Uncategorized

Tergerak hati nak godek pendrive suami. Godek punya godek aku jumpa. Terus Aku ugut untuk bercerrai saja.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum… Aku tak tahu nak mulakan dari mana kisah rumah tanggaku.

Aku tak pernah ceritakan pada sesiapapun kisah ini. Tapi hari ni aku rasa tak tertanggung lagi. Aku perlukan bantuan, perlukan sokongan, perlukan bahu untuk tumpang menangis. Rasa tak mampu nak teruskan perjalanan hidup ini bila telah banyak kali dilukai.

Aku dan suami berkahwin atas dasar cinta. Bila mula kerja kami dah bertunang. Hubungan kami pasang surut sama macam pasangan lain. Aku kerja bergaji besar berbanding suami. Tapi aku tak kisah sebab itu bukanlah pengukur kebahagiaan sebenarnya.

Suami selalu cakap dia beruntung beristerikan aku. Aku berpendidikan tinggi, cantik dan pandai mengambil hati. Masa mula-mula dapat kerja kami PJJ selama 2 tahun. Bila dah dapat pindah duduk sekali barulah kami usahakan untuk dapat anak.

Dari mula perkahwinan hubungan kami baik2 sahaja. Sehinggalah kami dapat anak kedua. Suatu hari aku kemas kain baju suami dan jumpa gambar perempuan bog3l di atas katil di bilik kami. Beberapa gambar bog3l hanya bahagian badan ke bawah saja.

Duniaku rasa gelap gelita.. Kecewanya hanya Allah yang tahu. Kami bergaduh sakan. Sampai aku tekad nak bercerrai. Tapi walau teruk keadaan kami ketika itu aku tak ceritakan sedikit pon hal rumah tangga pada mak ayah ku mahupun mentuaku.

Aku masih jaga a1b suami. Suami pujuk dengan bersungguh-sungguh mohon maaf dan berjanji tak akan ulangi kesilapan yang telah dilakukan. Dia mengaku itu gambar anak angkat mertuaku merangkap adik angkatnya yang tak rasmi. Dia mengaku hanya ambil gambar bog3l tapi tidak sampai terlanjur.

Sebab dia mengaku suka tengok gambar bog3l tambah pula masa kejadian aku berjauhan PJJ dengannya.. Entahlah.. Aku tak berapa nak percaya tapi bila memikirkan anak2 yang masih kecil dan kesungguhan suami yang ingin brubah dan menyesal maka aku bagi dia peluang kedua.

Beberapa tahun kemudian suatu hari aku tergerak hati nak cek pendrive suamiku. Godek punya godek aku jumpa gambar bog3l anak saud4raku yang baru darjah 4/5 pada masa tu. Ya Allah… Aku tak tahu nak cakap macam mana. Suami memang suka mengusik anak saudaraku yang sorang ni.

Aku betul2 tak sangka. Gambar bog3l macam2 aksi. Anak saudaraku memang lurus sikit tapi bukanlah lembam atau OKU. Cuma mungkin sebab percayakan bapa saudaranya dan dipujuk oleh suamiku, dia boleh sampai ke tahap itu. Kami bergaduh lagi.. Kali ni dia berkeras dan tak mahu mengaku salah.

Seolah apa yang dibuatnya itu hanya suka2 sekadar gurauan. Aku betul2 kecewa dan rasa dikhianati. Aku ug0t untuk bercerrai saja. Akhirnya dia mohon maaf, mengaku salah dan berjanji tak kan ulangi kesilapan yang sama. Dan lagi sekali.. Kerana sayangkan hubungan..

Fikirkan masa depan anak- anak aku terima suami kembali. Sebelum kes gambar bog3l anak saudaraku terkant0i ada juga beberapa kali aku cek handphone suami terjumpa gambar bog3l yang di download di internet.. Kadang aku tengok dalam g00gle history pon banyak suami tonton vide0 luc4h.

Selepas kes gambar anak saudaraku ni pon ada juga beberapa kali aku jumpa bukti-bukti m4ksiat yang dia lakukan dalam handphone nya. Tu belum lagi dia terkant0i bila aku selongkar akaun tik toknya. Banyak dia komen dan like di page tik tok betina terkinja-kinja menari hampir tak berbaju.

Memang kami akan bertengkar bila terjadinya hal ini. Suami akan mohon maaf dan berjanji akan berubah. Dan aku masih lagi kasihankan anak2 dan suamiku sendiri. Jadi aku maafkan dia dan berbaik semula. Baru2 ni aku cek handphone lama suamiku. Mulanya ok saja. Tiada yang pelik-pelik.

Tapi kemudiannya aku jumpa satu tempat rahsia ada tersimpan gambar curi anak saudaraku yang sudah besar dan adikku yang sudah habis belajar sedang mandi dalam bilik air dalam keadaan berb0g3l. Dari keadaan gambar aku tahu adikku dan anak saudaraku tidak perasan gambar itu dicuri.

Hancur luluh jiwaku hanya Allah yang tahu. Aku betul2 rasa kosong. Rasa dikhianati. Rasa tak dihargai. Aku rasa malu pada adik dan anak saudaraku sendiri. Aku menangis semahu- mahunya. Aku tanya suami apa yang telah dilakukan. Mana janji dia akan berubah.

Mana letaknya iman dan kesedaran dia waktu buat kerja -kerja tak senonoh tu semua. Dia minta maaf dan mengaku salah. Dia cakap gambar tu hanya suka2. tak lebih dari itu. Dia cakap juga dia dah bertaubat dan itu gambar lama. Gambar tahun lepas.

Terus terang aku katakan aku terlalu kecewa dengan sikap suami. Apa lagi kurangnya aku. Pada lelaki lain aku ada pakej lengkap. Boleh mencairkan hati mana-mana lelaki. Dan dia sendiri akui perkara ini. Tapi kenapa dia khianati kepercayaan aku pada dia. Kenapa tidak jujur dalam hubungan kami.

Aku sebenarnya dah tawar hati sebab dah banyak kali ditipu dan dikecewakan. Aku rasa jalan terbaik adalah berpisah. Cukuplah aku tertekan dengan sikap g1la suamiku itu. Sejujurnya aku sendiri tak puas ketika berhubungan badan dengan suami.

Tapi kerana sayang dan setia. Aku terima saja kekurangan dia seadanya. Tambah pula aku pon ada kekurangan juga. Aku rasa kali ni aku betul2 nekad nak berpisah. Apalah guna bersama kalau n4fsu s0ngsang dia tu tak dapat di kawal.

Suami minta maaf, pujuk dan rayu untuk fikirkan semula apa yang aku rancangkan itu. Dia mengaku salah dan itu semua gambar lama. Dia pon tak pakai dah handphone tu. Tapi aku tak boleh.. Bila terkenangkan semua perbuatan suami, aku jadi sangat2 tertekan. Bila aku fikir nak berkongsi atau luahkan pada orang lain,

aku risau orang itu akan sampai menyampai rahsia rumah tangga kami sehingga terbuka dan tersebar semua a1b. Tambahan pula kalau kea1ban ini jadi senj4ta untuk memalukan aku di kemudian hari. Jadi aku pendamkan saja semua kekecewaan dan pengkhianatan ini. Kadang2 sampai bengkak2 mataku seharian menangis memikirkan nasib diri.

Aku tahu.. Aku pon banyak kelemahan. Suami ada tegur aku selalu cakap kasar dengan dia dan kadang malas nak layan bila dia ajak s3ks. Aku akui memang kadang2 aku buat macam tu. Sebabnya tak de lain melainkan aku sakit hati dengan apa yang telah di lakukan di belakang aku.

Aku dah bagitahu suami untuk lepaskan aku cara baik.. Suami diam sahaja.. Dia tahu dia terlalu banyak buat salah pada aku. Dia malu pada aku. Cuma sekarang PKP… Susah semua urusan nak diteruskan. Dalam pada masa yang sama. Aku kesiankan anak2 aku yang masih kecil. Kalau kami berpisah anak2 akan terumbang ambing..

Tak dapat kasih sayang dengan sempurna dari ayah mereka. Aku sendiri pon tak tahulah macam mana nak uruskan semua hal sendiri. Suami ku jenis suka manjakan aku. Kalau kemana2 dia jarang bagi aku memandu. Dia yang akan hantar dan ambil aku jika pergi kerja atau kemana2 sekalipun.

Jadi aku dah terbiasa dengan pertolongan suami. Aku risau tak mampu nak hadapi cabaran membesarkan anak2 seorang diri. Tapi hatiku kecewa… Rasa pedihnya bila berkali2 dikhianati suami sendiri orang yang paling aku hormati dan kasihi.

Sekarang kami masih serumah tapi buat hal masing2. Tunggu PKP ni habis kami akan selesaikan semua ni secara baik. Ada 14 hari lagi. Suami ku cakap kalau masih ada secebis kebaikan dalam dirinya, dia harap sangat kemaafan dariku buat kali terakhir. Ya Allah.. Aku betul2 dalam dilema.

Anak2 yang masih kecil.. Suami yang tak tahu akan betul2 berubah atau hanya hangat2 tahi ayam. Aku terlalu lemah sekarang. Mohon pandangan para pembaca yang budiman. Mungkin ada pandangan dan nasihat yang berguna untuk aku. Untuk aku kongsikan dengan orang tua atau kawan2 tak mampu rasanya..

Malu akan diri sendiri.. Malu untuk suami.. Dan aku malu di hadapan Allah.. Sekian… – Balqis (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Don muhd – Anak saudara, adik ipar semuanya adalah seperti adik dan anak sendiri. Kalau ada sebarang perlakuan s0ngsang mmg tak boleh diterima. Dah banyak kali peluang diberi, jalan terbaik, berpisah saja, then, suruh bekas suami pergi rawat ment4lnya. Kemudian kalau ada jodoh kemudian hari, belakang cerita, kalau tiada terima lah takdir.

Jangan sampai anak kandung sendiri pula jadi mngsa. Ket4gihan s3ksu4l kalau tak diubati akan melarat dan tak mustahil akan jadikan anak sendiri sebagai mgsa. Jangan dah tua, tak larat, kurang sihat, tak mampu kewangan, baru menyesal. Buat keputusan masa masih ada semuanya.

Lebih baik kesian dengan masa depan anak yg tak mustahil digelapkan oleh bapa kandung sendiri daripada kesian dengan anak hidup membesar tanpa bapa di sisi. Fikir-fikirkan.

Muhd faris – Saya rasa puan kena selamatkan keluarga puan. Adik kandung dan anak saudara puan pon keluarga puan juga. Kalau dah berkali2. Dah2 la tu. Kesian lah anak saudara yang masih kecil tu. Tak habis2 kesian dkt anak takda kasih sayang ayah.

Itu perangai ayah yang baik ke? Mendatangkan kemudaratan kepada budak perempuan dan wanita sekeliling. Taknak la pula nanti baca confession daripada anak saudara puan atau anak puan sendiri yang tak tak sepatutnya. Dah2 la tu. Jangan pentingkan diri. Kesian adik dgn anak saudara puan.

Shafiqah ain – “Suami ku jenis suka manjakan aku. Kalau kemana2 dia jarang bagi aku memandu. Dia yang akan hantar dan ambil aku jika pergi kerja atau kemana2 sekalipun”. Ayat ni saya tak faham. Puan kata puan sempurna di mata lelaki lain dan suami puan pun mengakui benda tu.

Tapi takkan nak pergi mana mana pun masih menunggu suami? Dah terbiasa dimanjakan suami sampai jarang drive? So apa yang sempurna kalau dah terbiasa suami yang drive ? Drive lah sendiri puan. Kereta sendiri. Pergi mana mana tak perlu harapkan pada suami.

Puan sekarang fikir anak anak memerlukan kasih seorang ayah. Bila anak puan dah besar dan tahu perangai ayah dorang yang sebenar agak agak anak puan hargai ke jasa puan dengan biarkan mereka ber ayah macam tu?

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *