Uncategorized

Lps solat magrib, terlintas nak tgk hp suami. Perasan ada miss video call stated nama perempuan. X berjaya rampas hp suami. Saya mula melakukan siasatan berjam2 di fb.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Saya terpanggil selepas baca luahan isteri bekerjaya, yang jaga keterampilan, tetapi dicurangi suami. Sebab saya juga mengalami nasib yang sama.

Lagi malang, dapat tahu selepas sebulan lebih mereka menikah dan 4 hari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15. Ya Allah betapa sakit dan hancurnya hati ini.

15 tahun, kami hidup atas dasar saling mempercayai. Dan saya tak pernah berperangsangka buruk pada suami. Saya tak pernah nak ambik tahu password handphone. (Kesilapan terbesar sebab terlalu mempercayai).

Sehinggala suatu hari, selepas solat magrib, terlintas nak tengok phone suami semasa cas. Dan ternampak miss video call stated nama perempuan. Bila ditanya, jawapan. Kawan.

Dari situla hati mula syak dan berwaspada hinggala 2 minggu kemudian, benda sama jadi lagi. Bila banyak dalih, saya minta nak hubungi nombor tu.Dan mula la sesi berebut telefon.

Dan saya tak berjaya merampas handphone suami. Dari sinila, saya boleh tahu, bukan setakat kawan…

Saya mula melakukan siasatan.Berjam2 saya try check melalui sosial media suami. Dan finally saya jumpa gambar nikah dia kat facebook friend list dia. Janda anak 3!

Hati saya remuk… puas fikir mana silap saya. Saya juga ibu pada 3 org anak.

Esoknya, saya cuba kawal diri & buat2 tak tahu yang dia dah nikah lain, saya bersemuka & slow talk dengan suami.

Ayat pertama saya, Saya tanya suami, apa salah saya, apa kekurangan saya… dia jawap, “awak sempurna dan tiada silap apa”.

Dan masa nila saya bagitahu, yang saya dah tahu dia nikah lain. Saya tanya siapa & kenapa buat saya macam ni. Janda itu kawan lama suami 20 tahun lepas. Baru jumpa di facebook.

Banyak diceritakan kisah sedih si janda ini, yang menyebabkan suami kasihan dan dengan niat nak membantu, dia sanggup jadi suami.

Nikah koboi, tanpa persetujuan saya. Berwalikan adik si janda tu dan bersaksikan 2 orang sahabat suami. (kadi pun, si adik janda)

Remuk hati saya. Dan saya minta suami, pergila pada si janda. Bantula si janda tu. Dan mula hidup baru kalian. Tinggalkan & ceraikan saja saya. Saya masih mampu menjaga anak2 saya.

Saya bukan isteri yang baik. Yang boleh terima madu. Saya tak boleh nak redha atas segala apa yang saya dah korbankan pada keluarga. Sebab selama ini, saya banyak membantu suami dalam serba serbi.

Hati saya sehancur-hancurnya. Saya tak boleh terima kecurangan ini. Sebab saya dah serah sepenuh jiwa raga saya pada keluarga. Saya korbankan kehendak saya semata2 untuk keluarga, dan akhirnya ini yang saya dapat.

Dipendekkan cerita, 4 bulan kemudian, suami akhirnya ceraikan si janda itu bersaksikan saya. Bukan sebab saya yang suruh, tapi dia yang buat keputusan.

Banyak pengajaran dari kisah saya ini. Saya rumuskan disini

1- Jangan 100% terlalu percaya suami.

2- Password handphone wajib tahu.

3- Hati-hati. Kat luar sana, banyak perempuan yang desprate nak suami kita. Sanggup terima suami walaupun suami tak mampu dari segi nafkah.

4- Jangan bagi peluang @ ruang pada suami, untuk dia senang berlaku curang. Cont0h : Ikat dia balik rumah, selepas balik solat kat masjid, jangan bagi lepak2 dengan kekawan.

5- Untuk perempuan yang desprate nak bersuami-kaji & fikir dulu sebelum anda nak ambik hak orang. Jangan main tangkap muat. Dan akhirnya anda juga yang rugi.

6- Untuk suami2, hargailah pengorbanan isteri yang banyak membantu anda. Jangan hancurkan hati isteri. Sekali hancur, dah ibarat gelas yang dah pecah. Cantum mungkin boleh, tapi dah tak sama macam asal. – Nora (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Dilla azman: Sebab tula..ramai isteri jadi berkira nak bantu suami dalam post tt ni tulis

3- Hati-hati. Kat luar sana, banyak perempuan yang desprate nak suami kita. Sanggup terima suami walaupun suami tak mampu dari segi nafkah.

Rasanya elokla lepasni tt biarkan suami galas tanggungjawab dia 100%. Supaya bila dia kesian, dia terus tahu duit dia pun tiada, dia terus sedar diri.

Jeu fatib: Pendapat sy adalah, Sebagai mana kita ikat si suami, Sebagai mana kita jaga diri, Sebagai mana kita letak sepenuh2 nya kehidupan pada perkahwinan kita.

Lelaki nak curang, tetap akan curang,…. Beribu alasan akan muncul bila beliau nak curang. Ayah sy ckp kt mak sy “oleh sbb isteri kita cantik, baik, anak2 comel2, sy bersyukur Dan nak kahwin lagi”, maka hidup lah kami dalam kehidupan yg penuh toksik. Hahaha.

Tp mak ayah sy Skrg, alhamdulillah dh berbaik, ayah jaga mak byk Skrg.. Sy pun ada jgk melawat mak tiri, mak tiri pun selalu dtg rmh bila kmi bt makan2,,

So no kecam, hanya kenangan lampau shja smua ni… Cma sy nk ckp, tiada apa yg mampu menghalang sorang lelaki utk belaku curang, bila dia nak..

Azawan: Nikah koboi, wali dgn kadi adik sendiri, saksi kwn2 sendiri. Ini nikah bawah pokok ke ape? Pastu niat nk tolong janda tu terbang di bawa angin ke cemane tu? Nmpk sgt kawin sekejap untuk dptkan tu je.

Untuk tt walaupon saya tak setuju lelaki macam ni terselamat dari akibat perbuatan dia, tapi saya faham tt hanya mangsa.
Alang2 dia “mampu” tolong janda, suruh dia tunjukan mampu dia tu dgn tt. Gunakan ini sebagai modal kasi ajar dia sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.