Uncategorized

Lpas ibu ayah dan adik ‘pergi. Lampu semua aku pdam. Baring menangis smpai puas. Aku ingt semuanya mimpi tapi ini aku hadap sorg2.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bukti Yang Aku Wujud. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar berkongsi sebab aku tahu ramai dari kita yang sebenarnya kehilangan ahli keluarga dan orang yang kita sayang waktu hidup.

Hakikatnya nak langkah kanan untuk harungi hidup tanpa insan yang tercinta memang ter amat payah. Aku ada 4 ahli keluarga termasuk aku. Umur 19 tahun aku hilang ibu ayah dan adik.

Jadi umur 19 tahun aku yang tengah sambung belajar teruskan ke hidupan tanpa mak ayah dan adik aku. Aku ni pula hidup memang tak ada saudara mara langsung sebab ibu dan ayah aku memang sebatang kara.

Aku agak bernasib baik rumah ni memang dah di beli cash dan ibu/ayah aku ada simpanan. Jadi aku pun survive dengan simpanan mereka, teruskan hidup. Rumah aku dekat Johor belajar pula dekat Selangor.

Aku pun hari demi hari, bulan demi bulan. Setiap kali cuti aku sentiasa berharap sangat yang semua ni mimpi.

Tapi hakikatnya bila balik rumah kosong, tak ada orang. Ayah tak ada, ibu tak ada, adik aku pun tak ada. Yang ada basikal adik aku, motor ayah aku dan ampaian yang mak aku selalu jemur baju.

Setiap kali balik aku cuma mampu baring dekat tengah ruang tamu menangis. Bila dah puas menangis baru aku boleh bangun.

Setiap kali balik aku akan susun balik semua barang dekat rumah dari baju mak ayah dan adik aku, mainan adik aku. Jadi semua barang setiap kali aku balik aku akan alih.

Dari sofa tv meja dapur kadang kadang tu aku cat. Bagi aku benda ni yang bagi aku mampu terus hidup dan dalam masa yang sama nak bagi aku rasa ada “proof of existence”.

Bila mak ayah dan adik beradik kau tak ada, kau memang akan hilang satu part yang terus terang ikut sekali dengan ke pergiaan mereka.

Separuh dari kau memang tak akan datang balik dan separuh lagi kau bawa sampai nafas terakhir.

Terpaksa terima sejak haritu, tak ada yang akan telefon dan tanya kau balik atau sihat ke tidak, tak ada yang tunggu kau dekat rumah dan tak ada yang kau boleh throwback balik zaman childhood kau.

Tak ada dah adik yang kau boleh bawa bergurau, bawa dia pergi jalan, tendang bola depan rumah dan hantar dia pergi sekolah. Kiranya dah lose everything dan nak taknak kau terpaksa teruskan hidup.

Sambung belajar, cuti balik rumah. Benda ni aku repeat sampai habis degree. Bila raya aku pun masak lauk yang biasa mak aku masak.

Duduk tengah ruang tamu makan, selalu sangat kawan mak/ayah atau jiran aku datang nak beraya atau kasi lauk. Tapi entah kenapa aku kalau boleh nak sorang.

Jadi selalu aku akan tutup lampu semua dan buat macam aku tak ada dekat rumah.

Bila tengok gambar balik memang mustahil tak menangis. Setiap kali menangis dan tertidur setiap kali itu juga aku akan mohon sangat benda ni mimpi.

Tapi tidak tahun demi tahun, aku masih terpaksa melangkah seorang diri. Terpaksa cuba bertahan. Tahun ni dah hampir 30 tahun. Masih bertahan dan masih terus berjalan.

Setiap kali aku baca berita hilang ahli keluarga sebab kemalangan dan cuma tinggal seorang diri. Umur pula kecik lagi 5,6 tahun 10,11 tahun 16,17 tahun.

Aku memang rasa sedih sangat, hidup sorang diri memang payah. Terlampau payah.

Kau boleh ketawa gembira depan kawan kau dan dalam masa yang sama kau akan terfikir hidup kau. Hampir setiap hari benda ni jadi dekat kau.

Sebab itu aku selalu kemas rumah ni sebab bagi aku rumah dan barang dalam ni satu satunya saksi dan bukti yang aku masih di sini.

Dekat sini juga saksi yang aku membesar dengan ayah ibu dan adik aku. Kalau rumah ni tak ada dan barang dalam ni tak ada secara jujurnya memang aku tak akan mampu teruskan.

Reaksi Warganet

Junaida Abdul Jalal –
Bertabahlah Ali. Sebatang kara hidup di dunia yang penuh cabaran ini memang tidak mudah.

Semoga Allah berikan ganjaran yang besar kepada awak dengan syarat awak tetap bersyukur dan redha di atas apa berlaku sebelum ini.

Doa semoga cepat bertemu jodoh dengan gadis yang dari keluarga besar

Nurliana Mohd Rasyid –
Awak.. Sementara awak single, awak pergilah jadi sukarelawan dekat rumah rumah anak yatim.. Pergilah.. Isi kekosongan hati awak.

Awak kata kesian mereka yang kehilangan parent umur kecik kecik kan, awak pergilah hiburkn hati mereka.

Mula mula mesti awak kekok, lama lama pasti awak akan suke. Dapat adik angkat baru, dapat kawan kawan yang senasib, dapat environment baru, dan yang penting dapat ganjaran pahala yang tak terhingga.. Cubalah..

Norlaila Mohd Din –
Bertabahlah, nabi kita kehilangan ayah masa belum lahir lagi. Bonda nabi semasa baginda masih kecil sangat.

Nabi kita diutuskan untuk membangunkan insan jadi berguna dan berjaya didunia dan akhirat.

Boleh kurangkan sedih tu, azam dalam hati nasib mu seperti junjungan kita dan nabi kita sayang melebihi kasih sayang ibu bapa.

Diakhirat ibu ayah dah tak pandang kita, tapi nabi kita sentiasa bertanya pasal kita.

Ingat Allah dan nabi, teruskan hidup dengan tabah. Titipkan doa untuk keluarga yang pergi kerana mereka sangat membutuhkan doa awak.

Mereka sangat beruntung ada awak, hidup untuk kirimkan doa kepada mereka.

Saya faham kepedihan hati awak, tapi kita kena teruskan hidup kerana kita ada misi akhirat yang perlu kita gapai….

Abidatul Akmaliah –
Semoga dipermudahkan urusan kehidupan tuan tt. Sungguh berat ujian.

Dulu time dengar kemalangan dan semua ahli keluarga meninggal tinggal sorang ja selalu terfikir macam mana diorang teruskan hidup. Terima kasih share story jadi sedikit sebanyak terjawab soalan soalan di fikiran saya.

Semoga tuan confessor terus tabah dan diberikan jodoh yang baik buat menemani hari hari tuan confessor dan semoga menemui kebahagiaan dunia dan akhirat. Sumber – Ali (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *