Uncategorized

Tergamam aku, suami ajar buat benda bkn2. Ikut je apa yg suami ingin. Tiba2, suami halau aku dr rmh pdhal br 2hari lps “brsama”.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20an.

Bekerja di bahagian pendidikan. Baru tahun lepas (2019) aku dilepaskan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku.

Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju. Tak nak brbalah di mahkmah pun sebab walaupun aku brbalah, akan datang jadi sama juga. Aku dan K kenal melalui keluarga.

K tua atas aku setahun. Kenal sebab family family yang kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan. Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang.

Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik. Family aku pun terima sebab K cakap elok elok dia nak kukuhkan diri.

Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maruah diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terlanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah. K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terlanjur tu, dia menyesal menangis nangis lepas tu. Kata dia la.

Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji. Aku tak nampak kurangnya K sikit pun. Cuma sikit sikit K mula ceritakan kehidupan dia. Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu ggurkan.

Aku terkejut. Sebab selama ni K tak pernah cakap. Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama. Tu lama lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas bekas dia. Tak pernah miss buat benda tak senonoh kat fon, video bukan bukan. Walaupun dengan bekas yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu.

Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan. Tapi lama lama aku perasan aku agak insecure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman tak senonoh walaupun malam yang sama kami baru bersama. Aku kata kalau tak puas atau apa apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas.

Nanti dia berhenti la tengok. Sebongok bongok perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan even perempuan tu dia tak kenal. Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan. Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat.

Sampai 1 tahap aku check mesej mesej lama fb dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis. Aku mesej sorang sorang pakai fb aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat K, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa.

Aku mengaku aku betul betul sanggup berk0rban jadi isteri solehah. Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu.

Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok elok. Kata kita menantu yang baik. Tapi bila sesama dieorang, ada je benda bukan bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la. Masakkan untuk dieorang,

basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit. Sanggup jaga bila suami sakit (dia senang dapat sakit sikit), masakkan dia bila 2 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je. Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la.

Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan bukan. Aku turutkan sebab isteri kan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia. Sampai 1 hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah.

Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang yang takda hati dan perasaan je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba tiba ni. Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu.

Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku bengang. Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada apa apa kan aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat perpisahan atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh. Tak dapat datang tarikh lafaz talak.

Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuskan. Pegawai tu kata tak nak tuntut apa apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku taknak paksa. Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin.

Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab a1b dia a1b aku juga. Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?

Aku tahu adik beradik kau follow page ni. Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu.

Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay. – Nur (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Che Max Molex – Allah tegaskan dalam AlQuran solat dapat mencegah kemungkaran dan perbuatan keji. Sekiranya tiada efek dari perbuatan solat tak pernah tinggal itu sendiri, barangkali belum sempurna ia (solat) itu sendiri. Takkanlah Tuhan berbohong dalam ayatnya. Manusia yang berbohong dan hanya omong kosong. Oklah sis, tak payah sedih ok. Move on.

Nya Ahmad – Kalau solat tak dapat cegah dia dari kemungkaran, maknanya solat dia tak sempurna. Dia kena cek balik kehidupan dia. Mungkin terlalu banyak benda yang tak senonoh yang dia buat. Pastu taubat,p astu still ulang balik benda tu. Tu salah satu tanda hati kotor. Taubat yang sebenar adalah bila kita tak buat dah benda tu dan berubah ke arah yang lebih baik.

Hazirah Hj Hamzah – Sebab ada pengalaman berkorban jiwa dan raga, sanggup berhenti kerja, pindah ikut ex-husband, sanggup terima orang yang lagi rendah level education, nak jadi isteri yang taat solehah. Tapi finally di buat macam sampah. Saya memang nekad takkan korbankan diri saya untuk sesiapa lagi dah!. Apa yang saya buat sekarang semuanya untuk kebahagiaan saya. Saling bekerjasama tak apa. Kalau bekorban untuk pasangan, itu bukan saya.

Deedee Nas – Pilihan keluarga tidak semestinya baik. Parents ni asal nampak baik sikit mula la cop anak org tu baik sangat boleh dibuat suami. Padahal orang tu boleh ja berlakon baik depan orang tua. Sebab tu harus berkawan dulu kenal betul betul sebelum kahwin. Memang betul solat ni cegah diri dari kemungkaran, tapi manusia jenis begini buat main. Lepas buat dosa besar dia solat, lepas solat malam tu juga buat dosa besar.

Dorg buat main dengan agama sendiri, dah mindset dalam otak buat dosa lepas ni boleh solat, atleast solat. Tak sedar diri tu golongan ni perosak agama sendiri. Ada yang ikut “fahaman” kepala otak sendiri. Tapi tak sedar dorang solat untuk apa? niat dorang? hati dorang yang sombong tu ada Allah ka? kalau ada Allah, khusyuk, dorang tak kan dekat kemungkaran.

Norlaila Mohd Din – Pernah tak dengar tanda tanda solat tidak diterima ialah apabila pesolat kekal sebagai pend0sa. Tidak bertaubat, menganggap kecik dosa yang dibuat.

Umayraa Hamdan – Kalau ikut pengalaman aku lah. Pengalaman aku dengan jejantanzzz macam ni, diorang selalu fikir bila dah nikah, dapat ‘nikmat’ halal dan perangai lama boleh berubah. But sebenarnya, habit mereka takkan berubah dan dapat pula isteri tak tegas macam u. U ikut je semua yang dia nak, maksudnya tak dapat ubah dia slowly.

Jadi memang dia rasa pernikahan tu tak de bawak apa apa erti untuk dia. Some more, dia tak mampu pun nak bernikah. Mampu dari segi batin je. The rest he is nothing. Dia sendiri sedar diri dia dan lepaskan awak dengan cara elok. Sebelum dia buntingkan awak. Dia sendiri sedar dia tak mampu nak tanggung segala nafkah.

Senang kata, pernikahan tu hanya untuk dia test je. Aku boleh berubah ke tak. Dia sendiri taknak berubah, mengharap pasangan untuk ubahkan dia. Anak yang baik kan katanya? Jenis pak turut. Takde pendirian, apa pun tak boleh buat. Better la u dah dilepaskan. Daripada terus menderita.

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *