Uncategorized

Akui terkejut, Nadir Al-Nuri Dedah Siti Sarah kerap hubungi beliau dan bt sesuatu pd rakyat pelestine yg ramai tidak tahu.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan penyanyi Siti Sarah, 36, baru sahaja menghubungi dirinya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

Menurut Nadir, Siti Sarah memberitahu dirinya ingin melakukan ibadah korban di Palestin dengan mengorbankan seekor lembu.

Akui terkejut, Nadir pada mulanya beranggapan isteri kepada pelawak Shuib itu hanya ingin membuat satu bahagian lembu korban.

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin.

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja. Seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Kongsi Nadir lebih lanjut lagi, perbualan itu tidak terhenti di situ kerana pelantun lagu Semakin sering bertanya khabar mengenai keadaan saudara Islam di sana.

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.

Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.

Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun semalam Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber: Instagram @nadiralnuri, @sitisarahraissuddin

Perbualan siti sarah:

Komen warganet

Fifi: Alfatiha…namun perkara yg paling Mahal sepjagn 3 Hari di saat arwh sdg nzak suaminya Tak putus2 meredhai isteri nya ..Dan memaafkan isteri… subhanallah redha suami lah yg terbaik buat isteri ..semoga rohnya di kalangan org2 soleh.

Siti: sebab tu aku rasa siti sarah ni bukan org yg biasa2..walaupun dia hanya artis biasa tapi semua org pakat doakan dia..dari tak tutup aurat dgn sempurna sampai dia tutup aurat dgn sempurna sblum ajl menjemput dia..Allah angkat darjat dia..mungkin antara salah satu sebab yg kita taktau yg dia amat taat pada Allah dan suaminya..In Shaa Allah syurga buat arwh.

Uniza: Allahu..tidakkah kita semua merasa Allah mengambil hambaNya yg baik2 pergi kepadaNya..kita ni..tidakkah kita risau dgn amalan kita..bnyak mana amalan kita.Allah bagi peluang kita bertaubat membuat amal..bila lagi..terasa sangat diri ni banyak dosa..Allahu..jom la kita semua buat amal selagi mampu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *