Uncategorized

Suami lupa format hp dan jual pd adik ku. Tiba2 adik bg “hint”. Terus aku bdoa minta m4tikan dia dlm keadaan yg sgt mengaibkan.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kisahku bermula tahun lepas. Di mana suami ku menjual hp miliknya kepada adikku.

Mungkin terlampau excited punya iphone hampir terlupa untuk format apa yang ada ditalipon lama miliknya. Sebulan adikku memberi hint kepada ku agar sentiasa memerhatikan tindak tanduk suami. Aku menganggapnya hanya berseloroh.

Sampai la suatu hari, adik ku menghantar gambar, & mesej yang terdapat ditelefon lama suami. Sungguh ku tak sangka tergamaknya dia menduakan aku. Bermulalah adengan aku menjadi detektif mencari bahan bukti. Aku kumpul segala bukti yang ku peroleh.

Suatu malam aku memberitahu suami. Segala perbuatannya sudah ku ketahui. Dia masih tidak mengaku. Seboleh2 dia menafikan segalanya. Kami bertengkar. Suamiku mengatakan dia tiada perempuan di luar.

Hanya aku. Segala nama hotel yang dia pergi aku hamburkan 1 persatu didepannya. Masih dia menafikan dan mengatakan dia tak pernah pergi pun ke semua hotel tersebut. Untuk pengetahuan semua, suamiku seorang suami yang sentiasa melakukan dhuha, mengaji, & solat 5 waktu tak pernah tinggal.

Hati ku masih tidak tenteram selepas mendengar penjelasan suami. Aku cuba menerima kata2nya sambil berhusnuzoon walaupun sangat tak masok akal untuk aku percaya kata2nya. Aku tenangkan fikiran, cuba berfikir bagaimana untuk aku buktikan yang semua aku katakan bukan hanya fitnah semata.

Bukti dan mesej yang adik ku beri tidak aku tunjukkan kepadanya. Aku ingin lihat sejauh mana suami ku telus kepada ku. Sesungguhnya kuasa Allah maha hebat. Aku meminta petunjuk kepada ALLAH untuk mperlihatkan aku kebenarannya. Kali ini bukti yang aku perolehi betul2 meruntun jiw4 ku.

Aku ketahui bagaimana cara untuk melihat aktiviti suami ku. Tak perlu aku mengakses telefon nya hanya dari telefon ku, aku ketahui semuanya. 5 hari aku menyusun ayat untuk berhadapan dengan suamiku. 5 hari selera ku kelaut dalam. 5 hari beratku turun mendadak turun 4kg, dari 55kg kepada 51kg.

Jika aku berdiet bagai nak m4ti pun tak akan turun sebanyak itu dalam masa 5 hari. Jika sebelumnya kami bergaduh bagai nak g1la. Masing2 memantolkan vokal suara paling tinggi. Mujur aku tidak punya jiran. Bergaduh bertik4m pun tak siapa yang akan tau.

Kali ini, aku penat. Penat dengan kebenaran yang aku tau dari hasil siasatan aku selama ini. Aku berfikir apalah yang nak aku harapkan lagi daripada perkahwinan ini. Aku bukan punya anak untuk difikirkan. Aku ada kerja ku sendiri. Aku tak perlukan pun suami yang sebegini untuk aku.

Jika pencerraian yang terbaik, aku terima dengan hati yang terbuka. Bila difikirkan, aku bukanlah selekeh, comot, hinga tak laku jika bercerrai. Ya ALLAH betapa teroknya sy4itan membisikkan kata2 nya ditelinga ku. Dalam pada aku berkira2 apa tindakan yang aku harus ambil, memang tanpa sedar,

aku ingin sahaja menghamburkan kata2 m4kian kepada suamiku. Keesokkannya, sebelum ke tempat kerja, aku tak tahu dimana kekuatan yang aku peroleh. Hatiku semakin tenang. Aku sediakan breakfast untuk suami seperti biasa. Selalunya aku tidak pernah menemani suamiku untuk breakfast kerana aku bekerja disekolah,

harus sampai sebelum 7.30am tapi hari ini, aku tunggu dimeja makan. Aku lihat suamiku selesai makan & minum. Selesai sahaja semuanya aku bangun, aku peluk suamiku. Aku bisikkan ditelinganya “abang, be tau abang ada perempuan lain, be maafkan apa yang abang buat selama ni,

tingalkanlah dia, be tak nak dijangkiti penyakit hasil ape yang awk buat, bertaubatlah abang, Abang pun taukan, kalau kite bercerrai, bukan tak ada orang nak be, tapi be pilih abang sebab be sayang abang, be bagi abang peluang, be tak akan bagi peluang untuk lain kali” Aku lepaskan pelukan ku.

Aku kembali duduk dikerusi. Dalam bisikan tu aku juga sebutkan nama perempuan2 yang aku tau. Aku recall juga hotel yang suami aku nafikan kemarin. Semuanya aku sebut semasa aku peluk erat dan berbisik ditelinganya Puas rasanya telah ku luahkan apa yang aku ingin katakan.

Suamiku terdiam, hanya tertunduk, aku tau dia malu. Aku juga tau, dia tak percaya yang aku tak bertukar menjadi singa mungkin. Hanya maaf berulang kali dia ungkapkan kepada ku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kami duduk dikerusi dalam 30 min meluahkan apa masalah

dan bagaimana untuk diperbaiki hubungan yang kian retak ini. Selepas hari tu, perasaan aku kepada suami, memang tidak seperti dahulu. Jika dahulu aku sayang suami ku, tapi sekarang aku semakin menyayanginya lebih dari dulu. Tapi adakalanya, bile aku marah, aku akan terkenangkan perbuatannya,

hilng terus perasaan sayang bertukar menjadi benci. Bila dia tidur, aku lihat wajahnya, ini lah dia orang yang dapat terima baik buruk ku, mengapa tidak aku memberikan nya juga peluang untuk dia perbaiki dirinya. Aku selalu doakan moga dia dijauhkan dari kem4ksiatan dan penz1naan,

aku doakan juga kesejahteraan dia, tapi sungguhpun begitu, terselit juga doa yang kej4m kadang-kadang untuk dia jika tetiba aku teringat perbuatan lampaunya. Aku doakan jika dia masih menghampiri kem4ksiatsan dan melakukan penz1naan m4tikan la dia dalam keadaan yang sgt mengaibkan,

satukanla kel4min mereka sehingga tidak dapat dipisahkan. Ya ALLAH sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Moga suatu hari nanti aku benar2 memaafkan suamiku seikhlas hati ku. Dalam sayang ada benci tu real gais..

Telah setahun berlalu, hati yang disakiti tidak akan dapat melupakan. Tapi aku cuba.. cuba untuk mengikhlaskan hatiku, terima dia seadanya selagi dia tidak mengulanginya lagi. INSYAALLAH. – Nadiah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Qaisya qayyum – Nurul Anira Salaiman sy da trkena dgn perkahwinan sblm niy. 18thn brsama mkn ati. Tp 7thn yg trakhir brlaku prkara yg mmbuatkn sy jd berani tuntut fasakh kt mahkmah sbb ex kne pny4kit kel4min g0n0rrhoea. Sy yg bwk dye g hospital n dpn2 doc 2 sy nk kepastian penykit niy dtg dri mne n ap pnyebabnye.

Ex diam membisu x brani angkat muka. Smpai doc suh sy kluar dlu n brjanji akn terangkn slpas dye cek. Bgai nk luruh jantung bila doc gtau yg pnykit niy bleh didpti dgn 3 cara. Semuanya menjurus ke arah s3x. Sy pn doc suh wat checkup tkut d jangkiti n wat skali h1v t3st tp alhamdulillah x kne. Sy rse mcm org x guna.

Ap yg x ckup..7org ank sy bg kt dye. Pn x puas lg ke. Tp skrg sy da lepas dri kehidupan brsama dgn ex. Jenuh jgk turun naik. Dye mmg x nk cerraikan. Siap tuntut tebus talak bagai. Buat ap sy nk ikut bkn sy yg brsalah. Akhirnye trlerai jgk. Skrg da kwen lain. Slps 2thn jd single mom. Doakan perkahwinan sy kali niy kekal hingga ke jannah..aaminnn

Nur syamimi – Wow..u are so strong puan.. Saya mimpi suami curang pun bangun pagi saya murung jap. Nasib saya x sepak muka suami saya.. Semoga baik2 sahaja buat puan. Semoga puan dilindungi daripada penykit berbhaya. Amin. Suruh suami buat solat taubat.

Check up h1v. Puan jua boleh cek h1v. Ini yg puan pilih. So bear with it. Kalau boleh istikaroh dan maafkan dgn seikhlas ikhlasnya. Dan jangan mengungkit. Moga Allah rawat hati puan dan beri ketenangan. Amin.

Ammar affendy – Bila beliau cuba memberi peluang pada perkahwinan beliau, memahami konsep sbg manusia kita tidak sempurna & memberi kemaafan utk yg terakhir kali, mengapa ramai yg kec4m dia.. Sesungguhnya hati manusia ni berbolak-balik, Allah swt pegang hati kita semua..

doalah yg baik2 agar kata2 kalian tidak berbalik di uji dgn pasangan kalian sendiri.. Bab laki dia solat x tinggal tu pd aku jgn di mainkan kerana sesungguhnya dlm agama pn kita mmg wajib taat perintah Allah mendirikan solat 5 waktu wlu kita ni banyak dosanya..

Bila org x buat mcm kita akan buat bila terjadi pekara yg sama, terima & hormati cara mereka bukan persenda.. Muhasabah lh kita jadikan luahan ni sbg panduan & iktibar.. Buat confessor, semoga di permudahkan segala urusan mu menghadapi ujian ini. Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *