Uncategorized

“Tukar agama untuk kahwin saja, gaya hidup dia, u tak boleh ubah” ibu mentua awal2 bg syarat seblum kami khawin.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Nama saya Roszita.

Saya dah kategori nenek, umur tahun ni dah 59 tahun. Saya tak pasti, nak luahkan di sini ataupun tidak, ia seolah lah membuka aib saya. Tapi, tiada tempat untuk saya mengadu diri.

Ibu bapa sudah lama tiada. Anak-anak dah bekerluarga ada masalah sendiri. Suami pun sibuk kerja. Saya dah bertahun pendam rasa, kadang-kadang rasa penuh dada sebab lama sangat layan perasaan sendiri. Sejak bulan 9 tahun lepas, anak lelaki saya ada masalah rumatangga.

Saya jadi lebih tertekan. Dia jadi banyak berubah, daripada anak emas saya. anak manja saya berubah jadi budak liar, melawan, cakap biadap. Saya asyik salahkan diri saya, jadi tak sihat keluar masuk hospital sebab fikir banyak masalah lagi-lagi pasal dia.

Saya berkahwin dengan seorang cina mualaf sewaktu sama-sama menuntut di UK dahulu. Masa itu, saya ambil pengajian Bahasa Inggeris dengan biasiswa kerajaan. suami saya buat perubatan di universiti yang sama. Kami bercinta 7 tahun sebelum berkahwin.

Bercinta pun masa tu zaman muda, 18 tahun dah mula ada perasaan sesama sendiri. Saya tekad nak kahwin dengan suami, suami pun rela tukar agama untuk kahwin dengan saya. Tapi perkahiwnan kami ada syarat oleh keluarga dia.

mak dia awal-awal dah beritahu, anak lelaki dia hanya tukar agama untuk kahwin sahaja, gaya hidup dia tak boleh berubah. Masa itu saya sangat muda, jahil penuh dalam diri. Rasa cinta terhadap dia melebihi iman saya, saya setuju tanpa berfikir apa-apa. Masa tu saya juga bukan la seorang alim alimah, Saya tidak bertudung, berkawan ramai.

Duduk pula di UK, belajar pandai, kerja part time mengajar lagi. Duit lebih, boleh beli baju cantik-cantik, bergaya ikut musim. Ada boyfriend cina kaya, makan di restoran sedap-sedap. Saya hanyut di sana. Balik Malaysia, dapat sambung lagi di universiti tempatan dan menjadi part time lecturer English untuk pelajar undergrad.

Saya kahwin dengan suami pun, tak da halangan keluarga sebab urusan perkahwinan sedikit pun saya tak guna duit keluarga. Aruwah ibu dan abah tak keluar duit untuk kenduri saya, duit simpanan saya, gaji kerja saya, saya buat kenduri di kampung. Masa tu, meriah kenduri saya, Wedding of the year lah di kampung.

Kahwin pula dengan cina kaya, orang bandar. Tapi, saya masih ingat, abah dan ibu selalu berpesan supaya jangan lupa Tuhan dan bimbing keluarga elok-elok ke jalan yang betul. Sampai akhir h4yat mereka, mereka tetap tak lupa pesan kepada saya. Lepas kahwin, saya pun terikut gaya hidup keluarga suami. Saya bers0sial dengan rakan-rakan ibu mertua.

Lepas kahwin saya duduk dengan suami di Ampang, keluarga mertua di PJ. Saya selalu ikut mereka pergi majlis-majlis, makan malam, gathering di hotel dan rumah-rumah mewah rakan-rakannya. Masa tu orang kaya di Malaysia pun tak ramai macam sekarang. Saya dan suami, alhamdulillah, murah rezeki. Kami kerja bagus lepas balik ke Malaysia.

Lepas beberapa tahun kerja di hospital kerajaan, suami kerja di hospital swasta. Perkahwinan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata. Memang permintaan suami tak mahu anak ramai, sebab nak fokus pendidikan dan masa depan anak. Anak sulung saya perempuan, anak bongsu lelaki. Beza umur 4 tahun. Tahun demi tahun, saya kerja makin baik, gaji naik, pangkat naik.

Suami juga sama, sambung belajar di UKM, naik pangkat, naik gaji. Semuanya baik-baik sahaja. Anak-anak membesar dengan sihat, semua kelengkapan dan kemudahan untuk anak-anak kami boleh sediakan. Kami mampu hantar anak belajar macam-macam. Keluarga mertua suruh hantar kelas muzik, kami hantar. Belajar Bahasa Jepun, kami hantar. Hantar sekolah swasta, kami hantar juga.

Hujung tahun, cuti sekolah, setiap tahun, kami akan melancong luar negara. UK, Australia, Thailand, Amsterdam, Jepun, semua kami pergi. Kadang-kdang, mak ayah mertua pun ikut sama. Saya dan suami, begitu lah, makin hanyut dengan hidup. Duit banyak, sedekah banyak. Orang minta bantuan, macam-macam kami beri, minta 1 kami beri 2, macam tu la.

Suami pun jenis tak berkira kalau nak menyumbang. Tapi, saya solat acuh tak acuh. Ada hari, saya solat, ada hari saya tinggal. Suami, solat olok-olok bila balik rumah keluarga saya. Apa yang dibacanya entah betul atau tidak. Puasa, ada hari saya puasa penuh, anak-anak saya ajar puasa. Mereka ikut, tapi bila mereka mengadu lapar, saya terus beri kebenaran untuk berbuka.

Bila mereka makin besar, masuk sekolah menengah, saya dah tak mampu nak control mereka berkawan. Anak perempuan saya pun ramai berkawan dengan kawan2 cina dia, nonmuslim. Anak lelaki saya juga begitu, MAsuk zaman sekolah menengah, dia sudah mula bergaul dengan kawan-kawan cina, non muslim di sekolah.

Bukan kata tak da kawan melayu muslim di sekolah mereka, tetapi sangat sikit. Jadi majoriti adalah kawan-kawan yang bertutur Bahasa Cina-English macam suasana di rumah juga. Nama anak-anak pun suami tak mahu nama melayu Islam, saya pilih nama Muiz untuk anak lelaki tapi suami pilih Danial. Anak perempuan, aruwah abah nak sangat letak nama Munawarrah, tapi suami pilih nama Nur Emira.

Sampai kat kawan-kawan mereka, memang dah panggil nama Danial Tay, Emira Tay. Tak nampak dah banyang muslim dan kacukan melayu dalam diri mereka. Pakai baju melayu, baju kurung pun setahun sekali sahaja, masa hari raya. Itu pun sebab balik beraya rumah saya. Kalau tak, anak-anak saya pun tak pakai.

Di rumah, kami biasanya bercakap memang fully English dan mandarin. Saya pun boleh bercakap dalam Bahasa mandarin sejak bercinta dengan suami dulu. Bahasa melayu boleh juga bertutur, cumanya, anak-anak belajar di sekolah dan dalam kalangan kawan sahaja. Masa tu, saya tak ambil pusing pun. Saya fikir, biarlah, budak-budak. Nanti dah besar, pandai la saya ajar mereka.

Tapi masuk sekolah menengah, rasa makin cepat mereka membesar. Tak terkejar saya nak pantau semua. Sedangkan anak dua orang sahaja. Solat, ada juga saya suruh. Upah ustaz, ustazah ajar di rumah. Ajar anak-anak mengaji, belajar agama. Saya nak ajar, saya tak arif. Tapi bila anak dah masuk sekolah menengah, jadual dah lain, kelas tambahan lagi, jadi lama kelamaan, tak sambung.

Saya bebel suruh solat, mereka acuh tak acuh sahaja. Sebab tengok mak ayah mereka sendiri, solat acuh tak acuh. Tapi masa tu, saya lalai, jahil. Saya tak terfikir, semua yang saya tak didik dan ajar mereka akan memakan diri mereka sendiri. Tapi, satu yang boleh dipuji, sejak 12 tahun lepas, suami saya berguru dengan seorang ustaz sekolah utnuk belajar mengaji di rumah setiap malam ahad.

Walaupun solat dia acuh tak acuh, dia dengar juga bebelan saya untuk terus belajar mengaji, belajar agama. Kenapa 12 tahun lepas baru mula? Pada 12 tahun lalu, aruwah abah saya mennggal, lebih 2 bulan suami saya letakkan aruwah abah di hospital tempat dia bekerja. Dia lihat sendiri abah hari-hari di wad, dan hari kem4tian abah, beri kesan kepada hidupnya.

Bagaimana aruwah abah dipermudah kem4tiannya, mengucapnya lancar, jen4zahnya elok. Ia memberi kesan kepada suami saya. Walaupun, tidak sempurna dan masih tak konsisten, dia masih berusaha untuk belajar. Sejak itu pun dia tak lupa nak bebel anak-anaknya untuk solat, dan lain-lain. Bila anak-anak dah makin besar, umur dah belas-belasan tahun, saya mula muhasabah diri sendiri.

Banyak membaca buku, saya banyak berfikir sendiri, apa kurangnya dalam keluarga saya. Kenapa saya masih rasa kosong. Duit ada, anak-anak cantik elok belaka, bijak pandai. Keluarga mertua saya baik, hubungan saya dengana dik beradik baik, saya dengan suami taat-baik. Tak da banyak masalah. Kami selalu bersedekah, menyumbang, tapi kenapa saya rasa tak lengkap.

Lama kelamaan, saya sendiri sedar, saya dah lama menjauh diri dengan Tuhan. Saya tak mengadu hidup saya kat Dia. Saya fikir saya boleh selesai sendiri, sedangkan saya lupa, sebenarnya Dia lah yang permudah semua dugaan dalam hidup saya dan keluarga. Beri rezeki tak putus. Tapi saya lupa, lupa terus kepada Dia.

Sejak pada itu, saya sendiri mulakan untuk hijrah diri saya. Daripada pelupa, leka dan terbuai kepada seorang hamba yang mula Kembali kepada Dia. Saya mulakan sendiri dulu, saya tak paksa suami, anak-anak. Saya tanam dalam diri saya, biarlah mereka ikut saya lepas lihat saya berubah. Tapi, tiada perubahan ketara dalam gaya hidup mereka.

Mereka nama dan Islam pada IC sahaja, tapi gaya hidup, pergaulan mereka bebas, seperti sepupu dan ahli keluarga di belah ayahnya. Tapi, anak-anak saya tetap membesar dengan baik, bukanlah buat perkara k3ji tak tentu hala. Cuma amal hidup mereka tidak seperti yang Islam mahukan, sebab saya dan suami tidak bimbing.

Suami saya mualaf, saudara baru, saya sendiri tak cukup iman nak bimbing dia, dia sendiri tak usaha untuk sama-sama bimbing kami sekeluarga. Emira habis SPM masuk matrikulasi dan sambung accounting. Danial ambil pengajian farmasi. Ayahnya tak bagi dia ambil perubatan jadi doctor. Jadi si Danial ambil farmasi.

Hanya Danial yang tidak sambung pengajian ke luar negara, anak perempuan saya belajar di Australia. Kedua-dua anak saya manja dan rapat dengan saya dan suami. Terutama sekali yang bongsu. Balik sekolah, ke pejabat saya di universiti dulu. Kadang kala dia naik bas, kadang kala dia naik teksi dari sekolah. Masa kakak dia di kolej, Danial paling banyak habiskan masa dengan saya dan suami di rumah.

Keluar makan hujung minggu, balik rumah mak ayah mertua saya di PJ. Hubungan kami baik, binding ibu ayah dengan anak-anak sangat rapat. Suami saya berhabis banyak duit untuk pastikan cita-cita anak-anak tercapai. 2 tahun lepas pulang ke Malaysia, Emira kahwin dengan teman lelakinya, seorang cina mualaf juga.

Masuk Islam untuk berkahwin dengan dia. Mereka kenal dari zaman sekolah lagi. Saya dan suami izinkan, kerana sudah lama merestui hubungan mereka berdua. Emira dah ada 2 orang anak, paling tua masuk umur 4 tahun bulan Mei ni. Berbeza dengan kisah perkahwinan Danial, dia berkawan dengan seorang budak Melayu yang dikenalinya pada zaman sekolah.

Kami sekeluarga tak tahu lansung pasal perkenalan ini sebab zaman budak-budak ni dulu main sms, kita tak sempat pantau. Persahabatan mereka jadi kawan terus jadi kekasih. Masa Danial buat houseman farmasi di Pahang, baru lah saya dan suami diberitahu, dia ada kenal dengan seseorang.

Saya dan suami pada mulanya tak beri respon apa-apa selagi kami tak tengok dan kenal sendiri dengan biji mata. Setahun lepas houseman, dia kena posting khidmat wajib 1 tahun di sebuah hospital di Selangor, masa tu dia bawa teman wanitanya, Adilah ke rumah kami. Sebelum jumpa di rumah, Danial dah kenalkan sedikit latar belakang Adilah.

suami saya bersungguh-sungguh tak mahu dia teruskan hubungan dengan Adilah. Kerana suami saya masih kuat dan bebas cara hidupnya dalam keluarga Chinese dan tidak berkenan jika Danial memilih keluarga ‘typical malays’ untuk dijadikan menantunya. Suami saya sungguh-sungguh tak mahu.

Dia berkeras untuk memilih anak-anak rakannya menjadi kekasih Danial atau Danial mencari sendiri wanita lain. Bagi dia, tak mahu keluarga melayu biasa-biasa ni masuk dalam keturunannya, malu. Tak ngam dan tak sama ‘gu’. Danial Ketika itu pula tengah m4buk cinta, apa yang disebut ayahnya, sikit pun dia tak peduli.

Beberapa bulan sebelum tamat tempeh perkhidmatan wajib itu, kami lansungkan majlis perkahwinan Danial dan Aqilah. Masa tu umur mereka masing-masing 25 tahun. Aqilah duduk bersama dengan Danial, mereka sewa rumah berdekatan dengan tempat kerja Danial dan Aqilah ke tempat kerja dengan LRT. Mereka kahwin tahun 2018 lalu.

Saya pula, selalu bosan. Suami kerja di hospital, lepas maghrib baru sampai rumah. Anak perempuan dah duduk dengan suami, time cuti atau hujung minggu sahaja dapat jumpa. Jadinya, saya banyak luang masa dengan Aqilah. Selalu juga saya minta dia dan Danial datang rumah, makan-makan. Kadang kala saya sendiri ke rumah mereka dan berbual.

Suami saya, jauh sekali nak ikut apatah lagi rela hati nak pergi. Mengenali Aqilah buatkan hati saya sejuk. Dia budak baik, menantu yang baik. Walaupun datang dari keluarga yang susah, dia boleh diktegori sebagai budak berjaya juga lah. Ada pendidikan baik, kerja baik. Rupa pun ada. Saya cukup gembira dia kahwin dengan Danial.

sekurangnya, dua orang tu saling memperbaiki diri dalam alam perkahwinan mereka. Danial boleh belajar dari Aqilah, Aqilah juga boleh membantu mana yang boleh. Tapi, lepas beberapa Ketika mereka sambut ulangtahun perlahwinan ke-2, saya dapati Danial dah lain. Berubah betul. Saya mulanya tak tahu, sampai lah adik ipar saya bercerita di rumah mak mertua saya.

Katanya, Nampak Danial kat party makan malam rumah kawan dia, Datang dengan perempaun cina juga, dia tanya, saya tahu dan kenal ke perempuan tu sebab Nampak rapat. Bila saya tahu, saya tak syak apa-apa, sebab saya yakin Danial tak akan buat macam tu. Saya confront dengan Danial tak lama lepas tu, dengan Aqilah sekali di depan saya.

Saya jumpa di rumah mereka sendiri. Nak tercabut jantung saya, bila Danial mengaku dia ada perempuan lain yang dia kenal dari kawan-kawannya. Saya tanya, sejak bila mula bergaul dengan kawan-kawan di pub? Dia kata, dia bosan asyik terikat di rumah lepas balik kerja. Kerja penat, str3ss, jadi dia keluar hilangkan tekanan dengan kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan universiti di pub.

Itu sahaja. Lepas tu, kenal dengan teman wanita barunya tu. Saya terkejut dengan pengakuan dia. Macam mana dia boleh jadi macam tu, saya sedih tengok Aqilah masa tu, budak tu menangis teresak-esak, si suami pun buat tak peduli. Saya ug0t Danial, nak beritahu perkara itu kepada ayahnya, dia jadi marah dan keluar dari rumah.

Masa tu PKP pun dah tak ada, boleh rentas negeri, saya tak tahu mana nak cari dia. Hubungi dia tak dapat. DI rumah, saya beritahu suami, tapi suami tak ambil kisah. Katanya, saya yang nak sangat anak kahwin, bila anak buat perangai, kenapa nak libatkan dia? Dia pun ada kerja banyak nak fikir, jangan sibuk kan hal itu kat dia.

Saya jadi susah hati, makin kerap saya rasa tertekan sebab tak dapat hubungi menantu dan Danial. Saya tak tahu apa nak buat. Kemudian, mak mertua saya pula tak sihat, dalam beberapa bulan sebelum tu (sebelum bulan 9), banyak hari saya dan adik beradi suami berkampung di rumah mak mertua.

Jadi, saya biarkan dulu mereka berdua selesaikan masalah mereka. Sampai satu hari (bulan 9), saya jadi sangat tak sedap hati, dua bulan saya dan suami cuba contact Danial tak dapat. Pergi ke hospital tempatnya bekerja juga gagal nak jumpa dia. Hospital besar, ramai orang, nak cari dia sorang, bukan senang.

Kemudian, saya ke rumah sewa dia, sebelum tu, saya dah banyak kali pergi tapi bila diketuk, ditekan loceng tak ada yang menyahut. Tapi hari itu, saya tengok ada orang buka pintu. Saya pergi tu pun dah malam, sebab suami balik pun dah pukul 7 lebih. Lepas tu terus ke rumah Danial.

Saya tengok Aqilah dah tak macam orang, serabut sangat, dengan tak terurus. Rumah bersepah, bungkusan makanan merata tempat, baju kotor bertimbun tak basuh, rumah gelap, hanya lampu bilik sahaja dibuka, menjerit saya dibuatnya bila melangkah masuk rumah mereka. Suami saya tengok Aqilah macam tu, dengan tak terurus, kusut masai, kurus cengkung.

muka sembab menangis, terus membebel. Sedangkan selama Aqilah tu jadi menantu dia, tak pernah la dia berbual ke becakap dengan si menantu tu, paling tidak pun jawab “ya, sihat” “ok, makan la dulu” bila Aqilah pelawa makan bersama. Memang dah tak suka, dia pun tak bagi perhatian. Tapi malam tu, dia Nampak Aqilah macam tu, terus dia bebel dan marahkan Aqilah.

kenapa biar hidup merana macam tu. Kenapa tak minta cerrai sahaja bila suami buat benda b0d0h dan sakitkan hati kita. Kenapa tak call saya atau sesiapa minta tolong daripada duduk hidup macam tu. Sambil dia berleter tu saya dah basah menangis, sambil tu juga saya kemaskan baju-baju dan barang dia dan beritahu suami nak bawa dia balik ke rumah kami.

Duduk dengan kami. Malam tu, Aqilah balik. Dia tak bercakap apa-apa. Hanya menangis. Dia berkurung diri dalam bilik, saya hantar makanan pun dia tak makan bila saya ada dalam bilik. Lama juga dia macam tu. Sampai lah satu hari, saya cuba juga approach dia, slow talk dengannya sama ada ibu ayahnya tahu keadaan dia.

Dia minta untuk saya rahsiakan. Dia pun dah diberi notis berhenti kerja sebab tak datang kerja lebih sebulan tanpa notis. Dia lansung tak hubungi pejabat, HR atau bosnya. Sayu hati saya. Saya menangis hampir setiap hari, salahkan diri saya tak jaga anak dengan betul sampai anak sanggup buat macam tu kat Aqilah.

Suami saya yang sebelum ini tak pernah pedulikan menantu pun ikut saya masuk bilik tengok Aqilah makan dan beri Aqilah ubat. Tak lama lepas tu, Aqilah mula sihat, tak rasa nak bersendiri. Dia keluar bilik, duduk ruang tamu dengan saya, masak di dapur dengan saya. Kami makan bersama bertiga di dapur.

Tengok TV bersama. Hujung minggu kalau suami nak makan luar, kami makan bersama. Pergi rumah anak perempuan kami, main dengn cucu, Dekat sahaja rumahnya pun. Tapi, Danial tetap gagal kami hubungi. Puas saya dan suami mencari sampai di tempat kerja, berkeras dia tak mahu keluar pergi kepada kami. Aqilah nak failkan pencerraian, tapi dia rasa sangat bersalah.

katanya, dia tak mahu pisah sebab sayangkan saya dan suami. Saya dan suami layannya macam anak perempuan sendiri, sebab itu dia tak mahu tingglakan saya dan suami. Saya dan suami, sama-sama menangis bila Aqilah minta nak balik duduk di rumah ibu dan bapanya di Negeri Sembilan.

Kami rasa sunyi, biasanya ada Aqilah dengan kami. Tapi dia pergi. Katanya, sampai Ketika Danial dapat dihubungi, dia akan kembali dan selesaikan apa yang patut. Aqilah balik ke rumah keluarganya awal Dec hari tu, saya dan suami berhubung dengannya melalui wasap dan call sahaja. Danial pula tak tahu ke mana.

Sampailah hujung Januari hari tu, dia balik ke rumah dan tengok barang-barang isterinya tak ada. Dia hubungi Aqilah tak ada jawapan, dia hubungi saya. Saya suruh dia ke rumah dan teruk dia dikerjakan ayahya. Saya tidak melarang suami saya memkul dan tampar Danial, anak kesayangan dan manja saya yang selama ini saya tatang bagaikan minyak yang penuh.

Apa yang dia buat terhadap Aqilah telah mer0bek hati saya juga, dia khi4nat kepercayaan saya, keluarga, dan amanah dia sendiri. Saya jadi lost, saya jadi semakin depr3ssed sejak Danial balik. Ingatkan dia balik mencari Aqilah untuk berbaik, tapi yang diberitahunya nak kahwin dengan perempuan tu.

Saya jadi jahat lepas Danial beritahu perkara tu, Penuh mulut saya dengan m4ki hamun. Tak pernah sekali pun saya panggil anak-anak saya b0doh apatah lagi yang lagi teruk. Tapi sebab tak boleh tahan em0si, saya sebut dan hemburkan juga kepada Danial. Dia pula seperti dah tak sedar apa, ibu ayah marah ke, apa ke, yang dia tahu, dia nak kahwin dengan perempuan itu.

Saya cuba bincang dengan anak sulung dan menantu. Menantu saya setuju untuk tolong jumpa perempuan itu di luar. Selang sehari dua lepas tu, menantu saya report, katanya, perempuan tu degil dan keras kepala. Tidak h0rmatkan menantu saya, walaupun dah dikenalkan sebagai abang ipar Danial. Menantu saya pergi beritahu Danial, akhirnya, dia pula yang bergaduh dengan Danial.

Saya jadi nak g1la fikirkan anak-anak. Yang sulung tu walaupun rumah tangga stabil, kerja baik, ada simpanan yang kukuh, Tapi cara hidup anak perempuan saya tak ubah seperti keluarga mertua, di tambah pula menantu saya cina mualaf, tiada siapa yang dapat bimbing dia 100%. Nak harap isterinya, lagilah tak boleh.

Si bongsu pula dah jadi orang lain, berubah jadi b0doh lepas kenal perempuan. Entah apa yang dia buat dengan perempuan tu di belakang kami, saya tak mahu fikir, boleh pecah dada ni bila bayangkan. Hari Isnin lalu, urusan pencerraian Danial dan Aqilah selesai, selepas dekat sebulan lebih mereka berurusan sendiri, masing2 ambil persetujuan depan Hakim untuk berpisah.

Saya dan suami pergi ke mahkamah, kami tunggu di luar, di dalam kereta, sebab nak jumpa Aqilah. Lama benar kami tak jumpa dia. Time2 kobid macam ni susah nak bersua muka. Nampak mereka berdua keluar, saya dan suami terus pergi ke Aqilah. Kami berpelukan di tepi kereta, Aqilah menangis, saya menangis, suami saya pula, dalam kerreta nak balik baru lah keluar air mata.

Sedih, menantu yang baru dia nak kenal dah tak boleh bersama balik ke rumah. Saya pun terharu dengan suami, dia ubah fikiran dan sikap lepas Aqilah duduk bersama kami beberapa bulan lepas. Tapi, saya dan suami tak perasan pada Isnin lalu, Danial sangat berkecil hati sebab saya dan suami lansung tidak pedulikannya dan pergi kepada Aqilah.

Kami pula pagi tu datang berasingan. Dia dari mana tidak tahu, rumah atau tempat persembunyiannya dengan perempuan itu, Entahlah.VMalam itu dia mng4muk dan mengatakan saya dan suami tidak lagi menyebelahinya, tidak lagi sayang kepadanya. Hingga sanggup pkul, tampar dia dan menolak perempuan yang dia suka.

Mendengar dia menuduh saya dan suami sebegitu, buatkan saya jadi terlalu berem0si. Saya katakan kepada dia, dia bukan lagi anak saya, anak saya yang saya bersarkan tidak akan sesekali buat benda yang tak patut dan mengkhi4nati saya. Danial menjadi terlalu marah, dan keluar dari rumah.

Dia bersumpah tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke rumah saya dan suami dan meminta agar kami tidak lagi mencari dan mempedulikan hidup dia. Saya betul-betul tertekan sampai ada svicid4l thought sejak beberapa hari ini. Saya keep blaming diri saya, ceder4kan diri saya, sebab rasa menyesal dengan jalan hidup yang saya pilih.

Saya sudah cuba yang terbaik. Tapi saya rasa gagal. Saya rasa saya seorang loser. Apa yang patut saya buat, benarkah semua ini salah saya? Sehingga saat ini, saya percaya, Tuhan yang saya imani dan yakini dalam faith saya, akan berikan saya bimbingan. Dia sama sekali tidak akan menghukum saya selagi tidak tiba hari pembalasan.

Tapi, saya sudah tiada upaya untuk teruskan kehidupan. Saya rasa tiada lagi jalan untuk uturn dan bawa diri saya, anak2 saya dalam kehidupan yang saya impikan. Mungkin benar kata2 dalam kepala dan fikiran saya, saya gagal. Saya tak berguna dalam kehidupan ini. – Roszita Tay (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sya nisya – Saya rasa puan lupakan dulu kisah anak puan dan ubati diri puan dan suami dulu, solat, mengaji, puasa sunat dan berqiamulail di waktu malam. Cari ustaz atau ustazah yg boleh membimbing puan. InsyaAllah berkat perubahan puan serta doa puan utk anak Allah akan makbulkan doa puan.

Doa ibu adalah yg terbaik utk anak2 Itu senjata org Islam. Aruwah ibu bapa puan semestinya banyak berdoa utk puan dan suami. Puan dan suami menerima hidayah di usia senja. Jadi puan berdoalah. Jika tidak skrg mungkin anak puan akan mendpt hidayah akan dtg.

Rohaizah abdwhb – Alhamdulillah. Mungkin apa yg menimpa pn sekarang adalah teguran dari Allah atau a blessing in d1sgu1se supaya pn kembali balik ke jalanNya. Get closer to Allah puan. Perbaiki solat wajib sebaik mungkin, tambahkan ilmu dan bykkan berdoa dan bertahadjud kpdNya di sepertiga malam.

Mengadulah kpdNya yg maha mendengar. Bila kita dekat dgn Allah inshaallaj ketenangan dan kedamaian itu akan wujud dlm jiwa. Terima apa yg berlaku dgn redha dan lapang dada. Please no more suicidal thought. nauzubillah.

Fazlin mid – Saya andaikan puan lahir sekitar 1962, berkahwin sekitar 1987.terus saya terbayang era & lifestyle dalam filem Ali Set4n. saya terbayang imej puan yg cantik&lincah macam Asmidar, imej suami puan yg chinese look macam Jeff.

Ok2 gurau, jgn marah ye. tapi berkenaan masalah puan,takde nasihat lain mampu nak diberi selain puan tetap kena tabahkan hati dengan dugaan ni.jgn terlalu salahkan diri, kita ni selagi hidup,selagi tu lah ada peluang untuk baiki keadaan asalkan jgn putus asa.banyakkan berdoa utk anak2,serah diri betul2 pada Allah.

Puan mungkin tak boleh ubah org lain,maka mulakan dgn diri sendiri. Mana tau bila puan ketara berhijrah,suami&anak juga terbuka hati & buat danial berubah. Dan pasti ada hikmah nya Allah hadirkan Aqilah,terus lah layan dia dgn baik wpun bukan lagi menantu puan.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *