Uncategorized

Aku berasa puas hati bila tahu atok mti. Sejak mak abah pindah duduk kampung, aku jadi benci pd atok dan pak cik.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama aku memendam cerita aku ini kerana aku seboleh bolehnya tidak mahu ada yang tahu tentang kisah hidup aku.

Tapi hari ini aku akan cuba meluahan apa yang berlaku dalam hidup aku agar dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat tertutamanya ibu ayah di luar sana.

Aku El. Aku dari keluarga yang boleh dikatakan sangat mementingkan batas batas aurat dan pergaulan dengan sepupu sepupu, pakcik pakcik dan ajnabi ku yang lain.

Malah, ibu ayah ku juga tidak pernah membiasakan aku memakai skirt atau seluar pendek sejak dari kecil. Ayahku juga seorang yang Islamik dan ibuku juga seorang yang bertudung labuh. Aku mempunyai 7 adik beradik di mana aku adalah anak yang tengah dan anak perempuan tunggal.

Ayah ku berkerja di bidang professional dan ibu aku seorang suri rumah. Cerita yang aku bakal sampaikan ini adalah cerita yang membuatkan aku travma seumur hidup hingga sekarang. Malah apabila aku mendengar cerita ped0philia di luar sana hati aku turut merasa sedih dan perit.

Cerita bermula apabila ibu ayah aku membuat keputusan pulang tinggal di kampung bersama nenek dan datuk tiri ku atas faktor faktor tertentu. Pada masa itu, seingat aku umur ku baru menjangkau 5-6 tahun.

Ibu sangat sibuk dengan urusan harian nya dengan adik adik aku yang masih kecil dan dia terpaksa membuat semua kerja rumah kerana nenek dan datuk aku sudah tua. Aku banyak menghabiskan masa dengan bermain sendirian atau menjaga adik adik aku yang masih kecil.

Ayah aku juga seorang yang sangat sibuk di mana dia selalu pulang lewat dan sambung membuat kerja kerjanya di rumah hingga lewat malam. Kami hanya berkesempatan meluangkan masa dengannya pada hari ahad.

Rumah kampung nenek sangat besar dan mempunya banyak partition. Ruang tamu rumah itu agak privasi (di mana hanya ada pintu gerbang kecil) untuk akses ke ruang lain dan jauh dari dapur. Datuk aku suka menghabiskan masanya menonton TV dan melepak di ruang tamu.

Nenek pula suka menghabiskan masa nya di satu lagi ruang tamu berhampiran dapur. Mereka berdua sememangnya bersikap dingin sesama sendiri dan suka bergaduh sejak dari dulu. Pada hari itu, aku sedang menonton TV di mana datuk membuka siaran kartun untuk kami menonton.

Seingat aku, pada masa itu aku bersama adik aku yang baru berusia 2 tahun. Sedang aku menonton TV, tiba tiba datuk memanggilku untuk duduk di sebelah nya. Aku pun menurut.

Dia memberi aku mainan dan aku pun membelek belek mainan itu di sebelahnya. Tiba tiba aku sedar tangan nya menjalar ke dalam seluar ku. Aku pun terkejut dan ingin bangun tapi dia menahan tubuh kecil ku dengan sebelah tangan nya lagi.

Dia suruh aku bertenang kerana dia cakap dia hanya memegang dan tiada apa yang berlaku. Sebagai seorang yang baru berusia 6 tahun, sudah tentu aku tidak faham dengan apa yang berlaku dan aku membiarkan perlakuannya tapi aku merasa sangat takut.

Aku memberitahunya yang aku berasa sakit tetapi dia cuba memujuk aku supaya menahan ksak1tan. Selepas itu, aku berasa pedih pada ‘bawah’ aku terutamanya apabila membuang air kecil.

Pada suatu malam, ibu sedang melipat kain. Aku cuba ceritakan perlakuan datuk tapi ibu memarahi aku dan berkata aku mereka reka cerita dan bercakap benda merepek.

Jadi, aku pun tidak lagi bercerita tentang peristiwa itu kerana takut ibu memarahi aku.

Sejak dari itu, datuk sering mengambil kesempatan (dalam erti kata mencbvl tubuh aku) apabila dia mempunyai kesempatan dan dia beri amaran agar tidak memberitahu sesiapa.

Dia berkata jika ada orang yang tahu, ayah aku yang akan ditangkap polis. Aku menjadi takut dan kasihan pada ayahku dan aku tidak memberitahu sesiapa.

Setiap kali perkara itu berlaku, aku menahan kesakitan dan kepedihan tapi aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan kerana aku teringat amaran nya dan takut ayah ditangkap polis jika ada orang yang tahu.

Perkara itu berulang apabila datuk mempunyai peluang terutamanya pada waktu siang kerana masing masing sibuk dengan tugas masing masing tapi mula berkurangan sejak aku darjah 1 kerana aku bersekolah di siang hari.

Aku berasa sangat seronok ke sekolah kerana aku boleh mengelakkan diri dari datuk. Aku sangka kan aku hanya mngsa datuk, tapi tidak. Pada suatu hari, kami pulang ke kampung sebelah ibu kerana majlis perkahwinan adik bongsu ibu.

Biasalah, bila kenduri semua ahli keluarga akan pulang ke kampung memeriahkan majlis. Pada malam sebelum kenduri, aku dan sepupu sepupu lepak menonton TV di tingkat atas (hanya ruang tamu kecil).

Aku pun tak sedar yang aku menonton TV hingga aku tertidur di situ. Bila aku sedar, aku rasa ada tangan di dalam seluar ku.

Aku toleh dan aku nampak pakcik aku sedang tidur di sebelah dan hanya kami berdua berada di ruang itu. Aku bangun dan cuba lari tapi dia tersedar masa aku mengubah tangan nya dan dia menarik aku lalu mengg0mol dan mencbul aku.

Aku berusia 7 tahun pada masa itu. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku takut untuk jerit kerana takut aku di marahi ibu ayah ku. Jadi, aku membiarkan perbuatannya.

Sejak dari itu, aku takut untuk mendekati pakcik. Dia cuba untuk mencari peluang untuk mengulangi perbuatannya itu dan dia berjaya kali ke 2 dan itulah kali terakhir dia melakukan perbuatan terkutuk pada aku.

Sejak itu, aku cuba melarikan diri dengan pelbagai cara. Aku cuba cerita pada ibu tapi ibu memarahi aku sekali lagi kerana bercakap yang bukan bukan malah ibu turut mencvbit mulut ku. Aku jadi sedih dan tak tahu tempat untuk mengadu.

Berbalik padan cerita datuk aku. Pada suatu hari, ibu ayah aku pergi kenduri bersama nenek.

Aku demam pada hari itu, jadi ibu ayah aku menyuruh aku tinggal di rumah sahaja bersama 2 orang abangku. Datuk tiada di rumah pada waktu itu (aku tidak tahu ke mana mereka pergi).

Aku hanya tidur di dalam bilik atas kerana badan aku yang masih panas dan lemah. Pada masa tu, usia aku 8 tahun. Tiba tiba, datuk muncul di dalam bilik aku.

Aku tidak tahu bila dia pulang dan aku tidak tahu ke mana abang abang ku pergi (mungkin keluar bermain). Kali ni, datuk tidak lagi mencbul malah dia cuba mer0g’0l aku.

Aku tiada kurdat kerana aku masih kecil dan lemah kerana demam. Datuk membgelkan aku, menutup muka aku dengan bantal dan memegang kedua tangan aku dan menindih kaki aku dengan kaki nya.

Dia mencbvl seuruh tubuh aku dan tiba tiba aku merasa sangat sakit. Aku hanya menjerit sekuat hati. Aku berjaya melepas kan kaki dan aku menendang datuk, lalu aku lari ke dalam bilik mandi. Aku meraba2 ‘bawah’ ku dan ada tompok drah pada tangan.

Aku menangis di dalam bilik air kerana sakit dan takut. Aku bersembunyi di dalam bilik air hingga aku mendengar bunyi kereta ayah tidak beberapa lama kemudian.

Aku keluar dari bilik mandi dengan muka pucat dan hanya memakai kain basahan yang berada di dalam bilik mandi.

Ibu datang kepada ku dan memeriksa badan aku yang panas dan dia menyuruh aku mandi untuk menyejukkan badan. Mereka tidak syak apa apa mungkin kerana aku memang tidak sihat pada waktu itu.

Aku nampak datuk tidur di ruang tamu (mungkin pura pura tidur). Aku tidak memberitahu sesiapa dengan apa yang berlaku kerana aku takut di marahi dan travma. ‘Bawah’ ku berasa pedih terutamanya semasa membuang air kecil selama berhari hari.

Peristiwa itu benar benar membuatkan aku travma. Sejak dari hari itu, aku sudah tidak berani tinggal di rumah. Aku akan keluar bermain di luar dan merayau rayau sekitar kampung selepas pulang dari sekolah. Aku sering di marahi dan di pkul ibu kerana selalu keluar bermain hingga senja.

Rotan, getah paip, hanger dan lain lain dah serasi dengan tubuh aku. Aku lebih rela dipkul daripada berada di rumah yang tidak selamat.

Aku tahu ibu sangat sedih kerana aku menjadi seorang anak yang sangat nakal. Aku juga meminta ibu untuk memotong rambut ku menjadi pendek seperti lelaki. Alasan aku sebab nak pakai tudung, panas.

Ibu tidak syak apa apa dan menurut saja kemahuan aku. Aku relakan rambut ku yang panjang sampai ke pinggang di potong pendek seperti lelaki.

Aku juga sering di ejek oleh kawan kawan kerana rambut ku yang pendek seperti lelaki. Aku juga berkelakuan kasar seperti lelaki dan memakai baju baju abang ku dan tidak lagi memakai baju baju perempuan.

Orang orang kampung turut melabel aku ‘jantan’ tapi aku tidak pernah peduli. Aku rasa selesa dan selamat dengan imej aku seperti itu kerana aku fikir datuk tak pernah mengganggu abang abang dan adik adik lelaki ku tapi hanya mengganggu aku.

Beberapa minggu selepas peristiwa itu, pada suatu malam aku menonton TV di bilik ibu ayahku. Tak silap aku tajuk nya “Kes Juvana” di TV 3.

Cerita itu menceritakan tentang remaja yang di r0g0l ayahnya. Aku seakan mengerti babak babak dalam cerita itu dan berasa ia seperti sama dengan apa yang berlaku pada ku.

Aku cuba bertanya lanjut pada ibu tentang kisah itu tapi ibu mengelak untuk bercerita. Dia berkata aku masih kecil dan tak perlu tahu tentang benda benda itu tapi aku nampak si per0g0l itu di tangkap polis di hujung cerita.

Aku mula dapat memahami dan mendapat kekuatan dari cerita itu yang mengatakan bahawa datuk boleh ditangkap polis atas perbuatannya kepada aku.

Selepas itu, apabila datuk cuba mendekati aku, aku beri amaran kepadanya untuk lapor kepada guru ku dan polis. Datuk nampak takut dengan ugutan aku.

Apabila dia cuba mendekati aku, aku akan menggertak nya untuk memberitahu polis dan aku menjerit nama sesiapa sahaja yang berada dirumah dan pura pura mereka reka cerita kenapa aku memanggil mereka.

Aku sudah pandai mempertahan diriku sendiri.

Tahun demi tahun berlalu, aku mula faham apa yang berlaku pada diriku apabila guru ku mula bercerita tentang r0g0l. Aku mula mencari artikel artikel berkaitan dan aku menyimpan dendam kepada datuk dan pakcik ku kerana memperlakukan aku sedemikian.

Pada hari raya jugak, aku cuba mencari alasan untuk tidak bersalaman dengan datuk dan pakcik. Aku akan pura pura ke toilet atau ke mana sahaja pada sesi bersalaman.

Aku meneruskan perjuangan melindungi diri sendiri tanpa bantuan sesiapa sehingga lah pada suatu masa aku sudah berada di sekolah menengah, aku mendapat tahu pakcik ku diserang str0k pada usia yang masih muda. Semua keluarga aku bersedih dengan berita itu tapi ia satu berita gembira bagi ku.

Tiada langsung rasa simpati di hati aku apabila melihat keadaanya. Pernah sekali kami berkesempatan berkumpul di rumah nenek. Aku nampak pakcik di atas kerusi roda. Aku tersenyum puas melihatnya tanpa rasa secebis kasihan. Dia lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat bercakap.

Dia cuba beritahu sesuatu kepada aku dan aku tahu dia cuba meminta maaf tapi aku tidak mengendahkannya. Aku juga tidak bersalaman dengan nya kerana rasa benci masih terbuku.

Ibu ayah aku tidak membantah perbuatan ku kerana dalam hukum, aku tidak boleh bersalaman dengan lelaki sebelah ibu ku. Tambahan pula, aku sudah baligh ketika itu.

Selepas itu, datuk pula terpaksa meninggalkan rumah kerana bercerrai dengan nenek semasa mereka bergaduh. Satu lagi berita baik dan kemenangan untuk ku. Datuk tiri ku terpaksa keluar dari rumah itu kerana itu adalah rumah aruwah suami nenek ku yang dahulu.

Datuk tiri ku merempat dijalanan kerana tidak ada seorang pun anaknya yang sanggup membelanya dan akhirnya kebajikan masyarakat membawanya ke rumah kebajikan. Datuk ku meninggal di sana beberapa tahun kemudian.

Aku berasa puas hati apabila mereka mendapat balasan setimpal di atas perbuatan mereka. Aku juga berasa lega kerana aku sudah tiada ancaman sesiapa lagi. Aku bebas dan semakin kuat untuk melindungi diri daripada perbuatan keji bernama insan ped0philia.

Aku sangka kan penderitaan ku berakhir tetapi tidak.

Satu lagi peristiwa hitam berlaku dalam hidupku di mana abang kandung aku sendiri cuba melakukan tindakan perbuatan tidak senonoh pada aku pada waktu malam semasa aku sedang tidur tapi aku dapat melepaskan diri.

Abang seorang yang alim dan disayangi guru disekolah. Dia juga sangat di sayangi ibu ayah aku kerana paling pandai dan alim di dalam keluarga kami.

Aku memberontak dan memberitahu perbuatan abang pada ibu tapi ibu memarahi aku dan berkata aku memfitnah nya pula. Perkara itu di dengari oleh ayah dan ayah ku menyoal aku secara terperinci.

Aku pun bercerita tentang apa yang berlaku tapi kesudahannya ayahku menampar muka aku dan berkata aku cuba menjatuh kan maruah nya kerana menimbulkan kekecohan dengan bercerita perkara yang boleh mengaibkan keluarga kami. Tambahan pula, abang bakal menuduki peperiksaan SPM.

Ibu ayah aku tidak mahu prestasi pelajarannya terganggu dengan cerita aku. Ayah memberi amaran kepada aku untuk tidak mengungkit cerita ini lagi atau menceritakan perkara ini kepada sesiapa pun. Aku mula menyimpan persepsi negatif terhadap orang orang alim dengan apa yang berlaku pada diriku.

Aku menjadi sangat berdendam dengan abang sehingga bertahun lamanya aku tidak bercakap dengan nya. Ayah sering memarahi aku kerana bersikap biadap dengan abang sendiri.

Aku turut berasa benci dengan ibu ayah aku yang tidak pernah membela nasib aku. Aku menjadi pendiam dan suka mengelak kan diri untuk berkumpul sesama keluarga.

Sejak itu, aku sering merayau raya sendirian di shopping mall selepas waktu sekolah dan melihat remaja remaja sebaya ku berdating dengan pasangan masing masing.

Aku merayau rayau melihat ragam remaja remaja berseronok dengan dunia mereka. Aku memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang awal dari sekolah.

Ayah dan ibu sering memarahi aku dan menuduhkan berperangai liar dan suka melepak di luar. Ayah sering berkata aku cuba menconteng arang ke mukanya apabila ada penduduk kampung, jiran atau sesiapa yang mengadu pada ibu ayahku melihat aku berkeliaran dan melepak selepas sekolah.

Ayah berasa malu dengan sikap aku yang tidak menjaga maruahnya selaku orang yang dihormati di kampung itu. Aku tidak pernah peduli walaupun aku sering dimarahinya.

Walaupun begitu, dalam masa yang sama, aku belajar bersungguh sungguh supaya aku dapat melanjutkan pelajaran di universiti supaya dapat tinggal berasingan dari keluarga ku.

Aku berasa tenang selepas abang melanjutkan pelajarannya selepas SPM di salah satu universiti tempatan. Aku berasa lebih aman tinggal di rumah kerana sudah tidak perlu melihat wajahnya.

Kemudian, aku turut melanjutkan pelajaran ku di salah satu universiti tempatan. Aku berasa lebih bebas dan enjoy dengan dunia ku sendiri bersama kawan kawan. Abang juga akhirnya mendapat balasan setimpal atas perbuatannya di mana kesan nya berlarutan sehingga sekarang.

Tidak perlu la aku bercerita apa yang berlaku pada dirinya tapi sejak peristiwa yang menimpa abang, aku merasa kasihan dengan apa yang berlaku pada dirinya dan aku memaafkan perbuatan nya yang lalu walaupun aku tidak pernah memadamkan peristiwa hitam itu. Ibu ayahku juga menemui pengakhiran jodoh yang menyedihkan.

Seluruh penduduk kampung turut terkejut dengan apa yang belaku pada abang dan juga ibu ayahku. Aku juga turut bersedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga aku tapi aku anggap ini adalah ketentuan Allah dan banyak hikmah disebalik apa yang berlaku.

Penduduk kampung jugak sudah mula memandang serong dan mula hilang rasa hormat kepada keluarga aku.

Aku tahu walaupun aku tidak mendapat pembelaan dari ibu ayahku, tapi Allah sentiasa ada melindungi diriku.

Dengan semua pembalasan kepada mereka yang pernah menyakiti ku, aku tahu dan yakin Allah itu maha mengasihani kepada hamba hamba nya yang terinaya. Itu membuatkan aku terus kuat sehingga hari ini.

Aku kerap menangis seorang diri di dalam bilik apabila teringat dengan apa yang pernah berlaku sehingga lah sekarang. Aku dihantui kisah silam walaupun aku cuba sedaya upaya melupakannya walaupun usiaku kini sudah menghampiri 40 tahun.

Aku menyembunyikan perasaan sebenar yang terbuku dalam hati dengan berpura pura bergembira di depan keluarga dan kawan kawan.

Aku bersyukur dengan perjalanan hidup yang Allah aturkan untuk aku tetapi aku tidak mampu melenyapkan peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup aku walaupun aku telah mencuba sedaya upaya untuk melupakannya.

Aku juga menolak jodoh aku bersama orang yang aku sangat sayangi kerana aku merasakan diriku tidak layak untuknya.

Apa yang aku cuba nak sampaikan, peranan ibu bapa sendiri dalam melindungi anak anak mereka agar anak mereka selamat berada di rumah. Banyak mngsa mngsa pd0philia di mana pemngsa itu dari orang orang terdekat di sekeliling mereka.

Aku yakin masih ramai kanak kanak dan remaja remaja yang mengalami nasib yang sama seperti diriku yang menunggu pembelaan dan perlindungan cuma mereka mungkin tidak mampu bersuara atau mereka ‘innocent’ dan tidak faham dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka.

Sentiasa mendekati anak kita dan ambil tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Dedahkan mereka dengan info info penting dari segi penjagaan/perlindungan diri agar mereka tahu sejak dr kecil apa yang baik dan apa yang buruk.

Ambillah iktibar dari cerita aku ini untuk melindungi anak anak anda. Bersikap lah terbuka dengan anak anak dan ambil berat setiap apa yang di ceritakan oleh anak anak.

Dan jadilah pendengar yang baik kerana setiap luahan mereka dan tindakan anda boleh menyelamat kan mereka dari perkara yang tidak diingini. Beri ruang untuk anak anak anda berasa selamat untuk tinggal di rumah sendiri.

Utamakan keselamatan anak anak kita berbanding maruah keluarga dan pandangan serong masyarakat.

Kepada mngsa mngsa pd0philia di luar sana, terus kuat dan jangan mudah mengalah dan merosakkan diri sendiri ke kancah yang lebih teruk. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada dengan kita. Berdoa dan bertawakal padanya agar kita dilindungi-NYA.

Ingat bahawa balasan Allah itu pasti. Cuba cari jalan terbaik untuk membela diri kita jika tidak mendapat sokongan orang disekililing kita.

Reaksi Warganet

Madamme Que –
Sedihnya.. Tergamak tak percaya dekat anak sendiri. Esok esok kalau merempat tepi jalan, mula la buat cerita sedih fitnah anak cucu kejam tak peduli orang tua. Jahat giila

Nur Izzaty –
Parents, please take time to listen. Kerapkan berbual dengan anak anak.

Saya bukan buat sweeping generalisation, tapi pada pendapat saya rata rata parents mengelak untuk cakap isi s3ksual/sensitif dengan anak walaupun untuk tujuan mengajar.

Kalau saya tanya dalam kelas, rata rata murid tak tahu apa apa mengenai pendidikan s3ksual ni. Jadi Cikgu cikgu pun please ajar murid kita betul betul.

Jangan buat lawak tak senonoh pulak. Ajar yang benar supaya diorang tak cari maklumat tu dari tempat yang salah.

Mashitah Mashie –
Sedihnya. Geram sangat pada ibu awak. Kenapa tak dengar luahan awak. Allahuuu dah la seorang ja anak perempuan dalam family. Patutnya dilindungi dan dsayangi.

Hugs for you dear confessor. Kuatnya awak. Saya doakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk awak.. aamiinn

Hanie Zain –
Simpati sangat dengan awak. Saya ada 2 orang anak perempuan. Yang kakak dah 9 tahun. Sejak kakak berumur 6 tahun.. Saya setiap hari pesan kepadanya, tentang bahagian mana yang tidak boleh disentuh oleh mana mana lelaki waima Abang, adik lelaki atau ayah sendiri. Jika ada orang pegang, kakak kena bagitahu Ibu.

Tugas seorang Ibu untuk protect anak perempuan sendiri. Setiap hari pesan perkara sama. Bila balik kerja, akan tanya. Ada tak sesiapa pegang kakak di sini, situ..?

Malahan, sentiasa pesan juga dengan anak anak lelaki ni supaya melindungi adik/kakak perempuan.

Bila anak anak bermain bersama, mata ni sentiasa cuba perhati tindak tanduk anak. Sesekali mengintai mereka main main di bilik. Jangan sampai kita leka atau lalai.

Betapa teruknya seorang anak jika tidak mampu dilindungi oleh Ibu bapa sendiri. Anak tu amanah. Amanah kepada anak perempuan sangat besar.

Allahuakbar. Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah dan kuat menghadapi dugaan yang pernah terjadi dalam hidupmu..

Baca ceritamu buat saya nak nangis. Takutnya jika terjadi kepada orang terdekat. Allahuakbar.. Sumber – El (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *