Uncategorized

“Saya b0doh, saya kejam” Duit hantaran habis. Rantai gelang pun habis digadai. Sehinggalah tahun lepas saya mengandung anak ke5, ini pulak sy kena hadap.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Cerita ni tersemat sejak 20 tahun lepas.

Bermula kisah perkenalan sepasang kekasih. Berkenalan selama 5 bulan, saya dibuang dengan alasan dia jahat kerana curang dengan saya dan telah berjumpa perempuan lain.

Nak dijadikan cerita 3 tahun kemudian, dia kembali menghubungi saya dengan alasan keluarganya tidak menyukai perempuan itu dan inginkan saya semula.

Saya terima dia semula kerana sejujurnya saya masih sayangkan dia walaupun ketika itu saya sudah pun ada kekasih hati dan saya tinggalkan kekasih saya demi dia.

Saya b0doh, saya kejam!! 2 tahun kemudian kami pun grad tapi dari IPTA berbeza memandangkn umur kami hampir sebaya. Selepas itu saya dapat rezeki bekerja di ibu kota dan kebetulan dia pun dapat pekerjaan tidak jauh dari tempat kerja saya.

Selepas 2 bulan kami di ibu kota, terkant0i dari handphonenya dia berhubung dengan adik angkatnya sewaktu di universiti dulu. Selepas peristiwa itu dia berjanji tak akan berhubung lagi. Saya terima.

2 bulan selepas itu terkant0i pula die contact roomate juga merangkap officemate saya. Malam tu kami per4ng besar di telefon dan jujur dia beritahu mengambil nombor telefon itu dari contact list handphone saya.

Dia berjanji tidak akan ulangi lagi. Saya terima. Selepas itu dia bersungguh ajak berkahwin dan petang itu juga ibunya ada menghubungi ibu saya berbincang pasal pertunangan kami. Saya terima. 3 hari sebelum melangsungkan majlis kami berjumpa kerana dia mengajak saya pergi melihat rumah sewa yang bakal kami duduki nanti.

Sewaktu tu terkant0i di telefon dia ada berhubung dengan bekas kekasihnya dulu, dengan message memberitahu kekasihnya ‘dia terpaksa berkahwin dengan saya’. Malam tu juga saya kena bertolak ke kampung untuk majlis perkahwinan kami. Hanya airmata menemani saya sepanjang perjalanan ke kampung.

Dalam hati meronta2, nak putus tunang!! Tapi malu, kad semua dah edar, khemah, pelamin sume dah ready di kampung. Saya terpaksa terima dia lagi. Hari pernikahan tiada riaksi lagi di muka saya. Muka saya kelihatan sugul hari ‘indah’ kami. Selepas beberapa bulan berkahwin, hidup kami susah.

Duit hantaran yang ibu bekalkan pada saya habis begitu sahaja. Gelang rantai juga juga telah selamat kami gadaikan. Segala susah saya hulurkan bantuan kononnya susah sama-sama. Dia menyatakan hasrat ingin bekerja sambilan pada waktu malam untuk tambah pendapatan. Saya terima.

Pada 1 malam, saya tidak sedap hati, saya ke tempat kerjanya dan terkant0i lagi dia ada berkenalan lagi dengan seorang perempuan dengan memasing berkongsi gambar. Alasannya dia hanya nak melepaskan bosan die sepanjang bekerja. Saya cuba menahan amarah dan terus berlalu.

Saya tidak pulang ke rumah malam tu hanya tidur di dalam kereta. Dia langsung tidak mencari saya. Esok pagi saya teramat penat dan pulang kerumah, saya menangis sepuasnya kerana ini kali pertama dia buat perangai lama selepas berkahwin. Dia berjanji takkan ulangi lagi. Saya terpaksa terima.

Hampir setahun berkahwin saya dapat peluang kerja kerajaan dan kami pun bersama-sama hijrah kembali ke bandar. Dia masih kerja ‘biasa-biasa’ di sekitar bandar itu. Selepas itu, saya agak selesa, saya mula mengorak langkah dan terus membeli kereta dan rumah. Saya lega!

Beberapa tahun selepas itu, rezki miliknya, dia juga dapat tawaran kerja kerajaan dan saya sangat teruja kerana terbayangkan kehidupan kami bertambah selesa dan indah bahgia bersama anak-anak. Rupanya saya silap!! Dia semakin leka, leka dengan duit. Tidak hiraukan nafkah, rumah yang sepatutnya dia kena sediakan,

kereta pun hanya pakai kereta saya. Saya bukan nak mengungkit tapi seolah tiada rasa tanggungjawab sebagai lelaki dan suami. Bila pulang ke kampung, belanja di kampungnya saya juga yang keluarkan. Tiba hari raya, barang-barang keperluan di kampungnya, duit raya untuk anak-anak buahnya juga saya yang keluarkan.

Alasan nanti dia ganti tapi tahun berganti tahun tak pernah berganti. Kadang-kadang duit bulanan pada ibunya pun saya yang kena keluarkan. Saya tak nak susahkan hati ibunya. Kadang-kadang saya sedih, saya ada anak-anak, saya bekerja dengan niat nak bahgiakn anak-anak, tapi anak-anak saya selalu tak dapat apa yang mereka nak kerana duit saya habis padanya.

Saya kesian pada mereka. Sehinggalah tahun lepas saya mengandung anak ke5, dari awal mengandung sehelai baju, peralatan baby, barang berpantang sikit pun dia tak beli. Sehingga saya bersalin pun urusan berpantang, mengurut, sesen pun tidak dihulurnya. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya tengok kehidupannya semakin teruk.

Saya hairan duitnya selalu tak cukup, gajinya selalu habis. Dia seolah-olah hidup bertuhankan duit. Duit adalah segala-gala baginya. Pinjaman demi pinjaman dibuat tanpa pengetahuan saya. Sehinggalah pada satu hari die mengadu duitnya tiada lagi. Baki gajinya hanya tinggal RM600 selepas semua habis dipotong dengan pinjaman peribadi.

Ditambah lagi, RM600 tu pun masih tidak mencukupi kerana dia ada buat pinjaman wang berlesen (ahlong) sebanyak RM1200 sebulan. Bukan setakat saya nak kena bayar belanja sekolah anak, pengasuh anak, rumah, kereta, belanja makan minum, susu pampers anak-anak, minyak tol pergi kerja lagi.

Duit cukup-cukup untuk saya tanggung 1 keluarga ni. Semua keperluan atas bahu saya. Tidak cukup dengan itu, dia pula terpaksa saya tanggung dengan duit ahlong lagi saya kena tolong bayar. Bila dihitung, saya tiada duit lagi untuk diberi pada ibuayah saya dikampung, apatah lagi ingin membeli baju pakai untuk saya dan anak-anak.

Saya cuba berani bertanya untuk apa duit pinjaman selama ni dan dia beritahu kononnya nak memulakan bisness tapi akhirnya habis begitu sahaja. Duit tu juga dia join pelaburan-pelaburan online tapi tidak dapat apa pulangan juga dengan harapan dia nak ubah kehidupan keluarga kami.

Saya tak boleh terima semua tu sebab saya tengok dia tak pernah berduit. Baju seluar koyak lusuh, kasut pun koyak bertampal gam, nak makan sendiri pun berkira, apatah lagi nak belanja kami sekeluarga. Ada satu sikap baiknya, dia sangat ringan tulang membantu saya dirumah dari mengemas, memasak, dan menjaga anak-anak tiada masalah baginya.

Dia cakap itu saja dia boleh bagi. Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat menjadi isteri yang baik, saya selalu berkasar, saya selalu menjerit, emosi saya kadang ok kadang murung. Sejujurnya, saya makan hati. Saya sedih dengan nasib menimpa saya sejak dulu. ‘Tiada luck’ untuk bahgia.

Tiada lagi tempat mengadu, saya tertekan dan buntu apa saya dan dia perlu buat sekarang. Hanya coretan ini dapat membuka kusut didada. Selepas solat, saya selalu minta Allah kuatkan hati saya. – Jieta (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Bonda aiman – Innalillahi wainna ilayhi rojiuun. Sesak dada membaca confession Puan
Seperti menonton drama..menonton sehingga akhir dan hanya anggap itu rekaan penulis
Saya pernah temui manusia seperti suami Puan
Dipendekkan cerita…apabila Allah sudah beri signal ..

saya tidak perlu lagi untuk teruskan kehidupan bersamanya walaupun sempat beranak 2. Prinsip saya…berpisah dengannya bukan untuk kejar hidup jadi kaya. Paling tidak.. jangan sampai papa kedana. Saya hanya mahukan kelapangan hati ketenangan jiwa

untuk membesarkan anak2 dan menyediakan kehidupan di sana. Moga Puan dan anak2 sentiasa dalam peliharaan perlindungan dan jagaan Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Waliyy.

Radiah hamdi – Salam puan yang baikhati. Bahagiakan diri puan dahulu puan barulah puan dapat membahagiakan anak anak. Puan mampu keluar daripada persekitaran ini puan demi masadepan anak anak. Untuk pendapatn mungkin puan boleh mohon pihak akpk untuk bantu puan atur semua kewangan dan gaji puan.

Allah ada untuk puan. Pohon kekuatan demi sesuap nasi anak anak demi masadepan anak anak puan. Istiharah keputusan yang terbaik. Timbangtara selama ini kehidupan puan dan dia banyak beri manafaat atau mudharat pada puan. Sudah sampai masanya puan wajib tegas dalam kehidupan puan. Big hugs for you puan.

Rohana talib – Juita, dari awal2 nak kawin, lelaki itu curang, curang, curang…da kawin pun kant0i curang..duit kemana , xcukup2 dia, dia tak jujur tak iklas dan tiada keberkatan duit dia..tu yg tak pernah cukup. Juita, dan awak seorg yg pemaaf, banyak kali dicurangi,

terpaksa menanggung keluarga, ole2 duit raya juga..Allahu..iklaskan hati ye juita. Walaupun begitu, ada sisi baiknya dia spt yg awak katakan…banyakkan bersabar, tabah, kuat semangat untuk anak2, mewah rezeki anak…5 orang…insyaallah setiap anak Allah anugerahkn rezekinya. Moga awak terus kuat Juita

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *