Uncategorized

Sy keja medical staff. Lps ambik vaksin, kini sudah 4bln sy x dpt nafkah batin. Kawan2 antivax suami ada bg air pelik. Suami suruh sy minum.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum saya muallaf umur 25 tahun. Dah berkahwin dengan duda anak 1 (perempuan umur 9 tahun). Saya seorang frontliner under kkm kerja dalam ward covid. So memang diwajibkan ambil v4ksin.

Pengurusan siap bagi tarikh awal untuk family frontliner yang jaga covid ambil v4ksin awal tapi suami refuse. Dia dah berkawan dengan kumpulan anti-v4ksin ni terus jadi macam tak betul.

Hari2 update k0nspirasi, fakta2 konon yang semua ni tipu. Semua ni mainan dunia. Siap perli saya cakap saya ni ikut saja ape orang suruh.

Percaya sangat kawan2 yang cuci otaknya kononnya v4ksin ni penipu ada cip kecil la ape la. Hari2 duk baca dan tengok video pasal v4ksin siap ada group lagi di whatsapp dan telegram.

Sekarang ni dah 4 bulan saya tak dapat nafkah batin. Tak tau la sebab saya dah v4ksin ke ape ke tapi suami tak nak sentuh pun.

Bukan tak cantik ke ape sebab ramai kenalan suami semua kata ‘untunglah dapat bini cantik’ ‘bini orang korea/ jepun ke?’

Tapi tu la suami pula sampai 4 bulan tak sentuh. Dah pernah saya terus terang ‘nak’ pun masih tak dilayan. Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke ape ke tak tahu la.

Sekarang suami ada join business ni team punya la. So selalu meeting. ada seorang team dia ni dah v4ksin 2 dos. So dia orang pergi meeting dekat rumah sorang antiv4x ni.

Pastu selang beberapa hari kononnya bini antiv4x tu ada alergic kulit katanya punca dari yang v4ksin tu datang rumah. Kononnya yang dah v4ksin ni jangkit virus dekat orang lain.

Laki ada suruh saya pergi tengok bini kawannya tu pergi lawat katanya, saya setepek cakap ‘tak payah la nanti ape2 jadi nanti saya disalahkan sebab saya dah v4ksin’. Lantak lahai.

Sekarang ni ada kawan2 antivax dia bagi air ape benda konon kalau minum fungsinya macam detox kuman semua. Disuruhnya saya minum sekali memang tak la. Air ape benda pun saya tak tau. Sekarang ni memang 24 jam dia layan phone saja pasal v4ksin semua ni.

Saya bukan tak nak hormat suami tapi saya kerja hospital khas jaga pesakit covid. Saya tau la betapa bahaya virus ni. Saya medical staff kot. Takkan sewenang2 nak saya percaya k0nspirasi semua tu.

Kadang terpikir juga kenapa suami macam hilang n4fsu dekat saya. Mungkin ke sebab saya dah v4ksin? Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke? Bila tanya dia kata dia banyak berfikir bagi masa dekat dia sikit. Masalahnya dah 4 bulan kot.

Saya dah dapatkan tarikh v4ksin awal dah sebab pengurusan uruskan untuk family frontliner. Tapi tak dihargai langsung. Siap ikut cakap bulat2 kawan antiv4x dia. – Mrs. (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Madamme: Buat aduan kat pejabat kadi sis. Melampau betul taasub sampai mengabaikan hak isteri. Sis, u cakap kat dia, kalau dia abaikan hak u, sila terus terang kat u sebab ramai beratur nakkan u, sementelah xde anak lagi. Jangan layan u macam sampah. Sila cari pasangan sama2 sehati sejiwa antivaks, senang.

Kalau suami u sorg2 dia nak layan teori2 tu tapi x mengabaikan wife, xpe lagi. Ni sampai buat wife camtu, dahla u mualaf. Betul2 contoh yang buruk. U bukan buat dosa besar pun nak dilayan camtu.

Edit: ok insaf jap. Sy delete la perenggan last tadi.. Xjadi la doakan u jumpa doktor hensem dan soleh Xpe sis.. U tunggu je.. Berapa lama dia nak layan u camtu. Doakan Allah tunjukkan hidayah kat suami u.

Mana tau Allah takdirkan terjadi ssuatu pada dia untuk dia insaf, kan. Or.. Sampai masanya u dah xmampu nak hadap, u minta bantuan dari pejabat agama. Islam tak kejam pada kita wanita.

Elly: Husband sy dulu pun masa awl² mcm ni jugak la, xmo vaksin.. Sy senyap² daftarkn vaksin dia, sy fikir nnt bila tiba hari vaksin terpulang pd dia la nk vaksin atau tak.. Dah dua tiga bulan sy register nama dia, dia tny sy, “awk ade daftar vaksin utk sy ke?”, sy tny knp tetiba nk tahu lak..

Rupanye, mostly kwn² dia yg kemain canang kata vaksin xbagus, da dpt date vaksin dan ade yg dah pi vaksin, masing² ank atau isteri yg daftarkan.. Sy gelak² dulu, baru sy jwb sy dah registerkan..

Nak jdkn cerita lg tragis, after a week dia lengkap second dose, kami suami isteri positive covid.. Alhamdulillah, dia kuarantin di rumah dan dlm stage 1, sy pulak dpt tau positive sehari sebelum tarikh first dose sy.. Nak jdkn cerita, 3 hari kuarantin rumah sy sesak nafas, sy kene warded, rupanye da masuk stage 4..

Sy ckp kat husband, “alhamdulillah, nasib baik Allah bukakan hati abg utk vaksin, keadaan abg tak seteruk sy, abg masih boleh kuarantin rumah smpi abih tempoh, walaupun abg golongan berisiko tggi sbb abg warga emas..” La ni husband xkomplen dah pasal vaksin sbb dpn mata sdri dia tgk keadaan sy yg sgt teruk masa covid..

Fairuz: 4 bulan tu, dah boleh buat aduan ke mahkamah syariah. Boleh pergi sesi kaunseling tu. Saya pernah sembang dengan orang yang tolak vaksin untuk baby dia (waktu tu saya baru kahwin).

Mujur saya ni bergaul dengan orang yang vaksinkan anak. Breastfeed baby+ vaksinkan baby, alhamdulillah sihat walafiat je dia.

Sekarang dah ada baby lagi (second baby). Risau sangat kalau tak vaksin. Yelah kita ni bukan sekadar mak, tapi kita juga sumber makanan dia. Doa sangat dapat sihat untuk terus susukan dia. Alhamdulillah dah cukup 2 dos vaksin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *