Uncategorized

“Wang hantaran 35K, nanti nak Jemputan 10k org” Ibu nak buat majis gilang gemilang katanya harga jaga aku slama 26 tahun.

Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua pembaca. Aku seorang gadis lewat 26 an. Aku bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Di sini aku mohon pendapat dari para pembaca. Aku bakal berkahwin dengan pilihan hati aku. Dia merupakan seorang lelaki yang bekerjaya dan perwatakan menarik. Ikutkan kami akan berkahwin pada hujung bulan Mac.

Tetapi ekoran PKP, majlis kami dibatalkan. Jika mengikut plan asal. Majlis perkahwinan aku akan jadi majlis gilang gemilang kerana

A) Ibu telah meminta wang hantaran sebanyak 35K kepada bakal suami aku. Ini kerana wang hantaran itu termasuk harga membesarkan dan menjaga aku selama 26 tahun. (Ini yang ibu katakan kepada aku).

B) Bakal suami aku telah berusaha mengumpul kan RM35K kerana sayang kan aku. 3 tahun juga Masa diambil untuk mengumpul wang. RM30k wang bahagian bakal suami dan RM5K wang hasil simpanan aku. Tetapi masih didalam bank simpanan bersama kami. Belum diserahkan kepada ibu.

C) Mengikut perancangan asal, Majlis akan berlangsung di sebuah dewan terkemuka yang akan dihadiri lebih 10 ribu orang. (Ibu yang susun atur majlis aku kerana kata ibu aku tidak pandai susun atur).

D) Mengikut perancangan asal juga, katering, makan beradab, paluan kompang, silat gayung, malam berinai, Mc majlis dan lain2. Malah baju persalinan keluarga turut dibiayai oleh wang hantaran itu.

Namun disebabkan PKP tahap 3, majlis perkahwinan gilang gemilang tidak dapat dilangsungkan.

Menurut rancangan asal aku dan bakal suami aku, kami hanya mahu akad nikah dan jamuan makan secara kecil kecilan saja. Tetapi setelah ibu tahu hal ini, ibu marah dan tidak bersetuju.

Sebelum itu sini aku ceritakan latar belakang aku, aku mempunyai 4 orang adik beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku anak ke 3.

2 orang abang aku ialah anak kesayangan ibu aku. Dirumah aku, lelaki ialah raja dan wanita ialah hamba. Ini kerana, dirumah aku dan adik perempuan aku sahaja yang membuat kerja2 rumah dari kecil hingga dewasa.

Ibu kata lelaki penat cari nafkah oleh itu wanita perlulah melayan dirumah. Itulah kata kata ibu sepanjang aku membesar.

Hasilnya, 2 orang abang aku langsung tidak pandai memasak, mengemas rumah atau erti kata lain tidak tahu langsung hal hal kerja rumah.

Mereka membesar mnjadi anak kesayangan ibu yang rosak. Akademik mereka tiada A dari sekolah rendah. Perwatakan abang abang aku sangatlah soft spoken namun spoiler didalam.

Oleh kerana tidak tahan tinggal dirumah, aku dan adik perempuan aku telah memohon untuk ke asrama ketika sekolah menengah. Maka dari sekolah menengah hingga sambung belajar dan sehingga sekarang kami tinggal berasingan dari keluarga.

Jika pulang ke rumah tiada siapa yang menyambut. Tiada makanan kegemaran dimasak. Tiada. Hanya baju yang berbakul bakul dan rumah yang berselerakkan (selalunya). Berbalik kepada cerita aku, ibu mahu hantaran 30K kerana itu ialah harga membesarkan aku.

Dan sebagai seorang anak, aku mulanya tidak bersetuju. Namun demi mengambil hati, aku brsetuju sahaja. Namun disebakan PKP, ibu tidak bersetuju majlis dibatalkan tetapi terpaksa akur. Ibu aku baik cuma agak bermulut lantang.

Oleh itu, ibu memberitahu aku supaya mngadakan majlis selepas tamat PKP. Namun bakal suami aku pula tidak bersetuju.

Ini kerana, setelah nikah online dibenarkan dia mahu bernikah secara online. Tetapi ibu pula tidak bersetuju. Ibu berulang kali mahu majlis secara besar besaran diadakan. Aku sangatlah pelik dengan sikap ibu.

Aku dan bakal suami aku mahu bernikah secara online sahaja kerana aku tidak lagi tinggal bersama ibu. Aku tinggal menyewa dinegeri lain bersama adik perempuan aku.

Bakal suami aku sudah membeli rumah dinegeri itu dan hanya tinggal untuk aku masuk tinggal sahaja. Manakala adik aku boleh tinggal dibilik sewa kami.

Tambahan pula, ayah juga tidak pernah memberi wang kepada aku sejak aku sambung belajar. Erti kata lain nafkah untuk aku dan adik aku sudah tamat semenjak tingkatan 5. Oleh itu untuk apa lagi aku dibawah tanggungjawab ayah aku?

Ketika aku sambung belajar aku bekerja part time dan ketika itulah terjumpa bakal suami aku. Bakal suami aku inilah yang banyak membantu aku dari segi moral dan kewangan. Tetapi aku bukanlah perempuan murah yang senang terima Wang sesiapa.

Setelah tamat belajar aku bekerja dan membayar wang dia. Selepas itu lah bakal suami aku melamar aku.

Tetapi sekarang aku sangatlah buntu. Setiap Hari ibu mnghantar sms supaya jangan bernikah online. Abang abang aku juga mengugut untuk membuang aku dari keluarga jika bernikah online.

Abang abang aku belum berkahwin dan tinggal bersama ibu. Mereka tidak bekerja. Ayah aku pula ada bersama aku. Sehari sebelum PKP ayah datang menjenguk aku dan adik perempuan aku. Dan kemudian tidak dapat pulang disebabkan PKP.

Disebabkan tuan rumah masih belum temui penyewa lain, ayah aku dibenarkan tinggal bersama aku dan adik perempuan aku. Menurut kata ayah, dia tidak kisah jika aku mahu bernikah online tetapi dia mahu makan minum dia tersedia. Itu sahaja.

Jika aku nikah online RM35K dapat dijimatkan. Tetapi hubungan aku dan ibu akan menjadi semakin keruh. Apa yang harus aku lakukan? Nikah online atau mndengar kata ibu?.

Apa reaksi warganet, ramai yg bagi nasihat dan kongsi pengalaman

Cik Fyka, Sejenis ibu aku , dia nak majlis gah . Sebab aku sorang anak perempuan. Tapi jenis aku , tak buat majlis pun takpe . Sejak ada pkp ni , lagi senang jawapan aku.

Kalau buat majlis nanti orang datang kena c0v1d , macam mana ? Baik buat biasa2 jea . Alhamdulilah, ibu faham . So selamat duit hantaran aku.

Myra Hamdan, Hubungan keruh tu sekejap je dik. Kita bergduh mcm mana pun dgn keluarga, selepas tu mesti akan baik balik. Tu tugas ayah awak pulak, utk pujuk mak awak. Awak bagi la hadiah saguhati 1k ke dkt ayah…sebagai tanda utk dia pujuk mak. X salah rasuah ayah sendiri.

Lagipun..selepas bernikah, korg akan pindah masuk rumah lain. Tak tinggal sebumbung dgn mak tak jumpa dia selalu. Biar dia dgn angan2nya di rumah bersama raja2 itu. Awak dgn suami, just lead ur happy life macam biasa. Cukup masa, balik jenguk..bawak makanan favourite dia..belikan apa2 yg dia suka utk ambil hati.

Settle. Restu dah ada, cuma dia x bagi nikah online sbb nak jaga airmuka dia. Dan utk kata2 dr abang2 yg tak bekerja tu, ABAIKAN je. Kau ke bagi aku makan lepas ni? Hahaha.

Korg nak buang aku, dipersilakan. Aku balik bawak duit, korg jugak yg hadap nanti. Gituuuu je ajarnya. Keraskan hati sikit kalau nak hadap benda2 ni.

Nur Amalina, Giilala 35K. Tapi aku musykil gak ngan mak kau, anak perempuan dia nak hantaran mahal tapi anak lelaki dia yg x kerja tu kalau nak kahwin macam mana. Makan pasir ke nanti.

Bebal gak dgn ayat kebanyakan org “aku dh penat besarkan anak perempuan jadi aku berhak demand hantaran tinggi”. Padahal kos besarkan anak perempuan or laki sama ja. Dia belajar dari mana la ni.

Deeja Zul, Berat nanang jugak.. aku cuma boleh beri pendapat sahaja. Apa yg aku rasa dan nampak mungkin tak sama dgn orang lain.

1. Cuba pujuk dan pujuk ibu. Nak membelakangkan pun tak boleh takut pulak ibu tak halalkan susu, makan dan minum kita. Kalau boleh elak drpd ibu cakap mcm ni.

2. Ayah dah setuju, ayah adalah wali. So tak ada masalah. Kalau boleh, mintak ayah pujukkan ibu dulu. Kalau ibu tak jalan jugak, kau tinggalkan jela dia.

3. Tgh musim v1rus ni. Mungkin boleh jadikan alasan utk elakkan klster baru. Ambil masa setahun kalau nak tunggu pulih. Takkan nak tangguh lagi setahun? Benda baik tak elok tangguh lama2. Macam2 boleh jadi. Bukan nak doakan yg tak elok, tp kita nak elak kalau boleh.

4. Ibu nak duit hantaran banyak2 tu mesti nak rolling jadikan duit hantaran utk abg kau yg tak berguna tu pulak. Aku rasa la.. aku rasa.

Akak Tini, Wow.. tak tahu la adakah ini mengungkit ke apa? Ibu kata tu harga dia membesar dan menjaga anak ni selama 26 thn.. wow.. nilai kasih sayang seorng ibu ni.. 26 thn kumpul pahala… Tetiba… wow.. Saya sebagai seorang mak yg ada anak umur 21 thn…. rasa mcm terkedu dgn statement ibu ni..spechless.

Emma Kay, Wahh 10k jemputan? Dik, kau nak wujudkan klster peskit baru ke? Nikah online je la. Kan dalam setahun ni tak boleh berkumpul beramai-ramai.

Nak cari penykit? Alang-alang dah macam ni xsalah nak nikah online. Kalau nak jugak buat majlis besar-besaran kena tunggu lagi setahun. Dibuatnya dia bertukar fikiran acane? 35k tu dah boleh beli tanah satu lot dik.

Cik Lily, Entah mengapa saya tersengih membaca luahan ini heheheh. Saya faham, ibu awak nak majlis gah, “angin” dia mcm tu hiks.

dan entah mengapa saya memikirkan yg si lelaki berfikir ” ngada2 nya lah, baik cari lain/ ibu ayah/adik beradik dia suruh dia stop semua” tak kahwin lerr awak (jahat tak fikie mcm tu, tapi serius, jangan cabar limit dan “yes man” seseorang lelaki/ atau sapa2.

I dh ada kisah my spupu dlu, ngada2 belah ppruan then my spupu kahwin lain, skrg bhgia jekk huks huks yg ppuan laa ni tak.kwen2 agi think you must be “titik” kan jawapan you. gud luck confessor.

Rj Hitz, Sian ko dik. Ko lubuk Wang untuk mereka yg tamak. Kat situ duit hantaran ko untuk bayar duit sewa rumah…yg tertunggak…duit Kasi pada jantan2 yg x guna idup ala biawak . Dan untuk puas Kan nfsu mak ko je.

X guna nikah dik pastu idop di ungkit2 pasal duit hantaran lepas kawin sudah tentu family ko akan buat x tahu bila ko hadap Susah sorang2. Siap nak buang ko dari list keluarga biaadap sungguh kalau x ikut ckp dia.

Kalah ibu ayam nak jual anak ayam pada pimp. Habes pkp ko nanti ko pakat pada suami ape yang trbaek untuk korang Bina hidup baru. Atau kensel kawin buat x tahu pada kehendak keluarga ko . Jodoh tangan tuhan dik . Bila ckp itu rezeki ko tiada siapa boleh ckp tidak.

Syahirah Dania, Emmm… Semua kt cni duk kecam psl ibu dia… Bagusnya ko confessor… Ko buat org sumpah seranah, mengata mak ko… Ko bahagia ke ramai backup ko n hentam mak ko? Sbb ak pon xngam dgn mak ak smpai skrg..

Lebih prah drp ko.. tp ak xnk org ngata mak ak… Dulu pon ak xmenyempat nk kawen even mak xbg… Mcm nilah ayat2 yg ak dgr… Last2 kawen jgk, n berpisah sbb ex ada pmpuan lain. N mak yg ak pikir xsyg ak tu ada utk ak..

Allahuakbar… Wlupon masih rasa janggal nk berbaik2 dgn mak sbb kisah masa kecik dlu bw smpai k bsr… Tp ak brdoa, Allah bukakan pintu hati mak n pintu hati aku utk lupakan semua yg pahit tu. Dan psl nk kawen online…

Trdesak sgt ke perlu kawen masa ni? Ak xphm org yg nk kawen online ni… Sbb kwn ak boleh tangguh ke tahun dpn.. jodoh tu Allah pgg… Takut lari ke hape… Dh kawen pon boleh lari aihhh..

Apa ak nk ckp, “seburuk2 mak yg ko citer ni, dia ttp mak kooo, dibandingkan ngn laki yg xde kaitan drah pon, kt mana taraf seorg ibu ko letak…” Itulah cara ak utk sedapkan hati sndiri smbil nangis bila trasa dgn mak… Wallahualam.

Wany Dolah, Pendapat saya, kalau awak hati ‘kebal’ nikah jer sbb wali awak dh sokong kebetulan tgh ada bersama awak. 35K tu boleh beli perabot lengkap siap renovate dapur idaman alang2 psgan dh beli rumah.

Nnt pandai2 pujuk mak dengan bawak g travel shopping2.. Gelang besar 5K,habuan nak berlagak dgn saudara mara. Xde nk buang keluarga haihh, spa depa nau ‘PAU’ nnt.

Cik Laily, nikah online.saya lebih rela menghadap kekeruhan hubungan keluarga dari habiskan wang 35k lepas tu hubungan tu tetap berlangsung dalam keadaan yg tenat.

Adik pun tau situasi keluarga adik sekarang maksud saya emak yg demand dan abg2 yg tak berguna.berundurlah dari sebuah hubungan yg akhirnya akan dipergunakan.

dia camni.mak ko nampak bakal laki ko have2 bole mintak hantaran 35k. kang nnti ntah pape lagi yg dia mintak and up ko terpaksa bg atas alasan xnk keruhlan hubungan.mak and abg2 ko t0xic dalam relay ni.so baik ko blah cr hidup sendiri.

Ari Kael, Imagine dik, 35k tu kau masuk rmh baru dgn suami, apa yg kau boleh beli and buat utk completekan rmh, berbanding dgn kau spend 35k utk 1 or 2 hari for the wedding..

Ada masa boleh ikut ckp mak, tp klu dh mengarut, and byk membazir sbb nakkan nama and glamer, x pyh la, it’s your future not your mom..if dia bising2, dia kata 35k is penat lelah dia besarkan kau, kau ansur2 la byr 35k kat dia, smpi habisss.

Isma Daniel, Hoho..abang masih tidak bekerja? Lepas tu nak ugut2 buang dari keluarga…dik..baik ko buat majlis kecil je dik,buat yang wajib cukup,lepas tu tangkap gambo kawin banyak2 pun ok,salin la berapa pasang baju pun,masih lagi jimat dari perabih rm35k tuk satu majlis.

Duit lebih guna tuk life selepas kawin.zaman sekarang takde orang nak pandang dah majlis grand ke ape ke..yang penting life selepas kawin.nak nak zaman c0v1d ni. cash is king tau. Mak awak tu..lama2 nanti dia diam la..lama mana pun nak bising.penat nanti diam la.

Abang2 awak tu lantaklah.dah tua pun tak reti nak cari kerja.Ayah awak ok, nikah jelah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *