Uncategorized

“Jngan pandai2 angkat call phone abg”. Saya terdiam mula mengesyaki sesuatu. 13 tahun bertahan, hacur hati bila berjaya bc whatapps suami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. terima kasih pihak IIUM Confession jika menyiarkan luahan hati saya ini. Tak tahu nak mulakan macam mana. Bagaimana perjalanan hidup dalam rumahtangga selama 13 tahun yang mengubah 360 darjah keseluruhan hidup saya ini.

Saya kini berumur 42 tahun. Memulakan karier sebagai pegawai kerajaan dan bertemu jodoh diusia saya 28 tahun. Jodoh yang saya anggap sangat mudah dan cepat aturannya dan akhirnya saya sah menjadi seorang isteri kepada seorang duda anak dua.

Suami berperwatakan lembut, good looking dan penyayang. Dari segi pekerjaan pun, saya dan suami sama-sama berpendapatan sangat stabil walaupun tidak mewah.

Maka sejak majlis perkahwinan yang meriah itu, hiduplah saya sebagai seorang isteri disamping suami dan menjadi ibu tiri kepada anak-anaknya dari perkahwinan pertamanya dulu (bercerai hidup).

Alhamdulillah semuanya smooth dan berjalan lancar dan saya sangat sayangkan anak-anak tiri saya.

Suami sangat romantik, sering hadiahkan saya macam-macam dan ringan tulang membantu saya uruskan kerja rumah. Rajin solat. Yang wajib dan yang sunat semua beliau buat. Pendek kata, memang suami saya adalah suami idaman anak dara zaman sekarang.

Selepas beberapa bulan pertama kami berkahwin ada satu insiden yang membuahkan bibit syak wasangka saya kepada suami.

Satu hari sewaktu suami mandi, hp Nokia 3310 suami berbunyi (ketika itu tak ada lagi android macam sekarang ni). Saya jawab panggilan tersebut sebab di skrin tertera nama pemanggil rakan lelakinya yang pernah diperkenalkan kepada saya.

Tetapi senyap suara si pemanggil apabila saya mula memberi salam dan saya memberi tahu bahawa suami saya sedang mandi. Tiada bunyi balasan daripada pemanggil dan dia menamatkan panggilan begitu saja.

Selesai saja suami mandi saya beritahu suami bahawa rakannya tadi call. Suami bergegas ambil hp dan ke bilik lain untuk contact semula rakannya itu.

Tetapi selepas saja suami call semula, suami datang kepada saya dan memberi amaran dengan suara keras,

“Lepas ni jangan pandai-pandai nak angkat call phone abg, diaorang nak cakap dengan abg bukan dengan Waffaa”. Itu lah pertama kali suami berkeras dengan saya. Saya terdiam tetapi mula mengesyaki sesuatu.

Untuk makluman pembaca semua, sewaktu kami bertunang suami pernah membawa rakannya itu bersama ketika kami membeli barang hantaran. Tetapi sikap rakannya itu sangat pelik pada saya kerana sangat dingin dengan saya walaupun baru berjumpa.

Dia hanya berbual dengan suami itupun kadang-kadang saya lihat suami berbisik dengannya macam pasangan kekasih lagaknya.

Tetapi entahlah barangkali sudah Allah tetapkan bahawa itu lah jodoh saya, tidak terfikir saya perkara yang bukan-bukan kecuali saya anggap rakannya itu sangat pemalu.

Selepas insiden jawab panggilan itu memang saya sudah rasa tidak sedap hati dan pernah sekali suami keluar berjumpa rakan, dan apabila pulang ke rumah saya lihat cincin perkahwinan yang saya berikan kepadanya tiada di jarinya lagi tetapi diganti dengan cincin lain.

Apabila saya bertanya, suami beritahu dia minat dengan cincin rakannya itu dan mahu pinjam dan cincin perkahwinan kami suami simpan. Tetapi sampai kesudah sehingga sudah 13 tahun perkahwinan saya tak pernah berjumpa lagi cincin perkahwinan yang saya berikan itu.

Rasanya pembaca sudah boleh mengagak plot ceritera perkahwinan kami. Ye, insiden demi insiden saya sudah dapat hint dan bukti yang saya lupuskan kemudiannya kerana mahu menutup aib beliau bahawa imam saya adalah lelaki pend0sa!

Beliau bis4ksual.

Setelah melahirkan anak pertama dan kedua hingga kandungan seterusnya, macam-macam yang saya jumpa. Bukan setakat video p*rn0 sejenis dan akaun laman sosial PLU, malah hantaran whatapps gambar hampir tel4njang dan chatting nak ajak fun dan sebagainya.

J!jik. Tetapi lelaki itulah yang saya agungkan sebagai suami dan lelaki itu lah juga yang menggauli saya bila dia berkehendak.

Tetapi apabila ditanya beliau tidak mengaku, saya memfitnah dan beliau mengancam pencerraian. Perkataan cerrai itu lah yang paling saya takuti kerana dari mula saya mengetahui sisi gelap suami, saya tidak pernah rasa mahu membuangnya kerana cinta dan mahu membimbing beliau keluar dari nafsu sesama sejenis.

Allah.. beratnya rasa tatkala saya menaip setiap ayat dalam ni. Mungkin saya terperangkap dengan cinta palsu suami atau mungkin suami betul-betul cintakan saya tetapi sukar untuk berubah?

Mungkin benarkah saya memf!tnah? tetapi apa pula yang saya lihat di phone beliau dan insiden-insiden lain yang tidak mampu saya ceritakan disini?

Isu ini lah yang sentiasa bermain di fikiran saya sehingga menghilangkan kepercayaan saya kepada suami. Isu ini juga yang mengubah diri saya menjadi sangat perungut dan sentiasa pemarah. Kerana saya rasa saya dipergunakan.

Tetapi walau apa pun saya tetap setia disisi suami. Tidak pernah putus berdoa agar beliau bertaubat nasuha dan menjadi normal. Saya sama sekali tidak akan membuang beliau.

Namun saya percaya Allah berkehendak yang lain.

Suatu hari ketika PKPB saya berjaya membuka hp suami (yang sentiasa dalam mod password), alangkah hancur hati saya apabila melihat perbualan whatapps suami dengan seorang lelaki Inggeris yang saya syak adalah kekasih beliau.

“i love you so much”

“i miss you a lot, really a lot”

“i just got fight with wife..again..”

“miss to kiss those lips and nose too”

“my love”

“i just want you 100% and your sweet kisses”

Dan gambar-gambar selfie muka menggoda mereka berdua umpama sedang kegersangan diselang selikan dengan icon whatapps berbentuk hati dan icon kiss yang selama ni saya sangka hanya untuk saya.

Saya sudah tidak mampu berpura-pura tidak peduli atau tidak kisah kerana saya takut keturunan saya yang akan mendapat musibahnya.

Maka terjadilah pertengkaran di antara kami baru-baru ini yang menyebabkan suami memukul saya dan anak. Terkeluar dari mulutnya bahawa “lagi sedap main dengan jantan daripada main dengan saya.”

Malah, sejak dua tahun kebelakangan ini memang suami kerap membandingkan saya dengan ex wife nya dulu.

Bayangkan kesetiaan saya dan kesabaran saya hidup dengannya tanpa berbelah bagi selama 13 tahun dibandingkan dengan ex wife nya yang cuma boleh bertahan dengannya hanya 5 tahun saja.

Sangat tidak adil buat saya. Apatah lagi jika soal kesedapan berhubungan batin dibandingkan saya yang halal ini dengan jantan sejenis.

Usaha apa yang saya tak lakukan sejak mengetahui sisi gelapnya? Saya pernah bayar beribu ringgit dan attend kursus perkahwinan untuk mencari ilmu menyedapkan suami.

Saya explore setiap term yang digunakan oleh PLU ni. Saya buat solat hajat untuk suami agar suami berubah sampai terabaikan doa untuk anak-anak dan diri sendiri.

Saya pergi jumpa ustaz untuk ubatkan dia. Saya anggap beliau sakit kerana bernafsu seperti itu dan pasti ada ubatnya.

Tapi saya gagal. Saya menyerah. Saya kalah. Saya sedar kini saya bukanlah intan terpilih untuk ubahkan dia. Saya boleh tahan lagi jika saya yang dipukul tapi bukan anak-anak.

Saya nampak anak-anak ketakutan. Saya tak mahu suatu masa nanti bila anak-anak dah besar anak-anak akan menyalahkan saya kerana pentingkan cinta daripada mereka. Lagipun betulkah suami saya mencintai saya? Jika cinta kenapa berulang-ulang isu ini terjadi.

Saya perlu kuat untuk melangkah. Ini jihad saya. Keluar dari cinta yang saya agungkan. Barangkali ini balasan kerana terlalu cintakan suami daripada Allah yang menciptakan rasa cinta itu.

Rasa sangat susah. Perit dan luluhnya hati saya ini. Sehingga sekarang saya masih belum membuat apa-apa tuntutan mahkamah.

Saya kena kuat memulakan semula hidup dengan anak-anak bermula dari kosong. Aib beliau saya masih genggam kemas kerana saya tidak mahu anak-anak tahu walaupun beliau sendiri yang membuang anak-anak.

Entahlah tindakan saya ini betul atau tidak. Selamat tinggal cinta. In shaa Allah Waffaa bersatu semula di syurga itu pun jika amalan kita selama ni diterima Allah.

Jika saya mampu katakan kepada beliau sesuatu ini adalah antaranya yang saya pernah baca :

Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi rahimahullah berkata, “Taubat yang benar terkumpul di dalamnya empat hal, istighfar dengan lisannya, meninggalkan dosa dengan badannya, meniatkan untuk tidak mengulanginya dan meninggalkan teman-teman buruknya.” (wallahualam). – Waffaa (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Watikah: Suami puan membandingkan puan dengan exwife dia kerana menutup kesalahan dia…puan wanita hebat!Tinggalkan sahaja lelaki seperti itu…takkan menghargai pengorbanan puan biarpan 50tahun lagi….sayangi lah diri puan dan anak2 kerana Allah…lelaki yg melanggar perintah Allah tak perlu isteri taati….

Samihah: Wow 13 tahun bertahan. Allahu, kesabaran apa yang ada pada Puan ni. Cukuplah 13 tahun sebagai bukti yang Puan dah berusaha untuk mengubah suami namun Allah belum mengizinkan. Carilah bahagia sendiri Puan. Serahkan urusan suami pada Allah.

Husna: Takut lah dgn penyakit bawaan suami anda. Puan tak blh ubah dia. Tapi puan blh ubah nasib puan dan keturunan . Klu puan dpt penyakit, siapa nk jaga anak2 tu nanti.

Lgpun, dah terang2 dia ikut kaum Nabi Luth. Sejarah biasanya berulang puan. Semoga anak dan keturunan puan tidak mengulang sejarah bapa mereka. Nauzubiminzalik. Keluar lah dr zon tsbt. Selamatkan anak2 dan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *