Uncategorized

Hari 2 ayah sy meninggl, sy adu pd Armin. Tiba2 dia potong ckp, kata ayah sy mti pun menyusahkn org. Naik hysteria sy dan lakukan sesuatu pd Armin bt dia terdiam.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tertarik aku untuk berkongsi cerita lepas terbaca confession dari Lufya: (Klik link di bawah).

Aku sorg workaholic, lps bertunang aku mula hilang focus pd keja. Tiba2 tunang minta kad bank, alasan x nk aku boros. Sejak itu sikit2 perangai hantu dia keluar. Tp dia silap mlm 2 dia tahu siapa aku.

Cerita yang berbeza, tetapi pengajaran di akhir ceritanya tetap sama.

Sayang diri sendiri, sebelum kita belajar sayang orang lain. Sebab boleh jadi kita ni sayang orang yang salah. Aku harap orang tak kecam, sebab ni masa silam aku. 10 tahun lepas, saat aku innocently deep in love.

Aku kenal Amrin sejak tahun 3 di universiti. Kami satu fakulti, cuma berlainan major. Dia student tahun akhir. Orangnya cerah, berkening lebat dan agak rendah (kalau aku pakai heels, dia nampak lagi rendah hahaha. Ni pun salah satu punca gaduh dulu).

Awal perkenalan semua manis. Lembut tutur kata dan perbuatan dia, mengalahkan sutera. Pagi pagi call kejut subuh, tengah hari ingatkan makan, malam study sama sama.

Cukup aku katakan, aku yang sememangnya kurang kasih sayang ni terbuai betul dengan layanan dia.

In first few months saja, dia dah tunjuk perangai taik kucing dia. Mula mula, masa dia dah tak boleh duduk dalam watak lelaki kiriman Tuhan tu, adalah drama marah marah bila reply mesej lambat, tak angkat call apa semua.

Semua benda remeh temeh jer, tapi aku rasa semua salah aku, so aku minta maaf. Sama macam kes Lufya, Amrin cakap ni semua persediaan nak jadi isteri dia sebelum kahwin.

Konon kononnya, kalau minta maaf walaupun salah tu, adalah ciri wanita idaman dialah. Tapi otak aku tak proses benda tu sebagai benda yang tak betul, so aku telan dan mengaku salah saja.

Kisah bermula bila kami first time dating. Aku bawa kawan (aku namakan dia Fatihah). Amrin dah setuju dari malam sebelum tu lagi, tapi bila Fatihah masuk saja kereta, dia buat muka taik lembu dia tiba tiba.

Things became worse bila tengah tengah nak makan tu, dia cakap direct dekat Fatihah, lepas ni tak payah ikut lagi. Dia tambah, dia tahu jaga anak dara orang, tak perlu ada bodyguard tak berbayar nak teman teman.

Aku yang tengah makan ni rasa putus selera terus bila tengok muka kawan aku tu berubah.

Dipendekkan cerita, kami semua balik terus lepas makan tu. Aku minta maaf dekat Fatihah, tapi dia tu baik giila. Dia back up Amrin, dan kata dia faham yang Amrin tu cuma nak bergurau.

Kali kedua dating, kami keluar berdua jer. Selesai beli tiket wayang, aku dengan Amrin pergi kedai buku, nak cari alat tulis sikit. Tiba tiba, tak ada angin, tak ada ribut dia ajak balik.

Aku cakaplah, habis tiket wayang ni macam mana? Masa tu student, tiket wayang RM20++ tu bagi aku mahal. Of course aku berkira.

Dia dengan lagaknya, ambik RM20 dalam wallet dia, baling duit tu dan suruh aku ambik duit tu kalau sayang sangat duit berbanding dia. Terus dia jalan menonong tinggalkan aku terkebil kebil dekat situ.

Benda ni berlaku dekat mall yang paling dekat university, dan masa duit PTPTN baru keluar. Aku pasti berlambak budak university aku dekat situ nampak kejadian tu.

Anyway, sampai saja aku dekat kereta, dia maki aku kata aku gatal, tergedik gedik macam perempuan sundal, tarik perhatian jantan dekat kedai buku tu. Aku yang naif masa tu, dengan tak faham apa apa, terus menangis.

Dia maki aku tanpa henti dan baru aku faham, dia sakit hati tengok aku bercakap dengan orang dalam kedai buku tu. Yelah, sebab dia tak handsome, abang kedai buku tu handsome daripada dia, so dia insecure sendiri.

Dia bila tengok aku nangis, bukan nak pujuk, dia just bagi kata dua, berhenti menangis atau balik university jalan kaki. Aku polos, aku tak pandai nak marah balik masa tu.

Malam tu, dia call dan suruh aku janji aku akan labuhkan tudung, buang semua mekap dan tukar baju kepada yang longgar sahaja mulai hari itu.

Aku ikut sebab sayang dan fikir dia cuma nak jaga pemakaian aku. Mulai hari itu jugak dia delete semua contact lelaki dalam phone aku, termasuk sepupu lelaki aku.

Aku juga mula jauhkan diri daripada kawan kawan perempuan yang lain, kecuali yang dia betul betul kenal dan approve sahaja.

Few months later, dia dah start kerja, so kami LDR. Aku masih student, bergelut dengan semester akhir. Hari hari aku kena layan cerita dia pasal orang office dia, pasal masalah dia.

Paling selalu dia kutuk adalah colleagues dia yang perempuan. Semua yang dia kutuk tu macam tak berasas, tapi lebih kepada s3xist remarks.

Macam colleagues perempuan dia ni tak boleh buat kerja, cuma harapkan rupa dan body jer untuk bodek bos.

Satu perangai dia, walaupun perangai dia yang macam taik tapi dia tak pernah salah. Kalau dia tengah marah dan nak luahkan dekat aku, aku WAJIB angkat call. Pernah dalam class, dia call aku.

Walaupun aku dah bagitahu aku tengah class, dia suruh aku keluar class dan dengar cerita dia jugak. Dia kata dia takde kawan untuk dengar cerita dia, dia guilt trip aku untuk kesekian kalinya so I became very attentive to listen to his stories.

Kalau tengah exam or test, aku terpaksa off phone siap siap sebab taknak terganggu. Masa tu, aku macam dah prepare otak aku siap siap, suruh bertahan saja dengan makian dia lepas aku on phone.

Pernah 1 masa, habis saja exam, aku duduk tepi longkang dewan exam tu dengar makian dia sampai dewan tu kosong. Aku pergi dewan exam tu tumpang kereta kawan, tapi kawan aku pun tak sanggup tunggu, dia terus balik kolej.

So, aku balik jalan kaki sorang sorang, sampai kolej 12 malam. Aku tahu kawan kawan sebilik aku mesti pandang serong, tapi aku pedulikan saja semua demi Amrin masa tu.

Tapi masa ni aku sedar hati aku dah kosong dan tak ikhlas, most of the time aku rasa takut kena maki saja.

Kemuncaknya bila 1 hari, ayah aku meninggal dunia. Ayah aku dah sakit lama, Amrin pun sedia maklum.

Masa tu aku dah kerja tapi sebagai cikgu tadika saja, sebab ikut saranan Amrin yang tak nak aku bergaul dengan lelaki lain. Rezeki aku ada dengan ayah aku sampai nafas dia terhenti dekat hospital.

Orang pertama yang aku maklumkan adalah Amrin. Tapi dia seakan tak ada empathy, dan terus potong cakap aku, suruh aku stop menangis aku dan cerita masalah dia.

Kebetulan masa tu, dia tengah drive balik kerja. Sebab kan jawab call aku, dia tak perasan lampu isyarat merah dan dia terlanggar 1 motor.

Aku terkejut dan risau, tapi hal ayah aku lebih penting. So aku abaikan dia sementara. Dia call aku 2 jam lepas tu, masa aku dah sampai rumah. Dengan tak ada salam, tak ada ucapan takziah, terus dia maki aku dan salahkan aku sebagai punca dia accident.

Dia suruh aku bayar duit repair kereta dia dengan motor yang dia langar tu. Tapi yang buat aku tersedar dengan perangai taik khinzir dia ni bila dia start hina aruwah ayah aku dan cakap ayah aku dah mati pun menyusahkan orang. That’s it.

Aku terus naik hysteria dan aku maki semula dia. 1 bakul sumpah seranah aku bagi dekat dia masa tu. Dia punya ketinggian, parut jerawat dengan perut boroi dia pun jadi modal aku nak maki masa tu.

Dia? Terdiam. Sebab masa tu ahli keluarga yang lain dekat hospital, aku bebas maki dia tanpa ada rasa malu, atau takut orang pandang.

Keesokan harinya, aku dapat tahu aku disekat untuk call, mesej dan tengok semua social media dia. Dia terus tinggalkan aku, tanpa apa apa penutup. Taik arnab betul.

Aku, walaupun dah maki dia teruk teruk sehari sebelum tu, hati aku masih sayang dan terkilan bila dia hilang macam tu saja.

Tapi, aku keraskan hati aku. Bertahun aku ambil masa nak move on dan pulihkan semangat diri. Awal awal dia hilang tu, aku stalked social media dia guna fake account. Hari hari jugak aku nampak dia play viictim, dan salahkan aku.

Deep down, aku sedar yang sebenarnya aku gembira sebab dia terkesan dengan makian aku hari tu, dan hidup dia miserable selepas tu haha.

Eventually, aku tutup semua fake account for good dan terus focus dengan hidup aku. Aku tak nak hidup aku dibayangi dia lagi. Aku cari semula kawan kawan aku, dan rapatkan hubungan tu semula.

Kitaorang boleh gelak gelak kalau ada yang ungkit cerita ni.

Pernahlah 1 hari tu, kawan aku yang nama Fatihah tu screensh0t conversation dia dengan Amrin dulu, dan rupanya Amrin pernah nak try Fatihah masa dengan aku. Dasar tak malu si Amrin ni, taik kambing betul.

Alhamdulillah, aku bahagia dengan hidup aku sekarang.

Akhir kata penutup kalam, kawan kawan yang kenal aku, mohon jangan tag aku haha.

Reaksi Warganet

Bee Hasan –
Kelakar tapi tula pengalaman. Time bercinta buta. Lepas dah berjaya move on. Boleh gelak balik bila teringat pangai kita yang lepas. Eh eleh laki macamni pon aku boleh nak. Hahahahahahaha.

Hayati Sum Mi –
Marah Fatihah tapi nak try Fatihah, hhhahahaha.

Good job sister.. Lelaki psiko, dia yang insecure nak libatkan kita pulak. Kalau dah rasa insecure, pergi la baiki diri.

Tapi yang tak tahan, muka tak handsome, perut boroi tapi perangai macam harem juga. Gilos gilos..

Sya Cha –
Pandai!. Kadang tak pahm dengan perempuan yang tadah je kene maki dengan bf, kene control giila2.

Aku pun dulu sebelum kawen pelbagai lelaki prangai aku jumpa. Putus sambung sampi ada yang cop kita ni playgirl. Eh tidakkk. Kita ni nak cari suami kene la btul betul. Tu teman kita smpai tua insyaallah smpai mati.

Kalau fasa berkawan/tunang dah pandai maki hamun tak boleh toleransi kau nk tunggu lagi smpai kawen untuk ape?.

Menempah mavt nama dia. Ade tau kawan aku sampai kawen merana sebab berlaki jenis yang macam niiii lah macam ttt ni cerita.

Padahal dari tunang dah nampak prangai tapi takut nak putus tunang mase tu tah ape la orang macam ni pikir. Sedih tengok dia. Tapi tak leh buat ape la. Hidup ni pilihan.

Bahagia derita pilihan. Memang jodoh sudah tertulis tapi apa guna akal. Eh pjg plakkk sebab jarang baca confession bijak dan lucu gini. Haha Sumber – Huda (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *