor kena berhenti melayan confessor seperti trofi, dibanggakan, dibandingkan dengan anak orang lain yang dah berkahwin. Confessor berhak atas hidup sendiri.
Mana boleh paksa anak sendiri kahwin semata mata nak tunjuk kat orang “alhamdulillah anak aku kahwin dengan engineer, sekufu pula tu, keluarganya baik baik”. Untuk apa tunjuk kat orang? Untuk puaskan hati ibu bapa tapi penghujungnya kita yang merana.
No. A big NO. Confessor you’re entitled to have your own life, partnered with someone you loves dearly. Jika ibu tetap nak buang awak, itu pilihan dia. Awak keluar dari rumah , sewa pun takpe. Tapi awak jangan abaikan tanggungjawab sebagai anak. Transfer duit setiap bulan sekurang kurangnya contohnya.
Saya rasa air yang dic1ncang takkan putus, berdosa kalau kita putuskan hubungan silahturahim. Selagi ibu kurangkan eg0, berpegang pada ajaran agama, In the future, akan berbaik awak dengan dia. Ini cuma pandangan saya saja. Moga dipermudahkan.
Sumber iium