Uncategorized

“Hapuskan acah-acah artis..” Faye Kusairi, Sharnaaz Ahmad Kesal Ryzal ‘Duriankimchi’ Gelar Pakaian Iban Kain Buruk & Alas TV.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Pelakon Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.

Kata Faye, sebagai anak Sarawak, tindakan Ryzal menggelarkan pakaian tradisional negeri itu telah mengguris hatinya. “I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga.

“Tau tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.

“Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.

“Begitu majistik “kain buruk” yang awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain.. belum lagi lain-lain,” kata Faye. Jelas Faye lagi, kaum Dayak di Sarawak antara kaum yang menghormati masyarakat setempat dan tidak menghina budaya orang lain.

“Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.

“Mereka yang dikatakan “kuno” ni lagi pandai hormat orang lain yang jauh lagi “urban” dari mereka.

“Hati-hati bila bergurau dan jadilah lebih berhati hati bila dah popular,” nasihatnya.

Sementara itu, bagi Sharnaaz komen yang dibuat oleh Ryzal telah mencalarkan nama penggiat seni kreatif tempatan.

“Hapuskan acah-acah artis taukua rendang yang membasikan nama baik penggiat seni tanah air yang berjuang demi karya dan periuk nasi.

“Ya betul sesetengah tu memang patut dibaling dumbell, tenga belakang. Tapi musibat seperti ini (Ryzal) dan semalam (Iman Troye) yang kunyitkan nama baik anak seni.

“Bakat bukan atas berapa ramai followers lu, tapi apa sumbangan lu pada dunia seni.
“Ryzal dan bini Korea hang, hormat itu budaya orang. Hang tahu budaya apa tak ni?” tulis Sharnaaz.

Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.

Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen. Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.

Komen warganet

Ismi: wahai ryzal, kalau xde benda nk ckp jgn ckp.. diam je.. pakaian tu cantik n they r very proud dgn culture even they look super beautiful with this attire.. berbanggalah sbb kita kat Malaysia hidup dlm keharmonian kaum dan ada budaya yg cantik utk dipromote.. sokong bukan perlekeh!! jd la influencer yg beri teladan

Owlls: Yg si mariam tu ak paham la klu x tau ape sgt..tp si ryzal nie,patut ajar la mariam pasal pakaian tu dari mana..hargai pakaian tu mcm mana..ak suke tgk dorang tp kadang ryzal over sgt dr mariam..dala ajar yg bukan2 dkt mariam..budak tu lurus,duk ikut je ape ryzal ajar..hmp2..

Asimah: Xbaik tau hina tapi mungkin dia xmaksudkan tu kut.fikir positir je dan maafkan dia.dia tu mungkin kurang kasih sayang tu.xape,akak mmg minat pakaian n muzik iban.dulu klau kat sekolah ade buat persembahan akak org yg paling teruja.nk buat baju tu ingat murah n senang ke.ishhh2 buta seni betul org ni yg menghina pakaian iban ni.akak ni bkn org sabah atau sarawak tau

Artikel berkaitan: Perjalanan indah hidayah Maryam

SEBELUM memeluk agama Islam, You Narae dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan hanya seorang gadis biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.

Namun takdir ALLAH menemukan You Narae dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang kini menjadi pasangan hidupnya.

Pada awal perkenalan mereka lebih setahun lalu, Nik Muhammad Rizal atau mesra disapa sebagai Ryzal menawarkan untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada You Narae atau kini dikenali dengan nama Islamnya, Maryam dengan syarat wanita itu sudi mengajarnya bahasa Korea.

Bermula daripada hubungan ‘guru dan pelajar’ keakraban yang terjalin menjadikan masing-masing tidak berasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi.

Lebih bermakna apabila hati kecil wanita itu terbuka untuk mengenali Islam setelah berkenalan dengan Ryzal yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan di Universiti Korea.

“Keperibadian Ryzal yang tidak terlalu mendedahkan gaya hidup Islam secara berlebihan, malah berfikiran terbuka membuatkan saya jatuh hati,” ujar Maryam secara eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.

Maryam yang kini berkhidmat sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di Ansan berkata, bulan Ramadan tahun lalu merupakan saat permulaan dirinya terdetik untuk mendalami Islam terutama apabila melihat kegembiraan Ryzal dan rakan-rakan Muslimnya berpuasa.

“Timbul pertanyaan dalam diri mengapa mereka berasa gembira dan tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadan sedangkan mereka berlapar.

“Saya mencari penjelasan tentang orang Islam berpuasa dan akhirnya berpuasa untuk pertama kali dalam hidup demi mengetahui bagaimana perasaan orang Islam berpuasa,” katanya sambil menambah kunjungan keluarga Ryzal ke Korea Selatan pada bulan Jun 2019 membuatkan dirinya semakin ingin tahu mengenai Islam. Ini kerana keluarga Ryzal sering mencari surau atau masjid untuk berhenti bersolat.

Akhirnya pada 11 Julai 2019 atau kira-kira sebulan sebelum hari raya korban, Maryam melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya. Setelah yakin dengan hati dan dirinya, Maryam mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Imam di Masjid Itaewon, Seoul.

Perjalanan Maryam mencari keredaan ALLAH turut mendapat sokongan ibu tercinta yang gembira melihat kebahagiaan anaknya. Namun, tidak semuanya berjalan mudah apabila ada juga rakan-rakan mempertikaikan mengenai isu tudung, tidak boleh makan daging khinzir dan mengambil minuman keras.

Maryam yang mendirikan rumah tangga dengan Ryzal pada 15 Ogos tahun lalu berkata, antara kesulitan menjadi seorang Muslim di Korea adalah terpaksa mengelak setiap kali makan malam berkumpulan anjuran pihak hospital kerana makanannya tidak halal.

“Saya berasa tidak selesa kerana perkara itu dianggap tidak sopan dan tidak menghormati budaya masyarakat Korea,” katanya.

Dari segi solat, Maryam memilih untuk menunaikan solat di rumah kerana jarak tempat kerja dan rumah berhampiran. Pada waktu malam pula, Maryam akan solat berjemaah dengan suami.

Raya haji

Menyentuh tentang sambutan Hari Raya Aidiladha, pada tahun lalu, masing-masing terpaksa bekerja, namun Ryzal berkesempatan memasak beberapa juadah seperti nasi lemak dan daging salai serai goreng sepertimana yang sering dimasak ibunya pada hari raya korban.

Dalam pada itu, Ryzal berkata, beliau turut menjelaskan kepada Maryam mengenai pengertian hari raya korban dan ibadah-ibadah yang biasa dilakukan pada perayaan itu.

“Cuma saya tidak berkesempatan untuk membawa Maryam melihat sendiri ibadah korban kerana di Korea Selatan aktiviti penyembelihan haiwan di tempat awam atau mana-mana masjid adalah tidak dibenarkan.

Menyentuh tentang sambutan Hari Raya Aidiladha, pada tahun lalu, masing-masing terpaksa bekerja, namun Ryzal berkesempatan memasak beberapa juadah seperti nasi lemak dan daging salai serai goreng sepertimana yang sering dimasak ibunya pada hari raya korban.

Dalam pada itu, Ryzal berkata, beliau turut menjelaskan kepada Maryam mengenai pengertian hari raya korban dan ibadah-ibadah yang biasa dilakukan pada perayaan itu.

“Cuma saya tidak berkesempatan untuk membawa Maryam melihat sendiri ibadah korban kerana di Korea Selatan aktiviti penyembelihan haiwan di tempat awam atau mana-mana masjid adalah tidak dibenarkan.

“Sebaliknya di Korea Selatan pihak masjid akan menawarkan roti dan susu kepada mereka yang datang ke masjid selepas selesai solat raya.

“Tahun ini, disebabkan pandemik Covid-19, kami akan menyambut hari raya korban di rumah sahaja sambil memasak rendang dan beberapa jenis juadah lain,” ujar Ryzal.

Pada akhir bicara, Maryam berpesan kepada mereka yang ingin memeluk Islam bahawa perjalanan sebagai saudara baharu bukanlah mudah, namun pengorbanan dalam mencari reda ALLAH pasti dipermudahkan jika berbekalkan niat yang ikhlas dan jujur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *