Uncategorized

Aku syak mak aku ada perangai ‘hoarder’. Dia beli 4 biji oven tp x guna pun. Bila aku buka peti ais terkejut aku tgk apa dlm tu.

Gambar sekadar hiasan. Aku terbaca beberapa luahan mengenai sikap dan rumah mak mertua yang kotor, hoarder dan sebagainya. Terus teringat dekat mak mertua aku.

Aku pun nak buat luahan jugalah tapi lain sikitlah. Yang lainnya ialah ibu aku yang penyepah, pengotor dan hoarder manakala mak mertua aku pula pembersih, teratur dan rapi orangnya.

Jom berkenalan dengan ibu-bapa aku. Ibu-bapa aku ini Allah berikan rezeki melimpah ruah. Aku kategorikan ibu-bapa aku T20. Bekerja gomen dan cepat betul naik pangkat.

Ibu aku juga ada buat bisnes sampingan. Bisnes sampingan ini juga memberi rezeki yang sangat lumayan.

Anak-anaknya pula Allah permudahkan jalan, semuanya bekerja dengan gomen juga. Masa belajar, aku dan adik beradik aku dapat biasiswa.

Dipendekkan cerita, ibu-bapa aku ini tiada masalah kewangan. Hobi ibuku ini suka membeli-belah. Suka membeli barang dan juga menyimpan barang.

Barang masih ada yang elok tetapi dibeli lagi. Sehingga barang yang sama ada dua tiga dan empat. Barang yang rosak pun disimpan juga. Jadi barang terlampau banyak di dalam dan juga luar rumah ibu-bapa aku.

Dalam umur yang cukup muda, ibu-bapa aku dapat membina rumah sendiri. Bukan beli rumah yang sudah siap. Rumah ini agak besar tetapi sempit buat kami kerana sikap hoarder ibuku.

Kita cerita dari dapur ya. Dapur yang luas bagi aku tetapi tiada ruang untuk bergerak kerana penuh dengan barang. Dapur ada kitchen cabinet tetapi dalam kitchen cabinet penuh dengan barang-barang yang rosak dan tidak digunakan.

Jadi barang-barang yang elok banyak letak diluar. Barang-barang yang rosak juga tidak dibuang. Contohnya, mesin basuh. Ada tiga mesin basuh termasuk yang rosak.

Rumah aku ada laundry room. Mesin basuh yang elok duduklah dalam laundry room tetapi yang rosak letak di dapur.

Banyak juga barang yang rosak masih disimpan, contohnya oven. Di dapur ada empat oven termasuk yang rosak. Nak cakap suka buat biskut dan kuih memang tak sebab ada oven yang langsung tak digunakan. Memang beli dan simpan sahaja.

Guna pun sebab adik aku yang guna. Itupun jarang. Rice cooker sampai ada empat, salah satunya rice cooker yang besar gedabak digunakan oleh orang catering masak. Fungsi dia aku tak tahulah buat apa selain menyemak.

Di dapur juga ada tiga almari kaca yang bersaiz besar untuk simpan koleksi pinggan mangkuk dan juga koleksi periuk-periuk yang sememangnya tidak digunakan. Hanya untuk dipamerkan. Atas table top penuh dengan barang-barang.

Barang makanan yang expired date sepuluh tahun masih lagi ada seperti the, kopi, madu dan marjerin. Nak guna stok makanan di rumah ibu-bapa aku kena tengok dulu ya sebab stok makanan empat tahun dah expired masih lagi disimpan.

Jadi, di atas table top, tiada ruang untuk sediakan makanan kerana penuh barang. Atas meja makan juga penuh dengan barang. Bayangkanlah meja makan 6 seater, tetapi boleh makan dua orang sahaja.

Atas meja penuh dengan barang-barang seperti ubat-ubatan (sudah expired), makanan expired (roti dan jem), buah-bauahan, barang lain seperti botol dan cawan yang tidak muat nak letak dimana-manaakan diletakkan di atas meja.

Jadi kalau nak potong-potong makanan atau nak sediakan makanan buat atas lantai sahaja. Daif betul aku fikirkan. Sebab ada ruang dapur yang cukup besar, ada kitchen cabinet dan table top semuanya tetapi tidak dapat digunakan.

Di tengah-tengah dapur, terletaknya bakul-bakul yang diletakkan dengan periuk belanga yang digunakan.

Sepatutnya periuk belanga ini disimpan di dalam kitchen cabinet tetapi disebabkan tiada ruang, letaklah di dalam bakul. Semak sangat-sangat sebab periuk dan belanga sangat banyak. Sebab ibuku suka sangat membeli. Goshop tak payah cerita.

Marilah kita bercerita pasal peti ais pula. Ibuku jenis hoarder memang susah nak lepaskan barang. Biarpun barang tersebut rosak dan berulat.

Peti ais bila buka bau busuk macam tong sampah. Kenapa? Sebab makanan yang mereput, cair, berkulat masih lagi disimpan. Sayur-sayuran dan buah-buahan bertukar jadi air kicap hitam. Makanan lain bertukar jadi kulat.

Ibuku ada sejenis perangai, hujung minggu akan membeli barang basah. Kuantiti barang macam dua minggu. Masalahnya ibuku nie bukan rajin memasak.

Memasak hujung minggu. Jadi stok yang bertimbun itu rosak tetapi masih disimpan. Kemudian, hujung minggu pergi beli pula stok baru. Sedangkan stok makanan masih ada lagi. Boleh bayangkan tak betapa banyaknya barang dalam peti ais.

Tambah lagi satu habit ibuku iaitu makanan yang tidak habis. Semuanya sumbat dalam peti. Alasannya esok kita panaskan dan makan, memang taklah. Esoknya pergi beli makanan baru ataupun masak. Makanan yang disimpan?

Simpanlah setahun sampai berkulat dah tak nampak rupa makanan. Makanan dibuang bila dah tak cukup ruang nak simpan. Masa itulah ibuku buang makanan yang dah rosak berkulat tue.

Aku dari dulu lagi ada satu perangai. Aku suka peti ais kemas. Bila tengok peti ais kemas, macam terapi akulah. Bila ibu aku pergi shopping, aku akan kemas peti ais dan buang segala makanan, minuman dan stok maknan yang sememangnya tidak boleh lagi digunakan.

Bayangkanlah sayur dan buah jadi lendir dan air hitam macam kicap cair. Sayur macam lobak tumbuh akar dalam peti ais. Peti ais aku lap dan cuci, yang tak elok aku buang terus tanpa fikir. Aku susun elok-elok barang dalam peti ais.

Satu plastic besar saiz XXL penuh dengan stok makanan yang rosak dari peti ais. Boleh bayang tak? Aku jarang dapat cuci peti ais sebab selalu kena marah dengan ibu aku.

Orang perangai hoarder ini memang sayang nak lepaskan barang. Memang membebel marah dan merajuk ibu aku bila tengok peti ais kemas.

Kali terakhir aku cuci peti ais ialah semasa aku cuti bersalin. Lepas habis pantang, aku cuci peti ais. Sebulan ibu aku tak cakap dengan aku. Ayah aku cakap ibu aku marah dengan aku sebab buang makanan.

Selepas ibu aku mogok tak bercakap dengan aku, tiada siapa berani nak sentuh stok makanan berulat dalam peti ais. Aku pun dah tak kuasa nak kemas.

Bercerita pasal bilik pula, bilik ada lima. Sepatutnya aku dan adik beradik aku dapat bilik setiap orang. Pelan asalnya tetapi tak jadi di mana semua adik-beradik tidur sebilik. Sebab tiga bilik digunakan untuk simpan barang. Ya simpan barang. Bilik pertama digunakan untuk simpan pakaian.

Pakaian kami adik-beradik dan juga ibu aku. Bilik ini penuh sangat dengan pakaian. Semasa aku sekolah menengah aku selalu stress dengan bilik ini. Ada empat almari, tetapi empat almari penuh dengan pakaian. Pakaian yang baru-baru diletakkan didalam bakul.

Habis di dalam almari pakaian ada apa? Pakaian kami dari zaman bayi sampailah sekolah rendah. Satu lagi almari, ialah pakaian ibuku yang dari zaman anak dara lagi.

Ya Tuhan, bayangkanlah bilik yang padat dengan almari dan juga bakul-bakul pakaian.

Pernah suatu ketika, aku dan adik-adik ku tak tahan sangat, kami declutter atau sisihkan pakaian yang tak nak guna letak dalam plastic hitam. Kami nak guna almari. Sakit mata pakaian duduk dalam bakul. Plastik-plastik hitam itu kami dah kumpul luar rumah.

Minta ayah aku hantar ke masjid. Masjid ini memang uruskan pakaian terpakai. Ibu aku nampak terus dia minta simpan balik plastic hitam. Katanya boleh guna lagi. Memanglah pakaian itu elok lagi tetapi siapa yang nak pakai.

Pakaian dah kecik. Dalam keluarga aku, ibu akulah kuasa paling besar, maka plastic hitam pun disimpan kembali. Maka dalam bilik nombor satu tadi, penuhlah plastic-plastik hitam yang penuh pakaian.

Semput tak baca cerita aku. Okeylah, aku nak pergi kemas peti ais dulu, nanti aku sambung cerita part 2 pula.

Daripada,

– Anti Hoarder (Bukan nama sebenar)

Antara reaksi warganet :

Widad Muhamad :

Mak saya pembersih tapi suka simpan barang. La ni dah kurang sikit bab menyimpan barang yang takdak faedah.

Saya terpaksa garang sikit dan bawak keluaq hadith, kisah zaman nabi nak convince mak saya jangan duk menyimpan barang takdak faedah.

Kita garang sebab sayang. Macam masa kita kecik², Mak kita garang ngan kita sebab dia sayang kita.

Saya pun garang sebab sayang dia dan nak bagi rumah nampak elok. La ni nampak Mak saya lebih terbuka untuk buang barang. Alhamdulillahhhh

Kesimpulannya, pedulikanlah Mak nak marah ka merajuk. Esok² dia okay la. Jangan lupa lepas kemas sis panggil geng recycling suruh bawak lori besaq dan angkut pi.

Nadine Inara : terkejut n nak tergelak aku baca cerita mcmni.. mak kau kne p check dgn pakar psikitari kot.

Aku pun ada sikap hoarders tp x extreme sgt. Aku rse sikap hoarders xelok -ve so aku akn kuatkn hati buang segala brg2 mknn yg expired wlpn xguna lg, pakaian2 yg dh xmuat tp elok lg sedekah kt org. Klu rse nk shopping bnd yg aku dh ada aku control nafsu aku tahan diri(tanamkn dlm hati mmbazir amalan syaitan)+ aku dikelilingi org anti hoarders lg2 mak n suami aku so dpt kurangkn skit penyakit hoarders aku

Siti Rahmah :
YaAllah dik… Mmg semput baca keadaan rumah awak ni. Saya ada cadangan sikit. Sy bygkan umah puan agak besar dan ada ruang bertanah. Utk buah2an dan sayur2an yg rosak mgkn blh digunakan baja compost.

Ajar mak awak cemana nk buat. Lps tu blh digunakan utk tanam2an. Klu lg advance blh dijadikan gas methane utk kegunaan memasak. Tp yg tu hi tech sket. Kena study dulu. Saya pon sejenis beli brg dapur 2 minggu sekali. Ada juga sayur2 yg kdg2 terlepas pandang. Kdg2 bising gak dgn diri sendiri.

Tgk pada harga kat plastic dan membebel kat diri sendiri. Hari ni buang duit sekian2.. Hahaha.. Lg satu, advise nak masak byk2 and sedekah kat org. Pack siap2. Tp itulah, kena kemas sikit la umah tu since nk prepare kena buat atas table top. Takkan nk letak atas lantai. Nk bg org mkn kan. Itu je la cadangan. Supaya mak awak dpt berubah jd lbh baik. Selamat cuci peti ais.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *