Uncategorized

Gaji aku 5 angka. Dpt isteri anak Pak imam msjid. Skrg aku mampu nk nikah lagi 1 tp takut nak gtau isteri. Trus jumpa bapa mertua minta izin, xsngka mcm tu dia ckp.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua. Aku Azman (bukan nama sebenar), menulis untuk meluahkan dan mungkin juga untuk mendapatkan sedikit pandangan.

Namun aku dapat merasakan yang luahan aku ni bakal memberikan respon yang mungkin negatif. Sabar, boleh baca sehingga habis.

Aku cerita dulu berkaitan latarbelakang aku. Aku anak keempat dari 6 orang adik-beradik. Kedua ibubapa aku adalah cikgu pencen.

Alhamdulillah, aku dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal agama. Ibubapa aku menjadi contoh yang baik bagi kami semua adik-beradik.

Abang dan kakak aku ada yang lulusan dari Mesir dan Jordan dalam bidang pengajian Islam dan Syariah. Aku sendiri bersekolah agama sehingga Tingkatan 6.

Rezeki aku dapat menyambung pengajian dalam bidang yang aku minat iaitu kejuruteraan di sebuah universiti awam.

Sejurus selepas tamat pengajian, aku mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Tak lama selepas itu, syarikat menghantar aku untuk attachment di luar negara selama 3 tahun, dengan gaji 5 angka yang amat lumayan.

Sekembali ke tanahair, aku mendapat perkhabaran yang perkahwinan aku telah diatur oleh keluargaku. Aku terima aturan keluarga aku ni memandangkan aku tak pernah memikirkan hal kahwin, apatah lagi untuk bercinta.

Bakal isteri pun aku tak pernah jumpa, hanya melihat wajahnya pada sekeping gambar. Cantik rupa parasnya dan menurut ibu aku, akhlaknya juga sangat baik. Dia adalah anak seorang Imam dan bapanya merupakan kawan baik ayah aku.

Aku hanya berjumpa dengan bakal isteri ketika Hari Raya tahun 2014, di mana kami sekeluarga bertandang ke rumah keluarga bakal isteri.

Tahun 2015 kami selamat diijabkabulkan oleh ayahnya. Sebelum berkahwin, tidak pernah aku bercakap dengan bakal isteri hatta dalam telefon sekalipun. Bayangkan betapa gugupnya kami ketika hari pernikahan. MAsing-masing berasa janggal dan malu.

Pun begitu, majlis berlangsung meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan. Betapa indahnya aturan Allah SWT. Kami bercinta selepas bernikah. Alhamdulillah.

Isteri aku, Maria (bukan nama sebenar) adalah seorang yang baik serba serbi. Tutur kata dijaga rapi. Maruah seorang isteri terpelihara dengan baik. Pada mulanya dia bekerja sebagai pensyarah sebuah universiti awam di Selangor.

Namun, aku meminta dia untuk berhenti kerana pendapatan aku cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Dia bersetuju, tambahan pula dia memang ingin membesarkan anak kami tanpa perlu menghantar ke pengasuh.

Aku membeli sebuah rumah teres 2 tingkat di pinggir Shah Alam. Aku juga menghadiahkan isteriku sebuah kereta untuk kegunaannya pada ulangtahun kedua perkahwinan kami. Alhamdulillah, kami dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel.

Tahun ini adalah tahun ketujuh kami bersama sebagai suami isteri. Setiap bulan aku akan memberikan nafkah buat isteriku untuk kegunaannya. Keperluan rumah yang lain, aku sediakan tanpa gagal.

Kami jarang bergaduh kerana aku sentiasa berbincang dengannya jika ada masalah yang melanda rumahtangga kami. Aku akan pastikan disetiap waktu solat Subuh, Maghrib dan Isyak, aku menjadi imam kepadanya (sekiranya aku tidak berjemaah di Masjid).

Aku sangat-sangat menghargainya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami. Aku akan pastikan segala keperluan isteri, akan aku sediakan.

Dia banyak kali memberitahuku bahawa dia sangat bahagia dan bersyukur aku menerimanya sebagai isteri, walaupun aku tidak pernah mengenalinya sebelum kami berkahwin.

Aku akan pastikan sekurang-kurangnya kami akan bercuti di luar negara setahun sekali. Namun apabila Covid19 melanda, ia membataskan percutian kami sekeluarga.

Mujurlah pada tahun 2019, kami sekeluarga dapat menyahut seruan untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Hubungan aku dengan keluarga mertua adalah sangat baik, begitu juga hubungan isteriku dengan ibubapa dan adik-beradikku.

Alhamdulillah, isteri aku seorang muslimah yang sangat baik dan aku juga merasakan aku adalah suami yang baik untuk dia.

Ogos tahun 2021, syarikat aku menerima seorang pekerja baharu. Seorang perempuan dan muda 2 tahun dari isteriku. Aku namakan dia sebagai Azlina (bukan nama sebenar).

Azlina adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Suaminya meninggal dunia akibat Covid19 pada tahun 2020. Aku menemuramah Azlina ketika temuduga jawatan kosong di syarikat aku.

Dari segi pertuturan dan perilakunya, aku dapat menilai dia seorang yang baik dari segi akhlaknya. Dia tidak pernah menjaja ceritanya sebagai seorang ibu tunggal yang keseorangan membesarkan anaknya.

Dari pemerhatianku, Azlina seorang yang pendiam dan jarang bercakap dengan staf lain. Kalau bercakap sekalipun, hanya berkisar tentang kerja-kerja seharian di pejabat. Waktu lunch, dia hanya akan makan bekal yang dibawanya di pantry pejabat.

Dari situlah aku mula mengenalinya, namun masih menjaga batas sebagai seorang bos dan staf serta batas-batas pergaulan di dalam Islam.

Dan dari situ, terdetik hatiku untuk memperisterikannya.

Pada satu hari, aku menzahirkan hasrat hatiku kepada Azlina untuk mengahwininya. Dia agak terkejut namun meletakkan 2 syarat.

Pertama, aku perlu mendapatkan izin isteriku dan kedua, aku perlu mendapat izin kedua ibubapanya.

Aku merujuk kepada sahabatku seorang ustaz berkenaan perkara ini. Beliau bertanya padaku, adakah aku mampu untuk berpoligami dan berlaku adil dengan kedua-dua isteriku.

Aku menyatakan insha Allah, dengan izin Allah aku mampu untuk berpoligami. Beliau menyokongku.

Dengan bertemankan sahabatku ini, aku pergi ke rumah ibubapa Azlina dan menyatakan hasrat untuk menikahinya anak mereka. Aku ceritakan segalanya tentang keluarga aku.

Ibubapanya juga terkejut, namun memberikan keizinan. Pun begitu, aku perlu berbincang dengan isteriku dan mendapat keizinan darinya, tegas mereka.

Aku mendapatkan nasihat dari kedua ibubapaku. Mereka tidak menghalang tetapi menasihatiku untuk berbincang dengan isteri. Mereka juga mahu aku berlaku adil dengan keduanya jika diizinkan untuk berpoligami.

Tanpa pengetahuan isteriku, aku berjumpa kedua ibubapa mertuaku dan aku nyatakan hasratku untuk berpoligami. Pada mulanya aku menjangkakan yang aku bakal mendapat tentangan, namun berlaku sebaliknya.

Mereka juga tidak menghalang. Bapanya memberitahu bahawa poligami ini adalah sunnah Rasullah SWT. Dia juga percaya yang aku mampu untuk berlaku adil. Aku berasa sangat terharu.

Aku sekarang berbelah bagi untuk menyatakan hasrat berpoligami dengan isteriku. Aku pasti isteriku akan mengizinkan kerana poligami adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Tambahan pula, beliau adalah isteri yang taat pada suami.

Tidak pernah beliau membantah atau tidak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan. Namun aku risau yang beliau menyimpan perasaan sedih di dalam hati. Aku sayang isteri aku sepenuh hati.

Namun dengan Azlina, aku merasakan yang aku mampu untuk membantunya dan perasaan kasihan dengan nasibnya, bertukar kepada perasaan kasih dan sayang.

Aku akan pastikan yang perjalanan poligami ini berlaku dalam landasan yang telah diaturkan oleh syariat Islam.

Istikharah aku lakukan dalam memohon petunjuk dari-Nya. Dan buat isteriku MAria, kini terpulanglah kepadamu untuk memberikan keizinan ataupun tidak. Kita manusia hanya merancang, Allah SWT jua yang menentukan. Dan yang pastinya, perancangan Allah SWT itu adalah lebih baik.

Wallahu’alam.

– Azman (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen:

Netizen 1 : gempak betul.. nak poligami tapi pengecut jugak.. bini yang last sekali ajak berbincang.. yang dijumpanya mak bapak azlina tu dulu.. kelakor.. bahhahaha.. lain macam motifnya.. nak berlaku adil konon, awal2 lagi dah tak cari bini dulu untuk berbincang..

maafla.. aku tergelak kenapa la nak share cerita camni kat sini.. allahuu serba salah pulak tergelak

Netizen 2 : 1. Banyak lagi cara lain nak dapat pahala selain dari kahwin lagi. 2. Orang income besar biasanya busy bekerja tapi awak pula masa terlebih sampai boleh nak berbini 2 3. Lepasni kalau jumpa janda lain pulak adakah perlu awak kahwin lagi? 4. Anak2 yg masih kecik mudah jatuh sakit.

Adakah awak mampu take turn jaga diorg kat ward kalau masa tu giliran 2nd wife 5. Takpun boleh jadikan Azlina madu mak awak. Mesti ayah awak happy dapat bini muda 6. Jangan pentingkan kesedapan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.