Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalam semua pembaca. Aku nak cerita tentang abang aku. Kisah rumahtangga dia sejak 2016 yang musnah disebabkan sihir dan kebodohan dia sendiri.
Kenapa b0doh? Aku ceritakan, Abang aku, Endi ni kahwin dengan kakak ipar aku, Kak Lin lepas abang aku habis degree. Kakak ipar aku ni, dia tak belajar tinggi, ada SPM sahaja. Anak orang berada juga la.
Ayah mak dia ada bisnes 2 stesen minyak dekat Terengganu. Adik beradik dia 4 orang, semua masuk uni cuma dia saja yang tak sambung belajar. Kak Lin ni walaupun tak ada pendidikan macam adik beradik dia lain, dia ni pandai bab lain. Masak, jaga rumah.
Kak Lin ni jenis pendiam, tak banyak cakap. Lurus bendul sikit la, kau kena terangkan dekat dia bila dia blur.. Tapi dia baik, dia mudah terhibur. Asyik ketawa gelak2 bila orang buat kelakar sikit saja.
Pendek kata, dia memang bukan typical kakak2 ipar zaman sekarang tapi dia ada keistimewaan dia sendiri.
Abang aku pula, kahwin dengan dia, beberapa bulan lepas habis degree. Masa tu dia baru dapat kerja CS dekat Aeon Credit. Gaji dia pun basic tak termasuk allowances lagi la, so tak ada la besar mana.
Kakak ipar aku ikut la duduk dengan abang aku di Sungan Petani masa tu. Family aku dekat Juru. Semua okay, diorang pun happy saja dengan cara diorang.
Pada masa sama, sejak habis belajar, abang aku tak pernah give up apply masuk bomba, cita2 dia dari kecil lagi. aku tak ingat lah tahun berapa, tapi dah 4 kali dia pergi ujian fizikal tak lepas. Berat tak cukup, ada ujian tertentu tak lepas.
Tapi hujung tahun 2019 dia lepas dan direkrut masuk. Semasa dia duduk dalam latihan, Kak Lin duduk rumah parents kami. Dia la duk in charged masak, kerja rumah semua sebab mak kami pun tak larat mana dah.
Kerja2 berat ni kami tak bagi mana buat. Dalam rumah tu ada mak abah kami dengan adik bongsu kami Form 4. Jadi Si Mira la duk tengok mak abah.
Lama juga la Kak Lin duduk rumah mak kami, lepas habis latihan, Endi dapat posting ke Kelantan. Dia paling tak suka la dapat Kelantan, sebab minta duduk dalam Kedah atau Penang.
Masa lapor diri pun kami tak sempat nak ikut sebab masa tu abah tak sihat, jadi dia balik rumah kerjap 2 hari lepas tu pergi lapor diri.
Lepas 2 bulan macam tu baru Kak Lin dapat pergi rumah kuarters Endi. Kemas2 rumah, pergi beli barang rumah, barang dapur sebab nak duduk sama dah la masa tu.
Tapi tiba2 abah tak sihat lagi, Endi suruh kak Lin balik Juru tolng tengok mak abah. Masa tu beberapa hari sebelum PM umum PKP fasa 1. Jadi kak Lin pun tersekat lah di rumah mak abah kami tak bleh balik rumah Endi.
Lepas raya sat tahun lepas, dah boleh rentas negeri Kak Lin balik rumah Endi dekat Kelantan. Tak lama lepas tu, dalam 3 bulan Kak Lin balik rumah mak ayah dia di Terengganu.
Masa tu kami tahu, ada something happened antara depa dua. Kalau tak, mana senang2 saja Kak Lin nak tinggal Endi.
Bila dapat tahu Kak Lin ada dekat Terengganu, kakak sulung aku mula bising la, macam mana boleh jadi macam tu.
Endi balik Juru, jumpa kami adik beradik. Dia beritahu dia pergi berubat dah dekat sebulan sebab kena sihir sebab takut abang aku ni buat masalah dekat luar.
Bila tanya siapa hantar sihir tu, ustaz dia jumpa kata isteri dia buat. Kami semua terkejut, biar betul Kak Lin buat. Diam2 macam tu pandai pula dia menyihir orang.
Tak cukup dengan abang aku, ustaz tu beritahu Endi dia pun dah jampi semua orang dalam rumah mak abah kami. Makanan dia masak semua dia dah sihirkan supaya mak abah kami ni tak ada syak wasangka dan selalu sayang dia.
Kami semua rasa marah dan tak puas hati. Lusa tu juga mak, kakak sulung aku dengan suami dia pergi Terengganu dan jumpa Kak Lin dan family dia.
Kakak aku siap rakam la semua masa dekat rumah tu, mak pun marah bukan main la sebab tergamak menantu yang duduk menumpang rumah dia buat macam tu.
Kakak aku dalam video pun sembur habis habisan la siap tanya apa dia letak dalam makanan tu, semua orang dalam rumah tu dah makan.
Kak Lin pula dalam video tu muka cuak la, sebab semua tengah marah dia, maaki hamun dia, dia jadi kelu tak boleh nak cakap apa.
Bila depa ni suruh mengaku dia duk geleng kepala kata tak buat. Mak ayah dia pun boleh tahan juga la menjawab dalam video tu. Siap kata la, setakat Endi tu, kerja anggota bomba saja, bukan pegawai pun, tak ada maknanya sampai nak kena sihir.
Duit dia banyak lagi boleh bela anak perempuan dia. Mak aku pun menjawab balik, dia kata tak ada untung juga kalau anak laki dia simpan Lin tu, tak boleh beranak, ada SPM ja pun.
Dengar jawapan mak aku, depa kena halau la, terus balik la depa ni. Tapi puas hati lah mak aku dapat basuh menantu dengan besan dia dekat rumah tu.
Malam esok tu, abang aku remove Kak Lin dari semua wassap group family, siap delete contact. Tapi Endi bagitahu juga kami dalam group tu, bini dia ada called dan text kata tak buat sihir tu semua, Tapi Endi kata, dah terlambat, dia dah pergi berubat. Dah tahu semuanya.
Bulan 11 tahun lepas, Endi kenalkan family kami dengan seseorang, perempuan umur 28 tahun, orang Kelantan, rumah dekat dengan area kuarters dia. Nama Mimiy.
Kami mula2 tu macam awkward juga la, cepat lahai dapat jumpa orang baru. Tapi si Mimiy ni pandai ambil hati mak abah kami, jadi semua okay dengan dia.
Endi pula, pergi post gambar Mimiy mai rumah kami, jumpa adik beradik semua, makan2 dekat FB. Si bini dia pun tahu la. Si bini pun tanya, kalau dah ada orang lain kenapa tak lepas dia lagi.
Endi bagitau, selagi dia dapat ‘hantar balik’ segala jembalang yang Kak Lin dah jampi dia tu, dia takkan r.
Kami semua layan baik la si Mimiy, tak peduli dah la si Lin ni. Adik beradik aku pun duk perli maaki hamun dia dekat FB, wassap story semua lepas tu block. Termasuk aku, aku pun buat lagutu juga. Puas aku perli hamun dia, aku block.
Si Mimiy ni anak yatim, tak ada bapak dah, Dia duduk dengan mak, kakak dia, abang ipar dia, dan dia. Dia kerja setahun lebih dekat KL lepas graduate uitm pastu balik Kelantan jual nasi pagi sebab tak tahan duduk KL. Kakak dia dengan suami pun duduk sekali rumah tu dengan anak 2 orang.
Kami sekeluarga pun jumpa sekali tu saja la dengan Mimiy, lepas tu sekatan rntas negeri balik apa bagai, kami contact dekat wassap group ja, Sebab Endi dah add dia masuk group kami.
Kawan2 kerja Endi dekat balai bomba pun kenal dia, sebab selalu pergi hantar makanan dekat balai bagi kawan2 dia makan sekali.
Bulan 2 hari tu, bergaaduh besar la si Endi dengan Lin. Sebab abang aku dapat tahu sihir yang dia hantar tu bukan calang2 boleh buat maati kalau lebih ‘dose’.
Mak aku sekali lagi pergi Terengganu, minta borang polis, pergi sana berempat dengan abang aku sekali. Sampai sana, bergadduh mulut la mak ayah Lin dengan family aku. Lin tak keluar mula2 tu, so mak ayah dia yang backed up.
Ayah dia pun tak tahan la duk dengar mak dan kakak aku kata macam2 dekat anak dia. Dia pun mengungkit la segala macam yang ada, dia sebut balik kisah lama apa yang anak dia dah krbankan untuk Endi.
Dia kata lah, anak aku tu budak lurus, kalau tak suruh dia tak kan pandai buat. Kalau kau suruh berlari 10 batu pun dia ikut, tang mana yang dia sendiri boleh pergi cari bomoh buat lagutu?
Abang aku pun menyampuk, memang bukan dia, tapi ustaz tu kata yang jadi perantara nya mak bini dia tu yang jumpa bomoh dekat Terengganu untuk anak perempuan dia. Lagi sakan la naik angin orang2 tua tu bila dengar nama depa pula kena petik.
Dalam video hat kak long aku record tu dengar la bapak mentua Endi marah, dia kata ingat sikit siapa yang bayar hang nak pi temuduga semua tu kalau bukan duit Lin.
Kau tu satu apa tak ada. Kau nak pergi latihan pun duit Lin juga duk bayar hspital (med check up), duit belanja semua.
Nak harap duit hang simpanan satu sen tak ada. Anak dia tu memang tak belajar tinggi macam orang lain, tapi tak lapar pun nak simpan laki macam abang aku, kata dia.
Abang aku rasa marah, dia rasa dia kena hina teruk la hari tu. Dia jerit panggil nama bini dia suruh keluar. Si bini ni takut, muka nampak kecut abih la sebab semua mata duk pandang dia. Dia bersungguh kata dia tak buat.
Abang aku pun kata, kau duduk diam sebab dia nak lafaz cerrai. Masa tu bini abg aku berdiri depan pintu terduduk bila lafaz talak jatuh hari itu. 2 minggu lepas tu baru setel secara rasmi dekat Terengganu dekat pejabat agama tak silap aku, ke mahkamah. aku tak ingat.
Lepas cerrai, abang aku hantar balik la semua barang2 bini dia dekat kuarters tu nasib baik sekotak ja, sebab tak dan duduk lama. barang2 dia dekat rumah mak abah kami pun kami hantar. Baju2 dia ja la, tak dak apa pun.
Kuasa tuhan, betul2 masuk 5 minggu lepas depa bercerrai. Abang aku selalu la duk call mak aku mengadu s4kit belakang.
Bila jumpa doktor, makan ubat pun tak jadi apa. Nak kata saakit urat tak macam saakit urat, pergi mengurut pun tak jalan. Abang aku pun bagitahu dekat sorang kawan kerja dia.
Kira senior la dekat balai bomba tu. Pastu dia minta abang aku ni rahsiakan dekat sesiapa, jangan bagitahu sesiapa pun. Dia nak bawa abang aku pergi berubat dekat sorang ustaz.
Abang aku kata lah, dia pergi dah berubat dekat sekian sekian tempat. Tapi senior dia tu kata, tak apa, kita pergi tempat lain pula, tengok apa ustaz tu kata. Jadi, pergi lah depa berdua ke rumah ustaz tu, 2 jam dari tempat depa kerja.
Ikut cerita Endi dekat kami semua, masa sampai tu, ustaz tu berubat dalam bilik, ustaz yang Mimiy bawa tu berubat dekat ruang tamu depan orang lain, semua boleh tengok dan dengar.
Kat ustaz baru ni, nama ustaz Wan. Dia scan abang aku sampai abang aku menjerit. Si Endi pun tanya, ada kurang ke ustaz sihir tu? Si ustaz tu pun habar la, kurang apanya tengah duk sedap hantr lagi. Endi pun kata la, dah cerrai pun sibuk lagi nak hantar barang syirik dekat dia.
Si ustaz wan tu pelik, dia tanya abang aku kenapa, dah bercerrai ke dengan yang tukang hantar tu? Abang aku kata la dah berceerai sebulan. Dia tanya balik, kalau berceerai dah, lagu mana boleh jumpa hari2 lagi?
Endi pula dah rasa lain macam, dia kata tak ada jumpa sebab perempuan tu duduk Terengganu. Ustaz tu tanya lagi, bekas bini tu pakai spek ka? badan gempal2 naik viva putih ka?
Terus terkejut la abang aku, sebab bini dia tak pakai spek. Semua ciri2 ru ada pada Mimiy. Dia kata tak, tapi kekaasih baru dia la pakai viva putih, pakai spek, badan berisi tu.
Terus ustaz tu tanya balik, ada makan apa2 ke dekat rumah perempuan ni?
Abang aku pun bagitahu la semua, makan situ hampir setiap hari. Kalau kerja pagi, sebelum masuk kerja pergi makan nasi berlauk dekat kedai mak dia. kalau habis shift pkul 8 malam, makan malam rumah mak dia pula.
Pastu ustaz tu tanya lagi, setiap kali pergi makan rumah dia, semua makanan dah berhidang ka? Ada nampak tak dia ke mana2 orang ke yang masak? Atau masuk tu dah siap tinggal makan je? Minum pun sama ke?
Abang aku pun ingat la balik semua tu, dia kata habis kerja, dalam pkul 8 lebih sampai rumah Mimiy memang makanan dah siap. Masuk tu basuk tangan dan makan sambil berbual.
Ustaz tu tanya lagi, depa lain makan sekali tak? Abang aku pun bagitahu lah, tak ada. Hidang untuk dia saja, yang lain pun minum2 air saja duduk sebelah sambil berbual.
Ustaz wan tu pun beritahu la, Endi ni dah kena buatan orang rumah tu. Dia pun ada letak ‘benda’ dekat dalam rumah kuarters Endi untuk dia rasa benci dekat isteri. Video hat abang aku rakam tu panjang juga la, dekat 50 minit.
Ustaz tu tanya la, perempuan tu ada masuk rumah ke? Macam mana boleh ada ‘barang’ dalam rumah Endi dia letak sendiri?
Endi pun bagitahu, dia akan minta tolng Mimiy tunggu orang servis coway dekat rumah. Tlong buka kan pintu kalau dia kerja. So dia akan pass kunci dekat depan balai, dia naik rumah tunggu sampai siap.
Ustaz tu kata, silap besar la bagi dekat dia tu. Macam2 ‘barang’ dah ada dalam tu. Jahat ni jahat. Dia duk ulang banyak kali sebut hat tu.
Ustaz tu pun suruh abang aku pergi cari barang2 tu dan bawa lagi sekali dekat dia. Abang aku pun cari la ikut arahan ustaz wan, dekat mana, sekian2 tempat. Cuba hampa teka, apa dia jumpa?
Coli. coliii hoii. 3 helai, abang aku jumpa tu dia terus ambik gambar siap2 simpan. Aku tengok pun aku tahu tu bukan coli baru, coli hat pakai dah. dia ada selit dekat belakang almari baju dengan tangkal.
Endi bawa la barang2 tu pergi. Kali ni, dia pergi sorang, senior dia kata kau pergi sendiri, aku tak mahu masuk campur dah, Kau kena setel sendiri. kena kuat semangat.
Pergi yang kali kedua tu, video record lagi panjang. Sampai 2 kali video buat. Ustaz wan kata, abang aku ni kena bodoh dengan perempuan ni mudah sangat2.
Sampaikan apa yang abang aku makan dekat rumah kuaters pun ada ‘barang’ perempuan ni. Rumah mak abah kami pun dia dah ‘baling barang’ juga.
Ustaz wan tanya, ada tak masa kenal2 dengan perempuan tu, dia bawa pergi mana2 jumpa pawang ka bomoh ka? Abang aku kata ada.
Hmm takpa, ustaz wan tu kata balik rumah, pergi check dapur, ada tak gula dalam bekas yang tak bertutup? nescafe ka, kopi ka yang tak bertutup? Nampak saja terus buang.
Lepas tu dia tanya lagi, ada ke lepas jumpa pawang ke bomoh tu, dia bagi dekat abang aku gula dan garam? Endi kata ada, sebab bekas bini dia dah jampi dia, so Mimiy ni bagi la gula baru dan garam baru, tak mahu dia termakan lagi jampi2 bini dia.
Ustaz tu bagitahu la, dekat situ la sihir tu mula. dia bagi abang aku gula garam yang pawang tu dah sihir, bawa masuk rumah. Si abang aku pula balik kerja buat air dekat rumah guna gula tu.
Makan di rumah Mimiy tu pun guna gula garam yang dah jampi tu, sebab tu mereka tak makan. Rumah mak abah kami pun kena, sebab masa Endi balik, dia bawa sekali gula garam baru tukar ganti gula garam dekat rumah tu yang konon si Lin tu dah sihir.
kami semua terkejut, tak boleh hadam apa yang ustaz tu habar dalam vid. Susah nak percaya. Ustaz tu siap nampak lagi bila scan abang aku, dia kata kedai makan mak perempuan tu dekat sekian sekian tempat kan? Kerusi warna sekian, meja banyak sekian2 kan?
Abang aku pun iya kan sebab betul. Ustaz tu kata, dekat situ pun ada 3 pelaris duduk menunggu dah. satu family kuat main ‘benda’.
Lepas berubat hari tu, abang aku pun jadi letih, tak semangat. sampai balai, dia tak masuk kuarters pun, dia lepak duduk balai, tidur situ. Dia jadi takut nak balik rumah. Masa tu lah Endi kata, senior dia mai berbual dengan dia.
Dia kata, dia kenal saja family perempuan tu. Dan 17 tahun dia kerja dekat balai tu, semua locals dia kenal. Dia dah dengar macam2 pasal family perempuan tu. Sebab tu dia terkejut bila nampak abang aku ni keluar berdua naik kereta dengan anak tauke kedai makan tu.
Dia tanya la, macam mana perempuan tu boleh bawa abang aku ni pergi jumpa ustaz yang first tu?
Abang aku habar la kata mimiy cakap dia nampak something dekat kereta Endi, macam benda halus ikut. Takut ada apa2 mengikut balik lepas kerja.
Baik pergi berubat dengan ustaz. Bila pergi, ustaz tu kata ada benda isteri dia hantar untuk elak dia jumpa orang lain masa kerja dan PJJ.
Senior tu tanya la, dekat mana tempat ustaz tu, abang aku bagitahu sekian sekian, dia pun kata, hmm tu ustaz copy ori la tu, memang ustaz yang dah sah2 side dia, tinggal baca skrip saja dekat kau.
Abang aku pun jadi murung la, dia jadi tak berani nak tanya benda tu, pastu macam rasa mulut terkunci. Bila pergi berubat kali ketiga, dia bagitahu dekat ustaz wa.
Ustaz tu kata memang la rasa terkunci, berat mulut. Sebab perut dan hati awak ada setan2 dia dah. datang sini saja setan tu tunggu luar tak boleh masuk, ustaz dah pagar.
Kalau nak okay balik, sanggup tak hantar balik setan2 tu dekat tuan dia? Tapi tuan dia mungkin akan tahu la yang abang aku ni dan sedar dari segala muslihat dia.
Abang aku setuju nak hantar balik. Tak lama lepas tu, abang aku pula bergaaduh besar dengan family perempuan tu. Siap ungkit kata jaga abang aku macam anak sendiri lah, adik sendiri lah.
Tak pernah berkira duit makan situ hari2 la. Bila abang aku campak plastik ada coli tu terus semua terdiam.
Abang aku maaki hamun la kata, aku ni sampai crai bini aku tuduh dia mak ayah dia macam2 semata2 nak anak dara badan badak sumbu tu, tak memasal jadi bodoh.
Hujung bulan lepas la last dia berjumpa dengan family perempuan tu dan perempuan tu sendiri. Abang aku pula jadi serabut tak boleh kerja. Gila talak teringat dekat Lin.
Kami semua nak contact dia dah tak dapat. Kami block dia, dia pun kami semua. Nmbor pun tukar. FB pun dah tak blehtengok, ada yang dah kena block ada yang kena unfriend.
IG dah private. Last2 tu tak ada pilihan laen, mak dengan Endi terpaksa tebal muka contact ayah kak Lin dan minta maaf.
Ayah dia mula2 tu tak nak layan, dia duk kata la, mentang2 anak dia tu seklah tak pandai, pendiam, lurus saja. Tapi anak dia tak serendah tu sampai nak bomoh2 orang. Abang aku minta nak bercakap dengan dia, nak minta maaf, nak rujuk balik.
Tapi mak ayah dia tak bagi dan dia sampaikan pesanan yang Lin pun memang tak nak rujuk balik. Cuma dia kata dah maafkan, dia pun minta maaf dan minta halal makan minum dia duduk rumah mak abah kami selama mana kahwin dengan abang kami.
Baru saja juga la dia called bekas FIL dia tu, 6hb baru ni. Sekarang, kami semua pula yang jadi marah dekat Endi, awat jadi bodoh mudah2 kena tipu dengan perempuan.
Dah tahu ada bini, kenapa gatal merenyam nak pergi kenal dengan anak makcik kedai nasi berlauk? kenapa tak jujur bagitahu pergi makan rumah orang tu bila habis kerja, takut kantoi?
Abah kami paling marah, dia lah paling diam sepanjang krisis sebab dia tahu menantu perempuan dia tak akan buat lagu tu. Si mak aku dengan kakak sulung aku la yang melebih juga emosi sampai kami yang lain pun terikut sama.
Lani, mana nak jumpa dah menantu perempuan baik macam tu, boleh jaga ayah mentua, sanggup ikutarahan suami jaga pak mentua dekat kampung, jauh dengan suami.
Aku pun ada wasap Kak Lin, minta maaf semua, tapi satu tick saja, aku rasa dia dah block kami adik beradik. kami paham, dia mesti rasa sedih, terluuka kena hina dengan mak kami, kami adik beradik marah maaki hamun dia.
Tapi kami harap juga la tuhan akan lembutkan hati depa dua orang boleh bersatu kembali. Abang aku memang tak okay, dia rasa menyesal, kecewa dengan diri sendiri, bersalah. Selalu dia duk call mak aku menangis nangis nak kan Kak Lin semula.
Mak aku pun tanggung rasa bersalah sebab sedikit banyak dia ada juga pengaaruh emosi anak2 dia waktu krisis dulu. Kami semua memang ada raaa bersalah kenapa tak percaya dekat Kak Lin sedangkan ketara boleh tahu, dia tak kan sesekali buat macam tu.
Yang buat abang aku paling terkesan, dia dah janji dengan diri dia sendiri. Bila dapat masuk kerja kerajaan dia nak jaga dan balas balik apa yg bini dia dah krban untuk dia selama nih.
Tapi dia mungkir janji. Sekali pun dia tak sempat bawa bini dia belanja makan luar sebab pjj dan pkp. Dia tak sempat nak beli apa2 dekat bini dia walaupun dia tahu bini dia ada duit boleh beli. Tapi dia dah lama pasang impian nak ada kerja tetap dan belanja bini.
Sedangkan duit dia banyak pula habis dekat perempuan tu. Beli itu ini semata2 nak perempuan tu dekat dan suka dekat dia. Tanpa dia sedar perempuan yang merosakkan semuanya. Dan kebodohan, kekhilafan abang aku juga la yang musnahkan hidup dia sendiri.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Nurul Fathanah,K au orang satu family memang suka maaki2 org sesuka hati ehhhh? Tak tau malu. dh la semua benda dlm rumah tu menantu yg buat, bila ada salah sikit je terus laju kau orang nak memaaki kannnn?
Tak soal selidik sibuk masing2 campur tangan hal suami isteri org lain pulakk. Biarkan je abang kau tu mereput takyah kawin.
Mudah sangat terpedayaaaa baru kena goda sikit. Semoga kak lin bertemu jodoh lelaki baik, kaya raya, disayangi mertua. Dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.
Yana Qziz, Ni nak habaq. Bukan endy saja bodoh. Hampa satu family pun bodoh jgk. Rumah tangga anak/adik beradik jadi apa2 jgn masuk campoq. Jangan tunjuk pandai pi srang maaki hamun kwn tu dkt rumah mak pak dia. Tu la habuan dia.
Mana2 pompuan pun kalau dah kena mcm tu takdak la dia nak balik dkt suami dia tu. Hampa dah burn the bridge lagi ada hati nak panggil dia suruh berkhidmat kat kelorga hampa lagi. Malula aku ni nak mengaku org utagha hampa buat perangai mcm ni.
Puan Zuera, Patut kak lin tak nak rujuk dengan abang awak.. Satu keluarga duk merenPuantas negeri pergi srang dia sekeluarga.. Duk hina dia kata tak boleh bagi anak.. Dia elok, patuh kata suami, suruh jaga mertua yang saakit..
Pengorbanan dia sorang pun tak kisah.. Kenapa tak jumpa ustaz lain, minta pendapat lain.. Buta buta percaya kat kata abang kau.. Lepas tu tak pelik dia bawa Mimiy ke rumah secara tiba tiba…
Masa marah korang sanggup usaha buat surat merentas negeri demi nak maaki hamun kak lin sekeluarga.. Bila nak minta maaf, telefon dan whatsapp je.. Korang satu keluarga keturunan Firaaun.. Tahu nak maaki orang je..
Kalau aku jadi kak Lin dah ku hambat sorang sorang dengan parang… Semoga kak lin berjumpa jodoh dan keluarga mertua yang baik.. Yang tahu menghargai Kak lin. Nur Suhana, Tahniah utk kak lin sbb x terima endi balik. Cukup pantang org main tuduh b0moh2 ni…
Sanggup plak 2 rentas sampai ke terengganu seraang keluarga dia.. Kalau setakat makki dia mngkin dia boleh telan lg.. Kalau masuk mak ayah dia, sorry to say.. Mmg endi deserved it.