Uncategorized

Mungkin akulah laila yg dimaksudkan, beli rumah Rm1.4 juta. Benar kami mohon ayah rahsiakan segala.

* Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Part 2 sambungan:

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Semalam ada kawan forward kepada saya kisah dan nukilan daripada Ray, bertajuk

Puas hati kami adik beradik dpt halau abg ipar sbb x keja. Tiba2 ayah mood swing tekad jual rumah 1.4 juta, senyap2 adik ipar jumpa ayah. Last2 kami yg malu sndiri.

Saya fikir, sayalah Si Laila yang dimaksudkan. Sebenarnya, bagi yang mengenali kami sekeluarga, penulisan si Ray itu agak details penceritaannya.

Jumlah adik beradik, kos yang diberi selepas rumah dijual, harga rumah, perkataan hinaan, dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun, mungkin juga ini hanya sangkaan saya sahaja. Mungkin saya bukan Laila seperti yang Ray maksudkan.

Apapun, berikutan dengan penulisan Ray, izinkan saya respon jika benar sayalah Laila yang maksudkan.

1. Benar apa yang Ray sangka pada kami ketika diperlekeh sebegitu rupa.

Ketika suami saya (Encibos) tidak sefahaman dengan mereka, bukan bermaksud kami menolak terus pegangan pemikiran kalian, cuma kami hanya mahu zahirkan sahaja perbezaan.

Tetapi, disebabkan dengan perlian, makian, serta sangkaan yang tidak henti, membuatkan kami tidak ada ruang untuk perjelaskan kekeliruan serta sangkaan yang terbit daripada isu ini.

Pada kami, individu yang matang adalah individu yang membuat keputusan setelah mendengar hujah dan penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Maka, daripada situ, kami pilih untuk berhijrah ke tempat lain, dengan niat untuk mengelakkan lebih banyak fitnah yang berlaku.

2. Benar, saya belajar hanya setakat SPM. Sebab saya dulu banyak main. Nakal bukan kepalang.

Cuma, selepas beberapa tahun, saya sedar yang ilmu itu penting, dan alhamdulillah saya dikurnia suami yang mementingkan disiplin dalam mencari ilmu.

Nak cakap apa-apa yang berbentuk serius, mesti kena ada hujah dan bukti. Terutama dalam isu ilmiah dan juga agama.

Contohnya, dalam agama, jika mahu beramal dengan sesuatu amalan, perlukan dalil-dalil yang betul. Bukannya beramal membab1-buta sahaja.

3. Benar, memang mak ayah kami mahu jual rumah itu, dan sebenarnya, saya dan ayah selalu bermesej walaupun tidak berkunjung ke rumah pusaka. Walaupun jauh, tapi suami pesan, jangan putuskan silaturrahim dengan mak ayah.

Untuk adik beradik pula, berilah mereka masa, dan juga untuk diri kita agar masing-masing peroleh kematangan untuk menerima segala perbezaan.

Melalui mesejlah, kami tahu ayah mahu jual rumah, kami tahu apa niat ayah, kami tahu apa keputusan ayah.

Dan saya ingat lagi suami pesan pada ayah agar gunakan khidmat peguam agar mudah urusan ini diselesaikan. Jika 1v1 sahaja antara saya dan ayah, maka nanti risau wujud pergaduhan lain pula.

Untuk lebih secure, kami mohon ayah untuk rahsiakan segala perbualan serta mesej kami daripada adik beradik yang lain. Biarlah hal ini tidak diketahui umum. Kami lebih suka untuk pihak lain tidak tahu tentang ini.

4. Sesungguhnya, kami berdua turut terkejut bila baca confession dari Ray sebab kejadian ini sudah lama. Tak sangka ada yang berkongsi diruangan IIUM Confession. Bila saya baca ruangan komen, penuh dengan kata-kata nista terhadap Ray.

Tuan-puan, alhamdulillah beliau sudah insaf dengan perbuatannya. Maka, kita sambutlah dengan perkataan baik-baik. Jauhi sangka buruk.

Jika abang Ray baca tulisan ini, ini Laila adik abang Ray yang dulu pernah curi roti coklat abang atas meja study. Laila yang sama sentiasa ejek abang Ray dengan akak Rai sebelum korang berdua kahwin.

Laila yang sama abang Ray selalu jemput dari sekolah menengah dulu. Dan Laila yang sama bersedih menangis 2 hari bila kucing abang Ray mati dilanggar kereta dulu.

Laila bersyukur Allah ilhamkan abang Ray untuk datang ke rumah pusaka lama ayah ini. Aturan Allah itu sangat hebat.

Laila teringin nak jumpa abang Ray selepas ini. Datanglah ke rumah nanti, PKP kan dah boleh rentas negeri.

5. Segala apa yang terjadi ini, pasti ada hikmahnya. Teguran Allah itu datang dalam pelbagai rupa. Banyak pedoman yang kita boleh dapat melalui penceritaan seseorang.

Untuk netizen, mari kita sama-sama jaga hati dan perlakuan dengan adik beradik serta ipar duai kita. Tak semua orang sama dengan kita. Pasti akan ada perbezaan. Maka raikanlah. Jangan taksub, jangan jumud. Moga Allah rawat hati kita semua. Aamiin… – Laila (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Fendi: Adik sy nama Laila pun jenis lembut hati… Jenis mudah memaafkan orang, tak memandang rendah pada orang lain dan mendamaikan kami adik berdik. Kalau dia ternmpk komen Kakak dia ini… Tlg jgn kembng hidung ya.

Norizan: Salam, Makcik suka tindakan suami Laila. Seorang lelaki yang benar benar lelaki. Bukan yang lemah tinggalkan isteri setelah teruk dimaki keluarga isteri sedangkan isteri tak bersalah.

Bukan juga suami isteri yang sanggup berpisah hanya kerana benda benda salah faham keluarga pasangan. Kan elok bawa pasangan, dok jauh tak payah gaduh tak payah dengar apa apa makian. Semoga Laila dan suami terus bahagia hingga syurga.

Myra: Penulisan yg matang.. betapa lembutnya hati laila.. sedih baca .. murni hati seorang adik.. nampak sayang laila pada si abang.. tidak dilupakan kenangan yang lalu.. semoga kalian akan bersatu kembali… Alhamdulillah rumah pusaka tidak terjual pada org luar.. masih ada peluang adik beradik meihat walau dari jauh

Khan cok: Cerita berpengajaran.
Walaupun Ray n siblings hina n perlekehkan orang, dah insaf. Pilihan bijak bila Laila move out, but still keep in touch dgn ayah.
She got a very wise husband, and a great father. Semoga the whole family endup baik baik belaka, dan tak putus silaturrahim. Jgn ada jadi batu api. Sek demo jange pecoh.

Umi sara: Makcik dah baca dua dua confession..xde kata kata lain melainkan mohon agar Allah terus mengekalkan silaturrohim puan laila dan semua ahli keluarga…moga Allah terus mmberkati dan merahmati kehidupan puan laila dan keluarga serta adikberadik yg lain..

benar pepatah melayu.. air yg dicincang X akn putus… maafkan netizen yg terlajak marahkan Ray…Ray pun dah lama sedar akn kekhilafannya..moga Allah terus mengekalkan limpahan kebaikan keatas kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *