Uncategorized

“Mcm mana anak kambing ni boleh terlps ni” Sakit hati pantang rumah Mentua jenis celupar, dipggilnya anak aku kmbing. Ada skali Mil mengamuk kantoi aku kata dia, tp x sangka dia bt gini Kat aku.

First aku nak cakap yang mana belum kawin atau dah kawen tinggal ngan mertua aku nasihatkan baik pindah sebelum jadi benda yang kita pernah jangka akan jadi macam aku.

kat sini aku nak cerita mungkin agak panjang n ambik masa hangpa ni pengajaran untuk diri aku sendiri n untuk hangpa jugak. Usia perkahwinan aku setahun since kawen aku tinggal ngan mertua.

Alhamdulillah fil baik, memahami, tapi mil pon baik cuma mulut mil aku ni boleh dikatakan agak celupar,kalau bab kata kat orang memang tak fikir perasaan orang dah.

Sebelum ni apa mil cakap aku pekak kan je telinga aku sabar, sebb suami aku ikot cakap suami tinggal ngan mertua. lepas bersalin aku berpantang di rumah mertua, hari ke 3 aku berpantang mil sruh aku bangun lipat2 baju,buat2 kerja jangan baring2 sngat.

Ya Allah aku masa tu nak bangun duduk pon rasa tak kuat, sakit bersalin pon belum hilang lagi. memang sedih nak balik tinggal ngan mak sendiri, mak pon sibuk uruskan abah kat hospital jadi aku stay kat sana..

Day 6 aku kena admit wad sebab darah tinggi 157/110. before warded kena tunggu kat ruangan menunggu masa tengah tunggu nak masuk wad tu mil aku datang, dia bising2 lepas tu cita kat akak2 yang tunggu wad dengan aku..

Cakap aku itu ini, ajaq anak menyusu baring, makan roti jagung, tak makan jamu, tak makan ubat. masalah nya perlu ka aku nak menyusu duduk pergi tunjuk kat mil, setiap kali makan ubat aku nak bagitau mil, 24/7 ke dia stay ngan aku?

Air mata dah bertakung kat situ, aku rasa dah macam orng bodoh dengar orang cerita pasal aku. start dari hari tu aku mil tak habis2 ngan mulut celupar dia. tak pandai jaga oramg sakit, muda2 dah ada darah tinggi.

Setiap kali anak aku nangis dia cakap ada hantu bertenggek atas bahu aku, ada hantu kat aku, aku tak pandai jaga anak, tak pandai pujuk anak, ubat tak makan, air susu aku tak sedap sebab tu anak jeluak n kembong.

Sampai aku rasa aku tak layak jaga anak aku sendiri, down sangat2 nak urus anak. sepanjang dalam pantang aku menangis. sebb tak tahan hari2 aku rasa nak lari keluar rumah, nak je aku tengking mil. tapi aku ada rasa hormat tu lagi, aku sabar sebab anak n suami.

Tapi ya lah sampai bila aku boleh sabar. aku bukan malaikat sampai satu tahap aku hilang sabar bila mil panggil anak aku “Anak Kambing”. eh macam mana anak kambing ni boleh terlepas ni.

Aku tengah kemas dapur masa tu ingat mil panggil siapa anak kambing rupanya nak aku,. Aku tegur mil ni anak orang bukan anak kambing, mil buat2 tak faham hah apa mak tak faham. aku tinggal anak kat fil n suami aku aku masuk bilik air aku menangis puas2.

Aku tak tau nak luah perasaan yang aku pendam macam mana. luah kat suami habis kurang suami cakap sabarlaa mak dia memang macam tup. jadi aku luah perasaan aku dalam status wsp tanpa mention nama siapa2.

Aku sengaja biar adik mil baca apa aku luah, biar dia tanya mil aku siapa cakap aku macam tu siapa panggil anak aku macam tu. tapi aku silap bila adik mil ss benda tu sent kat mil. mil mengamok, dia panggil aku keluar bilik “hang keluar mai sini, mai sini aku ajaq hang bagi matang sikit”.

Aku keluar bilik, jumpa mil dia kata apa tak puas hati luah cepat, lain kali tak puas hati cakap, tak payah tulis dalam tu, aku tanya mil mana dia tahun,. mil cakap kawan dia sent, friend ngan aku kat fb, aku macam hah???

Tapi aku luah kat wsp, kat fb aku tak update apa2, aku cakap kat mil, mak jangan tipu, ni sy tulis kat wsp dot dot ja tau pasal ni then aku cerita apa aku terasa,., tahu tak apa reaksi mil dia gelakkan aku puas2 depan fil n suami aku.

Ya Allah, hinanya aku rasa,dia tak rasa apa aku rasa, aku yang rasa, rasa perit sangat. aku dah hilang sabar aku termelawan mil malam tu. sampai dia halau aku keluar, malam tu jugak aku kemas semua barang aku n anak. esuk awal pagi tu terus aku pindah ke rumah aku.

Nasib aku baik sebab ada rumah, walaupun kosong. Suami ikot aku pindah. tapi perangai mil tak berhenti kat situ hari2 dia wsp suami aku buruk2 kan aku, mil cakap sebab aku suami aku melawan cakap dia. aku yang hasut suami dengar cakap aku..

Aku tak pernah hasut suami, aku cuma cakap kalau nak ikot, ikot kalau tak mau stay kat sini dengan mertua, aku ngan anak nak pindah keluar. Alhamdulillah sejak berpindah aku dah tak stress aku rasa tenang walaupun barang rumah belom lengkap.. Doakan kami jodoh panjang, murah rezeki dan diberkati. Amin. Maaf kalau cerita aku ni memeningkan. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *