Uncategorized

P0lis dtg serah pesakt ‘pelajar crmelang’ 10A SPM. Bila check s0cial hist0ry dia dlm ward x sangka sungguh tragis.

Foto sekadar hiasan: Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Seperti diceritakan oleh seorang doktor. Beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan sebelum sesuatu berlaku yang akhirny membawa dia ke t4li gntung..

Allahu. Jom baca kisah ni semoga jadi pedoman. Ibu bapa acuan akhlak anak-anak. Jika baik acuannya, maka baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya. Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju.

Walau apapun pandangan anda, apa kata anda baca dahulu kisah Pn Nadiah Yus0f, tentang seorang remaja yang tersalah memilih jalan dalam kehidupan, walaupun pernah mendapat 10A dalam SPM.

Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang dit4t4k dengan parang di kedua2 belah tangannya.

Kira-kira tidak lebih dari 10 deep lacerati0n w0und di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota p0lis dalam keadaan separuh sedar. Ini kali pertama saya lihat lvka seperti itu.

Pucat muka dan berdebar jantung saya. Hasil maklumat dari pihak p0lis, dia ditangkap setelah mer0mpak dan membvnuh 3 orang penghuni rumah iaitu isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji. Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya.

Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya. Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tidak nampak seakan penjenyah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya.

Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya.

Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital. Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis d4dah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya.

Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan d4dah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli d4dah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berd0sa.

Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes r0’g0l, sumbang mhram, s0d0’my malah d4dah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat dimana anak-anak kita.

Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.

Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat. Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.

SvSPEK TU TAK SIAPA DUDUK DEKAT SEHINGGA

Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari high, baru sedar dia membvnuh tiga nyawa.

Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembvnvh. Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.

Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantvng kerana d4dah & masalah keluarga. Sumber : Nadiah Nay via khalifahmailonline

Artikel berkaitan: “SPM Bukan Penentu Segalanya, Jangan Pernah Putus Asa” Pesanan Ustazah Ini Jadi Inspirasi Untuk Berjaya

Izinkan saya share kisah saya. Saya dulu pun tidaklah sepandai dan cemerlang seperti yang disangka. Target hanya tinggal target. Bila result SPM sebenar keluar, rasa tak boleh nak terima.

Depan kawan-kawan saya diketawakan. Ketika itu, saya duduk sebaris dengan rakan-rakan yang bijak pandai. Melihat guru mata pelajaran yang saya paling lemah menghampiri kami, saya rasa lemah lutut. Dari jauh dia geleng kepala ke saya. Saya lagilah cuak. Telan liur berkali-kali.

“Teruk! Awak ni layak kahwin je lepas ni” semburnya. Saya yang tak tahu apa-apa terus rasa down. Rasa nak menangis. Ketika itu keputusan penuh belum diumum.

Saya pandang sebelah. Mereka yang bijak pandai cuma memandang sepi ke arah saya. Saya malu. Saya tidak pandai seperti mereka. Tiba giliran keputusan diumumkan. Sekali lagi saya malu. Tiada nama saya dipanggil ke atas pentas. Tiada nama saya dilaung gah di dalam dewan. Tiada gambar saya walaupin sekeping di dalam kamera milik guru saya.

Perlahan-lahan saya jalan ke belakang dewan. Guru yang paling rapat dengan saya, ustazah Humaira mendekati. Dipeluk erat tubuh saya dalam dakapannya. Diulit dengan kata-kata semangat yabg sehingga kini masih berada kukuh di ingatan.

“Result SPM bukan penentu segalanya. Jangan pernah berputus asa dengan Allah. DIA cuma menguji sejauh mana keredhaan awak”

Saya senyum dalam sebak. Beberapa orang guru menghampiri. Rata-rata melemahkan semangat lagi. Ada yang melontarkan kata-kata yabg sehingga kini masih terngiang-ngiang.

“Result macam ni susah sikit nak berjaya. Masuk U pun tak lepas”

Dum! Saya terus terpaku. Sebut pasal U, dalam keluarga saya merupakan satu-satunya harapan untuk melangkahkan kaki di menara gading. Tapi…saya risau harapan tinggal harapan.

Ustazah Humaira mebgusap belakang saya dan berkata “4A+ 1A- 2B 2C+ dan 1E sudah cukup membanggakan ustazah. Tahniah!” Ustazah sebut satu persatu.

Usai itu, saya pulang ke rumah. Saya diam dan tidak beritahu keluarga tentang keputusan. Namun naluri ibu mengetahui segalanya. Ibu diam tidak bertanya tapi ibu tahu saya bersedih. Ambil masa 3 hari untuk saya pulih seperti sediakala.

Bulan demi bulan. Permohonan ke universiti sudahpun dihantar. Di saat keputusan universiti keluar, sayalah orang yang tak tidur malam. Tak lena dibuatnya. Terbayang-bayang Uitm, Uum dan Utm. Tetapi..

Harapan saya musnah. Semua impian lenyap. Saya seakan-akan tidak percaya dengan semuanya. Ibu pujuk saya agar bersabar. Tunggu keputusan politeknik. Saya suarakan kepada ibu, saya tidak berminat dengan politeknik. Tiada masa depan, banyak graduan poli yabg tidak dapat sambung degree(Fikiran masa itu) tapi ibu dengan tenang berkata

“Jika takdir kakak belajar setakat diploma, takkan kakak mahu menolaknya”

Saya diam. Turutkan jua permintaan ibu. Pertama kali melangkah kaki ke poli, tanggapan buruk tercetus. Sememangnya poli bukan pilihan saya. Minggu pertama di sana, saya sudah fed up. Terasa ingin berhenti. Tetapi ibu pujuk jua. Ibu katakan pada saya yang belajar di mana-mana sama sahaja.

Saya teruskan belajar jua. Setiap kali cuti sem, masa banyak saya habiskan di rumah. Ada suatu hari, saya terserempak dengan bekas cikgu semasa SPM.

“Belajar mana sekarang?” Soalan dia sekadar berbasa basi.

Saya senyum. Tahu apa reaksinya jika saya katakan saya belajar di mana.

“Poli je cikgu”

Mukanya jelas jelek. “Kenapa poli? Tak boleh pergi jauh nanti”

Saya senyum walaupun hati terasa ditoreh. Saya pamit ke kedai. Malas mahu menjawab pertanyaannya. Luka hati. Dua orang rakan saya belaja di matrikulasi. Seorang lagi bekerja. Saya sering berasa rendah diri ketika bersama mereka.

Dipendekkan cerita, tiba hari kami berkumpul satu kelas untuk ke sekolah dan mengambil sijil SPM. Hari itu, saya sudah rasa tidak sedal hati. Akankan peristiwa lama berulang?

Ya. Semasa berjumpa dengan guru-guru lama, saya dipinggirkan. Guru-guru mengangkat gah rakan-rakan lain. Satu di satu sudut cuma berdiam diri. Mendengar segala cerita yang disampaikan. Bahkan ada seorang guru mengutuk saya depan-depan.

“Jangan masuk poli. Nanti menyesal tak guna. Lepas tu mulalah nak cari keje”

Saya diamkan sahaja. Biarkan orang bercakap. Bagi sama poli dan U ada pro and cons nya yg tersendiri. Tak perlu dibandingkan antara satu sama lain.

Dipendekkan lagi, rakan- rakan matrik sudah habis belajar dan menyambung degree mereka manakala saya masih terkial-kial di peringkat diploma. Saya berusaha gigih. Saya nak buktikan, graduan poli juga berkualiti.

Saya berjaya. Alhamdulillah setiap sem dekan. Dapat degree di Uitm. Kos yang sama. Dan setelah 2 tahun degree, saya sambung pula masters in Ed. di luar negara. Saya sendiri tidak sangka dengan kejayaan yabg diperoleh.

Moral of story, adik-adik janganlah mudah mengalah. Jangan kecewa berlebihan. Banyakkan redha dan istigfar. Sabar. Dan guru-guru pula, janganlah merendah-rendah anak murid anda.

Masa depan mereka kita tak tau. Jangan memperlekehkan orang lain. Berusaha sebaik mungkin setelah mendapat peluang kedua. Kisah SPM budak kamlung berakhir di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *