Uncategorized

Ak sorg yg suka simpn duit. Pd usia 23thn ak dah ada simpanan cash 100K. Tp Lpas 5 tahun xsangka ini yg terjadi pd aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku berumur 23 tahun, pelajar tahun akhir di sebuah universiti luar negara. Selain study, aku banyak menghabiskan masa mengumpul duit termasuklah cut elaun sara hidup supaya aku boleh save banyak & anugerah biasiswa & kerja part-time & ambil upah jadi personal shopper.

Sejujurnya aku tak nampak clear tujuan aku simpan duit. Mungkin aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana & melihat ayah yang tak pernah berbelanja untuk dirinya sendiri membuatkan aku rasa bersalah untuk berbelanja mewah.

Dan mak sering mengingatkan supaya menyimpan. Sebaik tiba sahaja di negara orang, aku mula membuat percaturan untuk menyimpan sebanyak RM50k bergantung kepada elaun sara hidup sahaja – yela masa tu baru sampai, mana fikir boleh part-time bagai.

Tapi alhamdulillah disebabkan rezeki yang tidak disangka termasuklah part-time & anugerah biasiswa ditambah pula dengan kesederhanaan lifestyle, aku dapat kumpul RM100k – to be exact RM50k kat Malaysia & balance tu aku simpan as installment kat sini.

So, final year ni konon aku nak rehat daripada part-time & ambil credit hour pun sikit je sebab duit simpanan nak melebihi target. Tapi bosan laa pulak banyak sangat masa terluang sampai aku sempat buat confession ni. Sesiapa kalau perlukan khidmat aku, boleh laa roger ye hee.

Nak cite pasal lifestyle budak study luar negara ni kan, yes aku dikelilingi kawan-kawan yang kaki travel, food hunting, kaki coffee shop, kaki gajet, kaki fashion, kaki make-up, kaki game etc.

So, duit yang ada akan dilaburkan dalam kaki dorang tu. I have nothing to say but im not one of them. Semua orang ada kepentingan masing-masing & hak dorang laa nak guna duit camna pun kan.

Sebenarnya aku nak minta pendapat camna nak manfaatkan duit ni. Berikut adalah kegunaan yang aku pernah terfikir & kebimbangan yang aku rasa;

1) Smartphone

Aku guna iPhone 5s, beli masa mula-mula sampai kat sini. Semua orang pakai iPhone masa tu, mestilah ada rasa nak guna iPhone jugak, ye tak. Memang rare laa nak jumpa orang yang masih pakai 5s dalam batch aku.

Sadis jugak kisah phone ni, siap pernah tukar bateri lagi – bateri iPhone takkan tahan lebih 3 tahun. Aku berniat untuk tukar bila dah final year, before back for good. Sekarang dah final year dan semalam Apple release iPhone baru hehehe.

Sebagai engineering student, mata aku menilai harga iPhone tu tak sepadan laa dengan spec dia – it is the most advanced iPhone but not the most advanced smartphone. So, aku tangguh nak beli smartphone sebab 5s aku masih guna lagi & tunggu dah dapat kerja sementara usha phone lain.

2) Kereta

Aku takde lesen kereta sebab aku takde masa nak buat – busy dengan study & part-time (fast-track laa & preparation pun kejap je – takde cuti sangat).

So, mestilah kena buat lesen dulu kan, lepas tu baru fikir nak beli kereta apa. Ni pun hold lepas dapat kerja. Kalau tak kerja lagi, watpa nak beli kereta – duduk rumah je pun.

3) Rumah

Rumah adalah harta kekal, so aku rasa sangat relevan untuk laburkan duit ke arah situ. Tapi aku taknak jadi kapitalis, cuma nak beli rumah sendiri.

Aku pernah nyatakan hasrat kat mak, ayah pun buat rumah sendiri, mana tau sangat pasal beli-beli rumah ni. Pastu aku pun taktau lagi nak kerja & settle down kat mana.

4) Kahwin

Aku pernah fikir pasal kahwin secara serius dalam tahun lepas before aku break dengan lelaki tu. After tu, aku tak rasa pape pasal kahwin & orang yang datang konon nak berkenalan pun either aku tak reply or reject je. Minggu lepas aku cam terguriskan hati parents kot sebab pasal benda camni.

Bulan lepas kot ada orang try aku & cam biasalah aku tak reply. Dah lama camtu, aku cite kat parents. Dorang cam bengang kot tengok cara aku layan lelaki & dorang fikir aku taknak kahwin sebab ex aku tu – drama gilaa laa parents aku ni.

Nak cite pasal episod jodoh dalam hidup aku ni boleh buat confession lain kot hahaha. Aku tak pernah aim nak kahwin awal ke lambat & kalau ada jodoh, kahwin laa. As aku takde calon, so kahwin is a no dalam masa terdekat ni.

5) Bawa parents datang masa grad

Alhamdulillah dalam perancangan. Aku aim nak bawa parents dua orang je tapi rezeki lebih InsyaAllah aku akan bawa adik-beradik yang lain – total 6 orang hehe

Kalau tengok kan, semua aku tangguh lepas dapat kerja sebab aku sangat bimbang laa pasal kerja ni. Orang kata oversea grads ni tak competent, so company tak prefer kitorang.

Kalau tak dapat kerja lagi, memang terpaksa laa aku guna duit simpanan untuk menyara diri. Sebab aku dah tak pakai duit parents sejak Form 1 lagi & kadang-kadang aku yang hulur duit untuk adik-beradik.

Berbekalkan title anak luar bandar & dikelilingi kawan-kawan yang kaya-raya, Alhamdulillah aku selalu terpilih untuk dapat bantuan kewangan & biasiswa. Sesiapa yang ada kerja kosong & perlukan pekerja yang reliable & pandang ke hadapan tu boleh laa kot roger-roger hehe.

Hampir lima tahun berlalu selepas aku hantar first confession dan sekarang aku berumur 27 tahun. Sungguh aku tak sangka ramai yang memberi komen positif, mengingatkan untuk membayar zakat dan tak lupa juga ramai yang mendoakan aku.

Semoga doa yang baik-baik tersebut kembali semula kepada kalian. Aku tergerak nak baca semula confession pertama apabila aku nak set financial goals pada tahun 2022.

Aku buat confession kedua ini berkisarkan apa aku buat dengan wang RM100,000 dan hasilnya apa yang jadi pada aku sekarang.

Aku tak tahulah confession seumpama ini masih mendapat tempat dalam hati pembaca IIUM Confession sebab aku rasa genre confession zaman sekarang nampak lain macam gayanya HAHAHA. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah teruskan membaca.

1) Smartphone

Aku guna iPhone 5s aku tu sehingga nafasnya yang terakhir. Semasa di hujung riwayat, aku terpaksa membawanya ke hulu ke hilir bersama powerbank sehingga akhirnya dia tak dapat lagi bernyawa sebab badannya terlalu kembung. Plan asalnya, aku nak beli phone di Malaysia.

Tetapi disebabkan phone aku terlalu nazak, aku terpaksa membeli phone secondhand bernilai lebih kurang RM2,000. Phone pilihan aku masa itu adalah iPhone 7 HAHAHA beriya kutuk iPhone dalam confession lepas tetapi last-last beli iPhone juga.

Aku membelinya seminggu sebelum flight aku berangkat pulang ke Malaysia.

Pada masa itu, kesemua duit simpanan aku telah pun dipindahkan ke Malaysia dan terpaksalah aku korek saki-baki duit aku di sana sebab takut tak dapat contact parents aku bila sampai di airport dengan phone yang sedang nazak.

Genap empat tahun sekarang aku guna iPhone 7 ni dan Alhamdulillah tiada apa masalah. Aku aim nak pakai 5 tahun tetapi jika terus tiada masalah begini, mungkin selama yang mungkin.

2) Kereta

Rezeki orang sememangnya dah ditetapkan cantik. Aku menganggur hampir empat bulan selepas grad sebab ada aral yang membuatkan aku terpaksa menolak tawaran kerja yang diterima sebaik sahaja menjejakkan kaki di Malaysia.

Dalam pada itu, aku sempat menghabiskan lesen motor dan kereta sekaligus.

Apabila mula bekerja, aku tinggal di asrama pekerja dan aku pergi kerja menaiki motor. Breakfast dan lunch juga turut disediakan di kilang.

Aku hanya mengeluarkan duit untuk membeli dinner. Perbelanjaan bulanan aku pada ketika itu tak sampai RM700 sebulan termasuklah duit untuk diberikan kepada parents.

Habis sahaja probation, aku terus pergi ke kedai-kedai kereta jenama tempatan dan mengeluarkan sebiji kereta 1.6cc dengan deposit sebanyak RM10,000 (duit saving) + RM5,XXX (simpanan gaji sejak aku bekerja).

Instalment kereta aku ini tak sampai RM500, namun percayalah financial spending akan totally berubah lepas ada kereta sebab minyak, tol, parking, servis, maintenance dan macam-macam lagi.

So, nasihat aku bagi yang nak berjimat especially lelaki, tak perlulah beli kereta dulu melainkan jika ada keperluan.

Sekarang dah dua tahun lebih aku pakai kereta ini dan aku aim nak buat full settlement sebelum tahun kelima. Semoga dipermudahkan.

3) Rumah

Aku dah beli rumah subsale medium cost tak sampai RM250,000. Untuk ini, aku habiskan dalam RM3X,XXX termasuk deposit, legal fee etc.

Aku buat pembelian semasa negara dilanda pandemik dan dapat kunci pada bulan Disember 2019. Tahun 2020, tak sampai setengah tahun rumah aku disewakan dan kosong sehingga sekarang.

Walaupun aku dah follow ramai sifu hartanah, namun untuk mengaplikasi dalam dunia realiti bukan suatu yang mudah.

Jadi, aku boleh katakan investment ini tak berapa nak menjadi bagi aku dan sekarang aku sedang berkira-kira untuk duduk sendiri saja.

Mungkin ini adalah rumah pelaburan aku yang pertama dan terakhir barangkali.

4) Kahwin

Terima kasih sekali lagi kepada yang mendoakan jodoh aku. Alhamdullilah aku dah setahun lebih berkahwin.

Dan korang pun tahu berapalah sangat nilai kahwin PKP. Aku tak kira sangat sebab aku cuma guna duit saving gaji dan husband juga ada keluarkan duit.

Mungkin jumlah lebih kurang RM3,000 termasuk hantaran bagi dua belah pihak yang tak sampai RM800.

Tetapi duit aku bakal dihanguskan sebab parents aku nak juga buat kenduri untuk pengantin lama ini. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan aku nak naik pelamin tahun ini.

5) Bawa parents datang masa grad

Aral yang aku katakan tadi adalah aku kena jaga mak aku yang sakit di hospital.

Aku grad masa musim winter. Dengan harapan mak aku akan sembuh, aku nak juga tunaikan hasrat untuk bawa family ke negara tempat aku belajar, jadi aku belikan tiket masa musim bunga.

Namun, sakit mak aku berlarutan dan akhirnya tiket kedua-dua parents aku burn. Hanya kami adik-beradik saja yang pergi. Aku cuma menanggung kos adik aku yang bongsu sahaja, yang lain dah bekerja dan keluarkan duit sendiri.

6) Pelaburan

Selebihnya aku masukkan ke dalam pelaburan. Aku cuba diversify investment aku kepada beberapa tempat.

Aku ambil takaful yang ada pelaburan sekali, ASB & ASBF, Tabung Haji dan ada juga yang lain. Mulanya aku join Wahed tetapi aku ni takut rugi, so aku pilih portfolio moderately aggresive.

Memang moderate weh keuntungan dia HAHAHA Bila TouchnGo Go+ umumkan dorang dah patuh syariah, dengan segera aku pindahkan duit ke dalam Go+. Walaupun tak banyak, tetapi nampaklah juga hari-hari ada kenaikan.

Sebulan bolehlah lepas tol LDP beberapa kali HAHAHA Untuk bursa, aku rasa memang menarik, tapi aku jenis tak berani. Mesti aku marah diri sendiri kalau loss nanti. Sebelum aku stress sebab loss, better aku tak join langsung.

Begitulah kisah aku & RM100,000. Dan apa jadi pada aku sekarang?

Orang kata lepas kahwin banyak pakai duit tetapi terbalik pula bagi aku, Alhamdulillah (berkat doa semua) aku dikurniakan suami yang sekufu dengan aku, dia tiada komitmen tetap selain ASBF, takaful dan parents.

Jadi, dia boleh menanggung aku sepenuhnya. Dan aku menjadi lebih senang selepas kahwin, gaji aku hanya bayar komitmen tetap (kereta, rumah, takaful), parents dan lain-lain yang aku suka .

Dengan RM100,000, selepas lima tahun aku masih orang yang sama, tiada apa berubah. Dengan gaya hidup begini, selepas ditambah dengan dividen ASB yang diumumkan hujung tahun lepas, aku masih ada RM100,000 cash dalam ASB.

Simpanan lain tak terkira pula aku, yang pastinya jumlah simpanan aku semakin bertambah dan bukan berkurang.

Aku bersyukur dengan hidup begini dan berdoa sentiasa diberikan rasa cukup. Hanya satu rezeki yang aku ternanti-nanti sehingga saat ini iaitu zuriat.

Mungkin simpanan ini akan aku salurkan sebahagiannya untuk rawatan mendapatkan zuriat. Aku mengharapkan doa semua agar dipermudahkan untuk rezeki yang satu ini. Dan mungkin ada yang boleh berikan petua bagi hal ini.

Ada juga komen yang bertanya pasal tips berjimat & apa aku buat semasa belajar untuk dapatkan simpanan sebegitu tetapi aku rasa dah cukup panjang confession kali ini. Jika ada permintaan, mungkin ada confession susulan nanti. InsyaAllah. – twotwo (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *