Uncategorized

Kami baru pindah. Berjiran dgn pasangan suami isteri yg suaminya agak ramah dan nampak bertanggjwb. Tapi bila bibik jiran buka mulut baru tahu cerita bebenar.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum, saya perkenalkan nama saya sebagai Pn. Munirah yang pernah merantau keluar negara mengikut suami bekerja masa anak2 masih kecil lagi,

Dan sekarang telah lama menetap di Malaysia dengan suami dan anak2 yang semakin remaja. Bila saya baca kisah pasangan muda2 yang sering tak puas hati dengan pasangan masing2 menyebabkan saya teringat zaman saya mengikut suami bekerja keluar negara masa tu.

Masa tu kami berjiran dengan pasangan suami isteri yang boleh dikatakan jenis suka manja2 gitu dan suaminya juga agak ramah dan nampak sangat bertanggungjawab terhadap keluarga kecilnya, mereka ada 2 anak yang sudah remaja juga.

Mereka juga ada pembantu rumah yang mana bila takde kerja sangat nak dibuat petang2, pembantu rumahnya rajin bersembang dengan saya bila saya bawa anak2 kecil bersiar2 di halaman rumah.

Apa yang saya tahu dari mulut pembantu rumahnya, suaminya walaupun sibuk dengan tugas hakikinya di luar sedaya upaya melayan apa saja yang isterinya mahukan,

Seperti kalau nak ruang tamu cantik macam istana, dia akan upah kontraktor buatkan, tiap kali time raya isteri nak beberapa pasang baju raya yang boleh tahan harganya,

Suami cuba usahakan termasuk alat mekap. Malah suami sampai sediakan kereta baru untuk isteri pakai jika nak ke mana2, suami guna kereta lama.

Kemuncaknya bila isteri kata teringin nak bekerja sebab bosan duduk rumah, suami usaha carikan keja di pejabat dengan bantuan rakan2 suami.

Di sinilah bermulanya keruntuhan rumahtangga mereka apabila isteri mula melayan seorang laki bujang sebab laki ni banyak memberi perhatian kepadanya.

Isteri mula merasa suami terlalu sibuk mencari duit hingga kurang masa dengannya. Hubungan isteri dengan laki bujang tu akhirnya dapat dihidu oleh orang sekeliling dan akhirnya sampai ke pengetahuan suami.

Tentulah suaminya sangat kecewa dan malu sebab masa tu pun anak2 tengah mrmbesar dan masih perlukan perhatian.

Apa yang pastinya mereka akhirnya bergaduh dan isterinya minta dilepaskan kerana dia merasa suami sudah tidak memberi perhatian kepadanya.

Suaminya berusaha memujuk isteri demi anak2 mereka tapi isteri tak peduli dah, yang penting perasaannya dipenuhi.

Akhirnya mereka bercerai, dan isteri mengambil keputusan utk berkahwin dengan lelaki bujang tu.

Anak2 pula bebas untuk ikut ayah atau ibunya tapi bila si ibu telah berkahwin baru tentu anak2 pun kurang selesa dan lebih banyak habiskan masa di rumah ayahnya.

Anak2 memang paling kecewa dengan penceraian ibu bapa mereka dan sah2lah mereka tak suka sikap ibu mereka yang kurang matang.

Si ayah pula setelah beberapa bulan menduda akhirnya berkenalan dengan seorang gadis yang boleh terima keadaannya duda ada anak2.

Saya yang berjiran dengan mereka masa tu mmg simpati dengan keadaan mereka sebab byk tahu cerita dari pembantu rumah mereka.

Suatu hari pembantu rumah tu cerita pada saya, yang bekas isteri call suami mahu rujuk kembali pada suaminya.

Dia bagi alasan suami barunya memang romantik tapi dia tak biasa hidup satu rumah dengan suami baru bersama ipar duai yang lain. Barang rumah tentulah terpaksa kongsi tak seperti dia duduk dengan suami lamanya.

Namun bekas suaminya hanya minta dia jaga baik2 suami barunya, dia tak boleh terima bekas isterinya sebab dia pun rancang nak kawin dah dengan gadis yang dia kenal tu.

Masa tu saya dan pembantu rumah pun membawang (hik! hik! hik) tak paham apa sebenarnya yang bekas isteri tu mahukan dalam hidupnya.

Apa yang pastinya saya lihat kurang rasa bersyukur pada bekas isterinya, hingga jadi penyesalan akhirnya.

Apapun akhirnya si Ayah akhirnya berkahwin dengan gadis manis tu sambil direstui oleh anak2 dan rakan2 keluarga mereka yang tahu apa yang berlaku.

Saya sekeluarga pun turut menyertai perkahwinan jiran laki saya tu dan ternampak senyuman yang tidak lekang dari pasangan pengantin baru tu.

Cerita ni telah berlaku 10 tahun yang lalu dan berbekas dalam minda saya sampai saat sekarang bila saya lihat banyaknya pasangan yang tidak bersyukur dengan pasangan mereka tak kira dari pihak lelaki atau perempuan.

Selagi pasangan masing2 masih bertanggungjawab terhadap keluarga mereka, jika ada benda2 yang menyakitkan hati cuba luah pada pasangan tapi jangan memaksa sebab kena tengok pada situasinya.

Sebab tu perkahwinan ni perlu ada give & take serta pengorbanan yang cukup besar.

Jika perlu rujuk kaunseling, maka pergilah untuk meluah perasaan yang terpendam supaya sekurang2nya hati kita lega sedikit dan dapat panduan dari mereka yang pakar. Sekian coretan saya- dari jiran sebelah – Munirah (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *