Uncategorized

Knapa ibu x rancang kehamilan. Umur sy 9 thn masa tue tp terpaksa pikul beban jaga 4 adik. Sunggh, sewaktu kecil sy benci ada adik ramai. Bila ayah balik kerj, ibu akan mengadu dan ini nasib yg akan sy hadap.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Maaf, tulisan saya mungkin agak emosi tapi saya cuma nak luahkan perasaan saya sebagai anak dan kakak sewaktu saya kecil. Lama sangat saya pendam.

Baru-baru ni dekat group whatsapp family, adik ada hantar gambar tangkap layar yang viral di media sosial yang mana seorang kakak sedang mengendong adik sewaktu kecil.

Adik saya tulis, “macam nilah kak long dulu kan? Nak pergi main kena bawa aku.” Diikuti emoji ketawa. Saya cuma balas dengan emoji senyum kecil.

Jujurnya, saya langsung tak rasa pengalaman kena jaga adik-adik sewaktu kecil adalah satu kenangan yang manis.

Malah bila diingatkan kembali, saya tak ubah seperti orang suruhan ibu dan ayah. Mereka memang tidak menzalimi saya cuma beban jaga adik yang kena pikul sejak umur 9 tahun masih terbayang diingatan.

Kalau ikutkan adik beradik saya tak ramai pun, 5 orang sahaja. Cuma jarak umur antara kami yang dekat antara satu sama lain. Jadi sewaktu kecil memang nampak macam ramainya adik beradik.

Kenapa ye orang dulu taknak rancang kehamilan? Sudahnya anak yang lebih tua terpaksa pikul beban tanggungjawab yang bukan kewajipannya. Kena jaga adik-adik yang berderet, nak pergi main pun kena bawa adik.

Nak kata orang dulu tak ada kesedaran atau kurangnya ilmu tentang rancang kehamilan, tak juga. Mak mentua saya yang umurnya lebih tua dari ibu saya juga pernah guna kaedah iucd sewaktu dulu.

Jadi kenapa ibu saya tak seperti itu sedangkan beliau dari generasi yang lebih muda dan moden?

Kenapa orang suka guna ayat anak itu rezeki semata-mata dalam keluarga? Anak ni sebenarnya ujian juga buat ibu ayah. Bukan semata-mata rezeki. Anak ni amanah.

Bila diingatkan kembali, masa kecil nak bermain pun kena bawa adik-adik yang berderet. Sebab mak nak buat kerja rumah. Sebab mak nak masak. Sebab nak itu, mak nak ini.

Mak kalau boleh nak semua anak-anak keluar rumah waktu dia beres-beres urusan seharian. Takde siapa akan ganggu mak waktu dia berkemas dan memasak.

Sudahlah saya baru 9 tahun, nak kawal adik yang 4 orang di bawah jagaan saya bukan mudah. Banyak ragamnya. Bila ada sesuatu terjadi, adik jatuh..adik terluka.. baju adik comot…

Saya sebagai kakak yang tua inilah yang menjadi mangsa kemarahan mak ayah. Dimarahi, dicubit dan dihambat dengan penyapu lidi sebab tak jaga adik-adik. Kena tuduh sebab leka bermain sampai tak tengok adik-adik yang kecil.

Tak cukup dengan itu, bila ayah balik kerja ibu akan mengadu perihal anak-anak. Dan sekali lagi saya sebagai kaklong, akan dimarahi. Kalau mood ayah kurang baik, memang teruk kena tibai.

Sungguh, sewaktu kecil saya benci ada adik ramai. Saya selalu terfikir kenapa ibu mesti beranak kerap-kerap, lepas tu saya yang kena jaga adik-adik? Nak buat kerja sekolah pun banyak gangguan.

Bila ibu dan adik bongsu nak tidur siang, saya kena pastikan rumah tak bising atas alasan ibu nak berehat. Ibu dah penat buat kerja rumah seharian.

Kerja sekolah nak kena buat, adik-adik nak kena jaga. Kalau makan kena pastikan adik-adik tak tumpahkan nasi, tak tumpahkan air. Kena panggil buat susu adik yang bayi. Allahuakbar!

Bila diingatkan kembali sumpah saya rasa sakit hati. Kenapa saya tak jadi anak tunggal je, pemikiran saya sewaktu kecil. Belum lagi saya kena mengalah dalam semua hal. Atas alasan saya yang paling tua.

Jadi bila saya berkeluarga sendiri, saya nekad tak akan beranak berderet macam semut berkawad. Nak kecam saya, kecamlah. Kenapa kita mesti nak bebankan anak dengan tanggungjawab kita?

Anak saya cuma 2 orang. yang sulung 10 tahun. Tak pernah sekali pun saya minta dia menjaga adiknya. Jarak mereka 3 tahun antara satu sama lain.

Saya didik anak ringan tulang bantu buat kerja rumah tapi bukan lepaskan tanggungjawab menjaga adiknya. Kita buat semua sama-sama.

Kalau saya masak, mereka akan tolong buang sampah. Saya galakkan mereka buat semua bersama. Kalau saya jemur pakaian, saya akan ajak mereka sama-sama ikut jemur biarpun senget-senget. Saya puji mereka, dan ucap terima kasih.

Bila diingatkan lagi, ibu dan ayah saya tak pernah pun ucapkan terima kasih bila saya membantu mereka. Mahalnya harga ucapan terima kasih tu. Tak pernah pun puji sebab rajin menolong.

Saya bukan berdendam dengan orang tua sendiri. Saya cuma nak luahkan kesan dari sudut perasaan saya sebagai kakak yang paling tua. Tak pernah happy ada adik ramai sewaktu kecil dulu.

Dan kini bila dah berusia ni,kalau adik-adik berkasar pun terasa sangat cepat nak kecil hati. Seolah-olah tak berbaloi saya jaga mereka masa kecil elok-elok sebab bila dewasa, kurang menghormati saya.

Entahlah.. saya memang triggered betul tengok gambar tu. Tak rasa pun ia sebagai kenangan manis. Yang saya ingat cuma, penatnya kena jaga adik-adik. Tak seronok pun. – Kak Long (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Nurul: Ye setuju.. Org selalu ckp seorg mak mampu jaga 10 org anak… Tp sbnarnye bukan 100% mak yg jaga.. Tanggungjwb tu byk jatuh kpd anak yg dh besar terutamanya yg sulung. Yg sulung ni lah yg byk bekorban menjaga si adik2 yg merenyut tu, kdg2 sampai terpaksa korbankan sekolah sbb nk dulukn adik.. B

esar jasa si sulung ni. Apalah daya sulung ni nk membantah, xpasal2 dipukul pulak nanti, nak xnak terpaksa redho. Sory, sy menyampah mak bapak yg anak ramai tp asyik membebankan anak2 untk mnjalankn tanggungjawab mereka.

Intan: Lepas baca confession ni, saya nak ambik iktibar dan melayan anak sulung dengan adil. Selalu jugak suruh dia jagakan adik dia (seorang) sekejap sementara solat atau masak. Walaupun budaya dalam family kecik kami memang ucap terima kasih, tapi saya akan pastikan dia tak rasa sepertimana confessor rasa semasa kecik.

Saya akui semua emosi confessor. Dia berhak untuk rasa sedih dengan childhood dia. Kita tak ada di tempat dia, tak sesuai nak katakan confessor itu dan ini.

Maliza: Saya 13 beradik, rapat2.
sy tak salahkan mak ayah kerana tidak merancang. kakak sulung dr zaman remaja, berkorban masa dan tenaga. menamatkan persekolahan masa ting. 2 dgn rela hati sbb rasa tanggungjawab nk urus adik2.

dia lah tukang basuh sental lampin kencing berak adik2 (takda mesin bsh). pendek kata, pengorbanan dia setanding mak2 kita jg. sampai sekarang dia tidak pernah mengungkit apa yg dia dah buat utk kami.

sy tanya, dia menyesal ke berhenti sekolah awal. tidak katanya, kerana rasa tanggungjawab sbg anak dan kakak itu lbh besar.. kami hormat, sanjung dan nk kakak sulung gembira mcm mak juga..

smg kakakku sentiasa sihat dan murah rezeki selalu. telah tiba masanya adik2 menggembirakannya kerana pengorbanannya, kami adik beradik kenang sampai mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.