Uncategorized

“Kau g ambil sndiri keta kau, kau bolh g MAMPOS.” Dimaki dan ditinggalkn tepi jalan. Aku menyesal kenal laki di omi app. Bila check Mahkamah Syariah, aku trkejut tahu siapa laki ini sebenarnya.

Salam Sejahtera semua.. Saya ingin berkongsi pengalaman buruk saya bercinta dengan Duda N4rcisisst Psycop4th selama 3 bulan. Saya namakan duda itu Nurman (bukan nama sebenar).

Saya berkenalan dengan Nurman di Omi Apps. Nurman yang menggunakan nick NomanNasir (bukan nick sebenar) meletakkan profile “duda anak 2, sepasang lelaki perempuan.”

2 minggu pertama Nurman sangat baik. Nurman kenalkan saya dengan anak lelakinya berusia 22 tahun bernama Zafiq (bukan nama sebenar). Bersungguh-sungguh Nurman ajak saya kahwin siap paksa saya isi permohonan Kursus Kahwin Online di Jabatan Agama Islam Selangor.

Minggu ketiga Nurman buat perangai merajuk dan tinggalkan saya di tepi jalan. Kemudian anak lelakinya Zafiq tiba-tiba wahatsapp saya dan minta maaf bagi pihak bapanya. Bulan kedua Nurman mula buat perangai tinggalkan kereta saya yang Nurman pinjam di tepi jalan di Balakong.

Nurman tiada kereta kerana telah ditarik bank. Pernah kereta saya ditinggalkan di tepi jalan dan Nurman mesej saya suruh saya ambil sendiri kereta saya itu. “Kau pegi ambil sendiri kereta kau dan kau boleh pegi MAMPOS.” Saya pergi ambil kereta di tepi jalan sunyi di Balakong dengan naik grab.

Kunci kereta saya di atas kereta. Kereta tidak berkunci dan ada kesan dilanggar di bahagian belakang. Pakcik grab suruh saya tinggalkan Nurman. Kemudian Nurman call saya dengan suara sedih meminta maaf kerana dia tinggalkan kereta saya di tepi jalan. Saya mula cuak.

Bulan ketiga setiap hari Nurman panggil saya Si4l, Betina Murahan dan B4bi jika saya lambat reply mesej dia. Saya sedang solat ketika dia mesej. Tiada siapa pernah panggil saya si4l termasuk arwah suami saya. Perkataan si4l tidak pernah disebut dalam keluarga saya.

Saya dimaki hamun di dalam kereta kerana Nurman tidak mahu anak perempuan saya dengar. Depan anak perempuan saya Nurman sangat baik. Pernah Nurman campak handbag saya ke luar kereta ketika kereta sedang bergerak.

Saya terpaksa melintas jalan yang sibuk untuk ambil semula handbag saya. Nurman berlagak macam lembut bercakap dihadapan anak perempuan saya tetapi memaki hamun saya jika anak perempuan saya tiada bersama saya.

Saya mula tidak gembira dengan hidup saya. Saya hidup bagai berjalan di atas telur yang rapuh. Terasa melayang-layang kerana diherdik dan dihina setiap hari kemudian perlu mendengar Nurman menangis-nangis meminta saya maafkan dia.

Saya rasa keyakinan diri semakin menurun apabila Nurman mula mengkritik rupa bentuk wajah saya yang kononnya tidak bulat seperti perempuan lain. Nurman mengkritik semua pakaian saya. Nurman kata saya pakai kebaya macam keling paria pakai baju.

Jika Nurman call saya kena jawab segera walaupun ketika itu saya sedang mesyuarat. Nurman mengumpulkan maklumat rakan-rakan sepejabat saya dan mengugut akan mengaibkan saya kepada rakan-rakan saya jika saya tinggalkan dia.

Apabila Nurman pinjam wang saya untuk alasan bisnes landskap dia atau untuk belanja anaknya Zafiq, Nurman akan sangat-sangat baik kepada saya minggu itu.

Nurman yang kemudiannya berkenalan dengan wanita lain bernama Medeena (bukan nama sebenar), dan cuba meninggalkan saya dengan kononnya anak dia Zafiq mesej Nurman yang Zafiq tidak suka kepada saya. Saya mula sedar itu taktik mereka anak beranak.

Zafiq whatsapp bapanya Nurman kononnya “apiq sedih ayah. Jujur apiq cakap apiq tak nak aunty Asmah jadi ibu tiri Apiq.” Mereka duduk serumah kenapa perlu berbalas mesej pada jam 2 pagi sesama sendiri ketika lockdown?

Nurman menggunakan alasan mahu meninggalkan saya selepas Nurman meminjam wang saya sebanyak RM12K dengan alasan konon anaknya tidak terima saya. Hal hutang Nurman kata akan bayar walaupun saya tahu dia takkan bayar.

Maka saya katakan kepada Nurman.

“Nurman Faruque Nasir bin Mohd Radhi (bukan nama sebenar), kau ingat sikit!! Aku yang tinggalkan kau kerana kau jahat macam Iblis, aku tinggalkan kau kerana kau ada kudis buta atas kepala, mulut kau bau busuk. Muka kau hitam takde seri sebab kau tak solat.

Demi Allah, aku tak-halalkan setiap sen duit aku yang kau pinjam Dunia Akhirat!!”

Saya block terus Nurman di whatsapp, call dan semua media sosial. Pertama kali dalam hidup saya rasa bebanan berat yang membelenggu saya sejak kenal Nurman hilang. 3 bulan berkenalan saya rasa bagaikan berpuluh tahun menderita.

Apabila Nurman mesej rakan-rakan saya mahu memburukkan saya, saya cuma perlu tunjuk mesej Nurman memaki hamun saya dan mesej Nurman mahu pinjam wang saya.

Rakan-rakan wanita saya memeluk saya sambil menangis kerana tidak tahu penderitaan saya sejak kenal Nurman. Selepas itu juga baharu saya tahu Nurman ada isteri ketiga dan dia masih suami orang. Isteri pertama dan kedua Nurman minta fasakh dan lari dari rumah.

Mahkamah Syariah Hulu Langat tahu kes isteri yang lari dari rumah oleh lelaki yang sudah berkahwin tetapi Nurman tetap dibenarkan Kursus Kahwin Online.

Pengajaran kepada saya, saya takkan berkawan lagi dengan Duda di Omi Apps kerana ramai suami orang mengaku duda untuk menipu duit perempuan terutamanya balu seperti saya.

Saya sudah un-install semua Apps chat seperti itu. Saya pandang ke hadapan dengan penuh semangat.

Kepada semua wanita. Tolong baca berkenaan Lelaki N4rcisssist Psycop4th yang banyak dikongsi oleh mngsa di instagram untuk kalian faham mengapa semua mangsa wanita boleh jadi seb0doh itu apabila berkawan dengan Lelaki N4rcissist Psycop4th.

Lelaki sebegini sangat pandai berlakon kononnya mereka tidak pernah salah dan berani memfitnah perempuan curang dengan pelbagai jantan,

Sebab itu perempuan meroyan bila kononnya si lelaki seperti Nurman tak nak berkahwin dengan mereka sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

Saya yang meninggalkan Nurman. Saya Sujud Syukur kerana akhirnya saya nampak dengan jelas apa yang berlaku. Nurman sudah kursus kahwin online di 4 negeri berbeza dengan wanita berbeza sejak bulan Januari 2021.

Saya bersyukur dengan tindakan berani saya untuk keluar dari hubungan t0ksik itu. Saya mahu menyelamatkan lebih ramai wanita di Malaysia dari menjadi mangsa lelaki seperti Nurman kerana itu saya menulis di sini.

Semoga kifarah Allah SWT menimpa semua Lelaki N4rcisisst Psycop4th yang menganiaya ramai wanita. Keep Strong Girls.. you only need to cut the emotions supply and money supply to all N4rcisisst Psycop4th Guy.

Jangan biarkan diri merana hanya kerana mulut Iblis seorang lelaki. Kajian menunjukkan lelaki N4rcisisst Psycop4th takkan berubah sampai mati kerana itulah perangai mereka sejak lahir. – Asmah Zarina Faiizrin (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published.