Uncategorized

Pelik tiap2 mlm abah dan mak dduk dlm gelap di beranda rumah. Bila Pagi abah ketuk pintu blik kami 3x setiap hari.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua..Untuk minta doakan mak abah.. waktu tu abah tak sihat dah. Tapi abah tetap berjuang sehinggalah 1 mac 2022, abah menghembuskan nafasnya dalam keadaan sangat tenang. Dulu cerita tentang abah dan kitaorang.

Kali ni terasa nak cerita lebih pasal abah dan emak. Kalau sudi bacalah, kalau tak ia akan menjadi memori saya.

Bismillahirrahmanirrahim.. Sebabkan dari zaman sekolah dah duduk dengan dorang di rumah, dan sekarang selepas dapat tukar tempat kerja di kampung, saya dan suami Allah izinkan duduk bersama serumah mak abah. Konon niat nak jaga mereka.

Tapi.. rasanya macam terbalik. Nanti saya cerita. Ramai yang kata tak elok duduk bersama dengan mak abah. Saya pun setuju. Tapi kami decide duduk bersama sebab ‘perangai’ mak abah.
,
Mula dulu dah cari rumah sewa, tapi abah bertegas ajak duduk bersama. Nak kawan dengan anak saya katanya.

Abah masa tu, dah ada heart failure. Jantung abah patut operate masa umur dia 62 tahun, tapi kami tak sampai hati. So pada umur 75, jantung abah da ‘dilate’, tak dapat pam darah dengan baik.. so abah akan semput walaupun nak ambil wuduk.

Sejak duduk bersama mak abah, baru perasan ade rutin yang best antara dorang. Setiap malam lepas makan, dorang akan duduk bersama sambil pegang tasbih, sambil melihat kegelapan malam di beranda.

Habis zikir, dorang akan berborak tentang siang tadi. Mostly pasal keletah anak saya, apa yang mak masak dan kenangan lama mereka.

Selalunya mak yang cerita, abah dengar saja sebab abah tak larat cakap banyak. Tapi end up abah akan termarah mak sebab abah kena ulang apa yang dia cakap sebab ada masa mak tak berapa jelas dengar.

Tapi mak tak kecik hati. Esok dorang ulang balik rutin dan cerita yang sama, tanpa bosan. Nampak rutin ini lebih menyeronokkan daripada tengok tv, sebab abah tak suka tengok tv.

Mak ada insomnia, susah tidur malam. Kadang pukul 2 baru tertidur. Tapi tanpa gagal abah akan kejutkan mak jugak pukul 4.30 pagi untuk qiyam.

Mak pulak tak pernah tolak walau mengantuk. Sebelum subuh abah habiskan beberapa helai quran, setiap 2 bulan abah akan khatam.

Pagi2 pintu bilik kami pasti diketuk 3 kali untuk kejut subuh. Lepas subuh abah akan tidur sekejap atau dengan gigihnya pergi beli sarapan untuk kami di warung.

Abah ni jalan ke depan rumah pun semput tapi sempat belikan sarapan sebab takut kami pergi kerja dengan perut kosong.

Saya puas cari pembantu rumah, untuk senangkan mak. Tapi musim pkp memang susah nak dapat.

End up saya belikan vacuum robot, dryer, pressure cooker untuk senangkan kerja rumah supaya mak tak susah. Tapi still terbiasa dengan rutin buat semua benda sendiri.

Dryer tak nak guna sebab nak jimat elektrik.

Robot tak guna sangat sebab dia kata kalau pakai penyapu lagi bersih.

Orang selalu takut hilang privacy sebab duduk dengan mak ayah. Tapi mak abah tak pernah campur urusan seharian atau keputusan kitaorang. Plan weekend, malam keluar balik lewat, even tentang duit mak abah tak pernah tanya atau minta.

Kalau dorang terdesak ada barang dah habis, dorang akan minta belikan tapi mesti siap dengan duit. Itupun dah banyak kali dorang keluar sendiri beli barang basah sebab suka makan barang fresh. Kitaorang pulak rasa dorang yang menjaga kitaorang.

Dulu mak selalu bising, suruh abah bergaul petang-petang, minum teh dengan orang kampung. Sebab mak takut abah bosan. Hakikatnya abah seronok dekat rumah. Pagi pagi masa abah sihat dulu… sapu sampah, mop lantai. Lepas dhuha baca quran.

Lepas tu tidur jap, sebelum tengahari tolong beli barang untuk mak masak. Masa mak masak, dia akan duduk tepi layan mak berleter banyak barang salah lah, tersikit la. Tapi tak pernah dengar dorang cerita pasal orang lain.

Selalu wonder macam mana abah dan mak ade sifat2 yang baik sedangkan abah bukan la orang alim, ustaz atau pernah belajar agama.

Abang cerita, dulu masa abah keje jadi ahli bomba biasa kat selangor, ade masjid kat depan bomba. Setiap kali masuk waktu abah akan pergi solat, lepas solat abah akan borak dengan imam masjid tu sampai jadi rapat.

Mana-mana pengajian ceramah imam tu abah pergi. Even ceramah ustaz lain pun. Balik dari ceramah abah cerita kat mak dan amalkan apa yang baru dipelajari walaupun sikit. Masa tu abah dalam awal 30 an. Lepas beberapa tahun, imam tu lantik abah jadi bilal masjid.

Menarik jadi bilal ni, sebab dia orang terawal akan datang masjid dan akan sentiasa solat jamaah. Abah tak pernah miss kecuali ada hal kecemasan.

20 tahun lebih abah jadi bilal, dan ramai yang kenal dengan abah. Tapi abah masih tak biasa lepak kedai minum dan borak pasal orang lain.

Rutin tu berterusan walaupun abah dah sakit. Masih lagi bangun pukul 4, qiyam dan ngaji walaupun semput.

Hikmah mencari kebaikan dan bergaul dengan orang yang baik. Kebaikan itu akan mengekori..

Bila dikenangkan kitaorang adik beradik ada jugak buat salah dan nakal. Dan untuk membesarkan saya di usia yang orang dah pencen ni mencabar. Patutnya bole rehat ni nak kena fikir sekolah, dengan sape saya berkawan, sediakan makan minum etc.

Tapi sangat jarang saya nampak dorang marah, cakap lepas atau bermalasan. Saya yakin benda ni memerlukan kekuatan, dan kekuatan tu datang dari kuatnya dorang bangun qiyam dan mengaji setiap hari.

Bila jadi mak ni, saya baru perasan bukan senang srupanya. Yang senang ialah naik marah, hilang sabar dan penat. Kagum dengan dorang boleh tahan sampai umur menginjak 80 tahun. Sampai kitaorang malu kalau terlepas marah depan anak2.

Sekarang ni yang bestnye anak saya terikut perangai atuk neneknya. Suka mengemas dan membersih. Pantang disuruh rajin menolong. Azan saja, dia yang suruh kitaorang solat, walapun baru 4 tahun.

Ok last sekali…

Sampai la detik yang saya takut. Abah mengadu sakit dada beberapa kali. Lepas makan ubat bawah lidah (ubat heart attack), abah kata dah ok sikit. Nak dibawak ke hospital tak nak, dia nak kalau pape jadi bersama keluarga. Kalau kat hospital takde siapa.

Sehinggalah hari ketiga abah menahan sakit, kami adik beradik paksakan jugak sewa ambulan bawak abah ke ijn. Abah setuju. Rupanya keadaan abah memang teruk dan dr minta bersedia.

Disebabkan sop ketat, saya dengan mak balik kampung, 2 orang abang akan gilir tengok dia petang-petang kat ccu (limit 15 min seorang saja sehari). Alhamdulillah abah bertahan 4 hari, dapatla bervideo call.

Cumanya malam hari terakhir tu mak macam boleh rasa, dia kata boleh tak malam ni mak pergi kl tengok abah.

Saya pun dah risau, cakap dengan mak, lusa abang cuti ambil mak. Mak lega tapi barang-barang semua dah disiapkan. Rupanya lepas subuh, dr call bagitau abah dah nazak.

Mak terus pergi kl. Abang cakap bila tengok abah pagi tu nazak sangat, dah mencungap. Patutnya mak tak boleh masuk sebab abang dah masuk sebelumnya, tapi alhamdulillah nurse benarkan 5 minit saja.

Masa mak jumpa abah, mak kata abah tersenyum, nampak tenang dan tanya siapa ada. Mak bagitau semua ada.

Abah nampak lega dan mak sempat ucapkan syahadah. Sampai mak kata abah macam sihat saja. Tak sampai 40 min mak turun, nurse call abang bagitau abah dah takde.

Huhu.. rasa macam terharu Allah bagi peluang untuk mak jumpa dan borak dengan abah. Selalu orang n4zak susah cakap, tapi Allah beri rezeki abah bercakap seperti dorang selalu borak sebelum ni supaya mak tak risau.

Abah sangat sayang mak dan mak pun sayang abah dan kecintaan mereka berdua pada Allah, mengutuhkan lagi cinta dorang sampai akhir nyawa. Cemburu pulak saya rasa. Sebab bukan senang nak pertahan cinta.

Tapi, betullah kan..

Lagi dekat cinta kita pada Allah,

Lagi Allah dekatkan cinta manusia pada kita.

Lagi kita jaga Allah

Lagi Allah jaga kita.

Bila abah mening gal, ibarat tiada apa untuk diuruskan.

2 bulan lepas, duit bank abah dah masukkan ke bank mak,

Tanah dah serah nama pada anak-anak,

Sebulan lepas, abah siap minta tolong adik mak kerja pagi-pagi kat rumah kitaorang untuk temankan mak.

Duit khairat kem4tian kampung pun cukup untuk urusan pengebumian,

Van jenazah dari ijn ke kampung pun dapat yang free.

MasyaAllah.

Abah sangat menyenangkan dan Allah pun menyenangkan semua urusan abah walaupun dah meninggal.

Cerita ni untuk saya terutamanya, dalam kesibukan umur muda , kena terus mengejar benda yang penting dalam hidup. Allah.

Masalah akan sentiasa ada. Walau sesiapa pun kita, ustaz ke tak, kaya ke miskin, teruslah mencari ilmu dan kebaikan. Di zaman fitnah ni lagi lah kena kuat. Walaupun amal kecil, istiqamahlah, nescaya Allah akan jaga.

Terima kasih semua doakan.

Maaf panjang.

Al-fatihah untuk 4rwah abah.

– Anak abah (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Allahuakhbar, smpai ke perenggan terakhir tue sebak sy membacanya.. sungguh indah kenangan yg dicipta sepjg mereka bersama.. semoga sy pon akn bersama suami tercinta hingga hujung ny4wa.. semoga arwah abah TT ditempatkan dlm kalangan org beriman & beramal soleh.. Aminnn

Netizen 2 : Cerita ni untuk saya terutamanya, dalam kesibukan umur muda , kena terus mengejar benda yang penting dalam hidup. Allah. Masalah akan sentiasa ada. Walau sesiapa pun kita, ustaz ke tak, kaya ke miskin, teruslah mencari ilmu dan kebaikan. Di zaman fitnah ni lagi lah kena kuat. Walaupun amal kecil, istiqamahlah, nescaya Allah akan jaga.

Terima kasih kongsi kisah yg sgt bermanfaat dn menyentuh kalbu.. moga roh arwah ayahanda bsama para solihin..

Metizen 3 : Thanks sharing tt. Bnyk teladan yg baik dpt diambil. Didoakan semoga roh2 arwah ayahanda kita dalam limpah rahmat redha dan ampunan Allah dan kita bersama2 sekeluarga dpt masuk syurgaNya Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.