Gambar hanya Hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
GEDUK! GEDUK! GEDUK! “Bunyi itu lagi..” omongku, separa sedar. Terkebil-kebil mataku dalam pembaringan. Dengan perlahan aku bangun. Ku kerling jam di dinding. Pukul 3.03 pagi. “Kenapalah dia ni suka cuci baju waktu macam ni?” aku mendengus kasar. “Selalunya orang cuci baju waktu siang.
Ni subuh buta masa orang tidur pula nak buat kerja.” bebelku seorang diri sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Kak Siti. Tuan rumahku yang sangat misteri. Aku ingat lagi, dua bulan lepas semasa aku baru berpindah ke rumah ini, aku hanya pernah melihat separuh wajahnya sahaja.
Waktu tu, dalam jam lima petang aku sampai di halaman rumah. Salam kuberi tapi tiada yang menyahut. Kemudian pintu rumah terbuka sendiri. Perlahan-lahan aku menapak masuk. “Assalamualaikum.. kak Siti? Saya Ain, penyewa baru tu. Tadi saya ada telefon.” pelik. Pintu terbuka, tapi orangnya tiada.
Liar mataku meninjau sekeliling. “Kunci rumah aku letak kat meja.” tegur satu suara. Garau. Aku terkejut. Aku lihat tuan rumah itu sedang mengintai dari balik dinding. Yang kelihatan hanya separuh wajahnya saja. Dah macam h4ntu! “Oh, baik kak. Err.. bilik saya yang mana satu ya?” soalku pula. Lenggok tubuhku jadi janggal.b“Kat tingkat atas.
Pilih je mana-mana bilik. Kalau ada apa-apa, mesej je kat aku.” seraya itu kak Siti pun berlalu masuk ke dalam bilik. Aku kehilangan kata. Orang macam ni pun ada ya? Tapi tak kisahlah. Yang penting aku ada tempat untuk berteduh.
Sewa pun murah. Hanya RM100 sebulan. Sejak dari hari itu, hanya beberapa kali sahaja aku terserempak dengan kak Siti. Itupun hanya sekilas. Dia akan cepat-cepat menghindari aku kalau aku turun ke tingkat bawah.
Tapi yang bagusnya kak Siti ni, hari-hari dia akan masak. Macam tahu-tahu je kalau aku tak kerja. Mesti akan ada hidangan yang tersedia di atas meja. Yang tak seronoknya pula, setiap subuh dalam jam 3 pagi, kak Siti akan membasuh baju menggunakan mesin basuh. Bingit. Memang hampir setiap hari aku akan terjaga dari tidur.
Tapi nak marah, tak boleh. Aku hanya penyewa. Maka, begitulah rutin harianku. Terpaksalah aku bersabar sehinggalah pekerjaan baruku ini sudah cukup stabil untuk aku menyewa di tempat yang lebih selesa. DUM!!!. Lamunanku terhenti. “Period ke apa? Tutup pintu macam nak gaduh je.” marahku spontan. “Agaknya dah habis cuci kot.
Dah tak dengar bunyi mesin basuh.” Setelah sudah pasti tiada lagi ‘gangguan’, aku pun baring semula untuk menyambung lena yang terganggu… TAP! TAP! TAP!. Bunyi tapak kaki orang berlari kedengaran dari luar bilik. Jelas sangat. Aku kembali segar. Tubuhku ku angkat sedikit dan mataku melirik ke celah bawah pintu.
Ada bayangan seseorang sedang mundar mandir di situ. Perlahan aku duduk. Kak Siti ke tu? Tapi dia buat apa depan bilik aku? “Kak siti? Akak ke tu?” tanyaku meminta kepastian. Perasaanku sudah tak keruan. TOK! TOK! TOK!.. Seraya itu pintuku diketuk tiga kali dan orang itu mencicit lari menuruni anak tangga sambil tertawa kecil. “Hihihi..”
Seakan seronok dapat mempermainkanku. Suaranya juga persis anak kecil. “Dari mana datang budak-budak kat rumah ni? Takkan anak kak Siti?” bulu romaku serta merta naik. Merinding seluruh tubuhku. “H4ntu ke?” aku terus berselubung di bawah selimut. Selama dua bulan aku duduk di rumah ini, tidak pernah sekalipun aku mengalami apa-apa gangguan mistik.
Kenapa malam ini… “Mama!! S4kit mama…” “Aku dah cakap jangan main kat dalam rumah! Kau degil? Berapa kali aku nak pesan hah? Kau ni memang anak tak guna!” “Mama.. Nina janji tak buat lagi. Tolong mama s4kit..” “Kenapa kau tak m**i saja hah??? Hidup kau menyusahkan aku je!!”. Itu suara kak Siti sedang memarahi seseorang.
Memang betullah tadi itu anak dia. M**i-m**i aku ingat hantu. Tanpa berlengah, aku terus mengambil jaket dan turun ke tingkat bawah. Memang g1la kak Siti ni. Entah di mana dia sorok anak dia selama ni sampai aku yang tinggal sebumbung pun tak perasan kewujudannya. Malah, berani pula mend3ra anak perempuannya sendiri.
“Kak Siti tolong berhent…” Sesampainya aku di tingkat bawah, aku bungkam. Tiada sesiapapun di situ. Lampu juga tidak dipasang. Tapi aku yakin semasa aku sedang berlari ke sini, suara mereka masih kedengaran. “Adakah aku berhalusinasi?”.. DUMM!!.. Aku terjerit. Cepat-cepat aku beristighfar. Itu pintu bilik kak Siti.
Mungkin dia dengar aku sedang berlari tadi lalu terus masuk ke dalam bilik. Ini tak boleh jadi. Dalam samar-samar cahaya, aku langkahkan kakiku ke arah kamar kak Siti. TOK! TOK! TOK!. “Buka pintu ni kak Siti! Saya tahu kak Siti kat dalam. Akak tak boleh suka-suka pukul anak tau.” panas hatiku mengenang rintihan anak itu.
Marah bagaimanapun seorang ibu, takkan sanggup mengasari seorang anak. TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!.. Aku ketuk lagi beberapa kali. Langsung tiada pergerakan dari sebalik pintu. Memang g1la kak Siti ni. “Baiklah. Kalau kak Siti taknak buka, saya akan telefon polis. Biar po…” GEDUK! GEDUK! GEDUK!..
Tiba-tiba bunyi mesin basuh pula berbunyi. Siapa pula yang pasang? Aku dah rasa lain macam. Semua yang berlaku pada malam ini seakan satu mimpi ng3ri. Lepas satu, satu perkara aneh yang berlaku. Aku pandang semula ke pintu. Fikiranku pusing. Lebih baik aku m4tikan dulu mesin basuh tu.
Baru beberapa langkah aku berjalan, pintu bilik dibelakangku terbuka dengan perlahan… KREEKKKK…. Seram sekali bunyinya. Aku menoleh ke belakang. Pintu sudah terbuka separuh. Di dalamnya gelap gelita. Ku telan liur dikerongkong. “Kak Siti? Akak kat dalam ke?” aku beranikan diri bertanya. Macam b0 doh pula soalanku.
Akal warasku mencadangkan agar aku keluar saja dari rumah ini, tapi pada masa yang sama, aku mahu meyakinkan diriku bahawa aku tidak berimajinasi. Macam mana kalau dalam bilik tu betul-betul ada seorang kanak-kanak yang perlukan bantuan aku? Takkan aku abaikan dia macam tu saja? “Adik? Adik tak perlu risau ya, akak akan tolong adik.
Akak takkan biarkan ibu pkul adik lagi.” pujukku. Aku kekal diposisi itu. Menanti respon positif. Dalam masa yang sama, bunyi mesin basuh itu masih menyalak. Sesekali mataku melirik ke arah itu. “Akak…” panggil satu suara. Aku terpana. Memang benar sangkaanku. “Ye dik. Akak ada ni.
Mari sini kat akak. Adik selamat dengan akak.” aku cuba meyakinkannya. Walau aku tidak pasti apa bakal dilakukan oleh kak Siti, tapi aku tidak sama sekali akan tunduk pada pembuli. Mataku menangkap satu tangan menakap pada dinding pintu bilik. Tangan itu penuh luka-luka kecil. Kesiannya.
Perlahan-lahan tubuh itu keluar dan menampakkan sosok anak kecil yang comel tapi dicemari dengan kesan-kesan lebam. Tergamak kak Siti!. Anak itu memerhatikanku dengan pandangan yang kosong. Usianya mungkin dalam lingkungan empat ke enam tahun. Dengan perlahan dia mendepakan tangannya meminta agar aku membawanya jauh dari sini.
Aku segera memeluknya. Dia juga memelukku erat. Simpatiku tumpah pada anak itu. Ku dakap kepalanya dan ku usap. “Eh?!” Rambutnya terasa basah, seperti ada cecair yang melekit. Aku lihat tapak tanganku. D4rah!. “Kepala adik.. luka..” riakku berubah risau.
Apabila anak itu mendongak melihatku, bibirnya tersenyum menyeringai hingga ke telinga. Spontan aku meleraikan pelukan. Aku benar-benar terperanjat.“Apakah???!” Tapi apa yang membuatkanku lebih terkejut adalah, budak itu tiba-tiba hilang! Dia ghaib begitu saja. Ya Allah, adakah aku sedang di’ganggu’?
“Lantaklah pasal kak Siti.” tekadku. Baik aku keluar dari rumah ni sebelum terjadi benda yang tidak diingini. Tapi barang-barangku harus aku ambil terlebih dahulu. Kunci motor dan telefon bimbitku ada di dalam bilik. Baru saja aku ingin naik semula ke tingkat atas, aku rasa macam ada sesuatu yang pelik pada mesin basuh yang terletak di tepi tangga itu.
“Apa bendanya tu?”. “Ain, kau tahu kan sekarang ni kau kena ‘kacau’. Cepatlah keluar dari sini!” aku cuba berhujah dengan diriku. Tapi naluri detektifku ingin mengambil alih. “Aku cuma nak tengok je apa kat dalam mesin ni. Lepas tu, aku blah lah”. Aku pun dekati mesin basuh itu. Aku lihat ke dalam isinya yang masih ligat berputar dari balik penghadang. “Baju ke apa tu?”
Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Punat “off” aku tekan. Perlahan-lahan mesin itu berhenti berputar. Setelah yakin mesin itu sudah berhenti, aku buka penghadang itu. Serta merta bau yang sangat busuk menusuk ke hidung. Aku tersedak. “Ya Allah, bau bangkai!” Apabila aku jenguk ke dalam mesin basuh itu, mataku membulat.
“Arghhhh!!!” “May4t!”. Jantungku berdetak kencang. Di dalam mesin basuh tu ada satu jasad manusia yang sudah tidak sempurna fizikalnya. Lehernya terkehel dan anak matanya terkeluar. Mulutnya pula terngaga luas dengan rahang yang lari dari paksinya. Air d***h hanyir bertakung di dalam dengan bau yang sangat busuk.
Aku sudahpun terjelopok di atas lantai dan tubuhku lemah tidak berdaya. Betulkah apa yang aku nampak? Siapa punya angkara ini? Kak Siti ke? Tapi m4yat itu seperti sudah lama mereput. Kenapa baru sekarang baunya timbul? “Kejap. Kan Kak Siti cuci baju setiap hari. Jadi selama ni..?” aku segera menutup mulut. “Astaghfirullah..”
Aku cam m4yat itu. Wajahnya sama macam wajah anak kecil yang aku peluk tadi! KSSTTTT.. KSSTTTT.. Telingaku menangkap bunyi pergerakan sesuatu. Macam datang dari arah mesin basuh itu tadi. Aku dapat rasakan bulu romaku naik sejengkal. Dengan berbekalkan cahaya dari bulan, aku nampak ada sesuatu sedang cuba keluar dari dalam mesin basuh itu.
Seperti mana-mana filem seram, watak utama akan melongo menanti sehingga h4ntu keluar, barulah terfikir untuk melarikan diri. Itulah yang berlaku padaku sekarang. B0 doh!. Kini, di depan mataku sendiri, satu sosok tubuh yang mengerikan sedang memandang kearahku dari mesin basuh itu.
Bayangkan, kepala manusia dipusingkan 360° kebelakang. Dan kepala itu memandang ke arah kita dengan pandangan yang menakutkan. anak matanya pula berjuntaian dari soket mata dan rahangnya hampir tercabut. Ya, itulah pemandangan dihadapanku sekarang.
Tiada kata mampu aku titipkan. Hanya tubuhku spontan mengundur beberapa tapak kebelakang sambil mataku tertancap pada ‘makhluk’ itu. “Kakak…” panggil ‘benda’ itu. Berderau d4rahku sampai ke kepala. Tidak sedar air mata mula menitis. Berbekalkan kekuatan yang ada, aku bangun dan bergegas menaiki anak tangga.
Biar buruk langkahku, aku sudah tidak peduli. Sampai di anak tangga terakhir, aku hampir-hampir tergolek kerana terperanjat. Kak Siti sedang berdiri di hadapanku. Matanya tajam memandang, tapi bukan kearahku. Bila aku toleh ke bawah, ‘makhluk’ tadi sudahpun berada di anak tangga pertama. Ia merangkak!
Kaku aku disitu. Tapi seketika kemudian, kak Siti mengatakan sesuatu kepadaku. “Masuk bilik kau. Jangan keluar walau apapun yang terjadi.” arah kak Siti tegas. Dengan perlahan, aku berjalan melepasi kak Siti dan aku masuk ke dalam bilik. Pintu ku kunci. “Macamlah boleh halang h4ntu daripada masuk.
Tapi kak Siti bukan h4ntu. Bukan kan?” aku berteka-teki sendiri. Dia kelihatan seperti manusia normal. Keadaan kembali sunyi. Aku menuju ke katil dan aku kemas barang-barang penting yang akan aku bawa keluar dari rumah ini. Aku capai kunci motor dan telefon bimbit. “Arhhhhhhhhhhh!!” satu jeritan yang nyaring dan kuat kedengaran dari luar bilik.
Jantungku berdegup bukan main kepalang. Apa yang berlaku di luar? Siapa yang menjerit tadi? Kak Siti ke? TOK. TOK. TOK. Aku terdiam. Perlahan dan datar saja ketukan itu. Aku tahu, ‘benda’ tu yang ketuk pintu. Dan sekarang ia mahu menakut-nakutkan aku. Tahniah, ia berjaya! “Kakak….” Ya Allah, ser4mnya suara yang memanggil tu.
Terduduk aku ditepi katil. Telefon di tangan ku genggam kuat. “Kau nak apa hah??? Tolonglah jangan ganggu aku! Aku tak kacau kau pun!” jeritku merayu. “Tapi kakak cakap nak tolong Nina..” tona suara itu berubah sedih. Tapi masih bernada angker. Apatah lagi dengan raut wajahnya yang hancur sebegitu.
Aku sudah tidak berani membalas. Terkumat-kamit bibirku melafazkan surah. “Kau baca apa tu hah?!” tiba-tiba suara itu berubah garau dan bernada marah. Aku endahkan dan aku teruskan bacaan. Itu saja pendindingku saat ini. DUM!! DUM!! DUM!!. “Buka pintu ni! Buka cepat!” herdik suara itu lagi. Macam nak pecah pintu itu dihempas.
Tapi aku tidak akan tewas. Aku tahu dia sedang kepanasan mendengar surah suci itu. Seketika kemudian, aku dengar macam ada bunyi sesuatu mengengsot. “Benda tu dah lari ke?” soalku sendiri. Aku sedikit lega. Entah berapa lama aku duduk disitu, akhirnya aku tertidur. Tidak sedar hari sudah meninggi, barulah aku terjaga.
Aku pisat-pisatkan mata yang beransur segar. Aku lihat sekeliling. “Aku kat mana ni?” Bilik ini terasa asing bagiku. Macam bilik kosong yang sudah lama ditinggalkan. Tapi sususan perabotnya hampir sama dengan bilikku. Malah, barang-barang dan pakaianku turut berada di sini.
Tanpa berfikir panjang, aku kemas bag pakaianku dan menuju ke pintu. Aku terhenti. Kejadian semalam terlayar semula. Perlahan-lahan aku pulas tombol pintu. Lega. Tiada apa-apa pun di luar bilik. Tapi yang peliknya, keadaan di dalam rumah sangat usang. Aku turun ke bawah dan aku nampak mesin basuh itu. Di dalamnya sudah menjadi besi buruk dan ada bau yang kurang enak keluar dari situ.
Aku lihat ruang tamu yang sebelum ini cantik dihias kini hanya dipenuhi sawang dan debu. Otakku masih cuba memproses apa sebenarnya yang berlaku. Aku berjalan pula ke arah bilik kak Siti. Bilik itu kosong tiada perabot. Tapi ada satu tali pada kipas siling bilik itu. Macam… Tali g4ntung. Dan.. di atas lantai ada sekeping gambar yang sudah renyuk. Aku ambil.
Serta merta aku kenal wajah di dalamnya. Kak Siti dan anak kecil itu!. Tapi gambar itu seperti telah dikoyakkan. Pada bahagian yang dikoyakkan itu, kelihatan tubuh seorang lelaki sedang berdiri disebelah kak Siti. Kak Siti nampak bahagia dengan senyuman di bibir. Berbeza sekali dengan kak Siti yang aku kenal.
Sedang aku ralit melihat gambar itu, aku rasa macam ada seseorang lalu di belakangku. Segera aku toleh. Namun tiada sesiapun di situ. Seram sejuk aku jadinya. Tanpa membuang masa, aku keluar dari rumah itu dan apabila berada di luar rumah.. Aku lihat kawasan sekeliling dipenuhi semak samuk yang meninggi. Dan rumah itu pula seperti sudah lama terbiar.
Aku menelan liur. Bagaimana aku boleh tinggal di rumah ini selama dua bulan? Kenapa semasa aku datang, suasana dan keadaan rumah ini berbeza? Adakah kak Siti sebenarnya tidak wujud? Dan m4yat yang aku lihat di dalam mesin basuh itu? Aku tiada jawapan, yang penting aku harus pergi dari situ.
SEBULAN KEMUDIAN.. Kini aku sudahpun menetap bersama kawan baikku, Zara. Jauh lebih baik daripada aku menyewa secara rambang. Aku trauma. Tapi tidak pernah aku ceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa. Biarlah ia menjadi rahsia hidupku. Tapi aku juga mahu mencari jawapan kepada apa sebenarnya yang berlaku padaku, dan kenapa aku lalui semua itu.
Untuk mencari jawapan, aku layari forum-forum misteri dan seram yang berkisar di Malaysia. Dengan menggunakan identiti palsu, aku cipta ‘thread’ ataupun bebenang baru untuk menceritakan pengalaman aku serta bertanyakan kisah disebalik rumah yang aku diami itu. Tidak sampai sehari, aku terima notifikasi yang menunjukkan ada balasan pada hantaran aku itu.
“Anonymous888 balas Uish. Aku tahu kawasan tu. Rumah tu memang sudah lama terbengkalai dan ditinggalkan. Aku dengar, ada kes pembnuhan yang berlaku. Anak kepada sepasang suami isteri telah dilemaskan di dalam mesin basuh, dan mesin itu dipasang semasa anak itu masih hidup.”
Aku dapat rasakan bulu romaku meremang. Patutlah aku nampak m4yat tu di dalam mesin basuh itu. Sampai sekarang aku tidak mampu melupakan gambaran itu sehingga terbawa-bawa kedalam mimpi. Tapi siapa yang b***h anak tidak berdosa itu? Adakah… Aku scroll lagi balasan-balasan di hantaranku. Ada satu balasan yang agak panjang.
“Lilyghostgirl30 balas Wahh beraninya awak. Kalau saya mesti dah lama pengsan. Haha.. Saya pernah baca, rumah tu asalnya didiami oleh sepasang suami isteri yang baru berpindah. Mereka ada seorang anak perempuan yang berusia lima tahun. Mereka sangat bahagia dan hampir setiap petang mereka akan keluar menemani anak mereka bermain di taman permainan berdekatan.
Tapi malangnya, suami akak tu kantoi curang, dan rumah tangga mereka mula berantakan. Suami akak tu dah mula tak balik rumah berhari-hari dan akak tu mengalami kemurungan. Akibatnya, anaklah jadi tempat dia melampiaskan amarah dan ketidakpuashatiannya terhadap sang suami.
Sampailah satu hari apabila si suami balik ke rumah, dia dapati pintu rumah tidak berkunci dan keadaan di dalam rumah gelap gelita dan mesin basuh sedang berputar. Apabila dia pasang suis lampu, dia pelik melihat keadaan rumah yang tidak terurus. Kat meja pula banyak makanan yang terhidang dan belum disentuh.
Dia pun panggil isteri dan anak dia. Tapi senyap je. Dia pun dah rasa lain macam. Mesin basuh di’on’, tapi orang takde. Takkan isteri dia keluar rumah tanpa m4tikan mesin basuh. Dia pun pergi kearah mesin basuh dan m4tikan. Selepas m4tikan dia pun hendak berjalan menuju ke bilik tidurnya.
Tapi, dia macam perasan sesuatu dalam mesin basuh tu. Hati dia dah mula berdebar dan minda dia mula berfikir yang bukan-bukan. Apabila dia buka je mesin basuh tu, dia nampak m4yat anak dia yang sudah terkulai layu kat dalam. Keadaan m4yat tu sama macam yang awak describekan. Kat situ juga dia meraung dan memanggil-manggil nama anak dia.
Tapi nak buat macam mana, anak dia dah takde. Dia pun geram dan marah sebab dia tahu, mesti ini angkara isteri dia yang cemburu. Dia pun masuk dapur dan ambil pisau. Bila dia masuk bilik, dia nampak isteri dia dah terkulai kaku tergantung di kipas siling. Lelaki tu sendiri yang call polis dan dia yang ceritakan semua tu.
Tapi sejak kejadian tu, saya dengar lelaki tu jadi tak waras dan sampai kehari ini tiada siapa tahu apa yang terjadi kat dia.” Aku beristighfar panjang. Akhirnya, aku dah jumpa jawapan yang aku cari-cari. Aku tidak tahu kenapa aku yang dipilih untuk melihat semua itu. Sebagai pengajaran barangkali. Wallahualam.
Aku mula rasa kasihan pada kak Siti dan pada masa yang sama aku juga berasa marah kerana seorang ibu sanggup mendahulukan em0si dan menjadikan anak sebagai mngsa. Tapi satu je jawapan yang aku tak dapat. Apa benda yang aku makan sepanjang dua bulan kak Siti masak kat rumah tu?. TAMAT. Terima kasih sudi membaca..
reaksi warganet
Rosemirah amir – Ya Allah..seramnya
True stori ka.. Kenapa kamu yg terpilih…mesti ada yg tersembunyi dan selama dua bulan kamu bersama kak siti makan masakan dia..kmu mmg berani..
Rahman abd – semalam pukul 2:40 saye kena cakar dekat muka oleh suami, dia tdur tak sedar dia buat apa, ke jadian ni lepas saye layan feksyen shasha ni..pedih wehh ada luka sikit.
Fizuan adami – Hmm sy sangsi.. ni cite btul ke? Cmna dia bayar sewa..takkan 2bulan lgsung x jumpa owner.. takkan nk ckp slma dua bulan dia tggal dgn h4ntu? 2bulan tu bukan 2 hari.. kes pmbnuhan tu pon mcm cliche sgt. Mcm kes pmbnuhan k3jam luar ngara . Xpalah skadar pndapat. Hnya penulis yg tahu.
Seronok juga sesekali jumpa crita seram mcm ni..tp sya xpercaya ianya betul…apa²pun tahniah kpd penulisnya kerana berjaya menarik sya unt terus baca sampai habis.
Raja kayangan – Ishh seram, mcm dlm movie, sy pernah bayangkan, macam mana klu benda cam ni berlaku depan biji mata kita.