Uncategorized

”Ek bakal suami buta ke, ini jodoh ke bodoh” aku OKU buta. Tp bersyukur 2 bln, kenal ika saggp terima. Lps bertunang, satu2 pekung pasangan keluar.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Dah banyak kan kita dengar viral sana viral sini kes penceraian rumah tangga berlaku akibat penderaan fizikal dari isteri kepada suami? Tapi perkara ni bukan lah cerita kelakar.

Saya nak kongsikan lah pengalaman saya dalam perkahwinan sampai lah berlaku penceraian antara saya dan bekas isteri saya akibat penderaan fizikal kepada suami ni..

Sebenarnya banyak tau kes di malaysia kes penderaan isteri kepada suami.. lebih 70% penceraian di sebabkan kes begini.. tengok sendiri la betapa ganasnya wanita melayu malaysia..

Saya di sini cuma nak berkongsi je pengalaman saya semasa kawin.. sebelum tu saya nak bagitahu pada semua, saya adalah seorang OKU tak nampak.. saya bukan dari kecik buta.. tapi Allah uji saya semasa saya dah dewasa menjadi buta kedua belah mata..

Masa awal perkahwinan saya bersama bekas isteri saya.. saya gelarkan dia Ika la ya.. bukan nama sebenar.. dia seorang wanita yang normal cukup sifat..

Pada awal nya saya rasa terlalu kagum tengok isteri saya sebab dia boleh terima keadaan saya yang seorang OKU buta.. dia sudi untuk jadikan suami.. dan berniat asal adalah untuk menjaga saya seorang oku sebagai suami..

Dia pernah kata juga kat saya.. jaga orang oku ni pahala besar dan Allah sayang keluarga oku.. Pada masa tu , saya rasa bersyukur sangat.. Allah syukurnya ada orang boleh terima saya dengan keadaan yang serba kekurangan ni.. dan saya yakin sangat..

Allah uji saya jadi buta ni banyak hikmahnya dan ini lah antara satu hikmah yang saya rasa bertuah sangat dapat untuk bekeluarga seperti orang lain dan mendapat isteri normal untuk melengkapi hidup saya..

Masa tu saya kenal Ika ni tak lama pon.. tak sampai 2 bulan.. dia terus kata kalau suka dia.. datang la meminang.. nanti lambat orang lain yang kebas..

Huhuhu saya pun masa tu terlalu excited.. saya pun cakap dengan parents saya la untuk masuk meminang Ika ni.. tak lama pon.. 2 bulan kenal terus merisik.. lepas 3 bulan tunang..

Lepas 4 bulan nikah.. sekejap sangat.. yelah benda baik ni kita tangguh lama-lama pun tak elok.. nak elak dari fitnah pergi sana sini bawak anak dara orang ke hulu ke hilir tak manis la kan.. islam da meletakkan syariat untuk halal bila bernikah.. nikah terus settle semua..

Tapi sebenarnya.. bukan seindah itu ya kawan2.. Masa saya sudah pn selesai bertunang.. masa ini lah Allah uji saya satu per satu.. masa tunang ni lah kau akan kenal siapa pasangan kau yang sebenarnya.. masa ni lah segala pekung pasangan akan keluar satu per satu..

Walaupun dah kenal 10 tahun sekali pun.. dugaan bertunang ni lain guys.. serious cakap.. dan masa ini la saya kenal betul – betul perangai bekas isteri saya.. satu per satu..

Bukan saya cerita ni untuk membuka aib isteri saya.. tapi untuk renungan kita bersama sama ada dari pihak lelaki mahupun perempuan.. kita belajar dari pengalaman bersama..

Masa tunang.. isteri saya buat macam2 benda yang sangat2 menguji pendirian seorang lelaki.. dia pernah jumpa balik dengan bekas boyfriend lama..

Ada satu hari dia pernah pergi ke melaka dengan kawan dia.. katanya untuk edar card jemputan kawin kitaorang la..

Tapi ada 1 perkara yang telahpun mengejutkan diri saya .. hmmm saya terbaca dalam instagram dia.. dm dari seorang lelaki. Bertulis.. ”ehh Ika tak nak stay satu malam lagi ke kat sini??”

Untuk para lelaki la.. saya nak tanya korang.. apa perasaan korang bila terbaca dari dm tunang korang.. message seperti itu muncul tiba2 dari seorang lelaki luar?

Saya seperti syak sesuatu pada asal nya.. tapi saya cuba sangka baik dengan ex wife saya ni.. sampai la untuk dekat kepada tarikh kami nikah..

Masa dah dekat tarikh untuk nikah.. lebih kurang sebulan lagi nak nikah.. ex wife saya ni pernah ajak saya teman dia untuk rawatan muka di damansara.. ala biasa lah perempuan kan, huhu nak la cantik2 bila nikah nanti walaupun laki dia ni tak nampak pun muka dia dah..

Tak nampak pon muka dia floles ke tak floles ke, huhuhu.. tapi tak kesah lah.. saya paham dunia orang normal ni bagaimana walaupun saya dah jadi buta.. saya pernah hidup normal selama 21 tahun.. jadi paham la huhuhu..

Ok masa ni lah bermula jalan ceritanya.. masa saya dari pagi keluar rumah teman dia pi ke damansara untuk rawatan muka dia.. sampai lah ke tengah hari.. agak lama jugak tau guys nak tunggu rawatan muka ni siap.. berjam jugak saya melangut je dalam kedai tu sorang2..

Bayangkan la orang yang pi kedai tu semua perempuan.. saya sorang je lelaki.. tapi saya rasa best la orang kedai tu kata sweetnya la laki you teman you kat sini.. kesian dia berjam tunggu tak bergerak-gerak ke mana2 pon.. baik sungguh.. hahaha.

Orang kedai ni mulanya tak tahu pun saya ni blind.. memang la tak kemana mana.. mana isteri saya letak saya untuk duduk.. situ je la saya duduk sampai siap.. tak ke mana-mana..

Cerita nya sampai ke petang jugak la saya tunggu isteri saya ni siap dari rawatan laser.. cucuk vitamin c smua.. cost? Haha korang cuba tanya yang pernah buat rawatan ni berapa cost nya.. agak mahal sebenarnya..

Ok lepas dah siap rawatan muka tu.. saya pun ikot lah dia balik rumah.. balik rumah mak dia.. sbb rumah saya tak de orang.. saya tinggal dengan parents.. parents saya keluar masa tu.. jadi terpaksa la balik rumah mak dia..

Bila dah sampai rumah mak dia, Nak di pendekkan cerita.. saya pun buat la something tolong tolong bungkus gudis semua sampai ke petang..

Tiba waktu petang.. tiba2 ex wife saya bisik dengan kawan dia.. ‘Ehh Bella , member kita ajak lepak makan la kat kedai depan tu’ .. masa ni saya pun buat buat la macam tak dengar walaupun saya sememangnya dengar jelas..

Haa telinga saya ni agak tajam sikit tau.. bisik pon kitaboleh dengar.. then ex saya tiba2 cakap dengan saya.. ‘Ehh ibu dengan ayah da balik rumah belum??’ .. saya kata ‘Entah lah. Nanti saya call..’

Lepas saya call.. ibu saya masih di kenduri kawin masa itu.. rumah masih berkunci dan saya tak bawak kunci rumah.. kemudian ex saya pun senyap.. tak lama tu dia pun cakap dengan saya.. ”Err nak balik tak?? Jom???”

Saya tekejut.. sebab eh nak balik macam mana parents saya tak balik rumah lagi.. kunci rumah saya pun tak ada.. dia pun suruh call lagi dan lagi ibu saya tanya balik pukul berapa.. saya pun ikotkan saja..

Dalam perjalanan balik lebih kurang 20 minit.. dalam kereta tu dia asyik asyik suruh saya call parents saya dah balik ke belum dah balik ke belum??

Saya agak terkilan waktu tu.. saya dari pagi teman dia pegi rawatan muka tak makan langsung sampai ke petang.. tapi dia tak pernah pun tanya saya nak makan apa tengahari..

Yang paling terkilan masa tu.. masa dalam perjalanan balik ke rumah saya.. ada kawan lelaki call dia.. dan dia angkat saya dengar jelas perbualan dalam phone tu walaupun bunyi tak berapa kuat.. lelaki tu tanya.. ”Dah sampai manna?? Kitaorang dah order makan da ni..”

Ex saya jawab, ”Haa kejap kejap.. kejap lagi sampai..” saya rasa sedih sangat waktu ni dia sanggup keluar makan dengan kawan dia semua tanpa hirau saya ni dah makan ke belum dari pagi dia tak pernah tanya pun..

Tiba sampai ke depan rumah saya.. rumah taman teres… paham la ada pagar depan rumah semua kan.. saya tak bawak kunci rumah.. mujur pagar depan tak berkunci.. so saya pun masuk pagar depan..

Tapi pintu rumah masih berkunci.. dia pun tunggu sama dengan saya depan rumah.. suruh call parents saya lagi balik pukul berapa semua..??

Saya fedup masa tu sebenarnya.. yela guys saya ni buta.. saya nak beli makan macam mana kalau tanpa bantuan dia.. dia anggap mungkin saya tak tahu kot perbualan dia dengan kawan dia untuk pergi lepak kedai sama2.. kita ni da kebulur dari pagi tak makan tak pernah tanya pun..

And lastly.. dia baru tanya saya ”Hmm ibu balik lambat lagi ke?? Jom la ikot orang jom..” saya tanya ”Nak pergi mana??” Jom jela ikot..

Saya cakap ”Tak pe la tak nak ikot.. dah sampai rumah dah pun.. biar jela saya tunggu kat sini sampai ibu ayah balik.. awak pegi jela keluar makan dengan kawan2 awak tu.. saya tak perlu makan pun tak pe..”

Masa tu lah baru dia terasa and perasan yang sebenarnya saya tahu and dengar apa perbualan dia dengan kawan2 dia.. then dia pun baru la nak pujuk ajak ikut sekali..

Saya pun cakap la.. ‘Takk pe.. awak pegi la keluar dengan kawan2 awak tu.. sementara kita masih belum kawin kan. Enjoy la dengan kengkawan dulu..’

Saya pun tolak ajakan dia sebab terlalu kecewa dari pagi saya sanggup teman dia sampai ke petang.. dah petang dia nak lepak dengan kawan2 dia.. dia tak peduli saya pun masa tu..

Saya terdetik dalam hati.. ‘Dia malu ke ekk nak bawak saya lepak dengan kawan2 dia??’ Pernah la saya terdengar dari salah sorang dari mulut kawan perempuan dia ni.. pernah tanya dengan dia..

”Ek bakal suami ko ni ok ke Ika?? Dia buta ke?? Hmm ko ni.. ini JODOH ke BODOH!!!??? ” Saya pun tak tahu lah nak ceritakan perasaan saya waktu itu macam mana dengan korang semua..

Tapi terdetik daalam hati kecil saya.. ya saya sedar saya sekarang seorang OKU.. tapi bukan saya mintak untuk menjadi oku sebegini.. Tuhan uji saya sekarang..

Dan mungkin Tuhan boleh uji kepada sesiapa saja yang DIA inginkan.. Tuhan boleh tarik nikmat ni bila2 masa saja dan kepada sesiapa saja.. saya rasa kecewa sangatt, sedih sangat waktu itu..

Ex saya pun dah macam bosan pujuk saya waktu tu, saya tak nak ikot dia jugak pi lepak dengan kawan2 dia.. dia pun tinggal saya kat situ sorang2 tunggu ibu ayah balik..

Sampai lah ibu ayah saya balik.. ibu ayah saya pun tanya, ‘ehh mana Ika?? Dia tinggal ko kat luar ni mcm ni je sensorang??’

Saya kata ‘haa ye.. dia keluar lepak dengan kawan2 dia’.. masa tu lah saya cakap Ika pi keluar dengan kawan2 dia pi lepak makan.. dan ibu saya pun tahu sebenarnya saya tak makan lagi dari pagi….

Seorang ibu yang punya anak seorang OkU.. walaupun saya sudah dewasa.. mesti faham perasaan seorang ibu bila ada orang lain buat anak oku dia macam ni..

Tiba lah waktu malam.. ibu saya rasa macam tak puas hati.. hari nak dekat nikah ni.. lagi sebulan nak nikah.. ibu pun call parents Ika.. ajak jumpa bersemuka.. kenapa sanggup tinggal anak dia luar rumah sorang2.. di bawa keluar dari pagi sampai tak makan langsung sampai ke petang..

Masa tu pun Ika sebenarnnya rasa takot bila parents saya ajak bersemuka dengan fmly dia sekali duduk satu meja.. dan kemudian nya mak ayah Ika pun mintak maaf and mintak berbaik semula..

Masa tu saya sebenarnya dah hampir tawar hati dah.. saya macam da anggap perbuatan macam ni dah agak keterlaluan untuk diri saya sebagai seorang tunang dia dan bakal menjadi suami dia..

Di sebabkan mak ayah dia merayu-rayu supaya hubungan ni tak putus.. tak nak malu dengan orang ramai kalau tunang ni di putuskan..

Yelah card jemputan semua dah di edar.. khemah semua dah pasang.. semua persiapan gudis semua dah siap.. korang bayangkan tetamu yang di jemput hampir 4 ribu orang..

Macam mana nak hadap malu dengan orang ramai tu kalau pertunangan kitorang ni di putuskan.. khemah bulan separa dah 4 biji di pasang.. luas cukup untuk muatan 4 ribu manusia masuk.. bila mak ayah dia merayu-rayu jangan mintak putus hubungan ni..

Saya dengan family pun cuba bagi peluang lembutkan hati.. tak apa lah.. mungkin ini semua ujian pertunangan.. mana tahu la kan da nikah nanti boleh berubah.. boleh jadi isteri yang solehah..

Kehidupan selepas nikah… to be continue… berikan saya sedikit waktu.– Kay (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published.