Uncategorized

Hairan anak murid nangis kena soal dtg lambat. Ada sesuatu yg disorok. Akhirnya cikgu tahu prkara sebenar bila dtg melawat. Tak sangka ayahnya buat bergini pd nana Kat rumah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

” Kenapa awak lambat datang ke sekolah? Ayah awak hantar lewat ke?” soal seorang guru pada Nana.

Nana tunduk diam. Air matanya jatuh membasahi telekung putihnya. Tiada jawapan. Hanya tangisan dan esakan sahaja.

Gurunya buntu. Apa silap dia bertanya soalan biasa seperti itu? Maka si guru menyelidik hal ini. Pasti ada sesuatu yang disorok dibalik wajah anak ini.

Tanya pasal ayah, jawapannya tangisan. Tanya pasal ibu, jawapannya esakan hiba. Nana bijak. Sangat bijak. Duduk di kelas pertama dalam aliran.

Namun kebelakangan ini, dia sering tidak hadir ke sekolah. Kalau hadir pun, lewat. Bila ditanya, tangisan adalah jawapannya.

Terjawab kisah sebenar

Akhirnya setelah disiasat, rupanya anak ini diuji hebat. Ibunya kena stroke. Manakala ayah pula meninggalkan mereka berdua disaat seorang ketua keluarga, suami dan bapa amat perlu disisi.

Mujur ada jiran yang peduli. Dihantar makan minum, dibawa ke hospital dan ambil tahu tentang keluarga ini.

Nana tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakiit. Selepas keadaan ibunya bertambah baik, dia kembali ke sekolah. Dia nak belajar. Dia murid yang rajin dan bijak.

Namun sebelum meninggalkan ibu yang terlantar, Nana perlu memastikan ibunya makan. Nana memasak untuk ibu kesayangan. Setiap pagi disuap makan dan minum.

Sebelum ke sekolah, Nana pastikan ibunya bersih dan terjaga. Maka dia mandikan ibunya. Dia tukar pampers dan basuh kencing berak.

Sebab itu dia sering lewat.

Berapa umur Nana?

Masa tu umur Nana baru 10 tahun. Allahu, anak sekecil ini penuh tabah dan sabar menjaga ibunya yang sakiit. Anak sekecil ini menempuhi dugaan hidup dengan sabar dan berani.

Anak sekecil ini mampu menjaga seorang ibu yang sakiit seorang diri. Yang mana orang dewasa pun belum tentu dapat jaga sebaik anak ini menjaga ibunya.

Ayah berkahwin lain, hanya datang menziarah sekali sekala

Ayah? Ayahnya kahwin lain. Kahwin tiga sedangkan pada aku dia tak mampu pun hendak menyara satu keluarga dengan baik. Aku ulang, ini pendapat peribadi aku.

Masakan tidak, ayahnya hanya datang bila Nana hubungi minta wang belanja. Kadang seminggu sekali, kadang-kadang dua minggu sekali ayahnya datang. Itu pun hanya hulur setakat RM10-RM20 sahaja.

Keluarganya ada mohon bantuan zakat, namun masih belum tahu apa status terkini. Tahun lepas lagi dipohon. Pegawai zakat yang datang mengambil kes serah wang zakat rm700. Selepas itu katanya akan urus bantuan susulan. Namun sudah setahun tanpa khabar berita.

Mungkin agaknya fail keluarga ini tercicir. Mungkin juga pegawai yang handle kes bertukar. Atau mungkin juga atas penilaian pusat zakat, keluarga ini tidak layak. 1001 kemungkinan ada.

Namun jangan cepat kau menyalahkan pusat zakat. Mereka turun padang. Mereka bantu, mereka datang. Kes ini mungkin terlepas pandang.

Jangan risau, aku dah hubungi pegawai zakat untuk memastikan status zakat keluarga ini. InsyaAllah esok lusa tahu keputusan. Terus yakin dengan pusat zakat kita.

Ibunya tiada punca pendapatan. Kosong!

Bagaimana teruskan hidup? Mujurlah ibunya kaki masjid. Ahli jemaah yang rajin ke masjid waktu sihat dahulu. Masjid As Syakirin banyak membantu.

Selain itu, jirannya sangat cakna dan ambil berat. Dibuatnya keluarga ini seperti kaum kerabat. Dihantar makanan, bantu beli pakaian, basikal untuk Nana ke sekolah setiap hari, malah bantu hantar ke hospital bila perlu.

Air muka ibunya jernih. Aurat tertutup elok. Bercakap dengan nada lemah lembut. Ucapan alhamdulillah tidak pernah luput dari mulut.

Redha sungguh.

Sekarang ni umur Nana dah 12 tahun. Anak perempuan tabah ini sudah kalis dengan kehidupan berdua. Makin pandai memasak dan mengurus ibunya.

Ibunya pun dah makin sihat. Sudah boleh bergerak dan berjalan walau masih perlahan. Walau sebelah tangan masih belum mampu menggenggam, sekurang-kurangnya boleh mengurus diri sendiri.

Rumah mereka bersih yang amat. Sangat!

Nana pun tidak lagi menangis bila ditanya tentang keluarga. Dengan tenang dan senyuman dia menjawab satu persatu soalan yang diaju.

Cantik dan bijak sekali orangnya.

Aku pergi tadi membawa barang dapur dan sedikit wang belanja harian. Kiriman sahabat-sahabat semua aku sampaikan.

Seperti biasa, aku mohon ibu Nana dan Nana mendoakan semua penyumbang. Doakan apa sahaja hajat penyumbang agar dimakbulkan tuhan. Aku juga minta mereka doakan aku.

Keluarga ini aku akan ziarah lagi dalam masa terdekat. Pasti!

Kerana kiriman barang dan sedikit wang tadi jauh dari mencukupi untuk perbelanjaan mereka meneruskan kehidupan. Namun apakan daya, hanya itu yang ada dipoket aku saat itu.

Dan jika…

Jika ada sahabat-sahabat ingin mengirim sedekah dan sumbangan, mohon jangan niatkan untuk keluarga Nana sahaja. Kerana aku ziarah banyak rumah keluarga asnaf yang juga memerlukan sumbangan.

Hari ini aku ziarah 7 rumah. Kesusahan mereka tidak jauh bezanya dengan kisah Nana. Cuma aku tidak menulis satu persatu.

Maka lebih elok bila mengirim sumbangan, jangan niatkan pada satu-satu keluarga yang aku tulis dimuka buku sahaja.

Kerana bukan semua kisah aku tulis di sini. Kerana ada kisah yang hanya layak disorok dalam hati. Begitulah. – Nana, bukan nama sebenar.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published.