Uncategorized

“Saya suka time hujan Dr” Terjumpa rider foodpanda ‘bekas pelajar’. Bila tegur rider ini, reaksinya bt Dr rasa sayu.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati..

Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..

Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada.

Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar.

Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat.. Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada..

“Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban.

Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir.. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam..

Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Sumber: FB Syazwani Drani

Komen warganet:

Wawa: betul tu, kalau tak nak ucapkan terima kasih ataupun beri sedikit tips, tak perlulah marah, herdik dan hina mereka. Saya teringat ramai rider yang berlari2 hantar makanan kepada saya sebab dah lambat takut saya marahi mereka. kita perlu empati pada mereka ni sebab mereka pun berjuang nyawa untuk hantar makanan kepada kita pulak waktu hujan.

Fiya: Selama ni kalau hujan saya tak berani nak order mkn..sebab kesian nanti rider basah kene hujan…lps ni saya akan order dgn niat membantu meraka…moga Allah permudahkan segala urusan rider2 semua..Aamiin

Neff: Saya x pernah marah klu dorg delivery lmbt sikit,biar lambat asal dorg selamat…nak cepat,dorg bwk moto laju,jangan disebabkan kita bayar dia 3,4 ringgit,nak ikut kemahuan kita,nyawa dorg melayang…yg duit lebih,bgi la tips skit…nnti blh tgk happy nya dorg…satu lagi,sape2 yg order,korang blh tgk time kan,bila dorg pick up brg korang…bila dorg gerak..so,blh siap sedia trus untk ambk brg…ni dorg pulak kena menunggu korg ,smpi 30 minit pun ada..aku yg tgk pun panas hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *